14 Jul 2016

Gencatan Senjata: PAS Perlu Istiqamah Dan Tidak U-Turn Lagi

Gencatan politik: AMANAH harap PAS tak 'U-turn'

Walaupun DAP dan PKR hari ini dilihat menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' oleh PAS, rakan sekutunya dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu parti itu berbincang terlebih dahulu di peringkat kepimpinan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'pusingan U'.

“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.


“Saya mencadangkan PAS mengadakan mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah,” katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan 'musuh yang sebenar'.

Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.

“Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka," katanya.

Perjumpaan tertutup dengan PAS

Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.

“Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu," katanya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke turut menyambut positif cadangan tersebut.

Katanya, parti Islam itu sedar perpecahan dalam pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada BN.

“Saya belum lagi melihat kenyataan itu secara langsung tapi kita ambil ia secara positif. Mungkin PAS sedar bahawa perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno.

“Mereka melihat bahawa pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi manfaat kepada Umno,” katanya.

Loke berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkembangan itu dalam HARAPAN itu dan akan melihat tindakan selanjutnya. -mk


Pas cadang gencatan senjata antara pembangkang

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.

"Parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.

Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.

Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.

Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.

Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?

"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.

Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.

Bagi Pas, kata Tuan Ibrahim, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

"Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini," katanya.

Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada, tegasnya.

"Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

"Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

"Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN," katanya.
-MD


ULASAN GB

Mungkin terlaluawal untuk GB mengulas mengenai saranan TITM berkenaan dengan gencatan senjata di kalangan para pembangkang.

Namun jika PAS benar-benar ikhlas untuk bersama dengan Pakatan Harapan, ia tidak menjadi masalah, malah langkah itu amat dialu-alukan.

Semua parti-parti di dalam Pakatan Harapan mempunyai misi dan visi yang serupa - iaiatu menumbangkan kerjaaan Barisan Nasional di dalam pilihanraya ke 14 akan datang. Dan jika PAS turut berkongsi misi dan visi yang sama, maka tiada halangan untuk PAS menyertai PH semula. Cuma kita berharap, sepertimana kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, PAS perlu lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'U-turn'.

Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:


Mengenai hudud PAS perlu akui bahawa UMNO hanya menjadi ia sebagai umpan untuk memerangkap PAS dan PAS telah pun terperangkap sehingga Pakatan Rakyat berkubur lantarannya.

Kita perlu kembali kepada asasnya iaitu mendengar nasihat Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, sepertimana pendirian AMANAH dan PKR iaitu, tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud.


Perjuangan Islam sepertimana yang GB selalu utarakan perlu menumpukan substance (isi dan pengertian), bukan forms (rupabentuk) semata-mata.

Kita berharap, pertemuan tertutup dengan PH dengan PAS akan membuahkan sesuatu yang positif untuk perjuangan bersama menentang dan mengalahkan BN.

46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini satu lagi. Tak sudah-sudah dengan pertemuan tertutup. Entah apa yang nak di tutup entah lah.

Kalau yang terlibat ada lah orang tertentu dan terhad di kata pertemuan tertutup ok lah tapi kalau apa yang di bincangkan tertutup dan hasil perbincangan tidak di umumkan akan jadi lah tipu menipu, salah faham dan maklumat di bocorkan.

Tanpa Nama berkata...

Pas xmalu ke nak bekerjasama dgn dap parti cina yg makan babi.xrasa haram ke bersekongkol dgn parti ph yg dikatakan tolak hudud,pas xrasa hina ke atau berdosa ke bekerjasama semula dgn ph yg mana dulu dikutuk di caci maki setiap hari...umpama sudah diludah tp jilat semula...mana istiqamah yg pas agung2 kan.kan heboh pas kata lge rasuah Dan ph terlibat rasuah,masih mahu kah pas parti yg maksum tu bekerjasama dgn ph rasuah....ph pulak jgnla ulangi kesilapan,nt bergabung balik,pas buat perangai lagi...smpai bila nk selesai...last2 rakyat lebih menyampah nt semua pembangkang dtolak rakyat...

andikbolong berkata...

esok hadiwang akan gunakan veto atas ucapan tuanibra dan balik macam muala kongkalikong

Tanpa Nama berkata...

TITM memang dari dulu lg tiada masaalah dgn PH . Halangan sebenar ialah tuan presideng.Sebab itulah dari dulu lg DHM mencadangkan supaya TITM dicalonkan sebagai presiden PAS.

Unknown berkata...

Salam:


Diperingkat awalnya saya bersikap bersangka "BAIK" di atas cadangan TITM,Tapi jangka panjangnya PH,kena berhati-hati, jangan masuk lubang yg sama berkali-kali. Pastikan segala ucapan /statement TITM itu,mendapat kelulusan dewan ulamak dewan tertinggi PAS,kenapa tuan president dan Mursydulam PAS tidak memulakannya?Bagi wakil2 PH,Pastikan dulu,wakil2 PAS itu dapat "endorsement dari dewan ulamak tu dulu,Jika nak buat sebarang meeting dan kerjasama,Pastikan ada minutes of meeting dan bertulis.Kalau boleh di vediokan.

Pengajaran masa-masa lampau dalam PR dulu,walaupun perjanjian itu bertulis dan di signature pun oleh hadi seperti "buku jingga" tetapi "Hadi"LANGGAR SEMACAM AJER.hadi selalu ponteng majlis President PR.Banyak perkembangan PR dia tertinggal bus,akibatnya perjalanan PR,tak seiring dgn PAS.

BERHATI-HATI....

goAmanahgo

sekian

Pemuda parit kings berkata...

Bagi aku..x payahlah layan parti paspispusss ni...aku da menyampah!!!��

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak percaya cakap kosong TITM. Takkanlah PH tak tahu dan tak belajar langsung segalanya akan di overrule oleh Tuang Presiden. Cukuplah segala kerosakan yang dah PAS lakukan pada pembangkang. Enough is enough. Jangan di layan parti yang hanya tahu syok sendiri dan tak tahu langsung adab berjemaah. Parti yang dah tahap bohsia atau pelacur. Langsung takde maruah dan prinsip. Pendirian seperti lalang. Dah di kapirkan, di maki, diharamkan, dilabelkan..apasal nak jilat balik. Ingat kata arwah Ustaz Fadzil. Bila musuh buat baik dan nak berbaik...ada muslihatnya. Sekarang bkn UMNO je musuh. PAS pun musuh. Musuh dlm selimut.

Tanpa Nama berkata...

Bukankah hudud akan di bentangkan? Nanti apa kata geng ulamak? Bertahun nak bawa hudud, bila nak diluluskan .. konar baring habis pulak dah ..

Dah hidu kot hudud tidak akan di luluskan ?

Jangan pulak gencatan senjata sampai isu balak pun didiamkan dan isu saman YDP PAS Rantau Panjang pun jadi macam 1MDB.

Tanpa Nama berkata...

Geng Tanjak dan keris panjang macamana pulak? Dia orang dah pakai dan siap bergambar... eluk lah tinggalkan je PAS. Kalau ada maruah lah.

Tanpa Nama berkata...

Apa pula kata hj hadi?

Tanpa Nama berkata...

Tuan, saya akan terus sangsi dan tidak yakin kepada Dewan Ulamak. Buat keputusan satu hal, lantak dia orang lah sebab pada dia orang itu yang terbaik.

Tetapi bila bagi hujah dan sebab musabab yang mengarut dan tidak bertanggungjawab.. menunjukkan kebodohan .. mampos saya tak percaya lagi.

Mereka guna ayat-ayat membolehkan tindakan mereka, sekarang nak guna ayat mana pulak ?

Kalau PAS ingin bersama PH jangan lah melibatkan mereka. Tuan Ibrahim dan rakan-rakan kena buat keputusan sendiri dan bertahan.

Sekali lagi kumpulan bukan ulamak lawan Dewan Ulamak.

Tanpa Nama berkata...

PAS sekarang macam naga kepala 7... ikut suka kepala dia je nak buat keputusan. Esok bila kepala2 lain tak suka dia akan gigit kepala yang beri cadangan tu.

Tanpa Nama berkata...

Boleh bincang.tp buang dulu tuang presideng hadi bahalol..

Tanpa Nama berkata...

bole bole..suroh dia bia'ah dulu hahahah..jgn u turn...haa bila kna kat dia baru ada akai...lg pon pas la ni kata presidentey seniora...parti yg berstrategi...jgn sat g bila dah menang banyak kerusi mula la dr zuhdi al serabutan mula dok keluaq kajian dia...kata kuat dan bole sendiri...masa tu tak guna dah ...pas dah ada banyak kerusi kah3...teori aku pas dah nmpak bakal kehilangan kerusi dari genggaman..munkin kajian dr zuhdi al serabutan direhatkan sementara sehingga dpt kerusi balikkk...kah3

Tanpa Nama berkata...

Cakap mu tak laku GADAI selagi ada tuang presideng N arung ding piiiraaaaaaaaah

Lelakidicermin berkata...

Percaya samy vello lagi ok dr percaya pas..tuang presiden ckp ke utara.. tim presiden ckp ke selatan.. naib presiden ckp ke barat.. majlis syura ckp ke timur..harun din ckp ke laut..

Mat Bi berkata...

saya rasa, bila kawan lama kita hulurkan salam perdamaian sebegini. kita wajib sambut. Jangan ungkit lagi perkara lama.

Pencolekhangek berkata...

Siapa TITM untuk membuat keputusan bagi pihak pas. Pas dipimpin oleh seorang yang nyanyuk, gila kuasa dan harta dunia. Bila-bila masa boleh pusing bila tengok sumber fulus dan kuasa terancam!! Berhati-hati dengan ostad-ostad lidah bercabang yang menjadikan ugama Islam komoditi utama yang boleh diperdagangkan dipasaran politik dan perundangan.

Tanpa Nama berkata...

Betul pendapat saudara tp salam perdamaian itu drp org lain,hadi punya angkara tp titm yg nak berdamai,hadi masih xnak berdamai,apa gunanya?nanti masuk balik,berkelahi lagi mcm anjing ngan kucing akhirnya ph pula makin melingkup..fikir2kanla

Tanpa Nama berkata...

PH wajib berwaspada kerana PAS parti lidah bercabang depan cakap manis di belakang sanggup menikam kawan. Kalau nasib tak baik PH seperti melepaskan anjing tersepit, anjing terlepas tangan kita kena gigit. Nak hidup PAS sanggup buat apa saja, dedak yang confirm ada 'najis' pun sanggup dimakan, dedak dah kureng carilah pokok lain untuk bergayut. Selagi Hadi, Haron, Abdoh, Zuhdi dan yang sewaktu dengannya masih berkuasa dalam PAS, PH wajib berwaspada. Pemimpin AMANAH dah masak perangai mereka. Mereka umpama tembikai di luar hijau di dalam merah, kulit Pas tapi hati UMNO

Tanpa Nama berkata...

Xyahla layan pas...biarla pas melalak sendiri..tgk hadi Dan haron kluster xda ckp apapun...titm saja suka2 hati keluar statement. Lagipun aku dpt info si titm nk kena tendang ditukar dgn nasrudin , maybe statement ni titm buat utk selamatkan dirinya shj....ph kena main lagi...kikikiki

Tanpa Nama berkata...

Masalah utama pas adalah hadi gendut dan zuhdi serabut..2 org inilah masalah utama pas...zuhdi dilihat sbg proksi umno dlm pas yg merancang pepecahan dan menjadi penasihat jahat kpd hadi.. manakala hadi dilihat suka buat keputusan sendiri2 dan setiap perkataan dan keputusannya adalah seolah olah lidah pas = ikut landasan islam(konon)..sbb itu hadi sentiasa menjadi bahan kutukan nitizen dan akhirnya pas menjadi lesu dan mundur kebelakang..yg untung adalah zuhdi dan umno.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Cadangan Tuan Ibrahim supaya diadakan genjatan senjata antara parti-parti pembangkang membawa maksud Pas ingin bergabung dan bekerjasama semula agar Barisan Nasional dapat ditumbangkan pada PRU 14. Impian TITM memang dinanti-nantikan oleh rakyat yang mahukan pembelaan. Najib pastinya terbayang akan menjadi ketua pembangkang di parlimen, dan berkemungkinan keluar masuk mahkamah selepas PRU 14. Persoalannya apakah cadangan TITM ini akan dipersetujui oleh Hadi Awang? Natizen mengetahui Presiden Pas ini mempunyai kuasa veto dan pakar dalam membuat pusingan U. Apakah percintaan gelap antara pimpinan tertinggi Pas dengan Najib akan menemui jalan buntu setelah TITM bersikap pro Pakatan Harapan? Tidak mustahil pula TITM menghitung hari menyusuli jejak Muhyidin Yasin yang dipecat dari partinya. Jawatan Timbalan presiden parti adalah jawatan paling tidak selamat, baik Umno ataupun Pas. Sejarah telah membuktikan Musa hitam, Anwar Ibrahim dan Muhyidin dipecat atau terpaksa meletakkan jawatan. Begitu juga Mat Sabu disingkir dari Timbalan Presiden Pas melalui "grand design" pucuk pimpinan tertinggi parti.

Individu paling gembira jika kerjasama pembangkang berlaku ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Yb Iskandar Samad. Jika tiada kerjasama, beliau bakal kehilangan jawatan exco dan adun. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru diramalkan Pas akan kehilangan semua kerusi adun mereka di Selangor. Kemenangan Pas Selangor pada PRU 13 bukan kerana kekuatan tulen mereka, sebaliknya sokongan pengundi-pengundi yang sudah muak dengan gelagat pemerintahan BN. Kenyataan ini dapat dibuktikan berdasarkan keputusan PRK Sungai Besar pada Jun 2016. Pas juga takut kehilangan jawatan-jawatan lantikan politik seperti ketua kampung, ahli majlis daerah, nazir masjid, pengarah GLC negeri, penyelia pusat khidmat masyarakat dan kontrak-kontrak kerajaan negeri. Jawatan-jawatan tersebut menjanjikan kuasa/autoriti, habuan, fulus dan penghormatan. Bila hilang jawatan, maka hilanglah sumber pendapat dan penghormatan rakyat. Barangkali itulah sebahagian dari alasan kenapa sebahagian pemimpin Pas ingin kembali bertaut dengan parti-parti pembangkang yang lain. Ada pula sebahagiaan pemerhati politik membayangkan cadangaan TITM ini bakal dibakulsampahkan oleh presiden parti.

Tanpa Nama berkata...

Xpercaya la hadi nak mengalah.baik hadi ego tu tinggal sorang dlm pas pun die tetap ego...kalau xcaya tgk jela nt.ucapan titm umpama kentut dlm angin ribut.xda apa kesan pada hadi pun atau ahli walaun pas

Tanpa Nama berkata...

Gencatan apa ...?

Masih kedengaran bunyi tembakan ..... dari jauh nampak asap ..

Tanpa Nama berkata...

Jangan buang masa layan puak si tolol ni...kalau Tuan Ibrahim rasa nak join PH, tinggalkan je pas, pis, pus tu..habis cerita, selesai masalah.

Tanpa Nama berkata...

Belum tentu tuang presideng mu setuju..ego..sombong..bongkak nk mampus..

Tanpa Nama berkata...

Yg beri respon hny naib presiden ps, si harum manis. yg lain?nik beduh, tuang ikang, ustaz jinkalogis ape respon? Dewang ularmak ape kate? Puihhh la pas. Kome da riso kelantan jatuh baru nk hulur tangang. Lepas menang buat balik. Puihhh

Tanpa Nama berkata...



TITM,
Dia nih mnjd macai tok2 kpd haddikWANG dan RONanJINGG

TITM,
Dpt jd timbalan pun sbb jd macai tok2 yg langsung tadak aura cikit pun

TITM,
Klu dia nih bukan macai tok2, dia pasti BERANI jd mcm Husam serang habis2an gejala FITNAH pilkuda/barua serta gejala rasuah/CURI yg brleluasa dlm parti nya terlebih dulu, yg terang2 didepan matanya itu!

TITM,
Apb dah jd macai tok2 kpd haddikWANG dan RONanJING, secara direct/indirect TITM nih pun dah mnjd macai tok2 kpd Jibgorr..sbbnya haddik and RON tu adalah macai tok2 tahap gaban kpd Jibgorr

DAN idea drp TITM tu sbnr2nya adalah idea drp think THANK umno-Jibgorr!!

Ddlm pispus tu yg paling busyuuk dan jahat sekali selain drp haddik and RON yg mnjd macai tok2 Jibgor/umno ialah TITM, titik!

Tengok tanjak dan siap DUA bilah keris nya itu, dialah macai tok2 amat bahaya jd "PENGELIRU" @ penyamar paling gaban ibarat BUAYA jadi2an







Tanpa Nama berkata...

Akub sikit pom tak pecaya dengan golongan unta dan keldai yang berserban neh selagi TG haji baghal masih jadi pemimpin....

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan PAS diketuai HADI Dan HARUN DIN kena duduk bersama Dan buat keputusan apa jalan yang mahu dipilih samada bersama atau lawan PAKATAN HARAPAN.
PAS sering keluaran kenyataan yang akhirnya disentangle sendiri oleh HADI. Oleh itu adalah lebih baik mereka istiqomah bersama HADI.

Tanpa Nama berkata...

Ayah hadi tak terkata..mulut penuh dedak

Tanpa Nama berkata...



Ddlm sejarah nabi SAW


Yg sentiasa meminta GENCATAN senjata/damai adalah puak Yahudi


Termasuklah puak2 Abu Jahal Abu Lahab dikalangan kafir harbi


Nabi SAW takde meminta GENCATAN/damai krn nabi bnar2 dipehak yg bnar2 LURUS dan BENAR



Skrg dah terang dan jelas TITM pulok yg kecut minta gencatan/damai

Bila dah tersepit baru nak gencatan/damai konon, hohoho

So, sapekah ler nih yg terang2 jahat mcm Yahudi?

Sape pulok yg busuk mcm kafir harbi??




Tanpa Nama berkata...

Bola akan berada di kaki PH semula jika pas bergabung semula dgn PH dan pada masa yg sama Tun M serta kuncu kuncunya menubuhkan satu parti baru yg semestinya akan memecahkan undi di pihak umno...nampak amat baik strategi ini utk meruyupkan umno be end pada pru akan dtg...

andikbolong berkata...

perang tak de tetiba istihar gencatan senjata.. ooo selama ni dia pis istihar prearang yg tak diistiharkan.. tu puak zalim nenor..

Unknown berkata...

BOLEH NK GENJATAN SENJATA...TP DGN SYARAT PAS PERLU WAT PEMILIHAN TERGEMPAR DAN USULKN HADI AWANG..HARON DIN..ZUHDI..IDRIS N SEBAHLOLNYA KELUAR DARI PAS...HARAP PUAK PAKATAN DEMAND SKT DGN PARTI PAS SESAT EDISI HJ AWANG N GENGNYA...JIKA TIDAK PERCAYALAH GERENTI KONA CILOK HJ HADI WAT NANTI BILA KEPUTUSAN BOLE KE PAS...BG AKU PROPAGANDA SYIAH WUJUD DLM PAS...TUJUANNYA NK BERI KEMENANGAN PD UMNO AKHIRNYA...BARUA TETAP BARUA..ITU REALITI HIDUP HARI INI...MELAINKAN HJ HADI N SEKUTUNYA MENGAKUI SEGALA KESALAHAN YG PERNAH DILAKUKAN PD PAKATAN..MCM BANDUAN LA..DA NGAKU SALAH PUN MASIH WAT SALAH JUGA...BIAR KITA KECIL TP KITA ADAKEKUATAN TERSENDIRI..DR BESAR TP ADA KUDIS...

Unknown berkata...

Jangan percaya! TITM cakap sahaja tu...
Nanti kena gertak dengan Hadi Awang...
U Turn lah nanti...

PAS kan ego.

Unknown berkata...

Jangan percaya! TITM cakap sahaja tu...
Nanti kena gertak dengan Hadi Awang...
U Turn lah nanti...

PAS kan ego.

Tanpa Nama berkata...

Bagus strategi ni...pastikan pru akan dtg akan lawan 3 penjuru antara PH vs Parti Tun M vs BN, PH akan menang bila undi BN dipecahkan oleh parti Tun M yg berfungsi sbg pelingkup BN sbgmana pas sblum ini yg bfungsi sbg pelingkup PH...lojik ker?

Tanpa Nama berkata...

Kita nantikan kenyataan balas oleh Hj hadi, haron din, nik abudoh, tontowi, zuhdi dan yg sepascai dgnnya...

Tanpa Nama berkata...

PASCAI memang tkkan boleh dipercayai selagi ulamak2 celup tu ada kat atas.. ckp la macamana pun.. Islam pun sanggup dia jual.. inikan pulak perjanjian mcm ni..

Saiful berkata...

Tak yah la dok komen ...bangun tidoq..ckp gencatan..la ni dok ulas kut ni kut tu..tak yah dok layan..ni buah iellmu umno ..yg ajaq.. nak test tgk PH ni kalut.. desperate.. galak..ka dak..la ni dok ulas umno pas..ularmak.. biaq depa yg mai..kita buat keja kita.. Pd pas ...pooooooooodah..

Tanpa Nama berkata...

Aku rasalah, sebenarnya sebahagian besar pemimpin-pemimpin PAS diperingkat bahagian, cawangan dan juga YB-YB mereka tidak setuju dengan cara pembawaan pemimpin atasan mereka. Mereka sudah Nampak akan tersungkur dlm PRU 14 nanti. Dan tidak ada negeri yang mampu PAS memerintah. Tetapi disebabkan takut nak bersuara maka jadilah mereka sebagai orang yang tidak berprinsip, ikut saja pada hal dlm jiwa masing-masing bergelora dengan kekecewaan atas sikap pemimpin mereka. Kepada mereka-mereka ini bertindaklah sekarang, biarlah anda tidak popular dikalangan pemimpin tapi anda akan lebih popular dikalangan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mereka telah mula bersuara. Tuan Ibrahim mengajak genjatan senjata tanpa rundingan dengan Hj Hadi dan Harun Din. Tetapi Tuan Ibrahim bukan keseorangan. Dia dan pemimpin PAS yang lain melihat musuh sebenar ialah UMNO!

PAS terbahagi dua sekali lagi.

Satu kumpulan baru menentang Dewan Ulamak. Kali ini Geng Berkeris dan bertanjak.. agak lambat membalas... kerana tidak ada pilihan lain bagi Tuan Ibrahim dan pemimpin yang lain selain meninggalkan PAS.


Yang dapat menyelamatkan mereka ialah mereka tidak mengajak untuk berdamai, mereka hanya mengajak genjatan senjata..

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa baik kau keluar lah parti pis nih..takut2 lpas ni kau kena talkin pulak..si hadi bengong tu..x akan dgr cakap kau..baik masuk amanah..

Unknown berkata...

Hadi mane boke bai ah...bini banyak...pil kuda ari2 telan..