21 Ogo 2016

Sukaneka Cilik Al-Fateh Pertama Nobatkan CAF Bestari Melaka Sebagai Juara

Pernahkah anda pembaca blog Greenboc ini mengingati tentang kisah penubuhan Tadika Cilik Al Fateh (CAF) yang pertama di Melaka dikelolakan oleh AMANAH Cawangan Sungai Putat, Batu Berendam Melaka pada Januari tahun ini? (rujukan: Cilik Al-Fateh AMANAH Melaka Pertama Mula Beroperasi Jan 2016

Semalam, Tadika Cilik Al-Fateh Bestari Sungai Putat yang baru berusia 8 bulan ini telah muncul sebagai JUARA KESELURUHAN SUKANEKA CILIK AL-FATEH KEBANGSAAN yang pertama diadakan di Stadium UTM Skudai.

Sebanyak 12 kumpulan dari 12 Tadika Cilik Al-Fateh iaitu 11 dari Johor dan 1 dari Melaka telah menyertai Sukaneka tersebut.


Menurut seorang guru pengiring Cilik Al-Fateh Bestari Melaka, Puan Azura Talib, kemenangan yang diraih sebagai Juara keseluruhan sudah beliau duga dengan melihat kepada persiapan perbarisan dan apabila seorang muridnya dipilih untuk mengetuai membaca ikrar sukan berkenaan.

Suasana riang gembira dan ceria mewarnai suasana sukaneka berkenaan dengan aksi-aksi murid-murid yang memasuki pertandingan pelbagai kategori dan tidak kurang juga dengan beberapa aksi dan telatah yang melucukan.

Cilik Al-Fateh Bestari Melaka mengungguli beberapa acara iaitu bawa belon air di dalam Kategori 4 tahun dan isi air dalam botol dan lari bawa bola dalam kategori 6 tahun. Selain itu mereka juga berjaya di dalam acara yang sama di dalam kategori perempuan 6 tahun masing-masing di tempat yang kedua.

Diantara yang mengiringi para pelajar berkenaan adalah terdiri dari Pengurus Cilik Al-Fateh Taman Seri Jati Sungai Putat, Tn Haji Md Ali bin Sharif, gurubesarnya, Fatimah Wahit, guru-guru dan pemabntu, Nazrah ismail, Azura Talib, Nurul Fathiah dan juga para ibu bapa murid-murid berkenaan.

Cilik Al-Fateh merupakan produk AMANAH yang kedua selepas Amal Relief (ARIF) yang merupakan sebuah tadika berkonsepkan Islam untuk melahirkan "Generasi Muttaqin Pemimpin Masa Depan".

Visi Cilik Al-Fateh ialah untuk meneraju pendidikan prasekolah yang innovatif berteraskan Islam untuk membangunkan generasi muttaqin yang berilmu dengan misi utama bagi melestarikan sistem pendidikan pra-sekolah Islam bagi melahirkan generasi muttaqin yang berilmu, kreatif dan inovatif sebagai pemimpin masa depan, demikian dinyatakan oleh Pengerusi Cilik Al-Fateh Kebangsaan, Mohd Zuhan Mohd Zain di dalam satu taklimatnya yang diadakan di Melaka beberapa bulan lalu.

Kisah kejayaan Cilik Al-Fateh Bestari Sungai Putat ini merupakan sesuatu yang menggamit hati nurani bagi membuktikan bahawa dengan kegigihan dan kesungguhan, tidak apa yang boleh menghalang kita mencapai kejayaan.

Orang ramai yang mempunyai anak-anak berumur 4-6 tahun dipelawa dan digalakkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di tadika ini bagi sesi yang akan datang.

Bagi menjayakan tadika Cilik Al-Fateh Sungai Putat ini untuk meningkatkan kemudahan prasarana dan membantu pengurusan, pihak pengurusan Cilik Al-Fateh masih mengalu-alukan sumbangan dari orangramai dan semua sumbangan disalurkan ke akaun

Maybank 554026275398
di atas nama TADIKA CILIK AL-FATEH
dan maklumkan segala sumbangan kepada melalui telefon atau sms ke nombor 019-6551818 atau 019-2360941

Sekali lagi kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cilik Al-Fateh Melaka di atas kejayaannya.

Juga kepada Pengurusan Cilik Al-Fateh Kebangsaan di atas kejayaannya menganjurkan Sukaneka Cilik Al-Fateh dengan cemerlang.

Sementara itu AMANAH Melaka turut berhasrat untuk menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah Tadika Cilik Al-Fateh di setiap kawasan menjelang awal tahun hadapan.

Diharapkan Cilil Al-Fateh ini juga akan dapat dikembang ke seluruh negara bagi memenuhi permintaan keperluan pendidikan prasekolah yang innovatif dan progresif berteraskan Islam. -Greenboc






FEATURED ADS


6 ulasan:

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Tahniah CAF atas kejayaan penganjuran sukaneka kebangsaan yg cemerlang..moga usaha kalian dirahmati Allah & teruskan usaha utk memajukan anak bangsa dunia & akhirat..amin

Timnajib Jomfikir berkata...

Hebat! Pemulaan yang sangat baik bagi CAF. Teruskan ke setiap negeri pula..In Shaa Allah.

Tanamkan dalam minda kanak2 CAF
Rahmat untuk semua, seluruh alam.

Tanpa Nama berkata...

Selangor bila nak tubuhkan tadika CAF, tahun 2018 cucu masuk tadika kalau ada CAF kat ijok kan bagus. Alhamdulillah johor negeri tradisi umno dah ada 11 tadika CAF

Tanpa Nama berkata...

Jika x keberatan, tolong update CAF setiap negeri. Semoga berkembang biak CF ni.

omar daud berkata...

Salam:


Saya cukup kagum dgn Amaah Melacca, begitu Active!!!


SYABAS,Semoga sebagai contoh pada semua cawangan di seluruh malaysia. Saya rasa kalau orang2 umno diperingkat bawah didekati insyallah Amanah sebagai parti alternative mengantikan umno.

syabas sekali lagi.

Pemuda parit kings berkata...

Bagaimana ingin menubuhkan cawangan CAF?