20 Mei 2016

Husam: Dedah Penyelewengan K'jaan Kelantan Tanggungjawabnya Sebagai ADUN

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan kedudukannya sebagai ADUN, menjadi kewajipannya untuk menegur supaya kerajaan Kelantan berjalan mengikut ajaran Islam, jika tidak beliau menyatakan beliau akan dipertanggungjawabkan nanti di Padang Masyar.

Katanya lagi, apa yang beliau tegur ialah perkara yang salah seperti siri penyelewengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit, dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, kelmarin.‎


Pendedahan lain termasuklah penjualan aset Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di bawah nilai harga pasaran. Sehingga hari ini tiada penafian dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Husam juga mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.

Beliau juga kesal kerana Presiden PAS tidak pernah mengarahkan PAS Kelantan ambil tindakan ke atas pencuri balak sehingga hari ini.

"Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?" katanya

Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu.

"Dalam hudud, hukum mencuri dipotong tangan. Usahkan potong tangan, kuku (pembalak haram) dia pun kita tak potong," bidasnya.

Selain itu Husam menyatakan jika PAS Kelantan kalah di dalam pilihanraya, mereka tidak boleh menyalahkannya lagi kerana beliau telah dipecat.

Walaupun begitu, beliau menjelaskan bahawa PAS Kelantan mempunyai perancangan lain untuk pertahankan kerjaan di Kelantan iaitu dengan bekerjasama dengan UMNO.

"Kalau PAS lawan UMNO dalam keadaan biasa pada hari ini pun saya percaya PAS akan tewas," ujarnya.

Beliau menyandarkan keyakinannya di dalam program PAS seperti ceramah-ceramah di Kelantan yang sudah tidak mendapat sambutan kcuali dikerah dan dipaksa untuk hadir sepertimana yang dilakukan oleh UMNO.

Beliau juga mendedahkan tentang jualan Harakah dan jumlah pembaca Harakahdaily yang merudum, malah ADUN-ADUN dipaksa untuk membiayai kos pencetakan akhbar rasmi PAS berkenaan.

Mengenai soal beliau diminta meletakkan jawatannya sebagai ADUN, beliau menjawab bahawa baiah telah terbatal apabila PAS telah berlaku khianat kepada rakyat.

Beliau tidak gusar terhadap gertakan dari kenyataan Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS) dan Abdullah Che Nawi (Exco Kelantan).






IKLAN BERBAYAR


15 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Dulu pemimpin yang aku hormati;
1) nik aziz
2) fadzil noor
3) ahmad awang.
++ skrg
4) husam musa
.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak suka PAS sebab pandai komplen dan cari salah orang laen. Sebesar besar hutan kayu balak boleh bagi kat cina laen peribumi kelantan merempat ke negeri-negeri lain sampai bawa anak kecil melacur tanpa secebis kaen...

Malaysiabaru berkata...

Di atas kekejaman pas Kelantan thdp rakyat maka adalah halal utk husam tumbangkan kerajaan pas ini

Ajar party ajaran sesat nih...

Allah hanya beri kerajaan utk Nik Aziz spt mana nabi silaiman dpt kerajaan yg hebat..

Lalukan skrg husam ajar pas ni sikit..

Tanpa Nama berkata...

Pas menggunakan TRADE MARK ISLAM untuk dapatkan sokongan.Sama dengan peniaga Air 30 juzu' air yasin untuk lariskan perniagaan.ALATKAN UGAMA UNTUK kepentingan diri.Dulu aku juga tertipu.Kini aku sudah sedar.Mari kita pakat sama2 buang PAS dalam TONG SAMPAH.

Tanpa Nama berkata...

Dalam PKR tidak ada 'Husam'. Dalam PKR 'Anwar' hanya tinggal bau saja dan sekejap ada sekejap tidak ada.

PKR sekarang lebih bahaya dari PAS.

Kerana PAS tidak sepandai mana seperti PKR yang cukup pandai mengena kan kawan. PAS setakat melembukan dan membabikan orang. PKR gunakan segala sumber dan memanipulasi keadaan.

PKR akan berkempen sepertimana UMNO di Sungai Besar. UMNO tabur, PKR pun tabur. Mana boleh bagi AMANAH yang tabur sebab orang yang menabur dalam UMNO dapat lebih.

Satu hari nanti PKR pun ada Jamal Ikan Bakar...

sb dehlawi berkata...

Assalam xbaik menuduh org kelantan melacur.

Dol berkata...

semakin jelas hudud hanya mainan hj hadi n geng takiyyah isis mereka.

pas bukan saja dah tkde hala tuju tapi juga dh tak tentu hala perjuangannya. malah sesame pemimpin pun byk bercanggah pendapat..Jemaah islam apa mcm ni.

selain baiah pas terbatal sebab tujuan sudah lari, husam juga dipecat maka baiah sekali lagi terbatal. tidak timbul isu baiah lagi. klu hudud yg besar itu pun tidak timbul lagi, apatah lagi baiah yg kecil itu.

kenapa pas masih malu2 utk bersama umnu? kenapa mulut takiyyah hadi masih berkata pas nk jatuhkan bn? sebab pas berjuang utk dunia, utk mendapat sokongan rakyat semata2. mulut saja ckp tknk kemenangan cepat. cepat atau lambat pas takkan menang kecuali mungkin menang kalau menumpang umnu..

siapa yg janjikan pas pasti akan menang tp lambat sikit? tidak ada sesiapa yg tahu siapa yang akan menang dimasa akan dtg.

tanpa hudud, tanpa akhlak islamiah, tanpa pemimpin yg bersatu hati, tanpa pengikut yg bijak hanya yg wala .... apakah yg ada lagi pada pas? tinggalkan lah pas. pas hanyalah sebuah parti berlogo hijau putih yg sgt cantik perlembagaannya di atas kertas, tapi kosong isinya malah busuk lagi.

dan perjuangan kebenaran itu bukan berasaskan warna logo atau isi perlembagaan yg retorik tetapi atas perjuangan yg benar2 mantap tanpa penyelewengan dlm bentuk apapun.. serta perjuangan yg penuh amanah.

maka kita yakin majority penyokong wala pas hanya masih kekal dgn pas kerana nostalgia dgn pas yg dulu dan hj hadi yg dulu. kalau hadi pun boleh berubah ke arah pro umnu maka tidak ada sebab penyokong tidak berubah kearah wadah yg lebih menepati aspirasi rakyat dgn roh islamik yg tidak perlu dicanang atau ditakbirkan selalu.

penyelwengan Kelantan yg berakhir dgn hukuman kpd husam disebalik hokum kpd perompak.. membuktikan pas memang tidak layak memperjuang islam apatah lagi hudud.

dgn terkandasnya hudud oleh pas, secara tk langsung pas mengakui benarnya pendirian PR yg lain mengenai hudud. benarlah pkr benarlah dap dan benarlah amanah.. begitulah secara hakikatnya pengakuan pas.

teruskan perjuangan wahai husam. menegak kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim adalah jihad yg besar. apatah lagi dihadapan pemerintah zalim yg bertopeng islam laah sangat.

M.A. berkata...

Kenapa Husam tak buat laporan pada SPRM & PDRM?

Tanpa Nama berkata...



Cobalah tuan2 bayangkan..

Didepan tuan2 ada lebai wostad pencuri

Didepan tuan2 berdiri imam yg konon2nya tartil hafalan tajwid arabnya ttpi adalah perembat pencuri

Didepan tuan2 dia berkhutbah bersyarah berjela2 rupa2nya pencuri

Pandai pulak tu mngugut dgn 'hudud' dan hari mahsyar walhal dia tu pencuri

Tak ke lawok..tak henti2 bertakbir walhal semuanya kaki rembat kaki CURI


Tanpa Nama berkata...

..kan SPRM dah masuk. Dah sahkan ada unsur penyelewengan... bezanya lambat atau cepat atau tadak tindakan langsung. Kalau baik ngan UMNO... memang takkan ada tindakan langsung. Tu ja..

Tanpa Nama berkata...

Ulama Jebon, cuma bertindak terhadap orang yang mengkritiknya sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak basmikan pembalak haram kerana penyamunnya adalah penyokong tegar Kerajaan Islam Kelantan

ISMAIL ISHAK berkata...

Setuju,dok buat macam orang kampung. Lapor dengan bukti takkanlah PDRM & SPRM tak ambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan tak baca ...

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan. "

...

Tanpa Nama berkata...

Betul dan terbaik anda punya pandangan dan pemikiran..