30 Jun 2016

[VIDEO] Guan Eng Ditahan, Pemimpin Pulau Pinang Kecam Dwi Standard

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekitar jam 6.30 petang di pejabatnya di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang.

Lim diiringi keluar dari pejabatnya bersama-sama beberapa orang pegawai SPRM bersama-sama dengan peguamnya, R.S.N.Rayer yang juga merupakan ADUN Sungai Delima untuk dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di George Town.

Sebelum penahanan, empat lelaki dipercayai pegawai SPRM dilaporkan menyerahkan waran tangkap kepada Lim yang sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya sekitar jam 5.30 petang.


Menurut EXCO Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri yang juga merupakan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dalam akaun Twitter yang dimuat naik sekitar jam 5.50 petang tadi, Lim akan dibawa ke ibu pejabat SPRM.

Turut ditahan ialah ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon yang ditahan di pejabatnya di Penang Garden sekitar jam 4.15 petang.

Penasihat DAP yang juga bapa Lim, Lim Kit Siang dalam Tweetnya hari ini berkata anaknya itu ditahan SPRM atas dua tuduhan rasuah.

Sementara itu, beberapa anggota keluarga Guan Eng dilihat berada di ibu pejabat SPRM di sini.

Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Di dalam perkembangan berkaitan, pimpinan kerajaan Pulau Pinang mengecam penangkapan Guan Eng sebagai dwi-standard, Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang juga percaya kejadian hari ini bermotifkan politik.

“Ini semua kerja Barisan Nasional (BN) dan Umno,” kata Abdul Malik Abul Kassim, “Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”


Dalam kejadian hari ini, anggota SPRM dan polis kelihatan seperti mengepung bangunan Komtar dan menahan Guan Eng di pejabatnya.

“Kita rasakan ini satu serangan daripada BN untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH),” ujar seorang lagi Exco, Dr Afif Bahardin.

“Kita tak tahu apa siasatan yang dibuat SPRM….macam (kontroversi wang derma) RM2.6 bilion (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sudah mengaku tetapi tiada dakwaan sampai sekarang.

“Ini pendakwaan terpilih, pada saya. Apa yang kita tahu dalam kita bekerja, kita faham keadaan dan dugaan yang dihadapi.”



Suasana di luar perkarangan pejabat SPRM Pulau Pinang:



ULASAN GB


19 ulasan:

Rangga berkata...

2.8 milion dah tangkap.. yang 2.6 bilion tuuuuu bila lagi eaak???

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali ada kekacauan dalam UMNO, akan ada tindakan susulan yang menggemparkan atau isu yang dibangkitkan.

Husni letak jawatan sebaik selepas Muhyiddin dan Mukhriz di pecat.

Apakah ada kaitan juga dengan pengunduran Ketua Pesuruhjaya SPRM ?

Rakyat yang bertanggungjawab kerana membiarkan pemerintah berbuat sesuka hati.

Dan mereka yang diberi jawatan membiarkan diri mereka di jual dengan harga dedak.

Rumah Menteri dan pemimpin UMNO, kereta mewah dan perbelanjaan isteri melebihi dari kemampuan pemimpin begitu jelas tetapi di biarkan. Memilih Budiman seorang tidak cukup untuk mengubah UMNO. Begitu juga Mustapha Mohamad yang kalau tak buat sesuatu atau mempunyai tugas .. hidup nya kelam. Seolah-olah hanya kerja yang dilakukan itu menentukan hubungannya dengan Tuhan tanpa memperdulikan nilai-nilai amanah.

Siapa Budiman dan Mustapha yang dikatakan pemimpin yang bersih dan mudah mendekati rakyat bandingkan dengan Husni ?

SPRM hanya menurut .. asalkan di suruh baru di buat..

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya ke 14 telah bermula.

Tanpa Nama berkata...

formula nk selamat senang saja

tunjuk sokongan pd bn
bela najib yg tidak masuk akal masuk akaun peribadi 2.6b
lps tu silala curi balak pun

anda akan selamat didunia ini

kesalahan lge kerana dia dap yg membangkang bn

oh ye selepas anda penuhi syarat diatas tadi. silala ambil beberapa bellion dpd mana2 tabung pun... jgn mellion.. itu salah... mesti bellion ok..... then anda blh lah tidor lena...sprm akn lalu saja didepan anda.... ktnya tkde kes

gangnam malaysian style

Tanpa Nama berkata...

Kepada pegawai SPRM, kalau kamu buat kerja ini kerana UMNO bukan kerana Allah satu hari nanti pasti kamu akan menyesal. Apa pun kamu tanggunglah sendiri, Allah Maha Mengetahui niat kita

Pemuda parit kings berkata...

Inilah ujian pemimpin yg membela rakyat...sedih dgn org kampung yg Bebal...bertepuk tangan lim kena tangkap...tiada nilai baik sprm...semoga dibulan mulia ini akan terbalas segala perbuatan sprm...biarlah dibulan ini juga diturunkan petunjuk buat anggota sprm...Ya Allah...berikanlah petunjukMU kepada seluruh rakyat Malaysia dan khasnya buat SPRM...Aku tak rela melihat perkara sebegini rupa berlaku dibumi Malaysia...

Afif Rayyan berkata...

Nak selamat kat malaysia nie senang je.. sokong UMNO.. hmmm

Tanpa Nama berkata...

Apa agaknya perasaan pengundi tionghua? Nak sokong be end lagi? dah la kafir harbi...adoi

Tanpa Nama berkata...

Baguslh Lim guan eng kena tangkap. Isu ini akan menjadikan pembangkng lebih kuat, secara tidak langsung isu 2.6b najib akan jadi tumpuan sekali lagi. Duit dah ada dlm akaun najib pun tak ada tindakan, ini baru banglo beli bawah harga pasaran sukati hati dialah dah jual beli suka sama suka. Kalau mcm tu ramai rakyat yg beli rmh bawah harga pasaran patut kena tangkap, lagi pun bayar guna duit dia bukan duit parti atau duit derma.
Siasat najin bukan main lama tak tangkap2 pun, selain 2.6b tu, najib patut di siasat menggunakan jawatannya membolehkan rosmah mengguna harta kerajaan sesuka hati.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua sandiwara politik Umno... Jangan harap PH akan jatuh di PPinang. Jangan harap. Kali PH akan beri TELUR kepada BN..... BN jangan mimpi boleh rampas PPinang.

1MDB....SRC.... Altantuya.... Jet..... Boros.... macam2 kerenah lagi ....semua ni rakyat tak akan lupa....

HIDUP LIM HIDUP PH HIDUP


KAMI TETAP BERSAMA MU

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tiada apa isu pun.... ini hanya mainan politik Umno. Pulau Pinang, DAP dan PH tidak akan roboh .... jangan bimbang.

Pergilah ke mahkamah mana pun.... tiada apa-apa isu pun. JELAS.

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi Beng Hock sudahnya.

Unknown berkata...

Salam:

Berhati-hati semua,Najib sekarang dlm proses nak decide PR14,nak tenguk response orng2 cina,ada response tak?

Cuba observe insident2,terbaru,mufti tuduh DAPkafir harbi,pastu muncul pejuang is dlm video,pastu bom grenate dipuchong,sekarang ni tangkap LGE.

Apa makna ini semuanya,bukankah think-thank najib sekarang ni sedang merencanakan sesuatu, createkan suasana extreme islam,dan createkan susana siapa musuh islam,ianya sudah bermula, yg jadi mangsanya ialah orng2 pas yg walaq dan orang2 cina dah tak boleh bersabar lagi.sekarang diganggu gugat orng2 cina.Agar mereka marah.
KENAPA NAJIB BERIA-IA BENAR ,Najib nakkan "MKN"Majlis keselamatan negara ditangannya,bukan dibawah yg dipertuan agong.

Beginilah cara yg dibuat oleh bapanya dulu semsa 13mei,masa itu bapanya nak jatuhkan tunku abd.rahaman dan masa itu pembangkang di selangor kuat.Bagaimana nak settlekan kedua-dua keadaan itu.Senang sja,dimasa itu bapa najib,createkan susana tak selamatnya orng2 melayu,orng2 melayu di ajar silat,contohnya macam selendang merah yg boleh terbang.Habis orng2 melayu di kl dihasut,terutanya dikg baru.Bila pembangkang menang pilihanraya selangor,orng2 cina sengaja dibiarkan berarak dikl dan provokasi antara orng2 cina dibiarkan melarat,setelah bermulanya pembakaran kedai2 cina di chowkit,dikhabarkan ramai bi-stander matikatak dan takberdosamati begitu sahaja.Disinilah bapa najib mengambil peluang melalui Majlis mageran."kuasa mutlak"negara.Ternyata ianya berjaya, tunku abd.rahman OUSTED. Dan untuk mengelabui rakyat,terutamanya orang2 melayu, "DEB" diperkenalkan.

Andaikata respon rakyat pada najib takbagus,tapi pr14 kena diadakan juga selewat2nya 2018.Najib/rosmah nak berkuasa samapaimati jadi apa pilihan yg mereka ada.Andaikata PR14 bN KALAH SIMPLEMAJORITY.aTAUPUN bn menang tipis dan Najib dihalau oleh pembelot2 dalaman umno.APA OPTION dalam umno,dlm keadaan sekarang najib tak percaya sape2 hatta Zahid sekalipun.Andaikata "CASH IS KING" sudah takjalan lagi?Apapilihan yg najib/rosmah ada?KECUALI DGN KUASA MUTLAK seperti "MKN" KUASA DIKTATOR.Seperti apa yg pernah bapanya buat pada tahun 1969 dulu.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Rasuah Malaysia jika nak buat jangan 2 juta 3 juta.. buat 2 billion 10 billion terus ! Baru tak kena tangkap.

Betul di Penang UMNO tak boleh menang. Kalau boleh menang, Guan Eng tak kena tangkap. Pasal itu.dia kena tangkap bukan pasal beli rumah.

Rasanya beli rumah tak cukup bukti. Tetapi menukar status tanah mungkin ada point kat situ.

Kes ini sama juga dengan kes Anwar Ibrahim yang di dapati bersalah kerana mengarah polis tangkap Umi Hamidah.

Sejak bila menukar status tanah pertanian jadi kesalahan? Jadi keputusan nasib Guan Eng akan di buat atas 'andaian' Guan Eng mengguna kuasa mengarah status tanah di tukar. Sebab saksi kata Guan Eng berkata 'saya mahu status tanah ini di tukar dalam masa tiga bulan'.

Sesungguh nya Engkau yang Allah Maha Adil.

Lelakidicermin berkata...

Mula2 aku ingat kaum melayu je bodoh piang dlm politik...skg dah terikut kaum cina juga.. dulu prn swak.kaum cina kena tipu pasal tim ketua menteri.. ingat dah sedar.. kena prk sungai besar..pembebasan nelayan berbangsa cina di indonesia boleh perpindah undi 20% ke BN. Last skg.. LGE kena tahan.. nak tgk kaum cina bodoh piang juga lagi tak..org melayu...aku ingat kalau lorong 1 dan 2 di pusat mengundi dah byk meninggal dunia.. byk kesedaran pd kaum melayu..sbb aku rasa lorong 3 dan seterus ada kesedaran politik..rupa ini bangsa yg hang tuah banggakan tu.. sama je pandangan politik dgn lorong 1 dan 2 tu..bilalah nak sedar bangsa melayu ni.. org pakai serban pertahankan najib yg satu dunia memperlekehkan.. turun sikit peratus undi parti pas..apa nak jadilah org melayu yg beragama islam ni. Apa yg akan di tanya di SANA nanti tak di fikirkan masa atas dunia ni..kekdg malu sendiri aku sbb aku bangsa melayu.

Tanpa Nama berkata...

Minta penyokong PH di Penang hadir dan sambut Guan di mahkamah. Terutama pemimpin PH. Ambil kesempatan isu ini menjadikan PH bersatu.

Guan Eng tak keciwa sangat jika dia dipenjarakan apabila PH dapat disatukan dan rakyat kembali bersemangat dan gembira dengan penyatuan yang lebih kukuh di kalangan pemimpin PH.

Tanpa Nama berkata...

Apa lah yang Najib pakai sampai melayu PAS dan kaum cina jadi bebal.

Yang cina ini.. kita tahu dalam politik dia orang begitu cerdik tapi bila tenguk Gerakan yang berdebat dengan DAP macam lah hutang negeri berbillion. MCA pulak isu harbi. Sampai Pejabat Perdana Menteri dan IGP sahkan Mufti di siasat tak ada langsung buat komen. Tang ini memang Najib cukup terror.

Cina-cina ini tak persoal ke mengapa tiba-tiba Husni letak jawatan ?

Selama ini politik orang cina sama cara nya mereka berniaga atau urus ekonomi. Mana pernah musuh di perangkap dengan cara begini. Apakah taraf tionghua telah sama dengan pemikiran bebal orang melayu?

Husni walaupun sekarang baru berundur tetapi dia sudah tak dapat menerima tindakan-tindakan Najib. Sepatutnya pemimpin cina yang tidak sanggup melihat kemungkaran Najib !

Tanpa Nama berkata...

Betul tu bang...
Kalau nak lg selamat didunia ni aje...sokong dan join menyamun sama2...keh keh keh

Tengok...parti PIS dah ambik jalan selamat. Mereka bukan je nasihatkan pemimpin umno supaya teruskan samun spt biasa.

Mereka jugak membackup perbuatan samun tersebut. Istiqomah sehingga ke lobang jamban..baek punya payung!!

Malaysiabaru berkata...

Haji yaHadi almaksum org paling gwmbira..

Tak sabar nak hududkan dap

Inilah dia hudud paling kejam ke atas kaum cina...

Tapi ikut islam pas yaHadi ia halal