18 Jun 2016

[VIDEO] PAS, BN Bergaduh.... Seorang Cedera Di Kepala

PAS dan BN bergaduh, dua laporan polis dibuat

KUALA KANGSAR: Pergaduhan tercetus antara penyokong PAS dan penyokong BN di sini petang tadi, menyebabkan seorang penyokong BN cedera di kepala, lapor FMT.

Faizul Fadli Yaakob, 31 tahun, cedera di kepala sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar akibat didakwa dipukul dengan kayu oleh seorang penyokong PAS.


Dalam rakaman yang dikongsikan di halaman Facebook Friend of PAS, pergaduhan itu tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya petang tadi.

Dalam rakaman itu, sejumlah sepuluh penyokong BN bertikam lidah dengan penyokong-penyokong PAS.

“Jangan kacau markas kami. Kami tak kacau markas kamu. Biarkan,” kata seorang perempuan dipercayai penyokong PAS, cuba meredakan keadaan.

Menurut adik mangsa, Mohd Faris Solehin Yaakob, 23 tahun, yang terlibat dalam pergaduhan, ia bermula apabila rombongan yang diketuai MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman singgah ke markas PAS ketika berkempen di rumah sekitarnya.

“Kebetulan kami baru selesai melawat rumah di sekitar. Kami mahu mengagihkan nasi dagang kepada mereka tapi mereka tidak mahu terima.

“Pertelingkahan tercetus. Seorang daripada mereka menolak ayah saya sehingga jatuh. Saya pukul balik, takkan nak biarkan mereka buat ayah saya macam itu.

“Pergaduhan pun tercetus, dan ada seorang yang memegang bendera PAS memukul kepala abang saya dengan kayu bendera sehingga berdarah,”
katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar tadi.

Pergaduhan terlerai tidak lama kemudian kerana perlu membawa Faizul Fadli ke hospital untuk dirawat.

Bapa mangsa, Yaakob Saarih, 63 tahun membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Mereka ceroboh tempat kita

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya turut membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung insiden itu.

“Ia bermula kerana mereka (BN) ceroboh tempat kita. Malah seorang petugas kami juga ditendang.

“Sekarang kami sedang buat laporan polis, dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.





ULASAN GB

Keris dengan keris dah bergaduh.

Satu signal jelas untuk pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Tolak parti kedua-dua parti keris. Pilih parti yang membawa yang "aman", yang menyeru kepada keamanan, pilih AMANAH, komponen Pakatan Harapan.

22 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Nice..Nice..Satu lagi last minute message untuk pengundi di KK/SB,keris sama keris bergaduh.Calon2 mereka jika menang ka Parlimen,hanya jadi pak angguk pada Najib shaja.


Pada petugas2 Amanah/PH,Pastikan last minute PACA yg ditugaskan di peti undi masing2 dan terutama sekali ketua PACA berada dalam ketenangan,sihat,ingat Allah sentiasa melihat kamu.

go Amanah/PH go.

Afif Rayyan berkata...

Kalau berita nie masuk tv3, konfem di spin kaw2.. hmmm

otaiblues.blogspot berkata...

satu keris pendek 7 lok..satu keris panjang 30 lok potong kek..kata adik beradik..
yg adik beradik tu pemimpin atas...yg di bawah tetap macai juga

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada semangat sesama Islam. Kalau ikut cerita atas tu, semuanya bermula daripada hanya kerana BN datang ke markas PAS lalu dimaksudkan 'ceroboh' atau mungkin boleh mereka bertindak kalau budak BN tu memecah meja atau pintu markas atau membuat provokasi.
Inilah contoh sakit hati.
Ini juga perangai taksub dengan kepartian..tidak membawa apa- apa faedah. Kalau orang BN pakai baju biasa mungkin tidak dikasari. Perkara ini juga boleh berlaku sebaliknya. Tapi kompom orang yang melakukan kekasaran itu tidak ada akademik aka tak sekolah punya.... Sekian Ancient Mariner

Unknown berkata...

Sapa kata sapa kapir.....pas ke amno? Kah! Kah!kah!

Lelakidicermin berkata...

Apa komen pengikut pas yg pendek akal..
Gitu juga nak tahu apa komen nik abduh..

Tanpa Nama berkata...

Terrorist vs samseng....patut bagi keris panjang suroh mereka bersilat.buruk betul perangai parti sejarah...org dah kasi nasi ambik jer lah..rezeki Allah pun mereka tolak...islam kejadah apa macm ni...islam mereka letak kat pungkok..sudahlah parti sejarah..parti taksub taliban.

Tanpa Nama berkata...

Presiden dengan presiden peluk erat nak tambah kaye tp penyokong bodoh dapat sakit..bodohnye melayu berpolitik.presiden Pas terhegeh2nak bersatu dengan umno tp ahli2 tidak walaa..

Unknown berkata...

Ni mesti salah dap

Unknown berkata...

Kalaupun nak tunjuk UMNO & PIS x bergabung/berbaik2.. janganla berlakon sampai pecah kepaka.. guna la CGI biar nampak real.
Babak gaduh ni semacam aduka dgn taruna semerah padi ajer..
Apa-apapun yang salah AMANAH dgn DAP jugakkkk.... hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Parti PAS dah kena kencing di Umno.... Tuang Presideng masih tidur....

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah.ajer benor,mst walaung pas kate dap menyamar jadi jin lalu memukul salah seorg dari mrk dan berlaku nya pergaduhan tersebut.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Yang di atas dah nak menikah sangat2 dah, manakala yang di bawah asyik bergaduh.Sebab yang di atas main sorok2 tak bagi tahu yang di bawah tentang pernikahan tersebut. kikkikkikikikkikk

Tanpa Nama berkata...

Ni satu strategi akhir kedua2 parti utk raih undi dari pengundi...gambaran tiada kerjasama

Pencolekhangek berkata...

Tak ape cedera kepala. Bukannya ada apa-apa pun dalam kepala tu!!

PokAmid berkata...

Salah DAP dan Abg Mat Sabu!

Tanpa Nama berkata...

Bulan puasa pun sampai kepala berdarah. Lepas tu kasi tampal dengan pembalut besar sedangkan kena pukul dengan kayu bendera yang panjang lebih kurang dengan keris potong pulut. Pemain bola EURO cedera di kepala dan ditampal luka dengan pembalut kain yang kecil.

Sayang pahala puasa sebab dekat nak berbuka. Siapa kata PAS nak berbaik dengan UMNO, jika tidak tak lah sampai berdarah kepala? Ketua Pemuda PAS tak jaga anak-anak buah. Jika jaga anak-anak buah betul-betul mereka faham hala tuju parti yang menganggap Najib Ketua UMNO sebagai sekutu dan seorang mahaguru yang telah banyak melahirkan pahlawan dalam majlis-majlis.

Ramai bagi pandangan PAS jangan bertanding tapi PAS nak jugak bertanding. Berbagai sebab di beri oleh orang yang minta PAS jangan bertanding tetapi rupanya sebab yang sebenar yang orang tidak tahu ialah ahli PAS belum biasa makan dedak perisa dagang.

Tanpa Nama berkata...

Ini menjadi pengajaran kepada penyokong AMANAH. Bila orang datang sambut sebagai tetamu sama ada diundang atau tidak terima dengan baik.

Ingat apa yang telah terjadi pada Ustaz Ahmad Awang yang memberi salam pada kawan lama nya yang juga pemimpin PAS?

Jika penyokong AMANAH yang jadi tetamu, jangan paksa orang untuk terima buah tangan kita. Mana tahu buah tangan yang kita beri tak seberapa itu telah banyak dimiliki oleh pihak yang menerima. Kalau di ambil tapi tak dimakan pun buat apa?

Sebelum ini kedua-dua pihak berkempen dengan buat hal masing-masing. Selama ini apa yang ahli PAS makan untuk berbuka dan apa ahli UMNO makan untuk berbuka ? Tiba-tiba bila pemimpin datang dia orang pun menyibuk mengiringi pemimpin ke kawasan PAS. Mana boleh.


Selepas ini dengan nada selamba Abduh kata cuma perselisihan faham dan dengan semangat syawal perkara tersebut di anggap selesai.

Kedua-dua pihak dijamu dengan pulut yang masih ada dan dengan nasi dagang.

Tanpa Nama berkata...

Racist Extremist vs religion fanatics

Tanpa Nama berkata...

Yang puak tu pun satu hal, fahamlah pada waktu ni PAS nak melarikan diri daripada unsur-unsur yang menunjukkan kerjasama atau gabungannya dengan UMNO?BN.

Puak PAS tu pulak, satu hal jugak, pemimpin tertinggi boleh makan semeja takkanlah setakat nak hantar nasik pun tak boleh. Patutnya sambut dengan kompang atau dikir rebana.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 PAN boleh menang

alchechen berkata...

Keris Panjang vs Keris Bersilang . . . Keris bersilang sudah menang