2 Jul 2016

Pelawak Singapura Pun Kata Perdana Menteri Malaysia Pencuri....

Pelawak S'pura gelakkan PM di Malaysia

Perkembangan politik Malaysia turut menjadi bahan jenaka di Singapura.

Kali ini pelawak negara itu Fakkah Fuzz menggunakan isu semasa yang hangat diperkatakan di negara ini untuk menghiburkan penontonnya.

Satu klip video memaparkan aksi Fuzz kini tersebar luas di media sosial.


Melalui jenaka itu Fuzz bercerita tentang 'perbezaan' penggunaan bahasa orang Melayu Malaysia dan Singapura.

"Sebagai contoh, jika Melayu Malaysia mahu mengajak ke sesuatu tempat, mereka berkata: Jom.

"Tapi kalau Melayu Singapura mereka akan berkata: Jom! Jom! Jom!" katanya.

Fuzz kemudian meneruskan jenakanya lagi: "Apabila kita ada thief, di Singapura kita panggil pencuri. Di Malaysia mereka panggil perdana menteri. Jadi ia memang sangat berbeza."

Kenyataan itu disambut dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan di mana persembahan Fuzz itu diadakan.

Singapura antara negara yang menyiasat isu berkaitan syarikat negara yang sarat hutang 1MDB.

Ia secara langsung dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun pada Februari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah.

Dana syarikat itu didakwa turut disimpan di salah sebuah bank di negara berkenaan.

Menurut keterangan pada Facebook, Fakkah Fuzz pernah membuat persembahan di beberapa negara termasuk Hong Kong, Kemboja dan Malaysia. -mk



ULASAN GB

Sehina dan sedasyat itu nama Malaysia di luarnegara sehingga "perdana menteri" diterjemahkan sebagai "thief".

Meskipun ia hanya dituturkan secara sinis oleh seorang pelawak di negara jiran namun itulah realitinya. Bahawa, skandal Najib dengan 1MDBnya sudah cukup membusukkan nama negara.

Dan segala cara digunakan oleh Najib untuk menutup skandal itu, namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan.

Pecuri tetap pencuri....



27 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tak boleh bayangkan kalau Najib jatuh macam mana...

Adakah mcm Filipina ferdinand marcos

Atau macam najibullah Afghanistan

Tak tahu... Apa pun Najib akan turun jua.. Firaun pun turun..

Tapi bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Hanya Allah swt yang tahu.cuma masih ramai Spesis Melayu Umngok anggap Najib ni Tuhan Mereka yang memberi Uang sebagai sumber rezeki kotor diaorang.

Tanpa Nama berkata...

Spesis Umngok ni bertuhankan Najib, mereka lebih takut Najib dari Allah. Pada mereka rezeki mereka datang dari Najib dan Rosmah

Tanpa Nama berkata...

Aku pun nak buat lawak lah.

Beberapa perdana menteri telah di tangkap kerana memecah masuk dua buah rumah di sebuah taman.

Polis yang kebetulan berada berdekatan kejadian tersebut segera bertindak apabila mangsa menjerit 'perdana menteri, perdana menteri.. tolong !'


Pencuri Najib menyindir Tun Mahathir kerana mengabaikan perkhidmatan awam semasa pemerintahannya.

...

Tanpa Nama berkata...

Zaman madey bonus setengah bulan.
Zaman najib wang ehsan 500.
Madey lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

Takkan jadi apa apa pada najib, percayalah. Rakyat malaysia mmg pemaaf, dapat br1m, selesai masalah.... life goes on.

Unknown berkata...

SALAM:

Berbalik dengan melayu singaporean,teringat saya masa menjadi instructor mengajar group2 sattelite telecomunication engineers di pulau sentosa,dulu2 semasa mengajar ada kira2 30 engineers,hanya 2 orang sahaja engineers melayu.sungguh suprise,bila DRILL/test dibuat di bulan akhir,didapati 2 orng melayu TOP student.Mengalahkan chinese dan indians.Terkejut beruK saya,mereka tiada mara,umno,tetapi mereka boleh berjaya.saya menjadi kawan baik dgn peserta melayu,mereka ceritakanlah rahsia kejayaan melayu kat sana,salah satu punca ialah kerana"BERDIKARI",KOMMUNITY MELAYU DEKAT SANA SET-UPkan ,satu pertubuhan dipanggil"MENDAKI"pertubuhan inilah menjadi think-thank melayu,untuk bersaing dgn banga-bangsa yg sudah establish.Pertubuhan ini digunakkan membantu orng2 melayu islam buat mesjid,bantuan pelajaran,perniagaan dan kauselling untuk orng2 melayu bermasaalah. Kalau diMalaysia lebih kurang pertubuhan "SIU-CHIEW CHINA,ATAU Jong-DONG" pertubuhan2 china di malaysia.Sebab itulah orang2 china dimalaysia,takkisah sangat tentang bantuan kerajaan,sebab mereka ada pertubuhan yg membantu mereka.

DimalaysiaUMNO telah membuatkan orng melayu tak boleh berfikir,orng2 melayu di doktrinkan tanpa umno,melayu jadi,LAYU.baru2 ini anak saya beritahu semasa sessi orientasi di uitm,budak2 baru didotrinkan tanpa umno melayu tiada apa2 ditanah air sendiri.Bukan nak ceritakan nak bangunkan pembelajaran mecapai taraf dunia.

Jadi jelas sekarang jika orang2 melayu nak berjaya dan mecapai status seperti bangsa2 lain di dunia dan boleh berdiri sama TINGGI dgn bangsa2 lain,umno mesti dikuburkan.Jika tidak bangsa kita "MASIH LAGI BERTONGKAT MEMINTA-minta,jika DEDAK DIBERI mereka sudah tidak boleh BERFIKIR lagi" hanya mengharapkan orang lain buatkan kerja untuk mereka.Saya perhatikan dimalaysia orng2 melayu yg berdikari(TIDAK MEMINTA-MINTA) dan berpengelaman bergaul dgn bangsa2 asing,tidak takut untuk menentang umno/bn

sekian

bakat berkata...

Cakap la mcm mana pon... najib dan rosmah tetap berkuasa mcm biasa.. songlap duit mcm biasa.. pihak2 yg sepatutnya buat mcm tak ada apa.. rakyat pon bodoh.. masih undi parti yg korup... sampai kiamat la mcm ni.. dah bodoh sgt dah rakyat malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

Diaorg dah sebati dgn dedak makan hari2. Bau pun dah mcm lembu & ayam.

Malaysiabaru berkata...

Eee ye ker ?

BODUHnyeer org Melayu totok

Tanpa Nama berkata...

Kes banglo tanpa tandas awam menunjukkan apabila mereka pilih 'devil yang dikenali' dan tolak 'devil yg tak dikenali ternyata pilihan mereka betul.

Tanpa Nama berkata...

Kita di ketawakan kerana perdana menteri curi duit dan kerana rakyat kita bodoh.
Lepas ini buat cerita melayu disini beruntung dari singapura.

Ha Ha hai..
Ha Ha hai..
Ketawa lah lagi.

Tanpa Nama berkata...

insan yg hendakkn keadilan dn tk suka kezaliman trutma kes berat macm ni kena brdoa dgn mmbaca ayat2 quran umpamanya qursi,wakulja dri israk, wamakaru dri alimran,fallahuhairul dari yusuf.baca berulng2 klu boleh 24jm tiap2 hari.insyllh berkesan klu 1000 org membacanya tp hari.

Tanpa Nama berkata...

Semua bangsa boleh berdikari. Melayu disini pun mampu bersaing dengan bangsa lain. Bukan nya sebab melayu diberi bantuan kerajaan menjadikan melayu disini menjadi lemah dari di Singapura.

Satu masa dulu bantuan yang di beri oleh kerajaan UMNO telah melahirkan ramai orang yang berjaya malah ada yang jadi pemimpin kerana mendapat pendidikan yang telah disediakan. Tetapi kerana ada yang tidak bersama UMNO, perkara ini tidak di senangi oleh UMNO.

Melayu UMNO sangat suka menguasai segala-galanya. Jika ada satu badan atau pertubuhan yang di tubuh untuk membantu ekonomi atau pendidikan anak-anak melayu dan ianya berjaya dan menjadi berpengaruh, UMNO menjadi takut. UMNO akan mula mengintai-gintai.

Tidak ada beza bantuan yang di beri oleh kerajaan dengan cara yang di buat oleh pertubuhan di sana. Sekiranya apa yang di panggil MENDAKI itu di tubuhkan di Malaysia jangan harap boleh di biarkan begitu sahaja oleh UMNO. Selain dari institusi kewangan, pertubuhan seperti ini mesti di UMNO kan juga.

Apa yang UMNO cuba buat ialah orang melayu mesti rasa terhutang budi. Orang yang terhutang budi tidak akan lawan orang yang menolongnya. Dulu di beri tongkat masih boleh berjalan tapi sekarang di beri dedak ..

Ada satu pertubuhan yang telah diharamkan kerana ianya di dapati menyalahi agama. Kita ketepikan yang lain, kita ambil sistem ekonominya, ketika itu ramai ahli orang melayu yang berniaga. Malah mereka mempunyai wang yang cukup banyak dan memiliki bangunan sendiri. Ini menunjukkan orang melayu boleh berniaga seperti kaum cina jika sistem itu di ikut.

Sekira nya ada pakar perubatan tradisional yang terkenal dan ramai yang mendapatkan rawatan dan dikira berpengaruh, apa sahaja kesulitan urusan akan dipermudahkan dan bantuan meng'up-gred'kan untuk kemudahan akan di segera kan atas nama sumbangan ikhlas. Malah orang yang sangat berpengaruh dalam UMNO akan buat-buat mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan dari orang tersebut. Perlahan dan hati-hati jarum virus UMNO di masukkan. Bomoh tak kira lah yang guna teropong atau polong di kampung pun di UMNO kan. Di puji dan di angkat adalah kelemahan orang melayu.

Kalau artis pula ilmemang sudah menjadi kemestian terutama kumpulan atau penyanyi yang diminati anak-anak muda. Pertubuhan silat pun telah di UMNO kan. Koperasi Angkasaraya pernah menempuh pengalaman sebegini. Setahu saya telah berjaya di UMNO kan.

Yang paling sedih bukan sahaja pondok menjadi mangsa malah sebuah parti Islam pun turut sama telah di UMNO kan.

Dalam keadaan hari ini bantuan untuk orang melayu semakin berkurangan. Orang melayu terkapai-kapai terutama dalam bisnes dan keusahawanan. Dalam masa yang sama kita ketiadaan badan atau pertubuhan kerana semuanya akan di UMNO kan selepas itu.

Malang nasib melayu,sudahlah bantuan tidak ada .. tiada siapa yang peduli lagi. Melayu telah makan dedak yang banyak.

Lelakidicermin berkata...

En daun omar.. adalah pertubunan tu..en daud omar lupa.. nama yayasan pembangunan ekonomi islam ( lupa nama ringkasnya ) perrubuhan sangat aktif.. sampai beli dame golf.. yg tak kena mengena dgn ekonomi islam. Lagi satu menganjurkan kursus kawin utk pelajar luar negeri..tp biasa lah org melayu malaysia. Kalau pertubuhan tu buat roket utk org melayu naik ke bulan.. org sg besar dan kuala kangsar tetap sokong umno.

Tanpa Nama berkata...

Sedarkah Fuckkah Fuzzy bahawa penyanyi singapore adalah juara AF tetapi pelawak singapore tak pernah jadi juara maharaja lawak? Lawak mamat ni adalah lawak tabur pasir dalam periuk kengkawan. Siapa rugi?

Tanpa Nama berkata...

Heran kenapa derang tolak madey tapi terima pengganti madey yang madey sendiri rekemen. Hmm.

Tanpa Nama berkata...

Ramai penceramah cari makan di Singapura. Pelawak Malaysia pun ada buat persembahan di Singapura. Sekali buat sama dengan tiga kali persembahan di Malaysia.

Rakyat Singapura ramai yang memberi sumbangan kepada seorang penceramah terkenal yang mempunyai rumah anak yatim.

Apa akan jadi pada rakyat Malaysia yang berkerja di sana sekiranya rakyat Singapura di sekat setelah di benarkan menyertai AF dan Raja Lawak?


Tidak bolehkah pelawak tersebut di disenaraihitamkan sahaja untuk memasuki negara yang mudah di cerobohi oleh pendatang ?

Itu sebab melayu tak boleh maju bukan kerana diberi bantuan tetapi kerana dengki dan jahat yang tidak ada pada bangsa lain.


Tanpa Nama berkata...

Najib dengar pun dia tak peduli sebab dia ada kuasa dan ramai yang sanggup jadi Menteri untuk Najib. Yang tak tahan dan bermaruah akan letak jawatan seperti Husni.

Yang sepatutnya malu ialah menteri dan pengarah dalam jabatan kerajaan sebab mereka berkerja dengan "perdana menteri" yang kalau di Singapura dengan "pencuri". Sebagai barua. Sebagai pencacai. Sebagai penjilat. Sebagai khadam.

Sekurang-kurang lawak Fuzz dapat menghiburkan Mahathir dan Hasmah yang di tekan begitu hebat oleh UMNO.

AIMAN berkata...

Hari ini jadi perdana menteri, esok ketua menteri pulak. Hari kelaku tu orang bn buat, esok ph pulak. 2x5 aje. Dua-dua gua x caya.😁😀

Tanpa Nama berkata...

Susah lah educate orang macam kau.. patut lah negara menuju ke arah kehancuran. Dalam UMNO ada orang macam yang perangainya jahat. Dalam PH pun ada..

Pilih lah. Kalau orang itu perangai penyamun je kerja dia, walaupun dari PH jangan pilih..

Ini apa sahaja yang di spinkan oleh media dah percaya.lalu jadi keliru..

Tanpa Nama berkata...

Tak kiralah Najib salah atau betul.Itu mahkamah yg dapat tentukan.Sebaiknya ketua , jangan ada isu kontrovesi yg membabitkan peribadi dia secara langsung.Tambahan ketua negara.Susah nak siasat selagi dia berkuasa.Itu hakikatnya yg tidak boleh disangkal.Fitnah akan berluas-luasan oleh dua2 pihak, musuh v dia.Seeloknya dia letak jawatan atau dipaksa berundur utk atasi masaalah fitnah & cerita buruk itu.Apapun masaalah kewangan yg timbul itu terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia juga.Lagi lama tunggu, lagi bertambah beratlah beban kita nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kesian juga pada Tun.Ini boleh jadi iktibar kpd kita juga .Iaitu kita tak boleh lupa pd Allah baik masa kita ada power atau tidak.Kalau fikir2kan(maaf ini bukan nak templak Tun) Najib ni anak didik Tun.Power yg diri ada sekarang adalah hasil usaha Tun juga.Cuba kita tanya Tun.Dulu semasa nak buat perubahan2 besar ttg pentadbiran negara, beliau mohon.petunjuk dari Allah tak?Kan ada ulama yg doakan Tun umur panjang . . .inilah mungkin ujian utk beliau.Mungkin beliau sudah bertaubat.Tetapi yang bakal menanggung beban kewangan is kita semua, rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Jangan mengeluh bang.Kan Allah ada.Cuba tanya kawan yg getam ttg hal ni, ada dema solat minta Allah turunkan Najib? Kalau belum, buat lah ramai2 dr sekarang . . .sapa pulak nak ganti yop?

Tanpa Nama berkata...

Isu banglo tu digembar gembur utk tutup isu 1mdb..penyelewengan 1mdb adalah jelas dan melibatkan wang rakyat yg cukup besar..tp kes banglo sebenarnya tiada isu oleh sprm tp seolah olah ditekan,sbb tu pengerusi sprm letak jawatan..selepas seminggu,lge didakwa dan AG sendiri ketuai pendakwaan..nmpak sgt mcm terdesak utk penjarakan lge..kes 1 mdb mcmana pulak,disekat dan dihalangan dgn hebat sekali dgn pemecatan,pembunuhan dan ugutan...tutuplah dgn apacara pun...tipudaya Allah mahahebat,tunggulah hukum alam.

George Sikien ak Sunow berkata...

Bau taiee ayam-itik pun ada pada nya.

Benbrahem berkata...

Berbangga dan bersyukurlah rakyat Malaysia khususnya Melayu yang tidak mengundi UMNO/BN dalam PRU lalu dan sebelum2nya. Namun hati terasa " sakit" bila tengok Melayu yang masih pilih parti dan pm yang telah membangsatkan mereka itu. Melayu spesis ini walaupunada yang menolak si pembangsat ini, tapi mentera " cash is king"nya amat kuat untuk " you help me, I help you!".