26 Jun 2016

Wujudnya "Melayu Harbi" Disamping "Budaya Takfiri" Cemarkan Islam

Penularan fahaman takfiri di negara ini membimbangkan

Penularan fahaman takfiri di negara ini begitu membimbangkan sehingga gejala mengkafirkan pihak yang tidak sealiran pemikiran semakin menjadi-jadi di media sosial, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika fahaman takfiri yang memporak-perandakan rantau Teluk khususnya Syria dan Iraq dibawa masuk ke negara ini oleh elemen Daesh (IS).

"Saya amat gusar dan bimbang dengan fahaman takfiri yang mula melanda negara kita secara hebat sekarang ini. Melabel mengkafirkan, 'menerakakan' orang sudah menjadi trend di negara ini khususnya di media-media sosial.



"Saya berpesan kepada diri saya, pimpinan, penyokong Amanah dan umat Islam dan bukan Islam supaya kita bertanggungjawab menjaga keamanan, keharmonian sesama masyarakat.

"Fahaman takfiri yang akhirnya menjadi punca pembunuhan sesama Islam seperti sedang melanda Iraq, Somalia, Syria, Libya, Afghanistan, Pakistan dan negara umat Islam lain, diharap tidak merebak ke negara ini," tegasnya.

Menurut Mohamad, kemenangan mengejut kumpulan Daesh atau Islamic State (IS) pimpinan Abu Bakr Al-Baghdadi di Iraq pernah dipuji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedangkan ia boleh mengundang bahaya kepada umat manusia khasnya umat Islam.

Mereka yang terjebak dalam budaya dan fahaman takfiri ini, jelas Mohamad sukar dipulihkan dan boleh memusnahkan negara.

"Parti Amanah berpendapat, dalam menangani perbezaan perlu banyakkan program dialog berbanding melabel-label orang.

"Pihak bertanggungjawab perlu menjaga fatwa-fatwa mereka supaya ia akhirnya tidak menjerat umat Islam itu sendiri.

"Pihak keselamatan negara pula hendaklah lebih berhati-hati dan berusaha supaya fahaman yang boleh menjahanamkan negara dan umat tidak bermaharajalela masuk ke negara ini," katanya.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Mohamad merayu mereka yang berbeza pendapat supaya berlawan hujah dan tidak sampai melabel seseorang itu sehingga menghalalkan darahnya secara tidak sah oleh undang-undang dan agama. -MD


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Bagi GB, selain dari "budaya takfiri", yang lebih membimbangkan ialah wujudnya kumpulan Melayu Harbi. Kumpulan Melayu Harbi inilah yang menyemarakkan budaya takfiri di dalam masyarakat Islam selain mengkafirhabikan kumpulan bukan Islam yang menjadi musuh politik mereka.

Kononnya akidah akan jadi sesat jika tidak memilih pemimpin dari kalangan kumpulan mereka. Mereka yang meninggalkan kumpulan mereka dianggap kafir dan wajar diperangi dan seumpamanya.


Mereka menganggap kumpulan mereka atau parti mereka sebagai "satu-satunya jemaah Islam" yang ada, dan kumpulan dan parti lain walaupun berteraskan Islam tidak diterima.

Ini amat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.




Kumpulan mereka juga adalah ganas, kasar dan membawa ciri-ciri budaya IS (Daeisy). Sanggup memaki-hamun, bertumbuk, melakukan keganasan, sanggup memfitnah kerana ketaksuban mereka menyebabkan mereka hilang pertimbangan akal dan menjadi gila kerana mereka berpendapat mereka saja yang membawa Islam yang benar, yang lain tidak.


Itu sesama Islam. Jika dengan kumpulan bukan Islam pula, mereka tidak teragak-agak menempelak bukan Islam itu sebagai "kafir harbi" walaupun istilah itu disalahgunakan kerana "kafir harbi" bermaksud kafir yang memerangi umat Islam. Apakah DAP khususnya pernah mengisytiharkan perang terhadap Islam? Jika tidak mengapa isytiharkan mereka kafir harbi?

Ya, DAP tidak bersetuju dengan pindaan RUU 355 Perlembagaan Malaysia. Namun ia bukan sampai "mengisytiharkan perang terhadap Islam". Ramai yang Islam juga tidak bersetuju dengan pindaan itu, malah tidak bersetuju dengan hukum hudud untuk dilaksanakan sebelum dilaksanakan hal-hal yang lebih perlu diutamakan seperti masalah rasuah negara yang dasyat, masalah kemiskinan, masalah pengangguran, rompakan balak dan seumpamanya.


Yang jelas kepada kita kini ialah terdapatnya kumpulan Melayu Harbi yang melampaui batas, iaitu Melayu yang mengisytiharkan perang keatas orang lain sesuka hati.

PAS, melalui kenyatan Mursyidul Amnya, Dr Haron Din yang secara berterus-terang menuduh DAP musuh Islam yang nyata dan Mufti Pahang yang mengkafir-harbikan DAP adalah termasuk di dalam kelompok tersebut. Kumpulan akhbar Utusan yang mengapi-apikan sentimen perkauman juga tidak terlepas dari termausk di dalam kumpulan itu.

Demikianlah, dan hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan untuk menghukum kumpulan yang melampaui batas ini kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas.



24 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Pemikiran kolot pemimpin tertinggi UMNO dan PAS...darah mereka lah yang halal untuk kita bunuh!

Malaysiabaru berkata...

Pada 2008 ramai sangka PAs ini adalah party penyelamat ummmah dan berkebajikan

Rupa rupanya golongan anwarinas dan professional di kudakan oleh golongan belakang tabir ularrrmak serban belit..

Demi mencapai cita cita ortodoks mereka dan impian extremisma yg rakus..

Selepas PIS berjaya rangkul bbrp kerusi hebat si parlimen dan dun .. Ularrrmak sesat ektremis ayatullah mullah PiS ini mula tunjuk belang memghapuskan ahlinya sendiri yg pro pakatan...

Alasan golongan mullah taliban PiS ini adalah Dap kapir... Amanah harbi sbb kerjasama dgn kapir... Pkr pun sama cuma yaHADI belum sebut jer lagii...

Buadaya takfiri ini amalan PiS sejak dulu lagi namun di halang tok guru Nik Aziz dan fadzil noor

Belang sebenar ostad timur tengah alikhwan dalam jubah PiS dah nampak... Dan skrg tiru amalan taliban mullah serta retorik ayatkukoo syiah iran

Esok pas tiada lagi kerusi parlimen dan yaHADI bakal di sibgkir kerana bawa ajaran sesat kpd ahlinya... Bila PiS tiada kuasa maka ahli mula berontak dan pupus... Ada yg Melutut kod umno atas nama islam dan melayu dan menjilat licin tahi umno...

Saat itu tiada PiS tiada ummah tiada hudud tiada lagi dap dan pembangkang.. Puas hati PiS... Alkafir dap pun tiada kerusi parlimen lagi... Apa yg boleh PiS bangga?

Malapetaka besar berlaku smlm apabila dunia hilang 2.2 trillion nilai saham dan Malaysia 1billion saham dan matawang... Siapa kata brexit tiada effect ke atas Malaysia?

Susut nilai atau capital outflow yg amat dasyat bakal berlaku tapi ahli PiS kata no problem... Knp tanya washit omar bekas ceo gaybank dan mneteri knp beliau letak jawatan?

Mcmna jahanamnya Britain semalam dan esok lusa begitu juga PiS dan ayahcuckoo serban tinggi bakal jahanam dan pupus..

Yang penting kapir kapir kapir !!! 1billion dah susut..

Tanpa Nama berkata...

PAS kata parti nya kuat. Walaupun bersendirian masih dapat beribu undi.

Selalunya parti kuat tak buat cara begini. Apa untungnya PAS sebab jika orang cina tak sokong DAP pun mereka tidak akan memberi sokongan dan undi pada PAS.

Mereka akan sokong BN sekalipun pemimpin UMNO nya teruk. Dan mereka juga tidak akan menyokong AMANAH untuk mengelak dari di label sebagai harbi oleh PAS.

Apakah apabila hudud PAS dibentang, penghalang nya ialah DAP yang menyebabkan hudud tersebut tidak dapat diluluskan ?

Bentang dan dapatkan undi semua ahli Parlimen BN dan bila sudah di luluskan baik DAP atau sesiapa pun tak boleh buat apa-apa macam sosma. Raja-Raja pun tak boleh buat apa-apa bila Najib diberi kuasa mengistiharkan dharurat ini kan pulak cuma tambah sebatan.

PAS mengada-adakan perkataan musuh Islam dan harbi kerana tahu hudud yang dibentang oleh Hadi Oktober ini tidak akan dapat sokongan BN UMNO.

Pada masa itu tahap kebencian terhadap DAP akan meningkat....
Yang bergaduh ialah PAS dengan Pakatan Harapan yang tidak dapat menerima cara PAS yang tidak memusuhi cina MCA yang juga menolak hukum Islam.

Tanpa Nama berkata...

Saya Cina, penyokong dap, maka saya "kapir harbi" halal di bunuh!!!!????????????

Yang kapir harbi tu isreal, maka Tak dapat masuk negara kita. Kawan baik isreal America tidak dilabel kapir harbi, kenapa Cina rakyat negara pula Hadi kapir harbi???? Ni ajaran agama apa??

Nak halau Cina Keluar! ? Silakan. Terus buat statement kepada united nation, kami Cina Keluar!!!!!

Kenapa terima cukai yang bayar Oleh "Cina kapir harbi"?????? Halal Tak??

Tanpa Nama berkata...

Mudah saja

Orang Orang Melayu BODOH , itu Fakta No1

Pemimpin BODOH dan GAGAL , orang orang Melayu sokong buta tuli tanpa fikir.


Hasil nya banyak lah Ulamak Setan seperti ada sekarang ini....

LAHAP duit haram tiada masalah

Kepala Otak saja

gue berkata...

Komen Malaysiabaru 4.01pm juga banyak guna lebel2 untuk menemplak golongan parti Islam seperti 'ularrrmak', 'taliban', 'ayatkukkoo syiah iran', 'ostad timur tengah alikhwan' dan berbagai lagi. Ini mungkin menambah lagi kekusutan dan kecelaruan yg melanda politik Malaysia.

Teringat gue satu ketika dulu seorang tokoh politik melebelkan 'kerakusan' dlm sistem yg di'amalkan sebagai 'politik jakun' dan dgn tak semena mena seluruh kabilah 'proto melayu' ini ditohmah pada hal kebobrokkan yg berlaku adalah dikalangan orang2 melayu yg mengaku 'islam'. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran mcm dajjal...takut2 tentera dajjal dikalangan golongan yg memakai gelaran ustaz dan ulama....nauzubillah min zalik...sungguhpun haron din dikatakan hebat dgn perubatan islamnya dan ramai anak muridnya mungkin tggi ilmunya tp dlm ketinggian ilmu tu, nmpk ada kebodohannya...hilang respek dgn haron din..biarpun org kata aku x wala dgn org bergelar ulama ke ustaz ke...kalau aku rasa jelas kebodohannya itu buat ape perlu aku ikut...

Tanpa Nama berkata...


Ada yang tak kena dengan cara Islam begini.

Seolah-olah bila dah niatkan untuk Islam dan lafaz Allah semua yang di buat betul belaka. Itu sebab orang lain tak ikut dikata sesat lah pengkhianat lah.... wahabi lah.

Lihat apa jadi di sekolah agama? Disini lah bermulanya ...
Berapa banyak kes buli, kena pukul malah sampai ada yang mati. Bukan setakat pelajar, warden pun ada.

Apakah Murtadha terus jadi begitu selepas masuk PAS? Adakah semasa jadi pelajar dia merendah diri dan tiba-tiba jadi kasar dan bengis setelah menyertai PAS. Dia bertambah menjadi seperti sekarang apabila dalam PAS dia dapat orang yang satu kepala dengan dia.

Adakah kerana tahu lebih mengenai agama dan hukum-hakam merasa mereka begitu hebat? Lalu mereka menjadi orang yang tegas kerana Islam itu tegas? Tegas Islam bertempat.

Wallahualam.

Apa yang mereka perdapat di sekolah tidak di imbangkan dengan emosi (kasih sayang) dan pendekatan yang bijak dalam mencari kesederhanaan.

Kepada Allah kita kembalikan.

Taming berkata...

budaya takfiri bukan saja diamal khawarij mcm isis tetapi juga yg lbh kejam adalah syiah

mereka mengkafir bermula dpd para sahabat rdh hingga kesemua umat islam yg memuliakn sahabat rdh

jgn kita pandang sepi perkara ini. doktrin syiah menganggap imam itu maksum dn tak blh ditegur ada dlm pas.

dicampur doktrin khawarij yg suka nak menghapuskn golongan yg tidak setuju dgn mereka.

dn doktrin kedua2 syiah dn khawarij yg lbh bahaya yg sedang diamal oleh pas ialah cuba menyusup dan membodek pemerintah.

dgn harapan utk mendapat sedikit ruang bergerak dn supaya tidak diganggu rasuah dn penyelewengan mereka.

jika mereka ini berkuasa negara akn huru hara.

belum berkuasa sudah hendak memerangi rakyat malaysia. tahukh mereka yg tindakan bodoh mereka ini akn mengundang masalah dgn dunia luar seperti sekatan ekonomi dll.

mereka tkkira berserban atau tidak sudah kaya blh melarikn diri. yg berbunuhan adalah rakyat jelata semua bangsa yg hidup aman harmoni selama ini

celskalah mereka yg beragenda menghuru harakn negara ini demi nafsu syaitan khawarij dn syiah mereka yg hujungnya adalah mereka itu memenuhi agenda yahudi NWO dan dajjal juga sebenarnya

adakh pemimpin2 dungu ini sedar implikasinya kpd rakyat dan umat?

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tunggu semuanya ok baru nak lasana hukum hukum Allah
lu boleh tunggu smapai kiamat atau lu mati pun tak dapat
tujuan hukum tu Allah jadikan untuk jaga manusia dismaping usaha hidup seharian mansuia diteruskan
sapa ajar lu tunggu semua ok kondusif konon
baru nak laksana hukum hukum Allah
hukum manusia reka pasai apa jalan jugak walau kedaan tak ok tak kondusif konon
ini semua alasan karut marut
orang yang takut snagat dengan hukum ni mungkin dia ada niat nak buat jahat kut???

lagi cilaka ada orang Ilsam sendiri tak faham hukum ni duk pi asut kpair jadi takut hnaya keran nak undi

jangan duk jahil lama sangat sampai naywa dicabut

Tanpa Nama berkata...

Mereka hanya untaa dan keldai yg dipimpin oleh si baghal

Tanpa Nama berkata...

Woi ulamak dedak..kereta yg kau guna..kapir harbi yg buat..hp yg kau pakai..kapir harbi yg buat..kapal terbang..kapir harbi buat..komputer yg kau hadap..kapir harbi buat..ntah2 jubah..kopiah..tasbih nkau..kapir harbi juga buat..nk bunuh semua ke..lain kali ckp pakai hotak berakal..jgn pakai siku lutut al germany..ulamak bangang..

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini tahu tapi kurang percaya sangat dengan perangai fahaman syiah dan khawarij sampai.macam ini. Kalau mereka ingin mengamalkan cara mereka tak lah sampai membunuh. Kalau ada pun dulu. Malangnya memang betul rupanya.

Kenyataan ulamak dan ustaz yang condong kepada PAS dan terakhir mufti betul-betul mengikut syiah dan khawarij.

Dan yang bagus PAS ini cakap tak kira macamana orang nya. Yang keluar tinggalkan parti kena dan yang tidak setuju undang-undang pun kena. Cuba fikir, sama atau tidak hudud dengan RUU? Macamana tak setuju RUU pun kena ?

Ok kita kata Malaysia mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adakah sesiapa yang tidak setuju atau menentang hukum menurut ASWJ dihukum bunuh? Keluar parti pun darahnya ada logo halal? Yang berperang dengan kita atau yang tidak setuju dengan kita ASWJ yang dikatakan harbi?

Nampaknya sekali lagi pihak berwajib dan Menteri Agama kena.istiharkan Islam Malaysia
ialah mengikut ASWJ. Sebelum ini pun dah keluar kenyataan tapi masih berlaku lagi.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak tersohor Yusof Qardhawi dan Zakir Naik rupanya pun tak faham hukum.

Kalau ada hukum macam itu aman ke dunia? Arab dengan Arab pun bergaduh... bertahun langsung tak ada rundingan. Orang kafir pun ada jugak lah berunding.

Ini bukan tolak tapi tidak bersetuju mengikut keutamaan.

Kalau ikut hukum, Islam tidak berubah sikit pun sejak dari Islam Rasullullah saw. Tapi apa pasal jadi macam ini? Nabi saw itu syiah ke, khawarij ke, ASWJ ke, ... APAAa PAScai ?

Kalau nak laksana hukum bukan sebab politik atau sebab fahaman. Buat kerana Allah. Tapi kalau nafsu dedak kuat, pasti ke betul-betul kerana Allah?

Hidup pun banyak buat U turn, dalam mesjid pun ajak orang bergaduh, berbaik dengan pemzalim, pemfitnah... lupa kan lah..

Aku sangsi jugak dengan pemimpin Islam macam ini dan ulamak nya entah apa-apa...Adakah aku akan dapat lihat Lailatul Qadar ? Sampai mampus aku rasa aku tak kan dapat...

Biarlah aku dapat pemimpin Islam yang AMANAH dan Ulamak yang tolak rasuah, tolak kezaliman dan salah guna kuasa dari dapat Lailatul Qadar. Aku cakap demi Islam dan Rasul aku.

Kepada Allah aku kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Yang cakap pun tak tahu yang macamana harbi dan yang macamana pengkhianat, main hentam.

Cabar orang bersumpah dia sendiri tidak berani bersumpah.

Dia punya amanat sendiri, dia tak peduli.

Dia sendiri halau, dia sendiri tuduh pengkhianat.

Tanpa Nama berkata...

Hukum manusia hukum universal.

Hukum Islam hanya untuk orang Islam dan Negara Islam yang tak pakai perlembagaan Reid@UMNO.

Satu masa dulu seorang perempuan memilih di sebat mengikut hukum Islam sebab yang tangkap dia Pegawai Pejabat Islam.. Tapi pujuk dia supaya jangan pilih sebat... itu pun tak boleh nak ikut, banyak auta.

Berita putra Arab terlibat dengan skandal lucah ... di Negara Arab Islam punya lah alim... Macam itu. Kat German lain Kat Pahang jadi lain.

obama berkata...

Kain kapan putih ko bawak mengadap malaikat

Pun cina tongsang yg buat..

Bapak ko pakai kondon pun harbu yg buat

Udahlahhhb umngok oiii

Tanpa Nama berkata...

Malam tadi Najib hadir majlis Nur Ramadhan di Putrajaya. Ada Najib ambil kisah mengenai kebimbangan rakyat dengan isu kafir harbi. Kalau yang menguntungkan dia dan UMNO, itu pantas dia buat kenyataan.
Apa kata si Najib ialah tuduhan dedak menghina rakyat. Isu jaminan keselamatan dengan menuduh harbi boleh di tentang dan sampai berperang sikit pun tidak di peduli.
Ini menunjukkan Kata-kata pemimpin pas dan mufti adalah kerana politik semata-mata. Bila dah politik, tidak mustahil melibatkan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Woii..ulamak ampu..budak pekan balun duit rakyat bilion2..kau tak nak keluar fatwa ke..

Tanpa Nama berkata...

cehhh... Muka tak hensem macam tu pun, boleh jadi mufti ka? Mufti ni kena hensem, so bila buat fatwa baru orang mau tengok. Kalau fatwa tak baguiih tapi hensem, orang respect la jugak. Tapi kalau dah tak hensem, fatwa pula lintang pukang, orang gelak bro.

Tanpa Nama berkata...

Aku xfahamla pas blh jadi sebodoh ini. Aku org biasa pun blh bezakan mana baik mana buruk..ni pas mcm dh terlalu bengap.tersedak dedak gamaknya..dpt info hadi dpt habuan kereta mahal2...harun din dpt projek kayaraya..cuba gb bongkar kan sikit isu tu.kami rakyat biasa nk tau jg..

Tanpa Nama berkata...

APA NAK PELIK. ULAMAK AMPU NI BUKAN AKHIR ZAMAN NI SAJA BARU WUJUD. KALAU KITA BELAJAR DAN BACA SEJARAH ILSAM ULAMAK PENGAMPU NI SUDAH WUJUD DARI DULU LAGI. SEJAK ZAMAN PEMERINTAH KHALIFAH AR RASYIDDIN LADIN DAH ADA. ULAMAK FULUS.

Pencolekhangek berkata...

Rasanya sudah sampai masanya orang Melayu yang tidur, yang lalok, yang pitam dan yang mabuk bangun dan mula berfikir. Perlukah dihumbankan pemikiran nasionalisma yang sempit. Patutkah dibuang ideologi Islam yang dipesongkan dari ajaran Rasulillah yang asli dan benar. Sudah lebih setengah abad merdeka tahap pemikiran Melayu bertambah mundur. Budayanya yang satu masa dahulu digelar Inggeris " gentleman of the East" boleh ditukar kepada "crook of the East". Bangsanya rosak, kuasanya mengecil, ekonomi bergantung kepada orang lain, harta negara jadi harta mak bapak yang boleh diambil sesuka hati. Kalau perkara ini berterusan tanpa satu usaha menghapuskan bajingan-bajingan ini, kita kuatir satu hari nanti bumi ini tergadai, lelaki muda jadi barua dan sampah masyarakt, perempuan muda menjadi sundal berbagai kelas, orang tua tidak kira halal dan haram asal perut kenyang, penguasa boleh dibeli dan harga mereka sangatlah murah. Wang akan menjadi buruan semua orang dan mereka percaya bahawa dosa pahala adalah satu mitos. Seperti sekarang ugama juga akan menjadi bahan dangangan dan lebih meluas lagi!!. Sekejap saja lagi umat Melayu kau juga akan lenyap seperti Empayar Melaka!!!

Tanpa Nama berkata...

dulu PAS ade TGNA.
TGNA landasan moderate.
sekalang mereka ade Ulama gila Hadee.
senang nak kasi bungkus.