3 Jul 2016

Najib Pelakon Terhebat, Dan Dia Juga Punca Segala Musibah...

NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!

Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.


Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya" itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan" itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan" membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan" juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.


Cuma satu, jika rakyat masih juga terpedaya dengan "lakonan demi lakonan" Najib ini dan tiada keberanian melakukan perubahan, maka makin rosaklah masa depan negara dan anak cucu kita. -shahbudindotcom.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini taktik acuan dari P076. mah sie keon.
pembangkang harus lebih kerap gambar gambar
perbuatan tidak jujur seperti ade beg beg, jam jam
, rumah rumah mewah di luar negeri.
ramai lagi yang tak sedar.
1mdb juga daripada artikle panjang lebar harus ade
yang lebih senang di fahami

Lelaki Dicermin berkata...

Kalau tgk lakunan memang hebat.. terpedaya makcik2 dan pakcik2 sg besar,kuala kangsar dan felda2.. tapi kalau makcik2 dan pakcik2 tu pandai ckp org puteh..tgk pelawak spore tu kenakan najib.. amat memalukan.. ingat yg hadir tgk acara lawak tu org melayu je.. rupa berbilang bangsa.. memalukan betul..

Tanpa Nama berkata...

Baju melayu warna oren ke tu ?

Tanpa Nama berkata...

Mat Bahalol buat buat bahalol saja

Daalm poket ada bilyon bilyon apa nak susah

Rakyat pulak suka hati bagi free bilyon bilyon

Mat Bahalol tak bahalol

Rakyat yang bodoh

Orang Melayu lah , siapa lagi

TUN pun sudah kata NAJIS tapi Melayu suka NAJiS sebab ada duit.,,,,

Tanpa Nama berkata...

Ini setakat nak ambil gambar untuk facebook dia jee.

Orang jenis macam ini tidak ada life.. kerja dia 'berlakun' untuk sepanjang masa. Bagi dia dan pemakan dedak, dunia ada lah pentas..manusia adalah pelakunnya.. semuanya mesti di buat bagaikan sebuah sendiwara. Mengikut skrip olahan sendiri yang tidak berlandas pada hakikat hidup.

Dia berada di situ untuk tujuan hidup dan kesenangan dunia sahaja. Dia tidak akan menjadi baik hanya dengan lakunan sebegini. Ramai pelakun filem drama yang berlagak alim tetapi realitinya tidak begitu.

Bagaimanapun semuanya atas keizinanNya tetapi semuanya akan dihisab.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kisah berlakon x berlakon janji poket penuh duit membuak2 duit masuk bagaikan air sungai tambahan naik harga minyak menjelang raya lagi kayo den.7keturunAn makan x abis tu ajibgor..pelawak singapora apa nk hairan, satu dunia kutuk dia pun dia buat dek je apa nak hairan kata2 org.tgu jela azab nyer nt.masa cepat jer berlalu.skrg tun madey pun mula merasa azab.nt tiba giliran najib pula then yg lain2.kita lihat ja nt Allah membalas segala yg kita kerjakan.

Tanpa Nama berkata...

Ako khayal nk tengok najib berlakon dgn heroin ziana zain dlm filem sembilu 3. Pasti meletop beb. Dan pasti juga kak mah tak izin. Cemburu le tu. Kahkahkah