2 Ogo 2016

[VIDEO & GAMBAR] 20 Ahli UMNO Sertai AMANAH Di Melaka

Seramai 20 orang ahli UMNO cawangan Sungai Petai, Alor Gajah yang diketuai oleh salah seorang ahli jawatankuasanya, Encik Zainal Bujang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara di Majlis Jamuan Hari Raya Parti Amanah Negara negeri Melaka malam tadi.

Borang berkenaan telah diserahkan kepada Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu yang turut hadir di majlis tersebut.


Ia merupakan satu kejayaan berganda bagi AMANAH Kawasan Alor Gajah yang telah dipilih untuk menjadi tuanrumah untuk majlis Jamuan Hari Raya peringkat negeri Melaka tahun ini.

Kejayaan utama Amanah Alor Gajah ialah majlis jamuan yang telah diadakan di Dataran Amanah Alor Gajah telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari rakyat pelbagai kaum yang telah datang membanjiri Dataran Amanah seawal jam 6.00 petang sekalipun acara bermula jam 7.00 malam dan mereka yang datang tidak terus pulang, malah sanggup menunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan..

Majlis dipenuhi dengan ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Harapan seusai solat Maghrib dan Isya berjemaah di dalam kabin yang disediakan khas di dataran tersebut.

Diantara yang berucap ialah Pengerusi Amanah Melaka, Tn Hj Adly Zahari, Naib Presiden AMANAH Nasional yang juga Ketua AMANAH Kawasan Alor Gajah, Dr. Hassan Baharum, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Faiz Fadzil, Pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Bandar Hilir, YB Teh Kok Kiew, Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan, YB Shamsul Iskandar Md.Akin, bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kemuncaknya oleh Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu.

Khairuddin, 53, di dalam ucapannya yang berapi, bertekad dan berjanji untuk mempastikan Najib ditangkap dan didakwa ke muka pengadilan susulan daripada pendedahan kes penyelewengan dana 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Beliau yang sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi yang memutuskan tuduhan cubaan untuk mensabotaj perkhid­matan bank dan kewangan negara tidak tertakluk bawah Sosma.

Beliau menyatakan bahawa 1MDB telah merompak harta rakyat di negara ini dan perancangan tersebut telah dilakukan dengan teliti oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak. (Rujuk video di bawah)

Tuan Haji Mohamad Sabu pula di dalam ucapannya meminta AMANAH pergiatkan penubuhan cawangan-cawangan parti Amanah di dalam usaha untuk Pakatan Harapan menghadapi pilihanraya umum ke 14 yang akan datang.

Beliau menyatakan bahawa UMNO kini menggunakan sentimen "perkauman dan agama" sebagai talian hayatnya untuk terus mengekalkan kuasanya di negara ini.

Beliau mengecam tindakan UMNO berkenaan dan menyifatkan UMNO dengki serta cemburu dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang dengan sebab itu UMNO mencari jalan untuk menangkap dan memenjarakan Guan Eng kerana semata-mata hendak menjatuhkan reputasi pemimpin DAP itu.

Sedangkan, menurut Mohamad, Pulau Pinang merupakan negeri yang melaksanakan uurustabir dan tatakelola negeri terbaik apabila hutang negeri Pulau Pinang merupakan yang terrendah berbanding dengan negeri-negeri lain, iaitu hanya sekitar RM69 juta berbanding Pahang dan Kedah contohnya di mana hutang mereka masing-masing kepada kerajaan Persekutuan mencecah sehingga RM3 bilion.

Setiausaha Amanah Melaka Tuan Haji Yuhaizad Abdullah yang ditemui menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama dan tungkus lumus semua pihak yang terlibat.

Sementara Pengerusi Amanah Melaka, Tuan Haji Adly Zahari di dalam ucapannya juga turut melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan yang menggalakkan dan melahirkan setingi-tinggi pengharagaan kepada semua Amanah kawasan-kawasan negeri Melaka, Pemuda Amanah Melaka dan Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Melaka yang telah menyumbang dan bekerjasama untuk menjayakan majlis berkenaan.



VIDEO







FEATURED ADS


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO sanggup tinggalkan parti yang menjanjikan bermacama-macam kesenangan. Dan kini sanggup mendapat susah dengan menyertai AMANAH.

Ahli PAS kena bukak mata. Kenapa pemimpin PAS nak ikut UMNO ?

Mereka yang tinggalkan UMNO ini, tidak akan sesekali menyertai PAS sekira nya yang ada hanya PAS dan AMANAH pula masih tidak ujud. Mereka lebih rela tidak berperti.

Mereka menolak UMNO. Mereka juga tidak suka kan PAS padahal bukan kah PAS parti Islam ?

Ini kerana pemimpin AMANAH lebih Islamik dari pemimpin PAS. Perjuangan pemimpin AMANAH lebih solid dari PAS.

Timnajib Jomfikir berkata...

Wahai rakyat Malaysia! Marilah kita berkerjasama menumbangkan Najib Tun Razak/Umno/BN/pemakan dedak.

Atas sebab 1MDB. mari kita jadikan Malaysia tanah tumpah darah kita negara Turki ke 2.

Boley Jalan berkata...

Ini yg membuat razman kastam derish mat dan tat snake bare! Hadi kena pakai pampers dah!

Lelaki Dicermin berkata...

Kekdg aku pun naik heran..kenapa pimpinan AMANAH pusat tak berbincang dgn AMANAH negeri melaka. Bagaimana konsep atau strategi yg menyebabkan AMANAH melaka begitu aktif dan mesra senang di terima masyarakat..rasa jika ianya berterusan PKR tinggal nama je kat melaka tu.. begitu juga media AMANAH melaka.. nàmpak amanah kedepan dr parti2 dlm PH.sedangkan parti lain sebok dgn sidang akbar dan kenyataan akbar. Kalau tak salah tuan Gb terlibat sekali dlm media AMANAH ni.. tahniah..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kerana DAP ada Penang.
PKR ada Selangor.
PAS ada Kelantan.

Jika di timbangkan Melaka lah yang mempunyai peluang yang lebih buat AMANAH di bandingkan dengan negeri-negeri lain.

Mudah-mudahan AMANAH dilermudahkan untuk menawan Melaka.

Mat Safian berkata...

Lelaki Dicermin,

Kita kena bersabar, biar AMANAH Pusat buat kerja dahulu, AMANAH masih muda dan perlukan strategi yg pelbagai utk berdepan dgn masyarakat. Seperti mana DAP di Pulau Pinang, walaupun kuat, mereka tetap ada masalah. CIna seberang perai tak sama dgn Cina di sebelah pulau. Cina Ipoh tak sama perangai dgn Cina Melaka. Masing2 ada perbezaan, hanya strategi yg bijak blh menyatukan cina-cina ini.

Hatta melayu Kelantan pun tak sama dgn melayu jawa selangor dr segi makan dan perangai. Bersabarlah, politik perlukan kesabaran dan kepercayaan kepada pimpinan disamping kita menegur serba-sedikit jika mereka ada salah dan silap.