Lagi #misterijet. Alasan yang diberikan kenapa kerajaan menyewa jet mewah dari Emirates sehingga membazirkan berpuluh juta wang rakyat ialah kerana jet terbaru yang dibeli tahun lepas kini sedang disenggara ("maintenance"). Saya pun cubalah jejaki jet terbaru ini untuk mengesahkan dakwaan itu. Cuma saya terkasima kerana maklumat saya menunjukkan jet itu berada di Kazakhstan. Pulak dah! Mohon sahabat-sahabat tolong saya jejaki jet ini dengan sebarkan kenyataan media saya di bawah.
16 JUN 2016
PERDANA MENTERI PERLU SAHKAN LOKASI JET ACJ320 9M-NAB YANG DILAPORKAN BERADA DI KAZAKHSTAN
Sejak saya mula-mula mendedahkan kontroversi kerajaan menyewa sebuah jet peribadi mewah dari Emirates yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Istanbul minggu lalu, alasan yang diberikan oleh pihak Datin Seri Rosmah Mansor ialah sewaan jet mewah itu adalah satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan iaitu ACJ320 9M-NAB kini sedang disenggara (“maintenance”) dan tidak boleh digunakan.
Saya telah tunjukkan semalam bagaimana kalau pun benar jet ACJ320 9M-NAB kini tidak boleh digunakan kerana sedang disenggara, Datin Seri Rosmah Mansor boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01.
Walau bagaimana pun, saya telah mendapat maklumat dari pemberi maklumat yang membantu saya cuba menjejaki lokasi sebenar jet terbaru ACJ320 9M-NAB untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa sewaan jet dari Emirates itu satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan sedang disenggara.
Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat berikut:
Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan.
Saya juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara.
Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain. Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara.
Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org)
Oleh yang demikian, saya menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan. Kerajaan juga perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gentian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
ULASAN GB
GB membaca banyak respons ke atas pendedahan Rafizi di atas.
Kemudian terbaca pula kisah lama mengenai seorang anak sulong Najib berkahwin dengan seorang kerabat Kazakhstan.
Jadi berlegar spekulasi dan persepsi di kalangan rakyat, apakah jet peribadi itu digunakan khusus untuk anak Najib berkenaan? Tiada siapa boleh menghalang rakyat membuat spekulasi dan persepsi sedemikian kerana Najib belum lagi memberitahu sebab-sebab utama jet itu berada di negara tersebut.
Jika benar hal sedemikian, rakyat berhak untuk mempersoalkan bagaimana harta rakyat boleh digunakan untuk hal peribadi keluarga Najib?
Nampaknya misteri jet semakin parah....

16 ulasan:
Tanya parti piss, dorang penasihat mesti tau nyer. ....
Salam:
Inilah bahananya jika negara dapat pemimpin utama negara yg buat negara ini macam"MILIK MAK BAPAK DIA" dan ianya di support pula oleh orng2 yg so called agamawan.
Memang patutlah kita sebagai warganegara Malaysia kena fully support "Dekelerasi Rakyat" TANPA memikirkan dari mana kita datang.Negara sekarang,makin lama makin "WORSE".jIKA kita biarkan,negara akan bertambah PARAH,lama kelamaan ,DUIT kita jadi macam duit JEPUN,msa zaman jepun,yg boleh dibuat dari daun pisang.
Terima kasih pada team2 Mahathir,kerana group2 seperti group ketua cawangan,Mahathir/khairuddin,puteri langkawi,kak midah & dato' Kamalia,kerana mereka bertungkus lumus,terjah masuk ka kubu kuat umno di kawasan kg2., di KK & SB dgn ceramah kelumpuknya tak henti2,saya kira cukup berkesan.
Di harap team2 Amanah/PH dapat belajar daripada mereka yg cuku berpengelaman bersama orng2 melayu kampong.
INSYALLAH jika ianya berterusan sehingga hari mengundi,nescaya,TARGET Amanah/PH, untuk mendapatkan minima 10% undi melayu umno dikedua2 kawasan tercapai.Jika dapat >30% mungkin Amanah/PH menang bergaya.
SEPERTI BIASA,LAST MINUTE,CUBAAN &TAWARAN LUMAYAN OLEH ULATBULU,semua petugas2 PACA BERHATIHATI.
sELAMAT berpuasa,bertugas,hanya doalah yg kami boleh berikan,disamping bantuan yg tak seberapa.
go Amanah/PH go.
Inilah susuk pemimpin tertinggi UMNO...watak...niat...geraknya mencerminkan dia sebagai PM Malaysia yg paling terbaik dikalangan terbaik..slogan rakyat didahulukan itu memanglah jelas!!tapi yg mbuat saya bertambah keliru dgn masyarakat Malaysia begitu tidak sensitif bab pengeluaran dana demi anak kluarga PM Malaysia...mengapa begitu daif pemikiran org malaysia terutama Melayu???klu dikaji mengikut umur seseorang itu...byk juga yg benar tak yakin dgn kata2 pemimpin PH...walhal jelas sudah kata2 pemimpin PH memang benar...sebagai contoh..tanah Felda seluruh Malaysia...dulu dikatakan pemimpin PH adalah penipu dan pembohong!!!dan jelas sekarang setiap geran yg diterima peneroka sudah tercatit pajakan 99tahun???adakah perlu lagi penjelasan yg terperinci???sungguh rugi jadi manusia jika tak betul2 gunakan akal....sekian.
Kan hadi dah keluar fatwa, org islam kena tawaaun dgn najib untuk perkara baik....bukankah tolong menolong wak lari harta rakyat itu perkara baik? Hadi dah kena taun rasanya.
Sekiranya benar jet yang di guna oleh first lady berada di Kazakhstan, tentu ada majlis besar-besaran yang disambut oleh keluarga mertua anak nya atau negara tersebut meraikan hari bersejarah.
Pasti media di sana melapurkan peristiwa tersebut.
Hairan sungguh, orang-orang luar bandar dan Felda masih tak tahu apa yg sedang berlaku. Mereka masih di takuk lama. Dapat kain batik/pelikat sehelai dan RM10 seorang pada hari nak mengundi, mereka hilang akal dan pedoman untuk membuat pilihan yg wajar.
Kazakhstan... elok sekirannya malaysia di tukar nama. ya, kalau tak Nazakstan tukar Razakhstan.
Perkara ini langsung tak di ambil kisah oleh pemimpin BN. Agaknya kalau mereka bangkitkan perkara ini, mereka tidak dapat meneruskan hidup seperti sekarang. Lainlah Najib dan Rosmah, mereka berdua boleh hidup kerana harta yang terlalu banyak.
Apa Rosmah buat biarkan......
Sebb diorg pemakan dedak najis!!!tu sbb diorg tak kisah pun...
Kerajaan Malaysia sekarang ini tidak ubah dan mirip sekali dengan era pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina. Pada ketika itu, isterinya Imelda Marcos terlalu bermewah-mewah dengan pembaziran duit dari laci negara.
Adakah Malaysia akan mengikut rentak ini dan akhirnya presiden nya melarikan diri kerana tekanan rakyat.
Mungkin ada benarnya, rata-rata pemimpin di Asia Tenggara ini menjadi pemimpin atas dorongan harta dan kemewahan, kalau dapat nak pertahankan sampai seluruh keturunan. Lihat saja, ini atas motif kekayaan - Marcos, Suharto, Taksin, tidak lupa juga Taib Mahmud.. Sekian TQ
Sebenarnya mereka disalurkan dengan maklumat sehala dan dengan termakan budi, mereka boleh memekakkan telinga, membutakan mata lalu menganggap segala semua info yang bukan dari kerajaan semuanya palsu..
Ni baru kes jet..selenggara apa..cuci filter ke...berapa kos..syarikat kroni
...memang byk persoalan klu dah corrupted..gaya hidup mewah yg meyeksakan rakyat..mana ulamak..mana hakim..mana sprm..mana pac..mana polis..mn3..
Menantu kesayangan.....pinjam kjap jee...
jgn terkejut la kalau ada plak jet free tu mendarat di jepun...
sbb ada lebai nak makan mi ramen...
hahahaaaaa...
saja gurau...
Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
CAHAYA Azali...Menerangi MAYA
Songlap Men CURI...Perbuatan DURJANA
Jika Patimah Men CURI..Ku Potong Tangannya
Begitulah TEGASnya...Sabda Baginda
Men CURI Penyebab...Berantakan lah Sgl
Men CURI Punca...BOBROK Binasa
"Negara" Di CURI...BALA Menimpa
Tunggang TERBALIK = Murtad pun NYATA
Bak GEMPA Melanda...Jeritan DERITA!
Men CURI Kecil pun...Dah SAKIT Di Rasa
Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Kan Jahannamlah SEMUA
Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Ber POLIS Ber Tentera
Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Rakyt Hanya Mampu Ternganga!
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Sama samalah Kita...Merenong Meng HALUSI
Bhw "PUNCA" Syirik dan MURTAD itu...Adalah Krn Men CURI
Yg Ber "Tuhan"kan HARTA...Ber "Tuhan"kan NAFSU Serakah DIRI
Yg Ber "Tuhan"kan KUASA...Ber "Tuhan"kan EGO yg KEJI
Yg Tergamak Mem FITNAH...Ber TOPENGkan Quran & Hadis NABI
Yg Tergamak Menyebut "hudud"...Walhal Mrk lah Sang Bapak Sgl Pen CURI
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
SiSonglap Men CURI Itu...Wajib Di HAPUS kan
Jd lah Yg Kaseh Mem-BERI...Yg Di Cintai-TUHAN
Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kan Di TAMBAH Di Gandakan
Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kan KUDUS Di Ingatan
Se Suci Se MURNI...Se Indah7 Ke INDAHAN
Bak Ber SAYAP Terbang...Nun Tinggi Di KAYANGAN
Saja nak tulis kisah lama. Aku ni skru kecik je dalam jentera kerajaan yang besar gunung. Satu hari kena pergi mesyuarat di kementerian kewangan mengenai rombongan PM ke Brazil bagi persidangan Rio kalau tak silap. Bos tak dapat pergi sebab ada hal penting. Mesyuarat ni pun cuma nak confirmkan senarai pegawai dan perbelanjaan kementerian kami. Yang buat aku terkejut ialah simamat Kementerian Kewangan boleh tanya wakil JPM, siapa nak bayar perbelanjaan isteri dan anak PM. Pegawai JPM kata itu ditanggung sendiri oleh PM. Tak kiralah siapa bayar tapi duit kerajaan tidak diusik!!. Sejak tu aku konpius juga. Betul ke ni? Itulah dia Dr Mahathir. Jangan kata aku sokong dia. Sori!!
Parti PISS atau Parti PUS bukan tahu hal ekonomi... Depa hanya tahu hal yang berlaku di zamn batu sahaja.... KOLOT punya parti.
Amanah juga parti porgresif untuk orang Islam....
Catat Ulasan