18 Jun 2016

[VIDEO] TG Nik Aziz Sendiri Kagumi Mahathir, PAS Saja Yang Degil...

"Dua perkara yang saya kagum dengan beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad)," kata Almarhum TG Nik Abdul Aziz.

"Pertama, dengan keadaan Kelantan di bawah pembangkang tapi beliau luluskan RM600 juta untuk Kelantan yang kemudian diuruskan oleh Tun Daim Zainuddin.

Yang kedua, beliau lantang menyerang Zionis, Yahudi. Ini yang menyebabkan semua negara Arab hormat kepada beliau. Banyak di antara pemimpin negara Arab sendiri yang senyap tak mahu menentang Yahudi dan takut.


Tapi beliau di antara pemimpin yang bukan orang Arab, pemimpin Melayu yang tentang sungguh-sungguh perangai Yahudi dan Amerika.

Ini menyebabkan nama baik Malaysia dimasyhurkan di merata dunia," ujarnya.

Ini bererti TG Nik Aziz memperakui bahawa Mahathir adalah seorang negarawan besar dunia.

Tiada pemimpin UMNO/BN (jauhlah lagi pemimpin PAS) yang seberani dan selantang Mahathir di pentas antarabangsa mengecam tindakan Zionis dan Yahudi.

Malah Mahathir satu ketika pernah dengan lantang menentang dasar-dasar kerajaan Britain dengan "BUY BRITISH LAST" disamping memperkenalkan dasar "PANDANG KE TIMUR".

Tetapi berbeza dengan Najib. Najib begitu Mesra-Barat. Siap bermain golf dengan Obama. Malah ikut telunjuk AS yang menjajah ekonomi dunia melalui TPPA.

Kini Mahathir menggunakan sisa usianya yang ada untuk terus berjuang bersama rakyat, kali ini untuk menumbangkan Najib dan UMNO BN dengan Deklarasi Rakyat. Mahathir kini bersama Pakatan Harapan bagi mempastikan Najib dan UMNO BN dikalah dan disingkirkan bagi SELAMATKAN MALAYSIA.

1MDB merupakan satu bala dan malapetaka bagi negara,yang menyebabkan hutang negara menjadi hampir RM800 bilion. Justeru itu seluruh negara perlu menolak dan singkirkan kepimpinan Najib dan UMNO BN sebelum Malaysia muflis dikerjakannya. Malah nama negara turut tercemar di luarnegara lantaran skandalnya, dan ini amat memalukan rakyat Malaysia....

Cara yang paling dekat ialah rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu memilih parti AMANAH/PAKATAN HARAPAN!

PAS juga patut dikalahkan kerana teramat jelas PAS kini bersekongkol dengan Najib dan UMNO BN yang zalim itu. Menyokong PAS sama seperti menyokong UMNO, menyokong Najib, menyokong Rosmah, menyokong 1MDB, menyokong Jho Low dan menyokong kemungkaran yang dilakukan mereka.

Malah Presidennya, Haji Abdul Hadi menolak seruan Mahathir supaya singkirkan Najib..

PAS nak jatuhkan UMNO, bukan orang UMNO. PAS nak jatuhkan UMNO, bukan Najib.

Nampaknya PAS ingin berjuang hanya selepas negara menjadi muflis dikerjakan Najib. Bengong!

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan (Surah Hud : 113)


Ayuh rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar, UNDI CALON AMANAH esok!



15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada baik dan ada buruknya mahathir tu.namun yg buruk xdilupakan juga.kalau dibandingkan dgn pm skrg jauhla perbezaan nye.bini mahathir pun xla mcm bini pm skrg. Tp mahathir mahu membantu Amanah memenangi prk ni satu isyarat baik yg kita perlu sokong.Insyaallah blh menang Amanah..

Unknown berkata...

Salam:


Tenguk Dahi,wajah Almarhum TGNA,bersinar-sinar cahaya "KEIMANAN"NYA bebeza dgn Hadi,raut wajahnya,takada cahaya langsung.berbeza seperti langit dan bumi.
Bagaimana nak bercahaya,sedangkan Hadi adalah "PEMBOHONG BERSIRI".

sekian.

Malaysiabaru berkata...

Sayang legasi NnikAJIS adalah abudoh mulut longkang dalam rupa bentuk syaitanirajeem...

Kerana mahathir wang 1mdb akan di pulangkan kpd rakyat dan NAJIS akan turun takhta

Mat Safian berkata...

Ustaz2 PAS yg kritik Mahathir melampau2 dgn kata2 Mahafiraun, dah mula ikut perangai firaun. Sedangkan org yg dikritik sbg Mahafiraun dulu dah mula sikit2 ke pangkal jalan.
Na'uzubillahiminzaalik..

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberi kerahmatan kpd tun m dan rakyat di zalimi utk menentang najib dan kuncu2nya yg zalim..

Tanpa Nama berkata...

Dia memang mahafiraun walau pun ada juga kebaikan-kebaikan nya. Tetapi pada masa itu tidak orang yang lagi teruk dari dia. Tetapi apabila Najib jadi PM dengan berbagai skandal dibanding dengan Mahathir ... apalagi gelaran yang paling teruk dan yang paling dahsyat dari setanding dengan mahafiraun?

Hutang RM800 billion tapi Isteri naik jet selamba macam negara maju macam Jepun.

Lelakidicermin berkata...

Sebenarnya aku dah lama benci dan menyampah dgn tun m ni sbb cara dia mengenakan musuh politiknya tak masuk akal seolah2 dia berada di zaman dinasti cina. Walau pun cara dia membangunkan malaysia boleh di banggakan. Satu masa dulu aku baca senarai penama2 calun hadiah NOVEL. Anugerah paling berprejtis di dunia.nama tun m tersenarai. Nama negara yg mencalunkanya bosnia. Aku tertanya2 apa jasa tun m pd bosnia hingga negara itu mencalunkannya sedangkan dlm negara tun m di kenali diktaktor. Sehingg aku berbual seorg pesara tinggi kerajaan yg terlibat dlm perang bosnia. Memang amat besar jasa tun m terhadap bosnia ketika perang bosnia.. serbia menjalankan penghapusan kaum bosnia.pesara tu bg tahu negara bosnia spt sebuah lembah..di kelilingi bukit2. Setiap bukit ada kubu serbia yg lengkap senjata perang. Atas cadangan tun m malaysia dan indonesia menghantar membantu askar bosnia. Menurut pesara askar2 malaysia dan indonesia yg di hantar semua berisi. Sehingga askar serbia spt tidak percaya bagaimana askar2 yg bantu bosnia boleh musnahkan kubu2 serbia atas setiap bukit yg mengelilingi negara bosnia. Rasanya tanpa cadangan tun m memang kaum bosnia yg beragama islam dpt di hapuskan oleh serbia. Lepas pesara tu cerita baru aku faham kenapa bosnia mencalunkan tun m di pencalunan hadiah NOVEL. Kalau hadiah novel tu di anjurkan negara islam aku pastu tun m akan memenanginya. Selepas pesara tu cerita sikap aku terhadap tun m berubah.. memang tun m byk keburukkannya.. tp di sebalik keburukkan tu..kebaikannya terlalu besar. Harap2 sifat taubat semakin menghampiri tun m.

pemuda parit kings berkata...

Ada hamba Allah bertanya tentang ubah kerajaan yg sedia ada...logikkah???kebanyakan org. Melayu dimomokkan pelbagai fitnah..pertama2nya DAP...agama rasmi ditukar Kristian....Cina akan jadi PM...Cina kuasai ekonomi dan lain2 lagi...sempitnya pemikiran orang Melayu dan anak muda....rasa sedih memikirkan nasib rakyat sepertinya...tiada jalan atau usaha kearah lebih baik berfikir...malang sekali...pertanyaan sudah dijawab...jelas sejelas-jelasnya...namun air mukanya masih keliru...sudah berumah tangga...tiada rumah yg mampu beli....tak suka Najib...namun tiada jln selesai buatnya dan masa depan anak2nya....klu dasar mau jln mudah....rosak negara...punyai...anak muda yg leka...

pemuda parit kings berkata...

Banyak yg sudah dilakukan pemimpin PH demi rakyat...tetapi...adakah semua tahu akan kebaikan yg sudah pun dibuat utk rakyat???bila ditanya...bila diceritakan ramai yg masih tak tahu...kenapa boleh jadi begini???dimanakah tugas kita yg tahu utk memberitahu?jalankanlah amanah ini dengan baik disetiap peringkat...jgn ambil mudah...penerangan demi penerangan harus diteruskan...negeri yg menang harus dijadikan contoh...harus disebarkan....pemimpin dah tunjukkan kerja...yg bawah harus melaksana kerja2...barulah boleh meresap di segenap kesedaran rakyat...

Hamba Allah berkata...

In sha Allah bn & pan kalah disungai besar dan kuala kangsar

Tanpa Nama berkata...

Setuju stratus percent. Ahli PAS pun ada yang sama traf dengan UMNOBN. Sokong aja apa pemimpin partinya bercakap. Kesian. Mereka tidak mendapat hidayah. Boleh ckp bagitu. Sebenarnya mereka tidak mahu guna Akal fikiran Dan logik yang Allah swt berikan. Jadi mcm mana nak dapat hidayah.

Tanpa Nama berkata...

Bila macai Pis Chai berbicara pakai siku dan lutut sambil makan pulut dipotong dgn keris dua depa...Pis menang? Jangan harap la, Pis konfom kalah

Tanpa Nama berkata...

Apakah faktor-faktor menyebabkan PAS boleh menang ?

Adakah kerana Dr Rani hadir majlis MB Azmin yang memberi sokongan kepada calun PH ?

Adakah kerana Hadi kata mengundi calun yang salah yang tidak bersuara dalam parlimen ketika Hudud di bentang?

Atau adakah kerana pengundi tidak suka warna oren sebab PAS kata warna sami ?

Tanpa Nama berkata...

Hadi hanya tertumpu dan hanya nampak AMANAH sebagai pengkhianat. Perjuangan Hadi adalah perjuangan peribadi dan setakat peringkat kampung-kampung.

Hadi berani lawan Mat Sabu, Husam dan lain-lain. Nak lawan yahudi .... nak lawan UMNO pun teragak-agak.

Apa jadi PAS sekarang? PAS bersama dengan APCO@UMNO.

Tanpa Nama berkata...

NOBEL