6 Ogo 2016

[VIDEO] "Tangkap Malaysian Official 1", Gesa 34 NGO

Ambil tindakan ke atas ‘Malaysian Official 1’, gesa gabungan 34 NGO

Gabungan 34 organisasi masyarakat sivil menuntut kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1) seperti disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), 20 Julai lalu.

Tuntutan tersebut merupakan salah satu daripada enam perkara yang dinyatakan dalam memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini.


Penyerahan memorandum diketuai peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ambiga, tindakan saman sivil oleh DOJ yang mahu merampas hartanah milik negaranya bernilai lebih AS$ 1 bilion itu membuktikan kegagalan sistem kawal selia dan keadilan negara ini menyelesaikan siasatan berkenaan.

Gabungan NGO itu juga mahu supaya kerajaan mendedahkan kedua-dua keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd serta keputusan interim tentang siasatan isu 1MDB kepada orang awam.

“Kes DoJ ini menunjukkan bahawa terdapat penyelewengan dana secara besar-besaran. Apakah yang masih tinggal sebagai kedaulatan negara kita apabila hampir semua institusi utama telah dirobohkan secara terang-terangan?” dipetik dari memorandum itu.

Turut menyerahkan memorandum itu Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy.

Selain AS, enam negara lain juga terbabit dalam siasatan 1MDB. Antaranya, Singapura yang memulakan siasatan bulan lalu ke atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram berkaitan dengan dua akaun yang terlibat dalam kes 1MDB. -MD






FEATURED ADS


7 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Kan Najib dah kata dia tiada kaitan dgn DOJ..

'saya tidak terlibat secara langsung'

Atau saya cuma beri arahan. Org bodoh saja yg akan ikut arahan saya

OK LEPAS NI KSN KO IKUT CAKAP NAJIB MAKNA KO BUDUH!!!

MENTERI IKUT ARAHAN NAJIB PUN BUDUH

ALARMAK KALAU ULAARMAK IKUT ARAHAN NAJIB MCM MANA?

Percayalah hari ni saman civil. Jika rosmah degil jugak esok saman jenayah... Siap ko !!!

Unknown berkata...

Salam:

Bila kita tenguk wawancara Najib dgn TV indon baru-baru ini,Najib dgn straigth face/muka selamba mengatakan MO1 bukanlah dia.


Marilah kita imbas balik chronology of events pembohongan/kelentong Najib yg bersahaja. Teknik jawapan yg tidak menjawab soalan tapi memberhentikan soalan.


Kes Al-tantuya.

1. Soalan ditanya adakah Al-tantuya mistress dia? jawapan ya or tidak.

jawapan Najib dia tak kenal Al-tantuya.Dan telahpun bersumpah dimesjid.


2. Kes 1MDB

1.Soalan ditanya:Benarkah 2.6billion duit itu masuk ka account Najib? ya or tidak.
jawapan najib, saya tak pernah mengambil wang awam.

3. Bila DoJ saman.
1.Soalan ditanya benarkan beliau terlibat dalam 1MDB?ya or tidak.

jawapan Najib: Namanya tiada dalam senarai nama2 list DoJ.


cara-cara beginilah Najib terlepas,satu demi satu kemungkaran yg dilakukanya,dari bertukar-tukar pasangan dari zaman woodstock hippies dulu-dulu sehingga bertemu buku dgn ruas bertemu dgn bikmama dimana Najib takboleh lepas,kisah-kisah ini dapat dijelaskan oleh bikmama yg duduk serumah dgn saorang artis terkenal(pernah bekerja bank bumi/sekarang dah aruah,moga allah mecucuri rahmat untuknya) masa zaman pop yeh yeh/rock kapak dulu-dulu.

Najib sekarang tersepit,hukum kebenaran/keadilan akan terjadi juga,Allah maha kuasa,Najib cuba nak menukarkan imejnya dgn bersama-sama lebai2,cuba menjadi Alim dgn mengunakan "cash is king".Tapi kesihan juga dari riak mukanya ia cuba nak menjadi baik,tapi dari desakkan bikmamalah(yg mempunyai unlimited nafsu) najib teruskan kerja2 ini,siapa riza aziz?,bukan anak najib.siapa nak sewa jet pribadi,siapa yg terhegeh-hegeh nak jadi 1stlady.siapa yg nak shopping tanpa batasan,cincin 24juta,collection begtangan yg berjenema,hari-jadi /majlis pekahwinan yg tak masuk akal dan banyak lagi kerja 2 pemborosan.
Najib pintu TAUBAT MASIH TERBUKA.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Tu sebab geng walaun tak join. Hang nak jatuhkan Najib, depa nak pertahanankan atas bangsa Melayu. Kalau pemimpin UMNO rasuah jadi harus gamaknya.

Tanpa Nama berkata...

Sibuk kata saman sivil...

Kalau setakat saman sivil apa masalah siasat dan dapatkan maklumat siapa MO1 ?

Sekarang saman sivil ke, saman malu ke, saman trafik ke.... orang nak tahu siapa MO1 ?

KJ ... pemuda UMNO boleh kau kelentong..

Tanpa Nama berkata...

kita tk tau siapa mo1. blh jadi dia seorg budak pejabat yg kerja fotostat dokumen pejabat atau seorg sarjen tentera sahaja

yg kita tau mo1 ialah seorang pengkhianat perompak bajingan goblok penipu penyeleweng yg sedang memusnahkn negara secara teknikal.

blh jadi juga mo1 adalah anggota isis yg bahaya dn memerlukn dana utk bom dan perang sana sini

maka tidak ada alasan lg utk setiap rakyat malaysia yg belum mati utk membenci mengutuk bertindak dan berdoa laknat utk mo1.

pas bila lg nk buat solat hajat utk mohon pertolongan allah binasakn petualang negara itu?

sebb blh jadi juga mo1 seorg kafir harbi yg mesti dihapuskn.

perdana menteri harus bertindak segera dan serius menghapuskn mo1 ini. jgn tersengih2 lagi. bibir dh tk berapa merah dah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah 6 negara yang sama terlibat menyiasat 1MDB, mana mungkin campurtangan asing.

Amerika sebuah negara yang besar dan sangat maju yang tidak boleh di malukan oleh negara kecil seperti Malaysia.

Malulah jika kepala lanun boleh terlepas...

Najib kata ianya perniagaan yang telah dijadikan isu politik. Pemimpin UMNO kata tidak ada kena mengena dengan Najib... Kalau perniagaan, buat apa lah DoJ rampas harta kepunyaan syarikat..

Semua harta di rampas kerana siasatan mendapati harta adalah kepunyaan rakyat bukan kepunyaan syarikat.

Siapa yang jaga harta rakyat ?

Apabila harta tersebut dirampas dan di beku, negara yang berhutang sudah seperti jatuh ditimpa tangga..

Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Penyayang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Kaseh Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...TAK Wujud yg Curang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...TAK Wujud PenCURI
TAK U-Turn PONTENG...FITNAH Terlarang
TAK Tunggang Terbalik = MURTAD yg Keji


Budak Hingusan...Suka MenCURI
MenCURI "perhatian"...Ber LAGAK Pandai
MenCURI "perhatian"...Mem FITNAH Memaki
MenCURI "perhatian"...Ke Tololan TerBARAI
MenCURI "perhatian"...Konon2 ILMUnya Tinggi
Walau Pun Bebal...IQ nya Bak KALDAI
Megah Dan "PRASAN"...TAK Sedarkan DIRI
Ber Jubah SORBAN...Warak Sang LEBAI
Sedondon Menyonglap...Ber ILUSI "Suci"
Si Hudud Siku-LUTOT Pun...Nyenyak Ter Buai
FITNAH MenCURI...Dah jd Tuhan Kat Lubuk Hati


Insan Budiman...TAK Minta Dipuji
Insan Budiman...ARIF Ber Fikir
Tunduk Merunduk...Bak PADI Berisi
Bak Sekilas Memandang...Ikan Di AIR
Kaseh Mem-BERI...Subur Bersemi
Kaseh Mem-BERI...TAK Henti Mengalir
Kaseh Mem-BERI...Fitrah nya Syurgawi
Bak MUTIARA Menjelma...Menyinari TAKDIR


Insan Budiman...TAK Tolol Dek Glamor
Insan Budiman...TAK Terjerat Dek "Umpan"
Hadirnya Ibarat...Bak Terangnya CAHAYA
Hadirnya Semutlak7...Suruhan TUHAN
"HARGA" nya Adalah..."AMANAH" Yg"ESA
Semutlak7KBNARAN...Seindah7nya KEADILAN

Bukannya MenCURI...Bak Budak Hingusan
Meng KLEPET Merembat...Berbiliyun Berjuta
Hi! IBLIS pun Sedondon...Berjubah Besorban
Oh! Beginikah Rupanya...Ulam-MAK Donia!?