20 Okt 2016

Harga Minyak Masak Dijangka Naik, Rakyat Terus Tertekan

Laporan: Tiada lagi subsidi minyak masak

Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan, kata akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.

Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.


Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.

Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.

Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 Jumaat ini.

Laporan Oriental Daily juga mendakwa ramai peniaga makanan mula menyimpan minyak masak menjelang pengumuman Bajet 2017.

Putrajaya melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" secara agresif sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.

Berikutan ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.

Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. -mk



ULASAN GB

Harga minyak masak dijangka akan meningkat berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Sudahlah rakyat dikenakan GST, harga barang pula terus meningkat.

Betul-betul 1MDB membawa bencana cukup besar kepada negara. Hutang negara meningkat sehingga RM850 bilion gara-garanya. Najib di Parlimen semalam pula mendakwa GST penyelamat ekonomi negara. MO1 yang rompak wang negara melalui 1MDB, rakyat yang kena tanggung GST dan tanggung kenaikan harga barang,

Speaker Dewan rakyat Pandikar Amin Mulia pula tidak membenarkan soalan-soalan melibatkan tindakan undang-undang pihak berkuasa Amerika ke atas harta terkait dana 1MDB kononnya kerana ia subjudis.

Di saat rakyat sednag menderita , di satu pihak lain pula sibuk mengenai RUU355. Wajib sokong katanya. RUU355 persis wahyu Ilahi yang tak boleh dipersoal atau dibantah. Parti itu sudah jauh dari perjuangan rakyat, jauh dari konsep negara berkebajikan seperti yang dilaungkan selama ini. Perjuangan RUU355 hanya untuk menutup kelemahan mereka di dalam membela isu-isu rakyat. Sudah tidak memperdulikan nasib rakyat yang tertekan dan menderita.

Ayuh rakyat, tumbangkan kedua-dua parti itu di dalam PRU14 nanti.





FEATURED ADS


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang aku tggu pru14 aje sekarang..ckp byk x guna..dua2 parti bangsat umno dan pas akan jadi sejarah lepas ni..Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Wahai rakyat yg masih lg buta hati perut..kau x sedarkah betapa celakanya KERAjaan najib..setelah dia membalun berbillion duit kita..dia tarik subsidi barang..dia perah lg duit kita dgn GST..si najis ni dh x layak tadbir negara..

Tanpa Nama berkata...

Subsidi utk berjuta2 rakyat yg dihapuskan akhirnya masuk ke dalam poket beberapa kerat 'rakyat istimewa'

Malaysiabaru berkata...

Putera Arab Saudi wahabi di hukum bunuh

Sebab bunuh

Putera Saudi wahabi yg curi duit 1mdobi dan bagi sama najibullah laknatullah di lepaskan

What pathetic set of laws you Saudi wahabi people have ???

Curi takpe... Bunuh saja tak boleh hudud haramjadah apa nih

air gunung berkata...

Selagi SPR dok dlm keadaan haramjadah jgn harapla parti selain Be End akn memerintah..

Nak harap parti agama utk sama2 bg tekanan,dan2 diaorg berpolitik matang la plak..alahai.....dulu kapir2..sekarang matang tp dlm matang tu sedap2 jer munafik kapir tolol babi anjingkan org yg x sehaluan..

Nasib laaa kao rakyat oiii kena ikat perut...puasa sunat yerr...naik kenderaan awam yer,minyak goreng pakai 2 kali yer(nasihat najib)kepala hotak dia..org pkai sampai x der rupa hitam taw...dgr nasihat kak mah dlm bebelanje yer...

Soltan2 PM,TPM,menteri2 Ahli parlimen,ADUN peduli haper rakyat kebulur..diaorg punya elaun pon dah lebih dr cukup nak makan sampai meletup perut..

Ingt yer mkn nasik sekali sehari jer..lauk telur rebus sebelah..pg mkn roti lutut seketol.mlm pandai2 la cari masjid yg buat mkn atau yg ade pisang free...

Tanpa Nama berkata...

Najib akan menyalahkan kemelesetan ekonomi dunia dan penyokong Najib menerima alasan Najib dan tidak menyalahkan Najib yang telah membalun duit berbillion ringgit dan angkara celaka Najib dengan 1MDBnya.

Jika Najib tidak buat tindakan bodoh dan membiarkan isteri nya bershopping sakan ke sana ke mari, susah, susah juga tetapi tak sampai tertekan sebegini teruk.

Untuk mengimbangi kos, banyak barang akan cuba mengurang kan kualiti kandungan produk. Rakyat pula akan kurangkan makan ke tahap yang paling maksima atau membeli produk yang paling murah. Untuk lawan harga, bahan-bahan perlu di kurangkan. Sedikit demi sedikit pekerja akan diberhentikan.

Akhir nya ada yang naik minyak.

Tanpa Nama berkata...

PAS mengambil kesempatan dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup yang semakin serious di sebabkan kelemahan Najib dengan membentang hudud.

Dengan bangga PAS akan meraikan kejayaan berpuluh-puluh tahun yang telah di cita-citakan.

Jika keadaan tidak seteruk ini, jangan harap hudud PAS di angkat hingga akan di bentang untuk di bahas.

Bagi Najib jika tidak ada jalan lain untuk mengalih perhatian rakyat atau membuat pemimpin pembangkang bertelingkah sesama sendiri, Najib sanggup mengambil risiko dengan meluluskan hudud dan memberi jaminan hudud hanya untuk orang Islam. Ini kerana ada lagi peringkat seterusnya untuk melaksanakan hudud PAS iaitu mendapatkan perkenan Raja-Raja.

Kerja PAS sekadar mengalihkan fokus dan mengambil peluang untuk menegakkan hudud di kala rakyat sedang merintih kerana ada yang tidak cukup makan dan menanggung beban hutang.

Sanggup kah PAS mendahulu kan permasalahan rakyat yang semakin runcing atau PAS terus berdegil dengan hudud nya untuk menjaga ego pemimpin nya ?

Atau mungkin sudah tiba pula giliran rakyat Malaysia masuk secara haram ke negara lain ?

Tanpa Nama berkata...

Apakah peranan Majlis Perundingan Islam (UMNO-PAS) dalam hal ini ?

Cukup kah sekadar kenyataan PAS tidak sokong GST?

Apakah PAS bersetuju dengan bajet memamposkan rakyat ini ?

Cukup kah nanti duit zakat untuk membantu orang Islam ?

Tahukah PAS balak yang telah ditebang pun tak cukup untuk di gunakan dan balak mana lagi yang nak di tebang ?

Tanpa Nama berkata...

Kau ni mengata pasal aku ya ?

Puasa sunat. Minyak Goreng. Telur Rebus...

Tanpa Nama berkata...



Jalan yg LURUS...Kaseh Mem-BERI
Jalan yg LURUS...Kaseh Ber BAKTI
Jalan yg LURUS...Bukan nya menCURI
Bukan MENIPU Keliru...FITNAH yg KEJI
Bukan BILIYUN2...Masuk Ke Akaun PRIBADI
Bukan Sedondon SeJoli...Berkongsi dedak CURI
Bukan HUDUD-Ruu...Yang TERANG2an Maksud "MENIPU"
Bukan PINDAAN2-Ruu...Yg Mnjdkan "Melayu" Di Tipu Selagi MAHU

Jln yg LURUS itu...CAHAYA yg Memancar2 Ddlm KALBU
Cahaya AMANAH-Integrity...Bhw Hakikat "KITA" Smua Adalah "SATU"
Hakikat Sluruh ALAM2 Tercipta...Dari Yg'SATU & Smuanya Dtg Dari SITU
Dgn Mendalami HAKIKAT itu...Di Situlah Titiktemu Miracle-INSPIRATION yg PADU


Miracle INSPIRATION itu...Adalah Kaseh Mem-BERI
Semakin Mem-BERI...Semakin Berganda Bertambah2 LAGI
Semakin Cinta Kaseh Mem-BERI...Rezekikan Melimpah2 Tak Ber HENTI2
Itulah Kaseh Mem-BERI...Kpd Yg TAK Pentingkan DIRI yg Sgt2-Miracle SEKALI
Begitulah Kaseh Mem-BERI...Menyatu dgn SeAgung7Miracle SIFAT Mem-BERI "MU" Yaa RABBI

Disisi SeAgung7Miracle SIFAT Mem-BERI "MU" itu Yaa RABBI...Adalah SUMBER Maha7LUAS Unlimited-INFINITY



TETAPI..


Apabila Rakus FITNAH menCURI...Khazanah "MU" Itu Mnjd Kering KONTANG Lenyap & PERGI
Semakin Rakus FITNAH menCURI...Sgl2nya Mnjd Tunggang Terbalik = Sebobrok2 Murtad yg KEJI
Ddlm Suasana FITNAH menCURI...Rakyat DiTIPU Keliru GELAP-Buta Di Tindas Di ZALIMI


Apb yg TAK Layak Diberikan "KUASA"...Tunggang Terbalik = & Tunggulah Saat KEHANCURAN Nya!














Unknown berkata...

Kurangkan makan minyak
..baik utk kurangkan berat bdn dan penyakit..

Tanpa Nama berkata...

Hutang malaysia nk cecah trillion dah ni woiii.....apa pak menteri ckp???....ekonomi malaysia brtambah baik di bawah pok jib.