Haron Din pula serang Dr M berkawan ‘musuh Islam’
KUALA LUMPUR: Selepas diserang bertubi-tubi pemimpin Umno, kali ini giliran pemimpin tertinggi PAS pula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru lepas.
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberitahu akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bekas perdana menteri itu bersekongkol dengan DAP “yang nyata menjadi musuh Islam”.
“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.
“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” kata Haron, yang merupakan anggota Majlis Perundingan Islam (MPI) diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Mahathir sebelum ini menjadi sasaran serangan pemimpin Umno dan PAS ekoran sokongan terbukanya kepada calon Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan di kedua-dua PRK Sabtu lepas.
Calon Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan Parlimen itu menang dengan majoriti besar.
Ekoran kemenangan BN itu, Dr Mahathir menerima pelbagai sindiran dan teguran, termasuk daripada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, yang berkata pemimpin berusia 90 tahun itu perlu perbanyakkan masa di atas tikar sembahyang dan bersara dari politik.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau akan terus bersuara menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya dilanda salah guna kuasa dan rasuah.
Haron berkata Dr Mahathir “berubah” kerana gagal menjatuhkan Najib.
“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah.
“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia. -FMT
ULASAN GB
Semakin melalut dan kalut nampaknya PAS selepas pemergian Almarhum TG Nik Aziz.
Kini penggantinya sebagai Mursyidul Am PAS, Harun Din adalah tokoh yang pernah mengusahakan "kerajaan perpaduan" PAS-UMNO dan kini rancangannya itu seperti berjalan lancar.
Beliau telah pun dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) yang berada di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang gaji dan elaunnya tidak diumumkan.
Kini suara beliau menyamai suara UMNO, melabelkan DAP sebagai musuh Islam, sesuautu yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin PAS terdahulu, samada TG Fadzil Noor ataupun TG Nik Aziz.
Kita pun tidak tahu bab mana yang menyebabkan beliau melabelkan DAP sebagai muusuh Islam.
Apakah kerana DAP menentang hudud? Sedangkan bukan sahaja DAP menentang hudud, ada umat Islam sendiri (malah ramai juga ulamak) yang menolaknya.
PAS sendiri sudah membuat kenyataan dahulu bahawa "DAP berhak tolak hudud" dan "PAS tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan".
Jika mengenai pindaan RUU untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, tidaklah patut kita menuduh yang menentangnya sebagai "musuh Islam" sebab RUU itu masih tertakluk di bawah Perlembagaan Lord Reid.
Menyokong pindaan RUU berkenaan bererti bersekongkol mengukuhkan Perlembagaan yang PAS sendiri kecam sebagai tidak Islamik.
Seterusnya jika betul DAP itu musuh Islam, apa perlunya PAS berada di dalam Kerajaan Selangor lagi? Bukankah kerajaan Selangor itu juga didokongi oleh DAP bersama dengan PKR?
Tentang pangkat, tentang duit, tentang jawatan, oh tak mengapa untuk PAS bersama DAP. Akan dipertahankan sampai titisan darah terakhir kerananya. Bangkai punya prinsip.
Saya rasa pihak yang merasakan dirinya terpalit dengan tuduhan Harun Din itu khususnya DAP, wajar mengheretnya ke muka pengadilan supaya Harun Din itu tidak celupar mulutnya, menuduh dan memfitnah sembarangan, apatah lagi kedudukannya sebagai pemimpin nombor 1 PAS.
Berikut ialah pendedahan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Ust Ahmad Awang mengenai adanya desakan dari seorang pemimpin tertinggi PAS (Dr.Harun Din) yang mendesak supaya kerajaan campuran PAS-UMNO diwujudkan selepas PRU 2008

39 ulasan:
Saya pun hairan. Ada seorang Dr Air Jampi. Berduyun-duyun orang pi jumpa Dr Air Jampi. Kononnya air jampi tok guru boleh sembuh itu dan ini. Setahu saya air jampi tidak langsung disebut dalam Quran. Ini bomoh punya kerja......
Ada juga rakan-rakan saya yang taksub dengan Dr Air Jampi. Kata mereka air jampi ini "berkat". Semua yang kita hajat, tercapai..... ya ke, saya bertanya mereka?
Malangnya dengan kuasa air jampi pun ada orang Pas bertanding sampai 3 kali tetapi TAK MENANG. Dalam PRK baru-baru ini Pas dicapatikan pengundi. Mana pi keberkatan air jampi? Dah hilang berkat ke?
Fikirlah wahai saudara-saudari Muslimin. Ramai sekarang yang mengaku hebat dalam itu dan ini tetapi sebenarnya 0 + 0 = 0.
Tak payahlah salahkan Dr Mahathir Tun seorang yang rational, bijak dan telah banyak berjasa kepada negara. Tun bukan bomoh air jampi. Dia sorang doktor perubatan yang kemudian menjadi politikus yang berjaya. Yang mengkritik di sini entah apa sumbangan beliau kepada negara? Kosong.
Apa dah jadi harun din.hilang respect aku pada nya.nampak gayanya btl lah kata2 org harun din pun sama mcm hadi benggong bebal dek kerana dedak...skrg ni pada aku harun din ke hadi ke semua sama je perangai spt macai otak letak kat lutut.mcm ni org nk bwk islam?????busuk nama islam dibuatnya...sama mcm umno... Ptuihhh
bomoh air jampi kelentong,
PIS dah dikuasai geng UG dan tak boleh nak ubah lagi.
MasyaAllah.. ingat ilmu agama tinggi, ilmu politik juga seiring..
Tak apa lah.. habuan masing2.. ada hati nak bergabung dgn UMNO. Mmg elok la join Hadi pun..
hukum lodrid nampaknya tinggi martabatnya dari Al Quran
apa guna nama saja Islam tapi masih mau berhukum denagn lod rid
Selagi lord reid di julang selagi itulah hukum islam x boleh dilaksanakan...
dia ni kan hafiz. dimana agaknya al-Quran yg dihafalnya?
setau aku, dlm al-Quran bila disebut ayat amal makruf... mesti dituruti dgn nahi mungkar...
dimana amal makruf pas skrg? dimana nahi mungkar?
kalau dah mkn habuan jwtn dr penguasa zalim, adakah ada berkat gelaran hafiz?
bertahun2 menghafal al-Quran, tp tak menghalang dr sebar fitnah...
Sebelum amanah wujud, aku was was dgn haron din ni...masa tu aku jumpa video dia menceritakan mimpi bertemu rasulullah saw di utube...bagi aku, tinggi mana pun keilmuan agama kita, mimpi bertemu nabi sepatutnya dirahsiakan...biar antara kita dgn allah...apa motif diceritakan?adakah utk mencari pengaruh atau pun nak menunjukkan kita adalah org yg benar, maka ikutlah kita? sepatutnya sbg insan yg beriman kita mestilah merendah diri dan xboleh riak dgn kelebihan yg mgkn mmg allah beri kita.tp itu bukan syarat utk kita ujub..nauzubillah min zalik...sejak itu, aku amat musykil dgn keilmuan beliau yg kelihatan ujub dan riak..
Ntah betul ntah idak die jumpa rasulullah.ada bukti ke?kalau die kelentong pun sapa tau.ntah2 setan menyamar pun mana kita tau. Nampak sgt dia riak menunjuk2 konon hebat mimpi jumpa rasulullah. Mohong semua nya jgnla caya malaon2 pas nih.satu lagi kalau air jampi dia hebat.kenapa xjampi je kat empangan air biar semua manusia yg terima air paip tu terang hati semua nya.korang pcaya la cter2 karut marut ni.pcya Allah shj mencukupi
Tu la tu...skrg aku hilang respek...ulama ke ustaz ke, aku bukan pentaksub...kalau betul ulama, kenapa hati dan pemikiran dorg ni seolah mcm ttutup...kenapa di musuhi dan bersifat perkauman thdp org bkn islam...sungguh ke mereka menentang islam?? kita je yg tlalu takut dgn diri kita...lemah...sepatutnya bila kita jd pmbngkang kita patut jd kuat..lihatla anak muda melayu islam.rafizi..mampukah dan adakah kepimpinan ulama pas seperti beliau?? berani..yg ada dalam pas, melayu yg nk kuasa.tp kerja hampeh...
Lebai bila dah nak berbaik dgn umno...hilang lah kelebaiannya!
Hadi dan Harun sama je, dah hilang prinsip amal makruf nahi mungkar!!
Pas janji dgn pengundi nak tumbangkan meno/bn, tot2 lepas menang pre 2008, puok inilah yg mula2 BELOT/KHIANAT buat rundingan sulit dgn ameno sembunyi drp pengetahuan rakyat tungkus lumus nak tegakan krjaan campuran umno - Pas .... khianat kpd kepercayaan ahli pas, trgamak khianat kpd rakan parti dlm PR krn TAMAK kuasa! Meniaga agama lebih untung drp meniaga unta ya syeikh!
Dalam usia yang semakin singkat, rumah kata pergi kubur kata mari, Hadi, Haron Din dan semua yang seangkatan dengannya dalam Pas telah digelapkan hatinya oleh Allah. Mereka ujub dan riak dengan title ulamak dan ustaz yang mereka berasa cakap mereka mewakili Allah sedang orang lain yang bukan geng mereka dihina, dimaki dan dicarut.
Sepatutnya mereka berdakwah kepada yang bukan Islam supaya mendekati Islam, tapi mereka buat yang sebaliknya. Di akhirat nanti kamu akan dipertanggung jawabkan, sekarang sementara hidup yang entah berapa hari lagi seronoklah kamu dengan memakan dedak.
Nampak sangat talam dua muka.. ahaha
Cerita belakang tabir.. ulamak paling kaya di malaysia..ingat ulamak2 umno..rupa sebelah parti pas. Mesti berangin ulamak2 pro umno. Tgk pokok jati dilebuhraya menuju selatan.. teringat ulamak ni..tgk pic ulamak ni dlm media..teringat pokok jati menuju ke selatan
Bagi harun din dap itu cina yg menentang islam, manakala mca, mic, gerakan dan parti dayak di sabah dan sarawak adalah parti org jawa dan melayu yg suka kpd islam...tolol betul geng pascai skrg ni...
Betul tu. Aku pun masa mula2 tgk youtube bab mimpi dia jumpa nabi SAW, aku jadi kagum sangat kat dia. Tp bila jumpa kat youtube ulasan ATGNA kata, kalau kita mimpi jumpa nabi, mcm kita kena loteri. Kalau kita kena loteri, ada kita nak hebohkan kat orang ramai? Terus aku terfikir semula akan sifat riak dan ujub yang mungkin jgk ada kat Haron Din ni. Mmg jauh benar perangai ATGNA dgn haron din/hj hadi ni
Orang melayu terus di dendangkan dengan DAP ia lah 'musuh Islam'. Hari-hari PAS akan gunakan samada 'musuh Islam' 'anti Islam' atau 'anti hudud'.
Bila sebut satu lawan satu, PAS tolak .. bagi alasan sebab DAP. Bila cadang bagaimana supaya pembangkang jadi kuat, DAP campur hal ehwal Islam. Bila ajak berunding, mustahil selagi ada DAP.
Lagi PH nak berbaik dengan PAS, lagi PH ajak PAS bersama lawan BN UMNO... setiap kali itu lah DAP yang digambarkan musuh Islam dan melayu.
Dari memberi perhatian kepada usaha mengajak PAS bersama PH lebih baik PH bergandingan memperbetulkan perpepsi DAP itu bukan nya anti Islam.
Yang hairan nya orang melayu tak tanya mana pemimpin PAS semasa isu gadis bawah umur jadi mangsa pemimpin UMNO Melaka? Siapa yang kena penjara ? Walaupun telah berlalu sekiranya berlaku sekarang, adakah pemimpin PAS akan melibatkan diri sedangkan 1MDB dan GST pun PAS tak buat apa-apa?
PAS yakin ahli-ahli PAS sudah benci DAP hasil kerja Harun Din dan Hj Hadi, yang mana satu ketika dulu ahli-ahli PAS lah yang membawa DAP masuk dalam mesjid dengan tujuan supaya mereka mendekati Islam. UMNO tidak boleh biarkan dan mahu supaya DAP kekal di anggap sebagai musuh Islam selepas PR berjaya membuktikan tuduhan UMNO bahawa DAP ada lah anti melayu adalah kerja jahat UMNO untuk memecah belahkan rakyat.
Masalah PAS sekarang bukan dengan ahli nya tetapi dengan penerimaan komponen BN. Itu sebab pemimpin PAS sudah berani bwrterus-terang. PAS sanggup menukar dasar perjuangan parti tetapi bagaimanakah pembentangan hudud pada bulan Oktober nanti? Jika sekadar RUU mengapa UMNO tidak cadangkan untuk semua negeri ?
Ini ada satu kemusykilan. Turkey telah di serang IS berkali-kali tetapi di Malaysia, IS memberi amaran pada Bukit Aman bahawa IS akan bunuh orang kafir..... ?
Jk ada jawatan dgn musoh bleh berkawan...jk berkawan tk ada jawatan bleh blah huhhu..... falsapah baru pas. Ckp mcm taik shit. Jk tk nk kawan kluarkan semua a dun di sel...... bt pru lagi.
minta jgn salahkan air doa ini merupakan perubatan islam, setiap muslim bolh
melakuklannya dgn izin allah.yang salahnya bla pengamalnya dipandang serong.
mengapalah orang2 pas ni asyik2 menyalahkan dap nampak sangat mereka tiada mempunyai telor yg keras tk bolih nk kawal.ambillah sifat mcm dsai yg berani dn bolh mengawal.
Akal manusia perlu lihat pada yang nyata. Dan orang yang tujuan nya untuk membantu pun mesti nampak susah payah sikit jika tidak, dapat terima kasih je lah.
Sebab itu perlu ada air dan sebagainya. Jika di buat tanpa apa-apa dengan duduk diam seperti bertafakkur, dengan izinnya hilang beban sakit walau pun tak habis semua ..... Bukan si pesakit sahaja yang kebingungan, yang membantu menyelesaikan pun kehairanan.
Bila buat 7 kali atau 10 kali pun menjadi .. datang lah pulak riak.. kalau guna air pun dah riak dan lupa diri, ini kan pulak tanpa guna apa-apa.
Bagaimanapun ada pun Air adalah untuk jasmani.. dan rohani adalah bacaan-bacaan yang di amalkan oleh si ahli tersebut.
Wallahualam.
Akhir zaman,nabi berpesan akan ujud ulamak ulamak celaka yg menyesatkan dan akan menjadi bahan bakar api neraka... agak agak inilah ulamak2 celaka yg dimaksudkan.
Akhir zaman,nabi berpesan akan ujud ulamak ulamak celaka yg menyesatkan dan akan menjadi bahan bakar api neraka... agak agak inilah ulamak2 celaka yg dimaksudkan.
Korang jgn marahkan ulamak2 pas spt hadi dan harun din..mrk dah lama susah dlm pas susah payah mrk dlm pas mengajar mereka agar kini dah tua nk idup senang lenang, patutnya usaha mrk dulu dah berhasil tp xberjaya lagi so mrk ambil jalan mudah berkawan dgn umno senang lenang skrg dpt jwtn dpt duit xperlu risau kena tangkap dsb.mrk pun nak kaya didunia juga...diakhirat kelak lain pula cerita nya...
Kalau gitu lah komen harun din, memang tak cerdik langsung mursyidul Pas ni.....(Parti Ampu Saja).
Pabila pemimpin xcerdik maka penyokong adalah dr kaum tolol! Tolol adalah kesukaan Hadi!
Dap akan diratib hari2 oleh pas dan umno sbg penentang islam...manakala mca, gerakan dan mic adalah melayu yg cintakan islam...nampak tak games ini?
Agaknya ulamak2 jenis ini yg disebut dlm al quran..ulamak sesat..hubbun dunya..
ulama jadi ULARmak..... mahu cari makan, mahu cari kuasa. Rakyat diperbodohkan. Pas rosak kerana species ini.
Sedarlah rakyat bahawa golongan ULARmak ni semua kaki tipu....
Ada wang abg syg, tiada wang abg melayang...begitulah umpama bagi hubungan pas dgn pkr setakat ni di selangor...ada pahammm???
Berapa ramai ulamak pas yang kononya terlalu agong dan hebat sampai tak boleh nak dibantah tu pernah duduk bertentang mata dengan pemimpin DAP untuk terangkan pasal Islam secara menyeluruh dan konsisten, smaada tertutup terbuka, untuk ahli sahaja tanpa ada perantara pihak ketiga. pas tak perlu orang ketiga untuk jadi perantara sebab pas ada islam paling tinggi bagi mereka. orang lain cuma islam jadian je.
sekarang dah nampak sangan pas ni elergik dengan DAP tak mungkin islam gaya pas boleh bagi penerangan pasal Islam secara direct dengan DAP.
Jgn ckp mcm tu tuan, nanti walaun buta kayu marah sama tuan...
harap2 lahirlah seorang salahudin alayubi dari kalangan pimpinan pas yb iskandar ke umpamanya membawa ahli2 pas berkawan dgn dap dan ph sblm pr14 untk menawan parlimen dan dun seluruh msia.
Akhir zaman, penipu bertopengkan ulamak, berkokok konon bahawa dia adalah benar tapi ekor dan badan bergelumbang taik,, akhirnya nanti akan terserlah juga kemunafiknya dan dia tak lagi berkokok dan terus jadi bisu.
Geng2 serban tebal mmg ego bongkak selalunya.walaupun xsemuanya tp kebanyakan mcmtu.kalau xcaya cuba anda tegur org2 yg serban tebal ni lihat bgmana reaksi mrk.blh dikatakan 80% ego bongkak xmahu menerima teguran drp org yg xberserban bagai.mrk xtahu kot Allah menilai bukan melalui pakaian tptu la namapun melayu bodoh bila dh pakai serban tu berlagak konon ahli syurga.ramai walaun pas macamtu.aku dh byk kali kena..
Baru aku tau rupanya walaun buta kayu ni lagi parah totoknya berbanding totoknya penyokong umngok, taksub yg amat kpd makhluk, assobiyyahnya pun dah mula kalahkan umngok...
Dia mahu jadi taraf Wali.. tapi kerana banyak yang sangsi tambah pulak TGNA kata orang yang jumpa Nabi saw ini akan senyap macam orang kena loteri maka jadi lah walaun untuk UMNO.
Orang kena loteri senyap sebab takut kena rompak. Orang jumpa Nabi saw senyap sebab takut jadi angkuh dan hilang berkat peristiwa tersebut.
Orang macam ini dan sewenang-wenangnya guna 'musuh Islam' bila kena counter balik pusing .. kita tercari-cari makna 'musuh Islam'. Yang mana satu 'musuh Islam', perasuah yang menjahanamkan negara atau orang yang bukan Islam yang menentang ketidak adilan dan kezaliman?
Islam ada macam-macam gaya. Ikut PAS lain. Ikut UMNO lain. Ikut Syiah lain. Ikut Sunni lain. Kelantan lain Pahang lain (Hudud). IS lain. Abu Sayaf lain.
Kepada Allah kita kembalikan. Berbuat baik lah dengan Islam.
Mari lah kita bersama AMANAH untuk selamatkan Islam serta PAS.
Kerana Islam selamat, PAS pun selamat. Amin.
Anonymous 6:36,jangan jeles.dia dapat jugak urut belakang artis..mmm.mm..
Catat Ulasan