6 Nov 2016

Bersediakah Rashid Bongkar Konspirasi BN Dalam Pilihanraya?

Konspirasi BN dalam pilihan raya bakal terbongkar

Pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu dijangka dapat membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi pelantikan itu, beliau percaya penipuan dilakukan BN dapat didedahkan kepada semua.

Katanya, jelas SPR dipergunakan parti itu, contohnya dalam isu persempadanan semula.


"SPR seolah-olah menerima arahan daripada mereka untuk mewujudkan kawasan selamat bagi BN,” katanya ketika sesi perbahasan di Sidang Dun Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin turut mempersoalkan pelantikan bekas Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi SPR.

“Bagaimana SPR boleh bertindak bebas dan profesional jika pegawai kanan Umno dilantik sebagai pengerusi SPR?.

“Tiga minggu lalu, diangkat satu nama untuk dilantik timbalan pengerusi SPR, sedangkan beliau merupakan ketua setiausaha perdana menteri. Syukur cadangan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Inilah bukti SPR dipergunakan BN," katanya menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam-BN) yang mahu bukti campur tangan BN dalam urusan pilihan raya.

Mohamed Azmin berkata, badan ini tak boleh dianggotai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak mendukung bersih ke arah pilihan raya adil dan bebas.



ULASAN GB

Harap-harap begitulah.

Tetapi GB agak musykil kerana seamasa Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang paling banyak buat kenyataan dan yang paling banyak buat keraja di belakangnya ialah bekas timbalannya iaitu Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmadlah orangnya yang menjadi akitek persempadan semula dan mastermind yang merampas kerajaan Terengganu dari pembangkang.

Abdul Rashid hanya muncul sekali-sekala waktu itu.

Atau jika beliau bersuara, akan terjadi seperti tiga orang bekas menteri, yang tiba-tiba akan menghadapi soal-siasat polis.

Namun kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Penipuan SPR tidak mam[u untuk bertahan lama.





FEATURED ADS


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap rashid dah tobat lahum seblm masuk liang lahad. Amin.

Malaysiabaru berkata...

Bongkar jgn tak bongkar

Namun spr tetap akan cari jalan tutup kebongkaran...

pIS yakin spr tak.menipu...itu sebab pas tak join bersih

Pas yakin spr telus demi Najib demi rasuah demi islam sesat maka piS tetap bersama Najib

Bagi pIS , Najib perlu di pertahankan sebagai ketua agama islam party politik melayu islam umno..

P.s Najib jual.negara kpd xhina dan bukannya jemput pelaburan China.. Sehingga sanggup gadai malayisa utk dpt pinjaman 55b dari komunis china

Tanpa Nama berkata...

Satu cara je nak dedah rahsia kalau tak mahu di tangkap. Bocorkan maklumat yang tak betul dan berlebih-lebih penipuan nya tetapi tuju nya ke situ. Pemimpin UMNO kan menafikannya dan jika tidak betul mereka kenalah dedahkan yang betul.

Mungkin RM 90 juta tu tak betul, Jadi berapa yang betul nya ?

Tanpa Nama berkata...

Tunggu skandal sex Rashid pula yg akan dicipta oleh RPK!

Tanpa Nama berkata...

YANG PENTING DIA TAK BERSAMA UMNO MACAM PAS YANG SOKONG UMNO !

Tanpa Nama berkata...

Tak ada apa-apa nya rahsia skandal SPR dalam hal penipuan atau persempadanan semula. Rashid sekadar boleh mengatakan kekesalannya. Tetapi semua penipuan dan konsipirasi memenangkan BN bukan untuk di dedah sahaja, ianya perlukan pengesahan dari Rashid. Sesuatu yang sukar dilakukan oleh Rashid atau sesiapa pun yang tidak berani masuk ke penjara.

Sekurang-kurangnya syabas kepada Rashid ada berani ke hadapan menentang ketidak-adilan kerana tidak menikus seperti pemimpin veteran UMNO yang lain yang duduk dalam gua dengan kepala otak yang berbatas-batas dan kalau di timbang berat nya se tahil.



Tanpa Nama berkata...

Mamat ni kalu dia nak pecah tembelang apa dia buat masa jd pengerusi spr, kita dengar je lah. Yg lain tu jgn pecaya sangat ngan spesis ni. Kalu jujur boleh membantu dia, dia akan berlaku jujur. Kalu bohong boleh membantu dia, dia akan berbohong. Mamat ni boleh belaka, ikut masa.

Tanpa Nama berkata...

Memberi dan bergantung terlalu sangat pada China memberi risiko yang tinggi pada negara.

Belum ada lagi blok-blok ekonomi di rantau ini sepertimana di negara barat. ASEAN sampai sekarang tidak ada matawang sendiri walaupun ada usaha pernah di cadangkan satu ketika itu. Sepatutnya apabila berniaga dengan China, semua negara ASEAN memberi tumpuan kepada China supaya China menawarkan tawaran yang lebih menarik.

Malaysia bertindak bersendirian sedangkan negara lain ASEAN mengamalkan ekonomi terbuka yang tidak terikat dengan hal-hal politik atau pun skandal yang mega seperti 1MDB.

Najib, Rosmah dan Reza terpaksa berbuat demikian kerana kebanyakan negara lain tidak berminat untuk melabur di Malaysia kerana skandal 1MDB. Mereka bertiga telah menjadi kan Malaysia sebagai diperintah oleh kleptokrat.

Sudah tentu negara China mengambil kesempatan dan Malaysia akan di perkudakan oleh China dengan menuntut beberapa perkara lain apabila projek sedang separuh jalan. Di ketika itu lah rakyat Malaysia akan jadi 'hamba' pada negara China.

Malaysiabaru berkata...

1 us Dollar = 1.36 Singapore

1 us Dollar = 1.30 new zeland

1 us Dollar = 1. 34 Brunei

1 us Dollar = 3.10 turkey

1 us Dollar = 4.28 Malaysia

Malaysia negara pariah peringkat marawang

Turkey juga akan jadi pariah sebab beraubahat dgn saudi wahabi gilababi

4.28 ? Di manakah maruah kamu malaysiaL? Mcm bohsia yg takde harga wahai malaysiaL.

Mcm zimbabwe ... Venezuela ... Mexico .... Pariah sapa yg kerja gaji murah di malaysiaL

Tanpa Nama berkata...



Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Jalan Mem BUKA..."Rahsia" KEBENARAN
"Rahsia" Ter BUKA...KBNARAN Pun Nyata
KBNARAN Adalah...Titik PENYELESAIAN
KBNARAN Adalah...Anugerah Yg"ESA
KBNARAN Adalah...Mukjizat KEAJAIBAN
Mukjizat KEAJAIBAN...Yg Wajib DiJAGA
Wajib DiJAGA...Wajib Di PERJUANGKAN


Jalan KBNARAN...Jalan Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...IDEA Dan Bakti
Kaseh Mem-BERI...Sulohan yg SUCI
Kaseh Mem-BERI...Se Kudus HATI
Kaseh Mem-BERI...TAK Minta Di PUJI
Kaseh Mem-BERI...Tak Pentingkan DIRI
Kaseh Mem-BERI...TAK Hingin Di KENALI
Kaseh Mem-BERI...Oh! FITRAH Syurgawi


FITRAH Syurgawi...Bersama Di KONGSI
FITRAH Syurgawi...Yg Universal AZALI
FITRAH Syurgawi...CINTA-Solusi yg ABADI



FITRAH Syurgawi...Kan Ku Bawa MATI









Tanpa Nama berkata...

Di negara China kesalahan rasuah di hukum tembak mati.

Tetapi tidak apabila mereka berurusan dengan negara luar yang memberi wang kepada negara mereka. China banyak buat penyelidikan dan senjata, dan mereka memerlukan wang untuk itu.

"Syarikat dari China tersebut telah disenaraihitam oleh Bank Dunia kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperolehi dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahkan projek kepada meraka"


Najib dan Rosmah adalah "Panda dari Malaysia". Macamana Malaysia jaga Panda dari China, macam itu juga lah China jaga "Panda dari Malaysia".

sastriahotel berkata...

Kita tunggu dan lihat pilihan adalah di tangan rakyat semoga keputusan yang di buat kali ini membawa kabaikan kepada negara dan semua.

Unknown berkata...

Assalamualaikum wrbtuh..saya org biasa yg menaruh harapan agar ada segolongan manusia atau muslim dapat memerintah malaysia dgn lebih aman dan adil..maka cubalah semua pihak pemimpin memikirkan masaalah rakyat dan negara kita dengan lebih waras dan berakal..

Tanpa Nama berkata...

Apabila kuasa di tangan orang yang salah bukan semudah itu untuk di kembalikan atau di ambil balik.

Orang yang baik pun susah nak lepaskan ini kan pulak penyamun bapak segala penyamun.

Kepada Allah dikembalikan.

Tanpa Nama berkata...

BN= barang naik..bila naik..baru naik..berapa naik..banyak naik..lastly butuh najib.

Tanpa Nama berkata...

Bagusla tu ros jib pandaikan?
Rakyat buta dan hamba abdi

Buat mogok bantahan seluruh negara tak nak

Ha bio ke lantok muflis
Keris pahang

Dah semakin banyak ros jib ni rasuah rakyat

Tarkan jalan baru
Beri duit bas program sana sini
Buat jamuan tiap minggu