4 Mei 2016

Penduduk Letakkan Harapan Tinggi Hud Andri Menang Di Beting Maro

BETING MARO: Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Hud Andri Zulkarnaen Hamden dilihat mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri di dalam pilihanraya negeri Sarawak 2016 di DUN N29 Beting Maro.

Anak kelahiran Sibu, Sarawak yang berumur 43 tahun ini amat dikenali oleh masyarakat Beting Maro kerana sifat dan sikapnya yang mesra rakyat dan mempunyai pengalaman di dalam membela rakyat.

Beting Maro terletak di bawah Parlimen Batang Lupar yang turut mempunyai dua lagi kerusi, iaitu Sebuyau dan Lingga.


Hud Andri adalah seorang aktivis masyarakat dan pernah menjadi Seiausaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor dan Pengerusi NGO Amal Relief (ARiF) Cawangan Sarawak.

Di dalam parti pula, beliau ialah seorang ahli jawatankuasa AMANAH Negeri Sarawak, Timbalan Setiausaha Biro Politik AMANAH Pusat dan AJK Biro Tanah & Luarbandar AMANAH Pusat.

Dengan pengalamannya sebagai aktivis masyarakat diadunkan dengan sikapnya yang mudah mesra itu, apatah lagi dengan mewakili parti AMANAH yang merupakan komponen Pakatan Harapan, penduduk Beting Maro meletakkan harapan yang tinggi kepada Hud Andri untuk membawa masalah penduduk Beting Maro terutama di Kampung Pusa, Kampung Beladin, Kampung Semarang dan Kampung Sepinang yang kini berdepan dengan masalah bekalan air bersih.

"Penduduk Sarawak khuususnya di Beting Maro ini tahu hanya calon-calon Pakatan Harapan yang dapat membela dan membantu kami, bukan calon-calon BN atau calon-calon parti sendirian," kata Ahmad Hanafi, 52, seorang penduduk di Kampung Pusa.

Walaupun penyandang, ADUN Beting Maro, Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) pernah berjanji untuk menangani isu malar segar ini sejak musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2010 lagi, namun janji itu tidak pernah ditunaikan.

"Pakej yang ada pada Hud Andri sudah lengkap untuk beliau diangkat menjadi wakil rakyat bagi Beting Maro," tambah Ahmad lagi.

Di laman sosial facebook, Syafiq Kiwichan, seorang petugas yang gigih membantu kempen AMANAH di Beting Maro menulis:

"Mengalir air mata seorang pakcik, sebatang kara di kg LOT, terharu apabila di santuni oleh calon parti Amanah negara Hud Andri, N29 Beting maro, menurutnya Seorang pakcik berusia 82 tahun di kpg kalok menangis bila saya datang ziarah beliau.

Tinggal keseorangan dan anak2 seramai 4 orang semuanya tinggal berjauhan. beliau juga sudah uzur dan tidak berdaya.

Beliau berkata tidak pernah seorang pon datang ziarah beliau.

Salam duak jari lan undi hud andri"



Selain dari itu, anak muda Beting Maro telah secara sukarela membantu Hud Andri berkempen dengan berkonvoi mottorsikal mengibarkan panji-panji AMANAH melalui jalan-jalan kampung di Beting Maro

Zahara Ali, peniaga atas talian pula berkata, beliau yakin masalah bekalan air rawat di kampungnya, Kampung Pusa akan selesai jika blok pembangkang semakin kuat, lapor Malaysia Dateline.

"Kalau kita tidak sokong PBB, kita tak beri undi kepada ADUN sini dahulu.

"Macam sekarang ada dua calon pembangkang, cubalah sokong PAS atau satu parti lagi (Amanah), biar pembangkang kuat di Sarawak (serta) kuat bawa isu air ini di DUN nanti," katanya.

Zahara bagaimanapun berkata, beliau dan suaminya yang bergelar 'pensyarah' di sebuah Universiti Awam di tanah air ink mungkin tidak lagi mengundi calon PAS, yang dianggap mesra Barisan Nasional.

PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi.

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi.

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja.

Untuk pilihan raya 2016 ini, terdapat 10,474 pengundi terdiri daripada 89.1 peratus Melayu, Iban 8.7 peratus, Cina 1.9 peratus, dan lain-lain 0.3 peratus.





3 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Aku nak cerita satu kesah aku pergi swak 6 tahun lepas. Saje ziarah kawan aku kerjaya seorg guru di satu kg di pendalaman di daerah miri. Dr bandar miri 1 jam 45 minit ke sek kwn aku mengajar.sebelum tu kalau ada org swak baca komen aku ni.. aku minta maaf. Sebelum aku ziarah kwn aku tu.. selalu dia cerita.. keperluan air di ambik dr air hujan yg di tadah dr bumbung rumah guna tong biru. mandi.. minum, masak, cuci pakaian dan wuduk. Kalau tak hujan dlm 2 minggu dia resah.air sudah kurang dr tangki yg di sediakan oleh kerajaan.(aku terkejut sbb tangki tu warna biru semenanjung warna hitam). Sewaktu aku ziarah sek kwn aku tu.. aku begitu terkejut.. sbb kws kg dan sek bukan atas bukit.. tp boleh di kira kws lembah. Bila aku melihat begitu.. aku tahu kebanyakkan org swak bukan seorg kretif mengharap sepenuh dr kerajaan. Terlalu byk cara utk elakkan tangki biru tu.aku bg contoh.. ada persatuan student kristian dr italy. Membuat kebajikan di kg pendalaman tak pasti swak atau sabah.. bergotong royong guna kan paip poly dr atas bukit di salur ke sebuah kg. Tidak ada org mempertikaikan kebersihan air atas bukit tu. Lagi satu kenapa tak di gali perigi dan guna generator utk menyedut air perigi masuk di dlm tangki.org swak anggap air hujan lagi bersih dr air dlm bumi.. apakah rakyat swak di momok2kan air dr bumi tidak bersih.. air hujan yg di tadah dr tangki pemberian kerajaan di jamin bersih. Aku pernah pergi kg seorg kwn di kedah... rumah di lereng bukit..bapak kwn aku tu gunakan buluh utk salur air dr atas bukit ke rumah. Dlm 50 meter tanpa mengunakan paip pvc atau poly. Pengunaan air di rumah tu semua dr bukit tu.. tak pernah pulak keluarganya sakit akibat mengunakan air bukit tu. Bila dlm media2 tunjuk tangki biru di prn swak ni..bg aku org swak..tangki air amat berharga sepatutnya mohon kerajaan paip poly yg takde keluh kesah kalau hujan tak turun.org semenanjung je menghargai punca air dr bukit..tp org swak terlalu menghargai tangki biru yg kerajaan beri secara percuma.

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu dalam pilihanraya jangan harapkan kekuatan parti sahaja. Atau kelebihan calun semata-mata.

Kalau harapkan kekuatan parti sahaja atau kelebihan calun semata-mata itu yang banyak kena keluar duit. Duit di gunakan sebagai pengimbang.

Jika calun macam ini dan berlaku lah pertindihan seperti PKR dengan DAP, kita pun puas hati jika tidak dapat di elakkan. Sebab nak jadi Adun punya pasal, yang terbaik terkorban dan kalah dengan jumlah undi yang cuma beratus-ratus sahaja.

Semuga Beting Maro adalah kerusi yang pertama di umumkan di menangi oleh AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM...LURUS dan AMANAH
AMANAH Memancar...Dari ILAHI
AMANAH Tak Wujud...FITNAH DAN Rasuah
Krn AMANAH Itu...Kaseh Mem-BERI
Dan Kaseh Mem-BERI Itu...Sifat-NYA-ILAHI
Itulah Seindah7-FITRAH...FITRAH Syurgawi


Seindah7-FITRAH...FITRAH Syurgawi
Kaseh Mem-BERI...Bukannya Rembat=MenCURI
Bukannya PONTENG U-Turn...FITNAH Memaki
Bak Budak HINGUSAN...Yg Terkinja Kinji
Yg Berlakon WARAK...Jijik Sekali
Merembat=MenCURI...Sedondon SEJOLI





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Kaseh Mem-BERI Itu...AMANAH PngHAYATAN
Kaseh Mem-BERI Itu...FITRAH Syurgawi
Kaseh Mem-BERI Itu...TAK Rembat=MenCURI
TAK Makan UMPAN...Bangkai' yg KEJI
TAK KAN MENJUAL...maruah-AMANAH-Diri