28 Jun 2016

Isu Kafir Harbi: Akhirnya PAS Yang Berpecah Lagi....

Tuan Ibrahim: Rakyat bukan Islam automatik bukan kafir harbi

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah “kafir harbi” oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi.

“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.,” kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.


Ia merupakan kenyataan pertama seorang pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu itu, yang menerima kecaman pelbagai pihak.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai “kafir harbi” kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.

DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud. -FMT

ULASAN GB

Ramai menganggap PAS sudah semakin buntu... mabuk... semenjak beralih menjadi parti keris panjang...

Kenyataan Mufti terbaru beliau mengakui mensasarkan DAP sebagai kafir harbi walaupun sebelum ini beliau menafikannya. Mungkin ada pihak yang telah memberikan sekonongan kepadanya sehingga menyebabkan beliau berani menegaskan tuduhannya itu.

GB tak hairan dengan kenyataan mufti itu kerana memang beliau mufti UMNO. Jadi kena jaga kepentingan UMNO kononnya UMNOLha yang memberi rezeki kepadanya - itu iktikad kebanyakan ahli-ahli UMNO.

Yang GB pelik dan hairan ialah kenyataan Mursyidul Am PAS sendiri, Dr. Haron Din yang sudah disuap gaji dan elaun dari kerajaan UMNO setelah dilantik menjadi ketua Kluster Majlis Perundingan Islam (MPI). Perlantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster MPI itu menunjukkan PAS kini sudah semacam menjadi "cabang agama" untuk UMNO.

Terlebih pelik ialah apabila Haron Din sebelum ini telah mengisytiharkan DAP sebagai musuh Islam dan bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

Kenyataan Haron Din itu selang tak tumpah dengan tuduhan Mufti Pahang yang telah mengkafir-harbikan DAP.

Dan semua rakyat melihat bagaimana ahli-ahli PAS dan UMNO bertempik sorak di alam siber dan alam bumi menyokong kenyataan-kenyatan kedua-dua "agamawan" berkenaan. Termasuklah PM, Datuk Seri Najib di dalam satu majlis di Pekan Pahang menyokong kanyataan kedua-dua tokoh agamawan berkenaan.


Tiba-tiba Timbalan Presiden PAS, TITM, membuat kenyataan bahawa
“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.”
Maka berteraburlah ahli-ahli dan penyokong PAS. Ada yang sokong Mursyidul Am PAS, ada yang sokong TITM.

Yang taksub dan suka bermaki-makian, memang menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS yang dilihat selari dengan pendirian Presidennya iaitu Haji Hadi. Mereka meneruskan maki hamun seperti selalu yang dilakukan Haji Hadi.

Mereka gembira dan melepaskan perasaan dan geram mereka di laman sosial. Caci maki mereka lebih teruk dari golongan kafir.

Dan ternyata kini PAS sudah berada di persimpangan jalan. Ia terus berpecah lagi. Golongan taksub Hadi dengan golongan TITM yang akhirnya PAS musnah dengan sendiri.

Demikianlah berjalan hukum kebenaran dan keadilan .... PAS menerima hukumanNya lantaran ahli-ahli PAS yang melampaui batas itu. Sesungguhnya Allah tidak suka mereka yang melampuai batas.


VIDEO BERKAITAN



29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Titm ni mcm lalang.kejap ok kejap walaun.xblh percaya sbb xda prinsip jelas.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun Tuan Jebon telah mengkhianati perjuangan PAS itu sendiri.
Tuan Jebon;
Perjuangan PAS Islam untuk kesejahteraan seluruh alam telah kau nodai dengan keangkuhan yang konon kau dan puak kau "ulamak" yang tidak boleh dipertikaikan tindakannya.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah makan DEDAK

Bila duit harta MASYOOOOKKKKKK nafsu sudah kuasai akal

Gaya saja Islamik tapi Hati mau BILYON BILYON

Mu Na Fix

Mat Safian berkata...

Dlm Islam, memanggil seseorang bukan Islam dgn panggilan "kafir" jg tidak dibolehkan. Blh merujuk kpd mana2 ustaz2 pondok yg tulen bukan ustaz pondok PIS.

Unknown berkata...

Pas mana ade matlamat perjuangan..........."Istiqomah dgn hadiii/harun sampai mampoih ja".....dia dapat bangalow derma kroni najib terus MCA dan GERAKAN ada kesopanan. Harun din dapat jawatan terus kata DAP kapir, ameno sama aqidah dgn pas takleh lawan Najib! Harun dan hadi sebenarnya ikut kitab 4ENE ialah Peyluck......86.......nombot swuwey habis......kah kah kah....buat fatwa hanya utk keuntungan diri sendiri, tapi hari2 ngaku ulamak boleh bagi syafaat lak tu! Sosat ke apa dua bewak agama ni!

Unknown berkata...

Sekurang2nya TITM bercakap benar kali ini.........terima kasih TITM!

Tanpa Nama berkata...

Arwah TGNA tidak memanggil orang bukan islam sebagai kafir...beliau memanggil orang belum islam

Tanpa Nama berkata...

Surah Al-kafiruun nak letak kat mana sedara?

Unknown berkata...

Salam:

Contoh terbaik untuk namakan orang-orang kafir,ialah orang2 belom islam,atau not yet islam,cara berlembut beginilah ramai orang2 barat memeluk agama islam,pernah disuatu ketika di German sahaja seramai 1800 orang2 not yet islam,mengucap kalimah syahadah disuatu masa serentak.

kenapa Hadi dan Haron, mengharbikan orang berpilih-pilih?kenapa DAP sahaja?apa jadi dah kafir MCA,MIC,Gerakkan.Sedangkan mereka lagi hebat menentang hudud, sehingga sanggup nak bawa ka mahkamah?Nampak sangat tiada kena mengena dgn islam,ini hanyalah percakapan politik sahaja,politik naktutup2.6billion rasuah najib,dan politik nak tutup dedak yg najib beri pada 15 pemimpin PAS.(SAMPAI SEKARANG PEMIMPIN pas TAK SAMAN-saman Zaharin pemimpin umno bandar tun razak yg membocorkan rahsia ini).

kalau walaunta...yg walaqmembuta tuli faham keadaan sebenarnya kenapa ramai orang menentang hadi dan haron,bukan kerana dia ulamak,tapi mereka-mereka ini tak layak digelarkan ulamak,sebab nyata Mereka berdua bersama-sama dgn pemimpin yg zalim,malah cuba nak melindungi pemimpin yg zalim,pemimpin yg zalim ini cuba nak cover rasuah balak pas,Hadi dan haron dipercayai mendapat faedah dari sipenzalim.

orang islam wajib mentaati ulamak?ulamak yg macamana?ulamak yg mewarisi nabi (muhammad s.a.w.).1. Lahiriah nabi (Pakaiannya,isteri2nya,keluarganya),2.perjalanan hidup nabi(ibadah,muammalat,sunnah nabi,bermesyarakat,ikut perintah allah) 3.Fikir risau nabi(nabi amat risaukan umatnya,yg masih belom memelok islam,takkira arab atau
ajam.dan juga risaukan yg umatnya yg masih islam agar meningkatkan keimanan masing2).Hanya yg tak boleh diikut nabi ialah tak boleh berkahwin >4 orng.

kalau orng yg BERAKAL BOLEH MEMBUAT PILIHAN YG TEPAT,Hadi dan Haron ada tak kritiria untuk mengelarkan dirinya ulamak????nABI ADA TAK BERSUBAHAT DGN ABU JAHAL/pemimpin musyrikin semata-mata nak dapatkan kuasa untuk tegakkan hudud?ada tak nabi membela kejahatan abu jahal semata-mata strategy politik nabi nak dapatkan hudud?Nabi amat menitikberakkan semua umatnya masuk islam,tiada berpilih-pilih ,maka masuklah islam "bilal"yg hitam kulit nya, begitujuga "salman al-farisi, orng iran, bukan orng2 arab.Nabi takikut caranya sendiri,tapi nabi ikut hanya wahyu dari allah.sedangkan nabi kalau nak senang ikut sahaja cara hadi/haron bersedondon dgn abu jahal.Takpayah pening2 kepala. kena halau,ancaman bunuh,kena maki,kena baling batu berdarah2.

Adakah hadi/haron kena baling batu oleh orang2 kafir?
Adakah hadi/haron menderita demi umat muhammad,kena isa,jail,fitnah umno?
Adakah hadi/haron bersusah/payah dlm menyampaikan agama?,badanya kena sebatan,kena baling najis.
Adakah hadi/haron,pernah pergi rumah karumah orng2,berjumpa pemimpin2 kafir kafir menceritakan kebesaran allah.
Adakah hadi/haron tidak dapat FAEDAH dari si PENZALIM?
aPAKAH HADI/HARON takpernah memaki hamon pada orng2 taksehaluan dgnnya?
Adakah hadi/haron mempertikaikan mca/gerakkan,mic kawan najib yg tentang hudud?'
APAKAH HUKUMNYA KAFIR HARBI DAP SELANGOR SEBANTAL DGN PAS SELANGOR??

ini baru sikit banyaklagi.pada pas totok,saya amat minta maaf pada u all,takterniat nak mencerita "keaiban ulama" Tapi kalau kita TAKHIHGLIHT kita dikira subahat kerana takceritakan "kebenaran"Cuba anda beri penilain sendiri,ada tak hadi/haron mewarisi ciri2 nabi .10%?,50%?,100%? ATAU SAMA SAHAJA MACAM KITA.

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Aku tahu jika aku bersendirian aku tak akan menang, tapi cukuplah aku jadi penghalang kpd PH utk mengalahkan umngok be end...kihkihkih...hidup walaun buta kayu...

SAHIDAN berkata...

Pemimpin pas sekarang sudah tak berpendirian, setiap kenyataan mereka macam kena remote control ajer, kalau saorang pemimpin tertinggi buat kenyataan, yg lain udah macam bisu, tak berani keluar pendapat

Tanpa Nama berkata...

www.bayyinah.com

Who is this 'kafir' surah Kafiroon is talking to?

It's not for all non-muslim. It's not for your neighbor, not for the Jews and Christians. It's specifically for a group of people who received the special favor of Allah for generations, and then the most special favor of Allah, and His revelation heard by their own ears from the mouth of the Messenger (saw) himself and who still refused to believe.

It's at this point they get this title.
 
Today we are very careless in how we understand the Quran and how we communicate it to others. We think we can just use this for any non-Muslim. It's not that simple. We shouldn't oversimplify and be careless with the Word of Allah.

Imams Shaukani and Zamakhshari say these are specific kuffar, who Allah already knew will never believe. Can't throw around that word to anybody...ust nouman ali khan

Tanpa Nama berkata...

Wahai sdra Tanpa Nama 6:53 PTG

Sdra sudah semakkah asbabun nuzul Surah Al-Kafiruun itu? Jangan terus dalil Al-Kafiruun untuk mengkafirkan orang lain, silap2 sdra yang terlebih kafir!

Tanpa Nama berkata...

Setahu aku,kafir tu bahasa arab bermaksud "ingkar" perintah Allah.Kalau mcmtu bermakna yg patut gelaran kafir ni pada org islam yg ingkar perintah Allah.org bukan islam x termasuk.tu sbb TGNA pun kata org "belum islam".apatah lagi kafir harbi jauh sekali nk kaitkan cina india dsb sbb mrk pun bukan islam xfaham islam mcmna kita nk kata mrk tu org yg ingkar perintah Allah.Lgpn jelas Malaysia bukan negara islam yg mengamalkan undang2 islam.Pendapat aku mcmtu la.kalau salah tolong betulkan.malu bertanya sesat jalan btl x.heeee

Tanpa Nama berkata...

Masa turun surah al kaafirun, sudah ada negara2 macam sekarangkah wahai saudara tanpa nama 9.49pm? Awak warga negara mana sekarang? Pegi buat umrah pakai passport negara mana? "Negara Islam" atau "Malaysia"? Udah2lah menipu diri sendiri... kita ni semua hamba Allah di bumi MALAYSIA belaka jangan jadi bangang sangat

benartetapbenar berkata...

Pis mana ada pendirian perjuangan skang. Jika menang kerusi PRU14 nnt dah rancang awa2l nak lelong ADUN/MP kpd parti ya beri tawaran mahal.

Lebai Roger berkata...

Perhaps the versus of alkafirun refers to hadi worshipper........kah kah kah.....it realy fit em!

Tanpa Nama berkata...

Wahai Mufti dan Sebahgian manusia yang mengaku Ulamak.Jangan kamu menjadi Pencetus kehancuran Negara ini.JANGAN KAU NAK JADIKAN NEGARA INI SAPERTI SYRIA.MAKA CELAKALAH KAU.

Tanpa Nama berkata...

Bahaya budaya melabel ni sampai boleh berbunuhan sama sendiri nampak terang berlaku dlm dunia moden mula dari negara Teluk sampai ke Tanah Arab. Ini sbb wujud puak yg berfahaman selain Sunni mengatakan mereka ibarat mulia spt kaum yahudi nyatakan. Jgn biarkan & benarkan golongan ini besar kepala di sini. Mereka boleh bersatu dgn siapa saja utk capai hasrat & matlamat idiologi bahaya mereka. Mula pecah2kan sesama kaum, kemudian label melabel & akhir sekali membenar pertumpahan darah sesama muslim. Merekalah puak yg nnt akan muncul bersama dajjal di Isfahan sbg tenteranya. Ketua mereka pun dh buat parti skrg ni. Berhati2lah muslimin di Malaysia. Tiba2 saja wang kumpulan ini byk. Ibarat yg berlaku di Pakistan kini.

Tanpa Nama berkata...

Ada jugak untaa dan keldai pis kat sini yer... baghal pis kata dap sja harbi. Gerakan & mic bukan harbi kot? Babi betol la

Tanpa Nama berkata...

apa tunggu lagi ahli pas yang baik2 cabut larilah masuk ph.

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik!!!

Pemuda parit kings berkata...

Semoga Allah memberi petunjuk buat org2 Islam...bagaimana seorang yg hebat pribadinya boleh menuturkan sebegini?ingtlah buat semua...tak semestinya dia Islam akan kekal Islam nya...dan digelar kafir akan kafirnya...byklah muhasabah during...semoga Allah rehdo akan semua perbuatan kita yg baik...

Tanpa Nama berkata...

kenyataan GB:

PAS kini sudah semacam menjadi "cabang agama" untuk UMNO

.......

yang lebih tepat ialah

UMNO kini sudah semacam menjadi "cabang agama" kepada PAS
yg wajib dibela dan disokong tak kira salah atau tidak

Tanpa Nama berkata...

Minta sgt2 ulamak dlm Amanah menghubungi Yusof alqordawai supaya memecat ulamak sesat si hadi dari jawatan naib presideng islam sedunia .sekarang beliau dah seteruk firaun dan tidak hairan jika Allah tarik hidayahNya dari pemimpin sesat ni.

Tanpa Nama berkata...

Kafir atau infidel bermaksud "tidak taat" atau disloyal. Infidel boleh dirujuk kepada semua orang yang "tidak taat" kepada fahaman sesuatu puak atau kelompok. Jadi bagi kita orang Islam, orang lain dikatakan infidel. Bagi mereka pula kita dianggap infidel. Jadi 2 kali 5 dan 5 kali 2 sama saja.

Tak payahlah kata orang kafir (infidel).... orang lain pun berhak melabelkna kita kafir infidel).

Semua manusia dicipta Tuhan yang satu..... label melabel ini kerja ORANG BODOH... ORANG YANG TAK BERTAMADUN.... atau belum civilized.....

Tanpa Nama berkata...

jangan la bergaduh wahai anak2 tanpa nama.. dunia akhir zaman sudah.. memang fitnah sudah berleluasa. mana yang benar dan tidak benar sudah tak dapat dibezakan lagi..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn omar daud.��

Tanpa Nama berkata...

iki pas pos pong wes koyok dangdhut kooopllllooo