5 Jun 2016

PAS Kembali Ke Asalnya, Hidupkan Semula Budaya Takfiri

KEBIMBANGAN DENGAN UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN PAS DALAM MUKTAMAR 2016

Saya terpanggil untuk menulis dan meluahkan pandangan saya apabila membaca ucapan penggulungan Presiden Pas di Muktamar Pas 2016, yang bagi saya telah mencapai tahap melampau dan bakal membawa Pas kepada sebuah parti politik yang berideologi pelampau dan ekstrim.

Arwah ayah saya, seorang ahli Pas tegar tetapi berjaya mendidik 9 orang anak-anak beliau serta menjadi seorang ikon Imam Rakyat yang disukai rakyat pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan pegangan politik, tidak pernah mengajar saya menjadikan parti Pas seperti sebuah agama. Saya tidak pernah dengar dari mulut beliau dalam mendidik saya, bahawa kalau keluar Pas sama seperti hilang aqidah. Apa yang menyedihkan saya hari ini, ianya keluar dari mulut seorang Presiden parti politik yang mahu perjuangkan Islam.


Ucapan penggulungan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang, pada hari ini telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasarkan ucapan dan penegasan beliau bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya dalam ucapan penggulungan muktamar ke-62 di sini pagi ini.

Ucapan ini juga dikaitkan dengan tersingkir dan keluarnya sebahagian dari kepimpinan dan ahli-ahli Pas dari parti politik Pas dan membentuk sebuah parti politik baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Secara berterusan, ahli-ahli Amanah ini dilabelkan sebagai pengkhianat walhal perbezaan pandangan politik yang mencetuskan penubuhan parti politik adalah satu perkara biasa dalam pentas politik negara demokrasi.

Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang aqidahnya.

Sebelum itu, seorang penulis Pas, Alang Ibn Shukrimun, telah menulis mengenai penyampaian Kuliah Jumaat Presiden Pas (digelar juga Ayah Chik), bertarikh 13 Mei 2016, yang bertajuk *PENGKHIANAT HUKUMNYA DIBUNUH*.

Rumusan dari penulisan beliau, dalam peristiwa peperangan Ahzab, kaum Yahudi Bani Quraizhah yang memiliki persefahaman dengan Islam telah melakukan pengkhianatan. Mereka belot dengan menolong musuh-musuh menyerang umat Islam. Kaum Bani Quraizhah akhirnya dihukum bunuh.

Berlapik dan berselindungkan dengan hujah-hujah sebeginilah, pimpinan Pas kini akan terus menerus melabelkan mereka yang meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, sebagai pengkhianat, dan begitu mudah memutarbelitkan seerah Rasulullah untuk "justify" halalkan darah dan bunuh kepada "pengkhianat" ini.

Saya merasakan perlu saya menulis dan menyerlahkan penulisan dan pandangan dari pemimpin dan ahli-ahli Pas ini yang bagi saya akan menimbulkan ketidak ketenteraman di kalangan rakyat yang mahu memilih pandangan dan organisasi politik yang berbeza atas dasar melaksanakan hak dan demokrasi rakyat merdeka.

Saya bimbang, pandangan-pandangan sebeginilah, yang sesetengah ahli-ahli mereka yang taksub, akan memegangnya seperti sebuah fatwa, dan mengambil tindakan-tindakan yang melampau.

Jika pandangan sebegini mengenai sesebuah keluarga dan adik-beradik besar, ia juga boleh menjurus kepada perpecahan keluarga dan terurainya silaturrahim dan kasih sayang apabila ahli keluarga yang berpegang kepada pandangan dan arahan pemimpin mereka, mereka akan terpengaruh untuk melabelkan ahli keluarga yang tidak bersama Pas sebagai pengkhianat.

Ulama muktabar dunia Islam, Yusof Al Qaradhawi ada menyebut dlm kitab beliau yang bertajuk "ikhtilaf yg diharuskan syarak". Beliau telah menegur bahayanya pandangan melampau dan ekstrim ini 20 tahun yang lalu.

Salah satu punca utama berlaku takfiri (mengkafirkan seseorg muslim lain) adalah apabila seseorang menganggap keluar dari sesebuah jamaah, maka sama seperti keluar dari islam dan jatuh aqidah.

Yusof Al Qaradhawi telah menyebut dan menegur tentang perkara ini pada tahun 1996 lagi. Berdasar fenomena di negara2 arab dan indonesia. Lihatlah apa yang berlaku di negara-negara umat Islam sendiri apabila umat Islam yang ekstrim dan melampau sanggup saling berbunuh-bunuhan hanya kerana khilaf politik yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan aqidah sama sekali.

Dalam muktamar yang sama juga, telah dilaporkan dari 1 juta ahli-ahli Pas, dua ratus ribu (200,000) ahli-ahli Pas telah berkurang, samada telah meninggal dunia dan keluar dari menjadi ahli Pas, termasuk mereka yang telah menyertai Amanah.

ADAKAH 200,000 AHLI-AHLI PAS INI TELAH HILANG AQIDAH MEREKA?

Bayangkan jika PAS memerintah Malaysia dengan ideologi Islam ala PAS...

Semoga Allah swt selamatkan rakyat dan negara Malaysia tercinta ini dari pemahaman-pemahaman yang melampau dan ekstrim lagi memudharatkan.

Ahmad Jamal Shafie
Ahli Amanah Serdang
3 Jun 2016

ULASAN GB

PAS telah kembali ke perangai asalnya, mengkafirkan orang. Budaya takfiri dihidupkan semula. Tetapi peliknya, mereka menyatakan mereka nak banyak kawan bukan lawan.

Pengikut-pengikutnya terus memakihamun dan memfitnah.

Oleh itu kita biarkan saja PAS terjun bersama presidennya.

Untuk AMANAH, teruskan berjuang dan bertahaluf dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan.

Hyukum kebenaran dan keadilan telah menunjukkan, Allah telah permudahkan penubuhan AMANAH dan telah merampas 6 kerusi parlimen dari PAS lalu diangerahkan kepada AMANAH tanpa perlu bertanding lantaran PAS sudah jauh sesatnya yang telah mengundang murka Allah

Oh ya ada hal dalam muktamar oleh orang itu yang kini menjadi bahan lelucon oleh rakyat Malaysia..



44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Ini orang, batu besar kepala atas ada duduk...


Unknown berkata...

Pas,bertambah sesat hari ke hari..
Jual agama untuk survival politik murahan.
Hadi marang kuarkan fatwa sesat,disambut tempikkan walaun dgn takbir.
Murahnya takbir dalam pas

Tanpa Nama berkata...

Ulamak Jebon - Kebahalolannya semakin terserlah.

Unknown berkata...

sALAM:

aSTARFIRULAH'ALAZIM.....Mengucap banyak-banyak tuan haji Hadi,Tak serikkah hadi dgn Amanatnya 1981,kesihan ramai keluarga-keluarga Memali yg sudah pergi.

PAS, sudah menganggap parti PAS bersamaan AGAMA islam,bila menyatakan sesaorang itu hilang akidah keluar dari PAS, bermakna sesaorang itu hilang KEIMANAN,KEPERCAYAAN pada perintah Allah.Bila sesaorang islam itu tiada IMAN,ini bermakna tidak melayakkan sesaorang itu masuk syurga.

ISLAM adalah agama suci dan murni,agama rahmatul'alamin,ianya bukan datang dgn sendirinya boleh dipinda-pinda oleh manusia dgn membuat parti melalui perlembagaan.Datang direct dari Allah melalui rasul2nya melalui wahyu,contoh2 amalan NABI,Rasul2 dan para-para sahabat,Quran dan HADITH..SUDAH LENGKAP DAN MUKTAMAD.

jangan jadi macam orang2 yahudi,dimana mereka meminda-minda kitab Taurat,mengikut selera pendita-pendita mereka.Iaitu ajaran-ajaran/keterengan/panduan Allah yg BERPILIH-PILIH.Hanya memilih benda-benda dunia,kesenangan dunia.Sebagai umat Muhammad,allah turunkan Al-quran,dan menghadiahkan surah Al-fatihah yg tak diberi pada kitab2 terdahulu,dan Allah mengajar umat Muhammad,supaya jgan PASIK/derhaka,mengengkar/MENGUBAH-UBAH perintah2 Allah, umpama KEMUNGKARAN yg dilakukan umat yahudi yg terdahulu.
Ianya dibacakan minima 17 X sehari...didepan Allah.

Harap-harap janganlah nanti,adanya bacaan seperti "Wahai orang-orang yg berPAS'"turutlah kamu akan perintah Allah.....
Nauzubillah.....jauhilah kami dari sifat2 syirik ini,Allah boleh memaafkan dosa-dosa besar,Tapi Allah tak mengampunkan bila umatnya syirik padanya.walaupun sebesar debu.Banyak kesah2 sahabat dahulu,dimana orang2 alim dihumban kenaraka,disebabkan syirik dgn Allah.

Untuk menjaga kesucian agama islam,diharapkan pehak JAKIM dapat membuat siasatan yg terperinci terhadap statement ini,seperti apa yg jakim buat dgn al-Arqam dulu.Jika perkara ini tidak diperjelaskan,takut nanti peristiwa "MEMALI" ka 2 akan beralaku,andainya pengikut2 PAS mencari jalan singkat nak mati sahid,membunuh mereka2 yg dikatakan mengkianati pas (islam).Darah penghkianat2 halal.


wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Parti ni dah jadi mcm kumpulan mafia. Serupa kumpulan isis. Mcm syiah. Keluar group aje kena tembak.

Hukuman paling ringan pulak ialah kena jadi kafir, babi dan hanjing.

Nasib baik tak perintah malaysia. Kalu dia perintah, rakyat hidup dlm ketakutan.

Tanpa Nama berkata...

Syirik Kali
Syirik terang terangan

nick berkata...

Ucapan penggulungan muktamar yang disampaikan oleh Tuang Presideng jelas menzahirkan kebimbangan besar Hj Hadi dan barisan pimpinan PAS pada fenomena penghijrahan besar2an ahli2 PAS ke parti2 lain seperti Amanah, PKR dan DAP. Begitu terdesaknya Hj Hadi dan pimpinan PAS akan fenomena yang berpotensi untuk melingkupkan PAS, sehingga mereka terpaksa mengeluarkan fatwa dusta yang menyamakan istiqamah didalam PAS sebagai "istiqamah didalam Islam". Ianya secara tidak langsung, membenarkan dan mengiyakan "khabar2 angin" bahawa PAS sedang mengalami kemerosotan ahli2 yang begitu kronik sehingga ia telah menyebabkan pimpinan PAS sakit jiwa dan meroyan.

Melihatkan perkara itu, maka amat jelaslah kepada umum kenapa Hj Hadi dan pimpinan2 PAS yang dipilih melalui "Chai" begitu geram, marah dan berdendam kesumat kepada Mat Sabu dan rakan2nya. Pimpinan PAS terutamanya Hj Hadi berasa amat marah dan ego mereka tercalar apabila ramai (di ulang lagi..RAMAI) ahli PAS yang lebih suka dan taat MAT Sabu daripada suka dan taat kat pak2 lebai yang menggelar diri mereka "ulamak2". Hj Hadi dan pimpinan PAS "chai" menyangka bahawa hanya sebilangan kecil (setakat puluhan) sahaja ahli PAS yang akan mengikuti tindakan Mat Sabu dan rakan keluar dari PAS (setelah di halau, di hina dan dinista). Alangkah terkejut beruknya puak2 ulamak tu apabila ratusan ribu ahli2 PAS keluar parti. Dengan ego sebagai ulamak tercalar serta malu dengan tindakan bodoh mereka yang mengambil tindakan tanpa berfikir (tak pakai otak tapi hanya pakai lutut dan siku sahaja) Hj hadi dan pimpinan "chai" PAS berpatah arang dengan Amanah dan meletakkan Amanah sebagi musuh utama PAS melebihi UMNO yang merpakan parti perkauaman dan sekular yang telah sekian lama menzalimi PAS dan ahli2nya.

Kemarahan PAS kepada Mat Sabu, rakan2nya dan Amanah bukanlah disebabkan pengkhianatan ataupun pembelotan jauh sekali dari penyelewengan aqidah bahkan ianya hanyalah dendam kesumat beberapa sosok dalam PAS yang mempergunakan parti sebagai alat melampiaskan nafsu amarah serta dendam mereka. Apabila nafsu sudah menguasai diri maka 'ulamak2" itu telah mengorbankan akhlak, nilai2 moral dan Islam demi memuaskan hati mereka yang penuh dengan nafsu amarah dan dendam. maka segala benda2 keji digunakan dan segala pendustaan dihalalkan

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi adalah perosak PAS dan memalukan Islam. Jangan mengaku ulama kalau tak wasil maksud ucapan. Sesungguhnya berhati-hati bila berbicara dengan orang mukmin kerana mereka mengenali kamu samada munafiq mahupun fasiq. Bahasa hanyalah medium menerangkan maksud. Maksud itu pada sisi tersembunyi.Jangan menzalimi diri sendiri kalau tak wasil. Nabi diutuskan untuk membaiki akhlak dimana nilai-nilai itu tidak ada pada Hj Hadi. Maka Hj Hadi sepatutnya suluh diri sendiri dulu sebelum nak baiki orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Ya.. nak kumpul sebanyak mana kawan yg boleh, kemudian cerca pula kawan2 kita.

Ini mmg perangai melayu sejak dulukala lagi. Dalam semua2 pendapat, hanya pendapat dia saja yg betul dan unggul serta boleh diikuti oleh orang ramai. Sbb pendapat dia selaras dgn firman tuhan.

Ini juga mmg tipikal perangai mat2 jubah dan mat2 serban. Dimana2, sama saja. Ingat boleh buat kawan nak tumpang ilmu agama, sembang berkawan dgn orang agama ni, x rugi.. itu baik ini baik.. last2 jadi haramjadah belaka dan berkelahi pulak tu. X percaya, cuba berkawan tgk, kalo x berkelahi, saya berani bunuh diri.

Mat Safian berkata...

Minta mana2 mufti buat kenyataan suruh Hj Hadi bertaubat dgn kenyataan itu, barulah ahli2 walaun PAS tersentak.

Benbrahem berkata...

Hari-hari terakhir Hadi Awang dan geng yang sewaktu dengannya. Jika Pas lingkup dek salah laku Hadi Awang sebagai pemain utamanya, maka Pas akan amat sukar untuk bangun semula. Lebin-lebih lagi jika Amanah berjaya menarik lebih ramai lagi ahlinya menyertai parti yang dilabel " serpihan" Pas itu. Pas akan tamat riwayatnya dan terimalah sunnatullah itu dengan berlapang dada.

Tanpa Nama berkata...

aku tak tau dh nk kata apa lg pasal hj hadi yg dikata maksum oleh pentaksub2nya, kalau tidak silap aku dalam sejarah pas ini kali kedua dah hj hadi buat fatwa sendiri selain dari amanat hj hadi yg membawa kepada perpecahan umat islam malah sampai keluarga juga berantakkan.
amanat hj hadi sudah lama dan mungkin sudah tidak terpakai berikutan sikap pimpinan pas sekarang yg mesra umno tapi di tahun 2016 ni pula dia keluar kenyataan seolah pas itu satu agama sehingga boleh menyentuh akidah seseorg yg tidak menyokong pas...
semoga para pentaksub dan pengikut pas dibukakan pintu hati untuk berfikir semula dimanakah mereka sebenarnya adakah benar2 islam mereka terjamin atau sebaliknya...

Tanpa Nama berkata...

Macamana ni Aiik!! hanya orang dlm PAS sahaja BERAKIDAH yg betul.

Bagaimana orng2 islam di negara lain yg tiada PAS,Seperti saudi arabia,kuwait,india,pakistan maghribi,indon,philiphine,sebelah erpoah,di uk,us dan banyak lagi.
Penghanut-penghanut PAS di dotrinekan hanya PAS sahaja beragama dgn betul,kononnya mengikut jalan Allah.Mereka menyangkakan 71 lagi golongan membawa ajaran sesat.
Bagaimana penghanut-penghanut PAS,mengatakan ajaran islam PAS jalan Allah,sedangkan mereka bersama-sama penyamun numbor satu dunia.

Unknown berkata...

Arrggghhh tolong.. akidah hamba hilanggggg... hahahaaaa.
Tuan2.. yang hilang bukan AKIDAH tapi HADIKA?..
Yang confirm PAS IS PAST..

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap..hadi..kau orang tua gila..dah berkawan dgn penyamun..senang2 tuduh orang lain kapir..kawan baru kau tu macamana?kau mmg perosak masyarakat malaysia..dasar ulama plastik..

Unknown berkata...

biarkan PAScai terjun dgn tin tin milonya biarkan....

otaiblues.blogspot berkata...

fatwa yg di ada adakan kan untuk menakut kan orang
dah jd nacam syiah lah pulak...
kesombongan keegoan menjadi ulamak dan presiden srbuah parti islam semakin jatuh popuariti di mata melayu islam.
mudahnya mengkafir.menuduh khianat..walau pun ilmu agama tuan tinggi..tapi tak setinggi imam shafie.imam hambali.imam malik..mereka tak menuduh kafir pun bila terdapat prrbezaan pendapat antara mereke...
begini la cara tuan mrnguruskan sabuah persatuan.parti...pasti tak lama lagi akan lari penyokong2 dan yg tinggal hanya tuan dan mereka yg punyaai kepentingan je...

Tanpa Nama berkata...

Bila pimpinan PAS,bercakap sesedap mulut mereka,disiarkan pula di semua media perdana.Umpamanya nik abduh,menuduh sembarangan orang minum arak dan mabuk pula,ditambah lagi ulamaknya,orang yg tinggalkan PAS sudah tiada akidah.

Maka anutan para-para pengikut PAS yg mengagongkan perlembagaan parti PAS,lebih hebat dari al-quran.

Maka tidak salahlah orang2 lain mengandaikan PAS mempunyai satu kitab yg khusus lagi hebat dari kitab2 yg diturunkan oleh allah.

Kitab suci PAS:

Wahai orng2 berPAS"Dibolehkan kamu menipu,mengunakan sistem cai dalam muktamar,demi nak memertabatkan hudud"

Wahai orng2 berPAS"Diboleh pada kamu,mengondolkan balak kelantan,dan sapu licin,kerana nak menegakkan negara islam"

Wahai orng2 berPAS"Diboleh kamu ponteng apa2 sahaja kegiatan rakyat,kerana takada faedah".

Wahai orng2 berPAS"Diboleh kan bagi kamu,menyokong pencuri duit rakyat berbillion-billion,demi nak tegakkan negara islam"

Wahai orng2 berPAS" Perpanjangkanlah keris kamu dari keris umno"

Wahai orng2 berPAS"Tiada akidahlah pada pengkianat-pengkianat yg meninggalkan PAS"

Tanpa Nama berkata...

Hadi n the gang dan walaun dah tak senang duduk macam cacing kepanasan, buat itu tak kene buat ini tak jadi. Allah dah campakkan perasaan resah gelisah dalam hati mereka. Kerjanya cuma kafirkan orang, hai Hadi bab akidah itu kerja Allah.

Kami kat AMANAH geli hati nengok perangai kau orang, kita orang relax je sebab kami tak berdendam dan busuk hati macam kau orang. Ada Haji Mat Sabu kutuk Pas?

Pemuda parit kings berkata...

Inilah dinamakan ketakutan yg amat sangat Dari hadi dan pas...itu yg pas tahu hnya 200k...yg sebenar2nya???pada pandangan saya kurang Dari 500k ahlinya...yg tinggalkan hnya berkepentingan...pangkat gelaran...buta maklumat...jelas nya tiada kekuatan lagi dlm pas...kita berdoalah buat kawan2 kita yg masih dlm pas sedar secepatnya...bersatu demi Islam adalah kewajipan kita...Bukan menyimpan dendam pada pimpinan pas yg kluar Dari pas...apabila kepentingan melebihi keperluan...maka jadilah hadi sebegini rupa...perosak nama Islam...perosak akhlak ahlinya...

Tanpa Nama berkata...

Apa isi muktamar Kali ni?xda apa2 isi hanya kutuk amanah je 24 jam.inikah politik matang pas puji umno dan kutuk amanah..xfaham pas ni pembangkang ke atau sekutu umno

PAPAJOE berkata...

Dah jadi KALDAI...Ikut jer lah cakap tuannya...

Unknown berkata...

Budaya politik matang & sederhana pas cuba menjadi retorik dalam usaha kepimpinan pas untuk bawa parti ke arah kerjasama dgn umno/bn..

otaiblues.blogspot berkata...

Abdul Hadi Awang, pada hari ini telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasarkan ucapan dan penegasan beliau bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya dalam ucapan penggulungan muktamar ke-62 di sini pagi ini.

dah ilang akai.gila atau jahil sebenarnya..

andikbolong berkata...

politik matang yang dah ganjut terlebih matang

Tanpa Nama berkata...

Dasar ulamak kangkung..kau dh kenyang makan dedak 1mdb najis..senang2 tuduh orang lain kafir..inilah lebai malang yg memburukkan nama islam..dasar sotong..

Tanpa Nama berkata...

tak sangka pas yang aku sokong dulu boleh rosak sampai mcm ni..

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUATAQIM...LURUS Ber CAHAYA
Cahaya AMANAH...Cahaya yg'ESA
Menyuloh Hakikat...ERTI dan MAKNA
Menyuloh pemFITNAH...PenCURI Pen Dusta



Hidup ini mencari makna
Makna yg LURUS suci dan KUDUS
Hidup ini mudah mem BACA
Pem FITNAH perasuah penCURI yg rakus


Pem FITNAH perasuah penCURI yg rakus
Ber SILAT lidah ber Belit Menipu
HATI yg Gelap Ibarat Hangus
'Penjara' lah Tempat pengobat RINDU


Tanpa Nama berkata...

Pas dipimpin Hadi dah mula merapu lebih baik tumpu sahaja didakwah , politik tak sesuai bagi orang ulamak nanti di hentam rakyats melatah pulak penyokongnya.Penjuangan Pas dah lingkup sejak kematian arwah TGNA .

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni dah murtad ker? Habis umat islam seluruh dunia ni hilang dikira hilang akidah sbb umno hanya kat malaysia saja..habis mcmana dgn umno?pkr?amanah?..pas cuma sebuah parti haramjadah,parti puak puak munafik yg akan menghuni neraka jahanam buat selama2nya dan hadilah kepala munafik tu.

Tanpa Nama berkata...

Memang tak terkejut jika hadi mati bunuh diri terjun bangunan akibat cemburu melampau terhadap amanah.

Tanpa Nama berkata...

Betul2 lembu punya fikiran. Tuang Presideng mungkin tertelan tahi unta.... aatau pil kuda ....fikiran dah jadi kusut.... Dulu Amanat Bodoh apabila menentang Umno... Kini Amanat lagi BODOH. Hanya benda BODOH yang keluar dari mulut dia ni....

Fikiran bodoh macam lembu begini hanya datang daripada orang yang BODOH macam unta....

Berbahaya betul..... orang Islam harus beristiqmah dengan agama Islam BUKAN PARTI BODOH MACAM PARTI PAS.

Buang serban tu.... biarkan kepala kena matahari... barulah fikiran boleh jadi waras.....

Semua yang kepala berbungkus macam ni tak boleh pakai.....

Tanpa Nama berkata...

Astagfirullah Hal azim.pas hanya sebuah Parti politik,bukan Agama.pasal apa kalau xsokong pas blh Lari aqidah.hadi sendiri pun xfaham apa itu aqidah Islam ngan aqidah pas mcmmna blh jd presiden.siapa LA yg malang berpresidenkan pas ni.

Tanpa Nama berkata...

Kalau baling tin milo kosong pun cai-cai akan terjun ... apalagi yang berisi..

Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Kami Cina kapir (yang selalu dilabel Oleh pas sebagai "kapir yang hina agama) secara politik tetap musuhi pas. Nak Tanya sikit Ikut definition pas, adakah musuhi pas dalam politik = musuhi agama? Adakah pas = agama?

Pas = parti politik ?
Pas = part politik democracy?
Pas = agama?

Mana satu??

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang setuju PAS telah kembali kepada perjuangan yang asal. Bagi saya PAS telah hilang perjuangan memertabatkan Islam sebagai cara hidup manusia sejagat.

Asalnya walaupun budaya nya sama ia itu takfiri tetapi politik suku agama suku adalah benar tidak mengikut Islam. Tetapi takfiri PAS sekarang keluar parti ... keluar parti, hilang akidah !

Tanpa Nama berkata...

Tambahan... Dengan kesucian kemuliaan yang dituju Oleh pas, Cina kapir dah Tak berani dekatii Islam

Tanpa Nama berkata...

percaya dgn hadi yg anggap pas itu agama blh rosak akidah

sokong hadi yg sokong org zalim blh disentuh api neraka

sokong hadi yg mulut celupar adalh menyokong akhlak jahiliyah dn jauh dr akhlak islam

berjuang bersama hadi adalah berjuang mnyokong syiah yg mengkafirkn sahabat rdh

menyokong hadi yg hendak menghapuskn org islam lain dlm amanah adalah ghuluw khawarij yg disifatkn nabi saw sebagai anjing neraka

menyokong pas dn hadi adalh menyumbang kpd huru hara dlm negara dn terkebelakang

taksud kpd hadi adalah doktrin syiah yg anggap imam mereka maksum dpt wahyu dr tuhan dn tk boleh dibantah

sesiapa yg sygkn akidah... tinggalkn hadi dan pas

meninggalkn kesesatan pas dn hadi adalah wajib

tkguna tkbir siang mlm wala buta tp blh mmbawa ke neraka

mmpercayai pas adalah islam dn keluar pas blh rosak akidah adalah sebesar2 khurafat dn tahyul.

bukan saja bodoh berpolitik rupa bab akidah pun hadi jahil lagi.

bab akhlak jauh sgt la dr akhlak nabi saw

lbh menyerupai akhlak abu jahal

Pemuda parit kings berkata...

Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap yg berlaku...jgn kita salahkan nama pas tuh...yg salah ialah pembawakan pemimpin seperti hadi dan walaun yg lain...buruk padah menimpa pas Bukan lagi mainan...jelas Allah buktikan buat rakyat yg tertindas...jgn keliru...jgn pulak kesian pada pemimpin sebegini...cukuplah ahlinya ditonggongkan...yg sedar tuh cepat2 ambil langkah yg pants meninggalkan parti pas...inilah pesanan saya sebagai bekas perjuangan pas...

Tanpa Nama berkata...

Yg peliknye kalau hanya pemimpin pas aje yg berperangai ske menghina caci maki xpe tp sekali pengikut2 pas pun sama jg perangai mcm hadi,sebijik copy perangai hadi ske memcaci maki hina org malah sesama Islam dihina macaipas.langsung xmncerminkan islam pun pas ni dr atas smpi bwh sma je acuan.harap ahli2 pas yg masih berfikiran waras cepat2la hijrah ke Amanah.Hijrah itu pengorbanan

Tanpa Nama berkata...

kalah hujah politik terus tuduh Cina kapir hina agama

Cina mana berani dekati agama kau?

Tanpa Nama berkata...

Kalau sebuah parti politik ingat diri dah tinggi tahap macam agama ... Siapa yang asalkan parti tu tinggi macam tuhan ? Apa macam yang sign lukuskan pendaftaran parti? Tu tuhan juga??

Orang parti tinggi macam agama, Jangan marah, saje Tanya jer. Tak sebut Nama pun, rasa pedas?

Tanpa Nama berkata...

POLITIK MATAWANG HJ HADI

Tanpa Nama berkata...

Wajib dibunuh hj hadi awang ni...gaya syiah terangan...