'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib, dakwa Tun Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB dan menyifatkan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib.
Mahathir berkata, tribunal tersebut tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.
"Rakyat mesti menuntut pengunduran perdana menteri, menuntut siasatan segera oleh tribunal bebas bukan tribunal yang dinasihati oleh perdana menteri kerana perdana menteri orang yang perlu disiasat.
"Tribunal ini perlu ditubuh secara bebas," kata belia dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram daripada 1MDB.
DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat iaitu Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion itu adalah sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenal pasti dilarikan dari 1MDB antara 2009 hingga 2015.
Mahathir turut mendakwa 'Malaysian Official 1' yang disebut dalam laporan tersebut sangat hampir dengan batang tubuh Najib.
"Nama beliau berulang kali disebut dalam laporan.
"Kes ini perlu dibawa ke mahkamah dan mendakwa perdana menteri dan kerajaan yang mencuri duit rakyat," katanya lagi.
Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan 'A close relative of a senior 1MDB official' sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini.
Mahathir turut meminta referendum rakyat diteruskan bagi mendesak Najib berundur.
"Memandangkan perdana menteri tidak magu berundur dengan sendiri rakyat mesti meneruskan referendum yang telah kita mulakan," katanya. -Hazayani/MD
ULASAN GB
GB dah ulas sebelum ini. Hukum kebenaran akan terus berjalan. Ia terpampang jelas. Laksana sinar mentari yang menyinar, kadang-kadnag terlampau terangnya cahaya matahari kita tidak dapat melihatnya. Cuba anda perhatikan sang mentari sewaktu tengahari semasa ia sedang terik memancar. Apa yang akan anda lihat pada matahari itu? Ya, tidak dapat melihat apa-apa. Gelap gelita. Untuk yang bijaksana pula, pejamkan mata, tenung dengan mata hati dan akan terjumpa jawapan dicari. Si bijaksana always read between the lines... Jika sudah jumpa, kita tidak mampu berdalih.... jika berdalih juga kita menipu diri kita sendiri...
Walaupun ada usaha untuk menafikan siapa sebenarnya "Malaysian Official 1" tetapi jawapannya sudah ada di dalam saman sivil Department of Justice itu sendiri. Terang dan jelas.
Mereka yang menafikan, teruskanlah menafikannya. Kita tidak ada hak untuk menghentikannya. Dan kita tidak pula menuduh si anu bin si anu secara pasti. Tetapi kita hanya memaparkan apa yang telah ternyata sahaja.
Di sisiNya, yang bersalah akan tetap bersalah. Yang menyokong dan membela pesalah pula tetap dikira bersubahat. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kesemuanya akan terima hukuman Allah swt. Antara cepat dengan lambat sahaja. Jika tidak di sini tetap di sana hukuman menanti. Hukuman Allah pelbagai cara. Mungkin masih ada yang nak mencabar Allah untuk menunjukkan kuasaNya, teruskan mencabar.... tetapi Allah swt sudah memberikan amaranNya:
Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka tatkala mereka saling bertengkar. - Yasin:49
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia - Yasin:82
Itu keyakinan orang beriman!
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
FEATURED ADS
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad
Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika, semalam kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset, kata Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch.
Ditanya sama ada wujudnya perjanjian untuk tidak menamakan Najib, beliau berkata: "Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil dan ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu.
"Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan.
"Jadi ini, akan menjadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan," katanya pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman di Washington DC yang disiarkan secara langsung melalui internet.
Aduan yang difailkan di Los Angeles menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, rakan mereka dan ahli perniagaan, Jho Low serta dua pegawai kerajaan Abu Dhabi.
Saman itu juga membuat rujukan kepada “Malaysian Official 1".
Disoal mengapa individu itu tidak dinamakan, Lynch berkata aduan awam menjejaki pergerakan aset dan hanya "mendakwa apa yang kita perlukan untuk mendakwa bagi mendapatkan apa yang perlu kita dapat".
Beliau berkata matlamat utama adalah untuk mengembalikan dana yang dipercayai disalahgunakan, sebanyak kira-kira AS$3 bilion kepada rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, sebahagian daripada dana ini telah "lesap" termasuk membayar hutang judi dan "perbelanjaan gaya hidup".
Ini sebabnya, kata beliau mengapa pelucutan hak sivil itu terpaksa dibuat pada kadar segera walaupun siasatan masih sedang dijalankan.
Lynch berkata kelewatan lanjut boleh menyaksikan aset dipindahkan kepada pihak lain, menjadikannya lebih sukar untuk dirampas. -mk
ULASAN GB
GB dah ulas sebelum ini. Hukum kebenaran akan terus berjalan. Ia terpampang jelas. Laksana sinar mentari yang menyinar, kadang-kadnag terlampau terangnya cahaya matahari kita tidak dapat melihatnya. Cuba anda perhatikan sang mentari sewaktu tengahari semasa ia sedang terik memancar. Apa yang akan anda lihat pada matahari itu? Ya, tidak dapat melihat apa-apa. Gelap gelita. Untuk yang bijaksana pula, pejamkan mata, tenung dengan mata hati dan akan terjumpa jawapan dicari. Si bijaksana always read between the lines... Jika sudah jumpa, kita tidak mampu berdalih.... jika berdalih juga kita menipu diri kita sendiri...
Walaupun ada usaha untuk menafikan siapa sebenarnya "Malaysian Official 1" tetapi jawapannya sudah ada di dalam saman sivil Department of Justice itu sendiri. Terang dan jelas.
Mereka yang menafikan, teruskanlah menafikannya. Kita tidak ada hak untuk menghentikannya. Dan kita tidak pula menuduh si anu bin si anu secara pasti. Tetapi kita hanya memaparkan apa yang telah ternyata sahaja.
Di sisiNya, yang bersalah akan tetap bersalah. Yang menyokong dan membela pesalah pula tetap dikira bersubahat. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kesemuanya akan terima hukuman Allah swt. Antara cepat dengan lambat sahaja. Jika tidak di sini tetap di sana hukuman menanti. Hukuman Allah pelbagai cara. Mungkin masih ada yang nak mencabar Allah untuk menunjukkan kuasaNya, teruskan mencabar.... tetapi Allah swt sudah memberikan amaranNya:
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia - Yasin:82
Itu keyakinan orang beriman!
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad
Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html
20 ulasan:
Jika FBI tulis biaq terang nama ic Najib sekalipun, akan jadi mcm kes KOREK-KOREK-KOREK pulak. Nama ic dan jawatan tu amat bersamaan mcm nama saya tapi BUKAN SAYA!!!
Berpusing2 macam tenggiling. Jadi mcm kes papagomo. Boleh buat berjuta2 silap mata mcm2 style. Orang berpengalaman MENIPU, sejak dari kecil mmg cekap menipu. Takkan dlm benda teknikal gini jadi perkara amat payah nak kelentong??? Laki bini anak beranak sumer ada video terpampang mak bapak badak berak tgh jalan, pun masih selamat menipu rakyat.
Sbb apa?? Sbb rakyat dok menganga saja x berbuat apa2, 30 juta semuanya PENGECUT!!! Sekalipun tak ada apa2 tindakan dan kepentingan pun mendedahkannya, kuasa yg ada pd laki bini puaka ni amat bebas berbuat apa saja kerosakan kpd individu dan rakyat. Ini mmg menakutkan..
Laki bini puaka, hadi dan jin pun taat walaq. Semua dah makan dedak.
Perosak bangsa dan negara.anak beranak dan teman yang terlibat.
masih tak mengaku dan disokong
pula pengampu tegar.malang rak
yat yang menanggunh malu seante
ro dunia
untung jadi orang yang dah kaya selalu dapat hadiah yang besar-besar.Makin kaya makin besar hadiah yang dia dapat. Orang miskin dapat zakat je.
Menjadi sungguh ilmu kak mah..semua 30 juta jadi bengong...
Kami tawarkan 10 000 dirham kepada peneka tepat berserta bukti
Akibat dari skandal paling besar dlm sejarah planet bumi
Official 1 dan isterinya serta cucunya dan ceo bank bumi di halang masuk Amerika...
Dgr cerita sapa yg nama mula dari N pun tak boleh masuk... Sapa ada darah Bugis taubat tk boleh masuk...
Apa la ko dah buat kpd kami rakyat kamu wahai Maharaja sultan official 1!
Satu malaiysia bolo...bolo punya olang..tu la mkn nasi lemak byk sgt..sudah3 la bolo..
Ada ulamak donia pun bersekongkol......ulamak ulamak, memang ulamak donia ni!
"Malaysian Official 1" adalah istilah yang di gunakan DOJ yang merujuk kepada Naib Razak.
Soalan yang perlu di tanya semula adalah bagaiman jika DOJ tidak mengguna pakai istilah ini dengan terus menyebut Nama Najib Razak yang di rujuk kepada peedana Menteri Malaysia. ...Kita akan mendengar kenyataan yang mengaitkan laporan DOJ berunsur campur tangan US terhadap urusan Malaysia...Dalam compromise politic or political resolution istilah ada fungusinya sendiri...pemerhati kajian dasar sedang memerhati olahan ini.
Kalau tanya ulama pas suci mulia siapa MO1, mungkin jawapan mereka adalah LGE Kerana seoranf kapir harbi yang menentabg agama
Kalau bukan dap kapir harbi, takan orang beragama nak buat kerja macam ni? Lagi pun mana 4 orang Saksi yang Lihat duit bertukar tangan??
Mari wala ulama pas suci mulia
Ya betul ... Mana pergi doa 'mukjizat naib ketua olaak dunia sempena hudhud' doa yaHadi maap cakap tak di dengar malaikat sejak jadi setan bisu
Ehhhh APA JADI DGN TUKANG G SIHIR KAK MAH..
BOMOH HEBAT YG DI GUNA ITK RAMPAD SUAMI ORG YG BERTARAP MENTERI BESAR LETIKA ITU..
MANA DIA BOMOH HEBAT BIG MAMA YG SETAKAT NI BERJAYA KELENTONG SELURUH AHLI UMNO DAN PAS.
CUBA BOMOH AMERIKA NAK TGOK SIKIT
Jib jangan takut, sebut Islam dan melayu maka cukup hebat maka semua masalah boleh settled. Ulama pas suci mulia Akan datang Bantu.
Tapi nak confirm masuk syurga kena sebut no ahli pas.
Yang mencuri, yang kelentong, yang rasuah, yang gelapkan harta negara, yang makan haram aku tak kisah sangat. Mungkin mereka tidak pernah dengar atau tahu larangan dan hukuman Allah s.w.t. Mungkin mareka tidak dididik dalam rumah-rumah yang selalu disebut nama Allah s.w.t dan Rasulillah s.a.w. Mungkin mereka tidak pernah dengar hadith-hadith Rasulillah s.a.w. Jadi memang patut pun mereka hidup berpura-pura macam orang Islam selalu mematuhi arahan syaitan. Yang aku hairan sangat-sangat ialah orang-orang yang kononnya ustaz, tuan guru, sheikh, maulana, habib dan sebagainya yang dikatakan ayat-ayat alquran dan hadith-hadith ada dalam dada mereka, berada dilidah mereka tetapi menyokong perbuatan terkutuk itu dan mempertahankan mereka yang telah dan sedang khianat. Bersekongkol. Berapa banyakkah dedak yang telah dimakan dan berapa gunikah dedak yang disimpan untuk anak cucu!!. Semoga kamu yang khianat disambar api didunia dan juga diakhirat!!
Isu utama berkisar tentang laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkaitan penyitaan asset melibatkan 1MDB, Riza Aziz dan Jho Lo serta rakan subahat mereka bernilai lebih USD 1 billion. Nama Malaysian Official No 1 disebut sebanyak 30 kali dalam laporan tersebut. Anak tiri Najib Razak telah dituduh menggunakan wang 1MDB melalui pengubahan wang haram dan ianya berlaku kerana peranan Malaysian Official No 1. 30 kali diulang sebut, ianya bukti jelas beliau individu penting disebalik jenayah pengubahan wang haram terbesar di Amerika Syarikat. Persoalannya, beberapa menteri kabinet telah menafikan bahawa Malaysian Official No 1 adalah Najib Razak. Jika dia bukan Najib Razak siapakah Malaysian Official No 1 yang menjadi kepala penjenayah ini. Cuba teka..?
Sekurang2nye Doj no masih Respect kat Penjenayah No 1 Malaysia no dgn take debut namanye.mungkin blm masanye lagi.cuma bagi Hint aja yg Riza Aziz ni ada talian sedara dgn Gov.off.1 sudah tenth PM kan?
banyak kejahatan yg lanun kerajaan lakukan terutama si najib.tapi rakyat tetap rileks je.takda pulak nak marah dan buat demontrasi desak najib turun dari jawatan dan disoal siasat.byk cth negara di mana rakyat cukup marah dan menentang kezalimana kerajaan mereka.tapi di malaysia?sampaikan negara luar campur tangan.rakyat malaysia tetap maintain dan rileks je. nak kata bodoh marah pule.
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pemurah Penyayang
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS dan TERANG
TAK Se"habuk" pun DiCURI...Dapat Di SEMBUNYI
TAK "sekelumit" FITNAH...Khianat dan Curang
TERANG Terperinci...Di Perbendaharaan ILAHI
Perbendaharaan ILAHI Itu...Terang Benderang
Di Dakapan "FIRASAT"....Mukmin Yg Sejati
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
Mukmin Yg Sejati Itu...TAK Pentingkan DIRI
Mukmin Yg Sejati Itu...TAK kan Dapat Di BELI
Mukmin Yg Sejati Itu...Hanya Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERInya Itu...Itulah CINTA-Fitrahnya yg Sejati
Kaseh Mem-BERInya Itu...Menjawab Persoalan
Kaseh Mem-BERInya Itu...Menyuloh Kegelapan
Kaseh Mem-BERInya Itu...Mengajar Sbnr7"Makna-ERTI" Perkataan
Perkataan2 Tipu-FITNAH-Keliru...Yg Membuat Kebingungan
Perkataan2 Hudud-MURTAD-Syirik...Yg Sgt2 Simple yg Di ILUSIkan
Seolah2 Syirik-MURTAD...Hanya Pada 'Patung-&-Salib' yg DiSalahkan
Bukankah HARTA & Kuasalah...Punca Persundalan BOBROK Kbejatan!?
Bukankah HARTA & Kuasalah...Nilai2-TUHAN DiSyirik DiPermain2Kan?
Bukankah HARTA & Kuasalah...MURTAD=Tunggang Terbaliknya FAKTA-hujjah Biadap Kebinatangan!?
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS dan SUCI
Kaseh Mem-BERI Itu...Sifat'MU Yaa RABBI
FITNAH Men CURI Itu...Moga Terpadam Lenyap dan MATI
DoJ tidak akan sebut nama najib kerana dia tidak terlibat secara langsung dlm aktiviti mungubah wang curi dari 1mdb..najib akan timbul dihari perbicaraan nanti sebagai perancang gerak kerja operasi pencurian..
Cuba tanya bekas Ketua Hakim Negara, beliau kat dia percaya Najib sebab Najib seorang umat Islam dan deorang umat Islam tak akan bercakap bohong. Maksudnya DOJ ini lah yang bohong. Ha....ha....ha.....
Kejahatan yg bersatu akan terus bermaharajalela selagi org2 baik tidak bergabung utk melakukan sesuatu dan berpeluk tubuh serta melihat dari jauh...
Catat Ulasan