13 Okt 2016

Rakyat Maki PLUS Kerana Denda Rehat Lama Di R&R

Pengguna PLUS berang kena denda, lambat keluar plaza tol

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengguna lebuh raya melahirkan rasa kecewa dan geram mereka apabila PLUS mengumumkan hukuman denda bagi mereka yang lewat keluar plaza tol.

Perjalanan antara tol Gurun dan Pendang, kedua-duanya di Kedah, yang sepatutnya RM3 menjadi RM9.40 akibat pengguna tersebut menghabiskan masa lebih lama di kawasan rehat.

“Gilakah atau apa ini? Tidak boleh duduk lama di kawasan rehat dan rawat. [Sebaik] sampai di tol Pendang, waktu hendak bayar tol, [saya] kena denda,” dakwa seorang pengguna di Facebook.


Menaikkan coretannya di laman sosial itu 8 Oktober lalu, pada hari kejadian, Damar Wulan turut memuatkan resit bayaran tol yang dikenakan terhadapnya.

Dalam reaksinya semalam, pengendali lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata penalti dibuat apabila pengguna gagal memberi alasan munasabah atau bukti kukuh.

Perjalanan di antara plaza tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit, tambah PLUS, tidak termasuk berhenti rehat yang boleh mencapai jumlah 138 minit.

“Sekiranya pengguna keluar di plaza tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan,” katanya.

“Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti.”

Tambahnya, denda “perjalanan melebihi tempoh yang ditetapkan” (atau, LJT) dikenakan apabila waktu masuk dan keluar dari lebuh raya “meragukan.”

Langkah ini diperkenalkan bagi mengelak pengguna tidak bertanggungjawab memanipulasi kad transit caj tol di beberapa lebuh raya yang diurus olehnya.

“Di antara taktik yang digunakan oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya,” kata syarikat itu dalam kenyataannya.

Sejak Damar Wulan menyebarkan nasibnya yang dikenakan denda, beberapa lagi pengguna memberikan reaksi terkejut dan berang pada tindakan tersebut.

Berikut beberapa reaksi terpilih di Facebook dan Twitter:

Eida: Biar betul? Macam mana kalau hendak berhenti solat? [Kalau ada] anak-anak kecil lagi, mahu dua hingga tiga jam [di kawasan rehat].

Ustaz Amerul: Aku pun kena [denda], memang cukup-cukup tidak puas hati.

Rudy: Lepas ini, kalau memandu di lebuh raya [dan] rasa mengantuk, engkau orang jangan mengada-ngada hendak berhenti di kawasan rehat. Memandu sahaja sambil tertidur. Biar mati [nahas].

Atul: Bodohnya, jika [sedang mengalami] cirit-birit [dan] berhenti di kawasan rehat lama-lama kena denda, berak sahaja di tepi tol itu.

Nan: Kau orang tahukah mengenai undang-undang ini? Saya tidak pernah sedar bahawa kita tidak dibenarkan berhenti di kawasan rehat lebih 1 jam 50 minit; kalau tidak, kena bayar denda.

Panjang Official 1: PLUS kena cari mekanisme lain hendak elak orang menipu [kad caj] tol. Aniaya pengguna sahaja kalau denda sebab keluar lambat di tol.

Kekupu Siang: Ada sekali aku lepak kawasan rehat hala utara sudah hendak [masuk] tiga jam sebab [kawasan itu] cantik benar. Mujur tidak ada denda, apa? -MMOnline

ULASAN GB

Memang patut PLUS kena maki dengan rakyat. Rakyat tengah susah, kini acam-macam cara mereka gunakan untuk mentekedarah wang rakyat.

Lama-lama kena maki, tumbang dan bangkraplah PLUS nanti. Jangan salahkan rakyat lagi semasa itu!



FEATURED ADS


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu lambat kuar keno denda...abis klu lambat sebab jem kita bulehkan denda PLUS balik... ni israil punye kerja...

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul la dh xder duit malaysia ni...pastu cara merapu nk rompak duit drp rkyat....tu la dulu masa Allah bg ekonomi baik x jaga betul2..ada duit x nk kongsi ngn rakyat..mentedarah sorg2...bg kroni2 je bab duit nie....bila minyak tgh naik dulu x bg subsidi kt rakyat cakap risau minyak naik la....padahal kita pengeluar minyak...haaa skrg Allah bg negara betul2 x berduit dah....sibuk nk bela 1mdb...duit cukai rakyat byar...tp habuk pun rakyat x dpt...dpt alasan2 bodoh jer la dr pok jib n the geng

Tanpa Nama berkata...

Bangsat Negara....

Tanpa Nama berkata...

semoga laknat Allah ke atas org2 yg zalim!

Tanpa Nama berkata...

Najib akan bebaskan anwar..anwar akan jd pm..tp kena deal..x boleh dakwa dia pasal 1mdb..dia akan keluar negara dgn rosmah..tinggallah pemakan dedak terkontang2..

Tanpa Nama berkata...

Dan laknat Allah juga kepada rakyat yg masih memilih dan penyokong pemimpin zalim. Amin

Tanpa Nama berkata...

Tuan gb tolong bongkarkan isu pas merompak balak kelantan...dengarnya smpi kekwsn org asli mrk tebang balak.rakusnya pas kelantan menindas org asli.ckp riuh ttg islam tp rupanya gunakan nama islam utk merompak balak kelantan... Ruu dah jadi Rompak Untuk Ulamak...

Tanpa Nama berkata...

Masukkan ulasan anda...kita sebagai rakyat kenalah Tolong kerajaan (menteri2) Sbb mereka tu sumanya asnaf negara. Jika rakyat tak Tolong... Sapa lg yg Boleh Tolong kayakan mereka

Unknown berkata...

Bagaimana pula pengguna sampai lewat ke destinasi kerana highway jem... boleh x pengguna saman plus pulak kerana x menyediakan plan mengatasi kesesakan.. alor setar kl ambil masa 15 jam musim perayaan padahal kalau perjalanan lancar cuma 5 jam

Tanpa Nama berkata...

Macam biasa... sorang berdua mat rempit suka pecut moto... satu taman perumahan kena langkah bendul2 disetiap btg jalan.. system popular yg kita amalkan...hihi

Tanpa Nama berkata...

Agak bingung dgn sapa yg akan jd pm dikalangan ph.Jika anwar..adakah tdm akan akur sepenuhnya.Semua org tahu serangan tdm ke atas najib bukan krn 1mdb.Serangan tdm adalah krn najib gagal jadi boneka kpd kroni dan proksinya.
Jika ditakdirkan ph menang dan anwar jd pm adakah anwar perlu dijadikan boneka kpd tdm dan kroni2nya?
Kena ingat antara ph dgn bersatu, siapa yg akan dijadikan 'tunggangan'?Ramai antara kita cukup seronok bila tdm menyertai ph tetapi ikhlaskah kehadiran tersebut?Pelbagai reaksi..ada yg kata tdm mampu menguatkan ph dan ada yg kata tdm hanya alat utk ph menang lebih besar.
Andai ph menang..siapa yg akan jd parti dominan dlm ph.Adakah bersatu akan jd spt umno dlm bn spt yg digembar gemburkan.Bagaimana pula dgn parti yg dh lama berjuang dlm ph?
#hanya prinsip

Reformis 1998

Tanpa Nama berkata...

Tak patut PLUS buat regulation macam tu sebab ada antara pemandu yang mengantuk dan mereka solat dan tidur sekejap di R&R. Takkan nak suruh org mengantuk pandu kereta juga, kan bahaya tu. Benda yang simple macam ni pun PLUS tak boleh fikir ke?

PLUS kata nak kurangkan kemalangan tapi kedekut nak bagi orang tumpang lama sikit kat R&R. Pelaksanaan ni bukan sesuatu yang bijak. Ni pelaksanaan yang tidak mesra rakyat langsung.

Memang betullah negara ni dah mula kehabisan duit. Semua orang atau company mula cari kesempatan buat duit tak kiralah walaupun dgn cara menekan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Apa punya Bengong da.... Org cerita pasal plus, hg pi melalut apa ni labu?!

Tanpa Nama berkata...

Cuba selidik siapa di belakang plus ni...kpd yg undi be end, korang jgn bisinglah...ini semua dasar2 haprak yg wujud adalah hasil tgn2 kamulah yg memangkah ni...ada pahammm...

Tanpa Nama berkata...

klu ph menang dsai lh yg paling layak jdi pm untk membawa malaysia ke mercu kcrmrlangn. parti2 lain prlu bersabar dn bangunkn calon2 yg credible spt dsai yg akan mnggantikn beliau.

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah terpaksa Tidor di kws rehat Selama 2 jam Kerana terlalu letih. Takan paksa badan letih terus berjalan?

Pikir balik... Mungkin kena charge denda toll tapi masa tu Tak perasan

Tanpa Nama berkata...

Banyak lorong T&Go dan Smart Tag yang bermasalah.. adakala menyebabkan kereta beratur panjang..

Semalam top-up T&Go, mesin reader tak boleh baca.. sepatutnya selesai urusan dalam 2 minit.. Tapi selesai dalam 4-5 minit..

Saya rugi masa dan minyak...

Tanpa Nama berkata...

Langsung tak praktikal.. Pegawai PLUS bodoh dan hanya tahu nak menganiaya orang lebih-lebih lagi orang yang sudah tua ... dan juga pengguna kena berbaris depan pintu tandas di masa cuti perayaan..

Tanpa Nama berkata...

Masuk lagi dek akal jika semua tempat rehat di kena kan bayaran parking sekiranya meletak kereta lebih dari 1 jam setengah..

Syarat semua kos menyediakan mesin syiling pembayaran kereta di kawasan R&R ditanggung oleh PLUS kerana bagi pengguna tidak bermasalah dengan keluar tol lambat...

Tanpa Nama berkata...

Tujuan PLUS supaya tempat duduk makan tidak digunakan begitu lama dan ini menguntungkan peniaga-peniaga di R&R tersebut.

Tetapi sebaliknya mungkin orang tidak berhenti terus atau mereka minum dan makan dalam kereta dengan membeli nya lebih awal.

Atau masuk ke kawasan bandar ..

Pernah satu ketika menjelang cuti raya, jem di tol Ipoh dari pagi hingga malam... beberapa pengguna membuang sampah ke atas jalan...

Pemuda parit kings berkata...

Plus banggang!!!