5 Ogo 2016

BERS✓H 5: TITM Serik Untuk Bersuara Sebelum Di "Uturn"kan Haji Hadi?

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5

Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.


“Parti belum buat sebarang keputusan.

“Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB. -mk



ULASAN GB

Rasanya TITM sudah serik untuk kemukakan pendiriannya sebab setiap kali beliau suara, ianya akan di'uturn'kan oleh Presidennya Haji Hadi.

Apahal TITM mahu ulas lagi sedangkan setiap kali beliau ulas, setiap kali itulah keputusannya akan di terbalikkan oleh Presiden PAS sendiri?


Tentang Himpunan BERSIH, sudah ada precedent sebelum ini:


Yang terbaharu, TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".


Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:


Dalam PAS yang mengamalkan kepimpinan diktator, "pemimpin lain tak usah menyibuk" -kata seorang pascai. Mereka kena ikut dan patuh kepada Presiden, jika tidak kamu dianggap pengkhianat!

PAS meletakkan kepimpinan Presidennya terutama Haji Hadi lebih tinggi dari Rasulullah sendiri sedangkan Rasulullah boleh dibantah keputusannya seperti di dalam kes Khabab yang terkenal itu seperti yang pernah GB nukilkan sebelum ini:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berfikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Di dalam PAS, orang yang berbeza pendapat dengan Haji Hadi akan dianggap pengkhianat, akan dianggap menentang ulamak dan akan dianggap musuh.

Bertentangan sungguh dengan kisah Khabab di atas, PAS mengajar ahlinya jangan "lebih cerdik" dari Presidennya, sama seperti UMNO. Siapa lawan Najib akan "dipancung". Begitulah dalam PAS, siapa lawan Haji Hadi pun akan "kena pancung".


Kasihan PAS. Hanya yang bodoh dan bangang yang layak tinggal dalam PAS.

Mujurlah Allah telah membuka ruang dan mempermudahkan penubuhan parti Islam yang kedua di negara ini, AMANAH namanya. Parti Islam yang lebih baik, yang amanah, progresif dan peduli. Pendakwa Xifu Naser manyatakan kemunculan AMANAH merupakan kebangkitan Islam sejati di negara ini. Begitu besar rahmat Allah kepada hamba-hambaNya yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.






FEATURED ADS


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya mohon AMANAH melarang PAS join BERSIH. Tak ada untung pun ajak org bengong join.

Yg penting..LARANG dulu!! Kalo join pun, cui bono?

abrarmujahideen berkata...

Udah TITM..kitaorang pun da serik dgn permainan korang.

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana ingin masbuk dalam jemaah UMNO, maka mesti ikut imam UMNO.

Unknown berkata...

Moga Amanah membenarkan ahlinya menegur n menasihati pimpinan sbgmana khabbab pd ar-rasul

Unknown berkata...

Salam:


TITM buatlah,cakaplah apapun,Endingnya dapat dijangka.Bila parti yg dianuti takada pendirian beginilah jadinya.

Nak tanya TITM,Takkah tuan hanya membuang masa sahaja bersama PAS(hadi/haron)??tUAN PUNYA CARA BERIKIR lebih kurang sama sahaja majority yg kat luar ini."Bencikan Rasuah".

Jika tuan berfikir nak memperbaiki dari dalam.Teruskan!!!No harm trying.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti jual agama yg penuh dgn ulama2 NATO (no action talk only)

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya dia pakai ketayap sampai kena ke kening dia, baru lah padan dengan peranan yang di bawa sekarang.

Dah apa yang dia katakan semua nya di diterbalikkan oleh Tuan Presiden, cakap lah PAS berpendirian yang berdemo adalah membuang masa dan merugikan semua pihak. Lepas itu tunggu lah, Hj Hadi tanpa di sedari menterbalikkan kata-kata dia. Nampak.... macam itu kalau nak ajar Hj Hadi.

Dia tak berani punya lah sebab ayat-ayat itu di simpan untuk tuan persiden.. ingat jangan nak memandai-mandai sangat dari Hj Hadi...

Satu kesilapan sekiranya mengharap pada PAS untuk ramai kan penyertaan orang melayu. Biarlah orang melayu datang atas kesedaran mereka sendiri.

PAS hanya akan mengumumkan keputusan turun apabila mendapati beribu-ribu orang melayu yang turut serta dan mendabik dada mengatakan kerana PAS lah melayu ramai dan apabila sedikit yang turut serta PAS akan bagi alasan kerana ada campurtangan kuasa asing dan mendakwa kerana PAS tidak terlibat pulak menyebabkan orang melayu tidak bersama BERSIH.

Biarkan orang melayu lihat sendiri apa yang akan jadi pada nasib mereka kerana menyokong pemimpin yang tidak amanah.

Ingat ada satu demo yang PAS kata tidak akan turut sana sebab PAS akan adakan demo anjuran PAS sendiri ?

Tanpa Nama berkata...

Bila AMANAH yang beriya-iya menyokong BERSIH, kata lah pulak membelakangkan PAS. Sekarang bila di tanya samada akan bersama BERSIH kata pulak belum di undang secara resmi ..

Kalau di undang pun tak datang buat apa? Tujuan BERSIH untuk negara. Najib mesti di turunkan. Nak cakap setakat menyokong pun Tuan Ibrahim tak berani?
Yang putuskan penyertaan itu parti akan bincangkan dulu.

Hj Hadi pulak macam dah tahu Najib bukan MO1 dan tidak terlibat..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin tunggu Towkay air Jampi memberi fatwa kok..... atau masih tunggu ULAR keluar dari SEMAK....

PAS dengan ULARmak sudah menjadi parti cap ayam......

Tanpa Nama berkata...

TITM wajar katakan sahaja saya di dalam pas hanya ekor yang digunakan untuk menutup buntut... jadi kata2 saya tak penting.

Unknown berkata...

harap tak usah jemput pas buat menyusah pakatan harapan saja

Tanpa Nama berkata...

✍🏻SATU LAWAN SATU - FORMULA SEBENAR TERLETAK PADA PAS

Dengan tidak semena-mena, tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Mustaffa Ali tampil mencadangkan agar parti-parti pembangkang mencari formula pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan dalam PRU 14 akan datang. Ini suatu petanda yang baik.
Kata beliau, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihanraya Pas atau JPP Pusat, pertandingan satu lawan satu adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa BN yang memerintah negara sekarang ini.

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada satu lawan satu, ia memberi laluan mudah untuk BN terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana akan menjadikan UMNO dan BN lebih angkuh serta terus melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang melemaskan rakyat," katanya lagi.

Apakah saranan ini merupakan kesedaran Mustaffa Ali dan JPP Pusat saja atau kesedaran yang sudah menyelinap ke dalam diri seluruh pimpinan Pas, termasuk Hadi Awang dan juga Dr Haron Din?

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Mustaffa Ali itu bukanlah perkara baru atau asing bagi parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan serta di kalangan rakyat yang inginkan perubahan.

Pakatan Harapan telah melontarkan idea pertandingan satu lawan itu ketika pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar dulu lagi berikutan sedar bala daripada pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya negeri Sarawak sebelum itu.

Tetapi, siapakah yang awal-awal menolak untuk berkompromi?

Siapakah yang beria-ia mengatakan Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi milik mereka yang kononnya telah ditandingi sejak merdeka lagi, walaupun tidak pernah memenanginya?

Jika Pas ingin merealisasikan formula pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan, yang paling awal perlu mereka dilakukan ialah sentiasa berlapang dada, berunding dengan kepala yang dingin dan jangan meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum perundingan dimulakan.

Dalam suasana sekarang, kiranya benar ada semangat untuk bekerjasama, ingin pertandingan satu lawan satu dan betul-betul mahu menumbangkan BN, Pas harus menerima realiti yang ada di depan mata iaitu DAP dan Amanah ialah sebahagian daripada Pakatan Harapan serta menyambut baik kehadiran parti baru tajaan Tun Mahathir Mohamad.

Pas tidak boleh misalnya, hanya ingin bekerjasama dengan PKR sahaja, tetapi enggan sama sekali duduk semeja berunding atau berkompromi dengan DAP dan Amanah.

Begitu juga, Pas tidak boleh jika hanya mahu bekerjasama dengan PKR serta parti baru Tun Mahathir semata-mata, sebaliknya bertindak membelakangkan DAP dan Amanah.

Berdasarkan realiti politik semasa dan komposisi pelbagai kaum dalam negara, kehadiran semua parti haruslah diterima seadanya, dihormati dan dengan berlapang dada.

Soal perbezaan ideologi dan pembahagian kerusi mesti ditangani dengan sebaik-baiknya, kiranya benar UMNO dan BN adalah musuh utama yang mahu ditumbangkan dan rakyat ingin dibela.

Jika dilihat berdasarkan senario di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan memang sedia untuk berbincang bagi mencari formula agar pertandingan satu lawan satu menjadi kenyataan, malangnya ketika itu Pas yang lebih berkeras untuk meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut tanpa mahu berganjak walau sedikit pun.

Maka itu, untuk PRU 14 akan datang, formula sebenar bagaimana merealisasikan pertandingan satu lawan satu itu lebih banyak terletak kepada Pas. Pakatan Harapan dan parti baru Tun Mahathir barangkali lebih terbuka dalam perundingan dan perbincangan kerana yang utama bagi mereka ialah UMNO dan BN dapat dikalahkan.
Jika Pas sedia melembutkan hati sendiri, menerima realiti dalam bekerjasama dan tidak terlalu keras untuk tetap bertanding di semua kerusi tradisi, termasuk kerusi tradisi kalah, hasrat satu lawan satu menentang BN dan kemudian sama-sama menubuhkan kerajaan lebih mudah untuk dicapai.

Yang penting bukan banyak mana kerusi hendak ditandingi, tetapi berapa kerusi yang boleh dimenangi.👌

Tanpa Nama berkata...

PAS = PARTI ANGKUT SAMPAHHHHH. TITM = TUAN ITIK TUAN MANGKOK.

TUAN2 HAFAL LAH FORMULA MATEMATIK NI. MUDAH JER NK INGAT.

SO JANGAN AJAK PAS JOIN DEMONSTRASI. BUAT MENYEMAK JER. HAHAHAHAHAHAHAHAHA

SURUH PAS PI JOIN UMNO NAJIB. FULUS DAPAT DEDAK DAPAT. KAHKAHKAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Bengong parti ku ini. Psl tu la saya sokong Amanah wlupun masih ahli Pas psl nak dptkan no.tiket/ahli masuk syurga spt kata ust apakah nama tu...

Tanpa Nama berkata...

Seorang yang di lihat mempunyai masa depan sebagai pemimpin nombor 1 dalam parti seperti Tuan Ib. akhir nya semakin lama semakin malap kerana salah memilih pasukan yang mampu membina karektor dan gaya pemikirannya sebagai salah seorang ketua yang mampu memimpin.

Menurunkan Najib akan menyelamat kan negara. Tidak sesiapa pun boleh menafikannya, melainkan orang yang sanggup mengaku menjadi macai seperti KJ.

Untuk kali terakhir, Tuan Ib yang kerap mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB, perlu membuat kenyataan yang lebih berani dan lebih jelas untuk melihat apakah kenyataannya akan di diterbalikkan atau tidak ?

Samada Tuan Ib rela membiarkan dirinya bersama kumpulan Hj Hadi dengan kenyataan nya yang sedemikian kerana serik diterbalikkan, dia sendiri akan dapat melihat di mana kedudukannya sendiri? Dan ke mana dia akan pergi..

Dia akan memimpin sebuah parti yang mana ahli nya lagi teruk dari dia tanpa mampu membuat apa-apa atau menjadikan parti nya seperti UMNO yang semakin teruk.

Malaysiabaru berkata...

Woiii TITM = tuan itik tuan mangkok

ITU KAMI PUNYA TAGLINE.

takpelah demi blog GB ini copyright di mansuhkan

Mai ajak kawan kawan baca blog ni

Tanpa Nama berkata...

eloklh titm dn mustaph ali ajak ahli2 pas beramai2 masok ph klu tn presiden tk mau
itu senang cerita lg pn itu bolh tolng nk hidup lg.jgn salahkn dap dn amanah,bgi
menang dhulu ,tnjukkn islam itu bagus barulh hudud.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu minta masuk mencelah sikit Tuan Grenboc:

Kata orang kalau sudah suka semua cantik belaka. Bila terbalik rasa jerawat jadi kudis buta . Itulah konsep dan pemikiran pelakon-pelakon politik Malaysia sama ada yang pro atau kontra, Semuanya menuju kearah kepentingan diri bukannya untuk ukwah ummah . Sana sini mula jaja buruk teman bila sudah tidak tidur sebantal...termasuk blog greenboc.

Maafkan Pakcu kerana menyibuk mencelah blog tuan .Dan tuan sering memuji Presiden Pas tika dulu dan kini tuan pula berbalik mengcangkul dan menimbus. Malah cuba pula melaga-laga pelakon -pelakon PAS ni. Dunia-dunia.... hebat betul blog tuan...pembuka minda antara yang bathil dan hak.....terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Pakcu cheng. Hang baru bangun tido ke. Tk sedar apo dio dah berlaku. Tahu ke senarai chai. Tahu ke presiden pas dan murshidul am tak maksum? Bahkan penoh dengan dedak dlm mulut. Tahu ke tidak?? Adoi susah nk cakap dgn si mamai. Hang adik pak lah al badwi wal tiduri ker? Kihkihkihkih

Tanpa Nama berkata...

Pakcu dah bangon tidoq belom. Belom tidoq ada jimak ker? Kihkihkihkih

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Kesiey ko pakcu..dok tidor ngeroh dok amik tahu hal malaysia..dok tgk suasana golok gamaknye pagi td..siapa laga siapa..?