9 Ogo 2016

TGNA Pernah Berpesan: "Harta & Pangkat Bakal Rosakkan PAS"

"Tuan-tuan semua hendaklah ingat bahawa harta dan pangkat adalah dua perkara yang selalunya meruntuhkan sesebuah perjuangan.

Umno tunggang langgang, bergaduh sesama sendiri disebabkan harta dan pangkat. Dan kita bimbang takut-takut orang PAS juga diserang penyakit yang sama dengan UMNO, yang akhirnya menyebabkan kita runtuh.

Kita sangat yakin bahawa PAS tidak akan rosak kalau tidak dengan kerenah dan khianat daripada orang dalam PAS sendiri. Antara punca yang menyebabkan orang PAS mengkhianati sesama sendiri ialah kerana keinginan merebut harta dan pangkat.


Kalau Qabil dan Habil sanggup berbunuh kerana harta. Kalau firaun dan qarun sanggup melawan para-para Nabi kerana harta dan pangkat, maka perkara yang sama x mustahil berlaku dikalangan kita, kalau kita tidak berhati-hati dan berpegang kepada ajaran Islam dengan sebenar-benarnya."

-Petikan ucapan TG Nik Aziz di Bukit Bakar Machang pada 25/12/97


ULASAN GB

PAS rosak dan binasa kerana berebut harta dan pangkat, demikian pesanan Almarhum TGNA.

Dan ia menjadi kenyataan apabila kerana perebutan pangkat dan jawatan di dalam PAS semasa muktamar yang lalu apabila golongan ulama menggunakan kaedah CAI menyingkirkan golongan progresif yang ada dalam PAS...

Saya tertarik dengan tulisan Sayuti Omar di dalam blognya:

Jika dahulu, zaman Pas dipimpin oleh para ulama segonti, yang "muhid" dengan Allah, yang berjuang pakai kapcai dan basikal atau paling-paling ada Toyota K20 atau van C20 mungkin laporan atau berita sebegitu mudah dibuang begitu sahaja. Ia nyata fitnah. Tetapi hari ini yang memimpin Pas adalah mereka yang kedudukan dan gaya hidupnya tidak jauh beza dengan pemimpin Umno. Apa yang pemimpin Umno ada mereka juga memilikinya.

Misalnya, kalau pemimpin Umno naik jet mereka juga naik jet. Kalau pemimpin Umno ada motor besar, pemimpin Pas juga ada motor besar. Kalau pemimpin Umno ada motokar lebih daripada tiga dengan nombor plat satu angka atau dua angka, mereka juga ada kereta lebih daripada tiga dan bernombor plat dua angka yang harga tandernya mencecah puluhan ribu. Soal bini dan betina usah ceritalah. Saya pun nak juga berbini lebih daripada tiga, tetapi akan daya...

Demikian bagaimana gelombang duniawi mengubah pimpinan PAS. Jauh berbeza dengan akhlak dan kehidupan Almarhum TGNA. Cuma kita imbas semula petikan ini:

* Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..

* Bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

* "Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

* "Ketika hadir di dalam satu majlis, Tuan Guru dihidang dengan makanan kelas tinggi termasuk daging rusa. Tapi Tuan Guru Nik Aziz sedikit tidak menyentuhnya".

Seseorang bertanya:

"Tok Guru tak makan daging rusa ke?"

Jawab Tuan Guru Nik Aziz;

"Ramai lagi rakyat di Kelantan tak merasai daging rusa. Kalau saya makan apa saya nak jawab dengan Allah di akhirat nanti."

Berbeza benar dengan gaya kehidupan pemimpin PAS yang ada kini dengan kehidupan Almarhum TGNA.

Jadi teramat nyata benar pesanan TGNA tadi, bahawa PAS rosak binasa apabila para pemimpin dan ahlinya sudah berebutkan harta dan pangkat.... sama-sama kita bermuhasabah....



FEATURED ADS


27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

subhainallah..sebab itulah karpal singh dan LKS pun sangat menghormati Allahyarham..alfatihah

Tanpa Nama berkata...

Malang sekali ada pimpinan PAS kini tergoda dengan harta dan pangkat..

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umno ada motor besar, pemimpin pas pun ada motor besar.

tapi pemimpin pas CIUM tangan pemimpin umno.

tak pernah tengok lagi pemimpin umno cium tangan pemimpin pas...

hudud... hudud... engdi kowe...

itulah status pemimpin pas jikan dibandingkan dgn pemimpin umno...

yg hafal alKitab pun duduk bawah pemimpin umno...

mrk yg letakkan diri mrk lebih rendah dari pemimpin umno...

tetiba... meletup DOoOooOOMMMM... RM90 juta...

aku rasa hadi terkejut, terus terponteng sidang tganu...

IbnAbdHalim berkata...

Kalau anak sendiripun tak dapat warisi akhlak dan gaya hidupnya apatah lagi yang lain. Memang benarlah iman tak dapat diwarisi.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz contoh suri tauladan terbaek umat islam.tp sygnya anaknya merosakkan namanya.alangkah baiknya jika ada dianaknya yg mewarisi sifat ayahnya mengharumkan nama islam...tp nik abduh sebaliknya membusukan nama islam..malu org2 melayu islam bila ulamak2 pas bersuara selalunya ucapan bodoh dan emosi.

Tanpa Nama berkata...



AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
ISLAM Tak Mengajar...FITNAH MenCURI

Siratol MUSTAQIM...CAHAYA yg LURUS
ISLAM Tak Mengajar...PemFITNAH yg Rakus


Al-Azhar Mengajar...Degree MA PhD
Adakah 'SYALIBUS' Al-Azhar tu..Syalibus Nabi2?
Adakah 'ulam-MAK' Azhar tu...Ulamak Waris Nabi2?
Ulamak Waris Nabi...Tak Sklumit Penting DIRI
Ulamak Waris Nabi...Tak Ter'umpan TAK Dpt DiBELI
Ulamak Waris Nabi...LURUS Terang CAHAYA Menyinari
Menyuloh TERANG...Penyayang-Kaseh Mem-BERI
Loving-GIVING-Sharing..Toward d Core of INTEGRITY n Transparency
Loving-GIVING-Sharing..With d Absolute TRUTH n JUSTICE s d Ultimate Destiny


AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Penyayang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Kaseh Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...TAK Wujud yg Curang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...TAK Wujud PenCURI
TAK U-Turn PONTENG...FITNAH Terlarang
TAK Tunggang Terbalik = MURTAD yg Keji


Sekilas Pandang...Ikan Di AIR
Lebai Sedondon...Dah Masuk PERANGKAP
TAKyah Gi Havard-Oxford...TAK Perlu Mahir Fikir
Koperasi Dah Ghuyup...BALAK Dah Di Songlap
Lebai Sedondon tu...Level IQ nya Sengal Bengap
Mula FITNAH pilkuda tu..Tu Tandanya Dah Kena 'NGAP'



Budak Hingusan...Suka MenCURI
MenCURI "perhatian"...Ber LAGAK Pandai
MenCURI "perhatian"...Mem FITNAH Memaki
MenCURI "perhatian"...Ke Tololan TerBARAI
MenCURI "perhatian"...Konon2 ILMUnya Tinggi
Walau Pun Bebal...IQ nya Tahap KALDAI
Megah Dan "PRASAN"...TAK Sedarkan DIRI
Ber Jubah SORBAN...Hai! Waraknya Sang LEBAI
Sedondon Menyonglap...Ber ILUSI "Suci"
Si Hudud Siku-LUTOT Pun...Nyenyak Ter BUAI
FITNAH MenCURI...Dah jd AKIDAH Kat Lubuk Hati


Mnjd IMAM...IMAM pem FITNAH
IMAM Semayang...IMAM Men CURI
Sedondon KLEPET...Rembat RASUAH
Sejijik2 IMAM...Bak BANGKAI yg Keji
BANGKAI Ber ULAT...TAK Sape Hampiri
Kcuali Siku LUTOT...Yg BUTA Di Hati









Tanpa Nama berkata...

Ya allah..aku rindukan tgna..jauh benar peribadinya dgn pemimpin2 pas kini..hatta presiden dan mursyidul..kau cucurilah rahmat keats rohnya..aminn..

Tanpa Nama berkata...

tulisan tuan GB dlm entri ini buat mata aku masuk habuk..... serius aku rindu pd
kelibat almarhum tgna walau tak pernah bersua muka tp dr coretan2 dlm blog, fb kwn2 yg menceritakan kisah keindahan akhlak almarhum buat aku rindu dan teringin berjumpa dgnnya namun apakan daya tiada rezeki bertemu dgnnya.... terima kasih byk tuan GB atas coretan yg sgt menginsafkan ini....

Tanpa Nama berkata...

setuju 200 peratus dgn TGNA. semua yg gila pangkat dan kuasa da keluar pas dan tubuh pati.termassuk kau sekali gb.mohon jgn di siar tulisan ini.

Tanpa Nama berkata...

konon nk berkawan dgn umno..nak nasihat..sekali masok perangkap daa..takat ilmu tajwid dgn sarjana bahasa arab tak cukop nk berkawan dgn sang maharaja wang..kah3...klu pon betoi ka atau fitnah ka duit 90m tu dah kompom si pemberi yg bocoq..kah3..dei tambei..pak sheikh yg tera pon masok dlm laa...tera mohyideen pon terpelanting daa..tu pon ada hati nak cakap stretegi dlm politik..ingat umno x dak stretegi..ingat puak umno mcm hat yg dok p kuliah maghrib kitab kuning ka...yg dok ternganga mulut dok dengaq kuliah ust fawaz...kah3

Tanpa Nama berkata...

Rupa-rupanya Nik Abduh tidak sedar bahawa se belum meramalkan PR lenyap, ayah nya terlebih dahulu telah meramalkan keadaan dimana pemimpin PAS yang gila kan pangkat dan harta akan meruntuhkan PAS.

PAS menjadi tunggang langgang sekarang ini dan sanggup berbuat apa sahaja kerana RM 90 juta. Kalau tidak terdedah PAS masih boleh diselamatkan lagi tapi kini sudah terlambat dan PAS sama-sama tenggelam bersama-sama kapal UMNO.

Tanpa Nama berkata...

TGNA satu dalam berjuta-juta....memang iman tak dapat diwarisi...nik omar adalah contoh hampir dengan TGNA walaupun tak 100%...

Tanpa Nama berkata...

Kalau menurut sarawak report 90juta tu xbrp detail lagi mcmna blh dpt angka 90juta tu elok sarawak report dedahkan btl2 maklumat biar semua org melihat mcmne pas melompat.skrg ni seolah2 sarawak report xbrp tepat dlm laporan

Unknown berkata...

Tak perasan bila baca.... Mata masuk habuk... Allahhuakbar....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya berita pemimpin2 PAS bertitle ulama terima duit dari umno dah lama dah diketahui di Kedah. Sebab tukang agih tu MP dari Kedah yang jadi isu sebab main golf. Tujuan pengagihan... menyingkirkan profesional dari PAS.

Tanpa Nama berkata...

Yang TGNA katakan ialah orang yang dalam PAS. Tak ada kena mengena dengan yang dah keluar PAS. Nasihat ini terpakai sampai bila-bila sebab berguna dan untuk kebaikan jemaah dalam PAS.

PAS masih berkeadaan ok lagi setelah ramai pemimpin tidak sehaluan keluar parti. Tapi sekarang tidak lagi sebab PAS dapat RM90 juta. Masa PAS halau pemimpin yang tidak sehaluan PAS baik lagi. Masa itu PAS masih tidak berduit. Sekarang PAS lain dimana pemimpin nya dah jadi kaya-kaya.

Jadi yang TGNA katakan itu dia orang lah.. yang kaya dan yang masih lagi dalam PAS.

Kalau setuju dengan TGNA 200%, kenalah faham apa yang TGNA katakan

..takut-takut orang PAS juga diserang penyakit yang sama dengan UMNO ..

UMNO memang dah berpenyakit. Penyakit UMNO jenis yang berjangkit melalui rundingan dalam gelap. Tanda-tanda nya banyak seperti sedondon, bertanjak, berkeris dan menyepikan diri (berkecuali).

Hj Hadi cari penyakit. Dah lah dia sememang nya sakit, masuk hospital keluar hospital, ditambah lagi dengan penyakit yang TGNA katakan iaitu 'mengkhianati sesama sendiri'.


Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 3:23 pm

Yang gila pangkat dan kuasa ialah geng ulama. mereka mengaturkan plot untuk mengalahkan calon professional semasa muktamar sehingga berlaku cai.

yg keluar meninggal parti itu bertindak betul. tinggalkan geng ulama yg gila pangkat dan kuasa supaya lebih jelas siapa mereka.

Dalam AMANAH tiada berlaku pun sebarang perebutan jawatan. Kepimpinan di dalam AMANAH berdasarkan permesyuaratan sesama ahli jawatankuasa yang dipilih oleh ahli-ahli. Lebih baik dan lebih tenang dari pemilihan dalam PAS yg mengikut stail UMNO.

Malaysiabaru berkata...

Tidak boleh di cari ganti

Mustahil ada pengganti

Itulah hebat ya alllah beri peluang utj kita sezaman pemerintahan Nik Aziz


Sejarah akan kata atuk ko hidup zaman siapa... Bukan tun m atau najis tapi

Zaman Nik aziz

Tanpa Nama berkata...

Ramai pemimpin PAS bersuara termasuk Iskandar kerana lapuran SR hanya berdasarkan pada 'kecurigaan yang meluas'.

Kecurigaan yang meluas telah bermula sejak isu Kajang dan bertambah-tambah lagi apabila PAS memujuk Azmin untuk belot dalam isu MB Selangor. Pada masa itu kecurigaan yang ada terhadap Hj Hadi hanya lah dia telah diberi habuan. Habuan apa? Tidak ada sesiapa berani atau mengesahkan apa jenis habuan dan jika wang ringgit berapa pula jumlah nya.

SR telah menyebut pemimpin PAS telah menerima RM 90 juta. Dari sekadar dedak yang boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai jenis habuan, SR lebih spesifik. Wang. RM 90 juta.

Kecurigaan yang meluas telah di kecilkan kepada wang dan RM90 juta.

Sebelum ini PAS menyerang pihak lawan kerana menuduh PAS berkerjasama dengan UMNO dan mengingatkan lawan jangan fitnah PAS. Pihak lawan tidak boleh buat apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang boleh disandarkan untuk mendapatkan kepastian. Satu angka pun mereka tak sebut selain projek dimana sekiranya diberi mengikut peraturan tidak ada sesiapa boleh kata ianya salah.

Tetapi apabila SR sebut RM90 juta, PAS bukan boleh menafikan begitu sahaja. Ramai yang bertanya mengapa SR hanya sebut RM90 juta, mengapa tidak RM150 juta. Kan PAS kata SR buat fitnah. Orang buat fitnah alang-alang menipu letaklah jumlah yang besar. Kalau sikit kata lahRM 10 juta ... fikirlah .. dah lah fitnah, memalukan PAS lagi pulak.

Mengapa Iskandar tidak minta bukti, seperti Mahfuz yang mencabar SR berikan nama pemimpin PAS tersebut? Kerana walaupun belum terbukti sah, RM90 juta itu adalah satu dakwaan yang cukup kuat kerana pasti angka RM90 itu disebut siap dengan rekod dan transaksi.

Artis yang di fitnah atau bergaduh pun akan paparkan kata-kata dalam mesej hp kepada jurugambar.


Lelakidicermin berkata...

Aku membayangkan begini..Agaknya kalau sesuatu yang berlaku pada parti pas.. akibat kes 90 juta ni.. rakyat malaysia dah tak percaya dgn parti ulamak ni..kira nak pandang sebelah mata pun tak nak... lepas ni aku dpt rasa nik abduh.. akan keluarkan kenyataan.. yahudi berjaya memperdaya rakyat malaysia membenci parti pas...itu lah gamaknya..

Tanpa Nama berkata...

Tgna tiada ganti

Tanpa Nama berkata...

Dengar kabar ada yg pandu range rover.. hebak! Hebak!

Ulamak cinta dunia. Terbaik laa.

Tanpa Nama berkata...


Agaknya sebab ada nama Sarawak tu yang asyik melayu Malaysia kena difitnahkan. Tapi Najib dan Hadi pemimpin dari Semenanjung bukan dari Sarawak...

PAS beriya-iya nak saman.. Tapi atas nasihat Najib, Hadi diminta jangan layan Sarawak Report. Ini keselamatan negara, begitu kata Najib.

PAS sepatutnya sudah sediakan pasukan peguam untuk menguruskan saman dan mengadakan sidang media bersama peguam kanan. Najib pun buat macam itu tapi peguam Najib bukan nak saman sebaliknya mencari alasan dan sekadar mengutus surat sahaja. PAS jangan pulak buat macam itu.

Orang yang paling layak jadi Peguam PAS ialah Zul Kulim.

Tanpa Nama berkata...

Nitik air mataku apabila teringat TGNA yg elok akhlaknya...semasa nik aziz ada...apabila aku masuk klantan...seolah olah masuk ke negeri yg diberkati..terasa lain benar..tapi setelah ia tiada aku tidak merasa lg seperti itu...aku pun x tahu nk menerangkannya apa yg aku rasa...sedihhh.

Pencolekhangek berkata...

Ini bulan haji. Agak-agak bolehke kita berdoa supaya AllAh swt melingkupkan ulamak yang belot dan khianat kepada perjuangan ugama. Saja tanya. Takkan tak nak jawab.Perlu diingat orang awam pun sudah ramai pening kepala memerhatikan kerenah lebai-lebai malang!!

Tanpa Nama berkata...

Dari yg ku dengar Sheikh Nurudin Al Banjari buka selipar semasa ziarah kubur Almarhum TGNA..lalu di tanya kenapa? Lalu di jawab tidak layak bagi ku memijak tanah kubur ini yang didalamnya ada insan yang mulia di sisi AllahSWT.....hanya yang manikam yg mengenal permata....

Tanpa Nama berkata...

PAS atsu aps sajs parti islam bukan terletak kekuatan nya pada pemimpin...ia boleh datang dan pergi tapi islam yga di bawa itu lah kekuatannya....sekarang zaman Allah uji pemimpin yg ikhlas dlm petjuangan lebih lagi golongan agamawan ,pada perkiraan saya TGNA lulus cemerlang di mata rakyat marhean akan keikhlasan perjuangannya. Walau jutaan tohmahan....tapi pengganti2 nya sekarang sedang di uji Allah...terlurut dan terungkai satu persatu....tapi cai pas tetap kutuk mantan mantan pas ...agak nyer hujah nas alquran Al hadis hanya kena utk org yg tak suka Pimpinan pas skarang...kena walak walau pon ...hampeh