22 Ogo 2016

Kerabat Diraja Kedah Beri Amaran Kepada Nawawi Jangan Libatkan Agong

Jangan libatkan Agong dalam isu politik – Kerabat Diraja Kedah

Majlis Kerabat Diraja Kedah kesal dengan kenyataan anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1′ (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Yang Dipertuanya Syed Idrus Syed Baharom berkata pihaknya juga kesal dengan ahli politik itu kerana tidak membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


“Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah negara dan bukannya pentadbir negara, jadi kenapa perlu libatkan baginda dalam isu berkaitan politik ini.

“Nak buat apa-apa kena siasat dahulu kerana ini melibatkan maruah Yang di-Pertuan Agong, jadi sekarang Nawawi perlu minta keampunan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya melalui media,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Anak Bukit di sini.

Beliau turut memberikan peringatan keras kepada semua pihak supaya tidak melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam sebarang isu berkaitan politik yang boleh menjatuhkan maruah institusi diraja.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat dilaporkan berkata polis akan memanggil anggota Parlimen Langkawi itu berhubung kenyataannya Yang di-Pertuan Agong adalah MO1 yang disebut dalam laporan DOJ.

Nawawi bagaimanapun pada hari yang sama membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan berhubung komentarnya yang kononnya mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan DOJ, sambil menyatakan ia telah disalah tafsir. -Bernama


Nawawi berperangai tiga suku, kata Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad supaya berhenti berdolak-dalik dengan perangai tiga sukunya dan tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam skandal 1MDB.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mahu Nawawi memohon ampun kepada Agong dengan segera kerana merujuk baginda sebagai ‘Malaysian Official 1’ (MO1).

“Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Bukannya tiga suku macam Nawawi.

“Sebagai rakyat Malaysia dan anak negeri Kedah, jika Nawawi seorang yang beradab, beliau perlu mohon ampun kepada Agong tanpa tunggu titah Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, Nawawi memuat naik status di laman Facebooknya menyatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Nawawi kemudiannya menafikan dakwaan itu dengan menegaskan beliau sekadar memberi tafsiran sendiri mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pemimpin nombor satu Malaysia ialah Agong.

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat dalam laporannya bulan lalu mendakwa seorang MO1 yang tidak dinamakan didakwa menerima AS$731 juta yang diseleweng daripada dana 1MDB.

Menurut maklumat yang diberikan DOJ, MO1 adalah “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang turut mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB” dan individu itu adalah saudara kepada anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Mahfuz berkata, Nawawi juga perlu memohon maaf kepada rakyat atas kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik ke Facebooknya sebelum ini.

“Jangan anggap dengan mengatakan kamu tidak bersalah dan untuk apa nak minta maaf. Kamu sudah menghasut rakyat untuk membenci Yang di-Pertuan Agong.

“Kamu jangan angkuh dan sombong dengan rakyat. Kamu dipilih rakyat. Jangan biadap dan kurang ajar kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” kata bekas ketua penerangan PAS itu.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Nawawi akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya itu, susulan beberapa laporan yang diterima polis.

Nawawi turut membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa kenyataannya diputar belit.


ULASAN GB

Jikalah yang bercakap demikian terdiri dari mana-mana tokoh pembangkang, sudah pasti polis sudah membuka kertas siasatan, menahan dan mendakwanya di mahkamah.

Tetapi kerana dia seorang pemimpin UMNO BN, polis bersikap begitu lunak terhadapnya dengan hanya memanggilnya untuk diambil keterangan.

Sikap dwi-standard polis di dalam hal ini ternyata mengecewakan rakyat.

Kini kerabat diraja sendiri yang terpaksa mengeluarkan amaran kepada Nawawi. Polis pun sepatutnya berasa malu dengan teguran Majlis Kerabat Diraja Kedah itu kerana jika polis sudah mengambil tindakan yang wajar sudah pasti pihak Majlis Kerabat Diraja tidak perlu mengeluarkan amaran sedemikian.




FEATURED ADS


8 ulasan:

Pemuda parit kings berkata...

Nampak benar polis diraja umno bn...puiihhh!!!seumur hidup aku...yg paling aku benci adalah pulak polis Malaysia...tahniah polis diraja umno...

Tanpa Nama berkata...

Dia nak bercakap mengenai perlembangaan tapi dia pakar membodek dan makan dedak. Nak menterjemahkan perlembagaan orang nya mesti lah seorang pakar perlembangaan seperti Aziz Bari

Tetapi... lain pulak yang terjadi

"Prof Abdul Aziz Bari memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman susulan gesaannya supaya Majlis Raja-Raja bertindak susulan saman sivil di Amerika Syarikat dalam isu 1MDB." - mk

Siapa yang menghina Agung ?

Tanpa Nama berkata...

klu ketua polis ni lembap membela ydp agung.... sepatutnya gelaran diraja digantung juga.

polis yg patut membela raja sudah lembik bila berdepan kepentingan najib dn bn

elok nama polis dinajib malaysia

Tanpa Nama berkata...

Dh kurang ajar..rasa diri dh gah..kimek. wat malu bangsa..tu lah tahap pemikiran pemimpin2 BN..umno khusus nye..bapak borek

Tanpa Nama berkata...

Beri amaran mana cukup. Dah lah dia menghina YDP Agung, tak nak pulak minta ampun. Yang kena hina Agung tapi Majlis Kerabat Raja Kedah yang buat kenyataan. Sepatutnya Majlis desak Pegawai Istana Negara yang buat sesuatu.

Majlis Kerabat Kedah perlu mengesahkan bahawa kenyataan Nawawi memang benar telah menghina Agung. Nawawi nak cakap pusing macamana pun bagi Majlis dia telah betul-betul menghina Agung.

Yang cakap ini Ahli Parlimen. Kalau rakyat biasa yang bercakap lain lah sebab antara Ahli Parlimen dengan rakyat biasa yang faham kedudukan Raja Melayu ialah Ahli Parlimen.

Nawawi tahu kedudukan Agung tetapi demi nak membodek Najib dia dengan sengaja dan penuh sedar mengaitkan YDP Agung dengan MO1.

Tujuan Nawawi ialah menyatakan perhimpunan #tangkapmo1 adalah untuk tangkap Agung. Sebab itu Polis dan sesiapa pun tidak akan ambil tindakan.

Amran atau soal siasat tidak membawa apa-apa makna.

Tanpa Nama berkata...

BIASA LE BAB DRPD MENTERI KAT KABINET YG SEDIADA HINGGA LE KE WAKIL RAKYAAT BILA DAH TERSEPIT KELUAR LE KENYATAAN.....MEDIA TERSALAH TAFSIR

SALAH KE MOHON MAAF SEBAGAI SEORANG ISLAM.......

Lelaki Dicermin berkata...

Eloknya bila bab kes nawawi ni.. kita buat pertaruhan dlm internet.. biar pun pertaruhan itu tiada melibatkan duit.. tp setiap blog2 pro pada PH umumkan di mana prtaruhan itu berlangsung... jadi biar keputusan memalukan pehak polis.. setiap ada je kes mcm ni kita pro PH buat pertaruhan..

Tanpa Nama berkata...

Apa lagik,lucut gelaran datuk!!