31 Ogo 2016

[BERGAMBAR] Husam Kini Sah Menjadi Ahli AMANAH

Tamat segala spekulasi dan teka-teki, seperti yang dijangkakan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa malam tadi sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas beliau sendiri mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya.

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya.

“Saya telah tandatangan borang permohonan (menyertai) Amanah” kata Adun Salor itu.


"Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," tambahnya lagi.

Husam berkata ramai orang yang ditemuinya menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.

Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.

Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.

"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.

Selepas selesai menyampaikan ucapan Husam menyerahkan borang keahliannya kepada Mohamad.

Pada 6 Mei lalu, PAS mengambil keputusan memecat Husam kerana dikatakan melanggar Perlembagaan PAS, ekoran kritikan lantangnya terhadap parti dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama berhubung dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno.

Selama 4 bulan beliau hanya membisu berhubung parti yang bakal disertainya, walaupun pernah membantu kempen Amanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang lalu. B

ekas Exco kanan kerajaan Kelantan itu sekali lagi mempersoalkan keputusan parti lama yang memecatnya hanya kerana memberikan teguran.

“PAS telah pecat saya dan saudara kena tahu saya tidak pernah minta untuk dipecat… Islam benarkan kita untuk menegur,” katanya.

Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti Malaya itu.

Husam adalah di antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.

Beliau merupakan satu-satunya ahli PAS yang memperolehi pencalon untuk tiga jawatan tertinggi PAS di dalam muktamar yang lalu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Menurut Malaysia Dateline, penyertaan Husam dijangka bakal membentuk gelombang kedua Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September tahun lalu.


Video akan menyusul





FEATURED ADS


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Video tak ada ker ?????

abrarmujahideen berkata...

Alhamdulillah. Penuh beradab dan tertib cara pemerolehan ahli parti amanah. Bacaan dan gerak langkah yg prnuh bijaksaba ..wisdom.Kenyataan media Mahfuz slps ini adalah haprak sama dgn tulisan subky latiff. Khalas

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah!

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Tahniah DHM atas tindakan tuan menyarung jersi Amanah..Kami diakar umbi doakan tuan akan membangun bersama PH & membawa mesej yg lebih jelas kpd Rakyat & menentang pemimpin yg korup, zalim & menindas rakyat..teruskan usahamu!!Terangkan dasar2 bersama PH..

Tanpa Nama berkata...

Syabas Be!!! Tahniah!!.. Sesungguhnya kemenangan akan berpihak pada yang benar.. jujur dan ikhlas

Saiful berkata...

Harap ramai yg muda akan bersama, kits mesti menang

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. semoa Allah membimbing kita semua di landasan yang betul.

Unknown berkata...

Allah akbar!"umar"ke dua datang utk menaikkan izzah dlm perjuagan Amanah di bumi malaysia ini

Unknown berkata...

Go ahead Dato Husam Musa...In Shaa Allah U can Win the battle together with AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah...tahniah Husam...akhirnya impian saya menjadi kenyataan jua...Husam melengkapkan team Amanah yg hebat...berganding dgn abg mat insyaallah Amanah akan terus meluncur maju dlm perjuangan...aminnn

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai seorg yg tidak berparti menyokong penuh kemasukan Husan ke AMANAH

Unknown berkata...

Tahniah DHM, moga Allah memberkati perjuangan kalian. Insha Allah PRU 14 akan lebih menceriakan

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberkati semua yg berjuang menentang kebatilan..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah DHM atas tindakan tuan menyarung jersi Amanah..Kami diakar umbi doakan tuan akan membangun bersama PH & membawa mesej yg lebih jelas kpd Rakyat & menentang pemimpin yg korup, zalim & menindas rakyat..teruskan usahamu!!Terangkan dasar2 bersama PH..

Tanpa Nama berkata...

AMANAH dah masuk dalam DUN Kelantan.
Go AMANAH GO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tun Perak berkata...

Tahniah Dato Husam. Pilihan tepat mengikut kriteria Dato. PKR aade ramai pemimpin hebat..dasar bukan islamik.jentera hampeh...DAP bukan berteraskan islam..jentera dan pemimpin hebat..AMANAH walaupun baru...ramai profesional melayu yg hebat..pemimpin hebat...dasar islam...jentera inn syaa Allah...hebat...jadi Amanah...adelah pilihan tepat dan mengikut kritera Dato yg menekankan pasukan dan jentera yg hebat dan berwawasan....go amanah...