2 Mei 2016

Pertembungan PAS-PKR Pula Untungkan Siapa?

Pertembungan PKR-DAP kelebihan pada PAS – Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU: Pertembungan sesama sekutu Pakatan Harapan, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka memberi kelebihan kepada PAS.

Keyakinan itu disuarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping sokongan rakyat pelbagai kaum kepada parti Islam itu sangat baik sebagai alternatif mewakili pembangkang untuk menolak Barisan Nasional (BN).


“(Adakah pertindihan kerusi antara PKR dan DAP akan beri kelebihan kepada PAS?) Kemungkinan ia membawa kesan lebih posifif kepada kita (PAS),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Abdul Hadi pada masa sama yakin bahawa PAS akan memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi pada pilihanraya tersebut.

“Sambutan dari masyarakat dari semua kalangan sangat baik, termasuk yang bukan Islam. (Memandangkan) Kita telah menampilkan calon dari pelbagai kalangan termasuk wanita dan bukan Islam walaupun jumlahnya 11 kerusi tetapi sudah cukup untuk memberi mesej pada penduduk Sarawak.

“Kita yakin daripada (11 kerusi) dua kerusi (kita akan menang) dan mungkin ada lagi tambahan yang lain, antaranya di kawasan yang melibatkan pertandingan bekas wakil rakyat DAP yang bertanding BEBAS melawan DAP,” katanya menjawab jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti itu.

PKR dan DAP akan bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei ini apabila kedua-dua parti itu gagal mencapai kata putus bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Sementara itu, PAS pula akan meletakkan calon di 11 kerusi yang turut ditentang bekas sekutu mereka, PKR, DAP dan AMANAH, antaranya di kerusi Samalaju (PAS, DAP dan BN), Lambir (PAS, PKR dan BN), Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), Samariang (PAS, BN dan AMANAH), Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), Sadong Jaya (PAS, BN, AMANAH dan BEBAS), Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), Beting Maro (PAS, BN dan AMANAH), Kakus (PAS, PKR dan BN), Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS), Pantai Damai (PAS dan BN).

ULASAN GB

Akihrnya PAS memperlihatkan ia sebuah parti opportunistik apabila menyakan pertembungan PRK-DAP akan memberi kelebihan kepadanya. PAS tidak hiraukan kepentingan perpaduan di kalangan parti pembangkang.

Bererti PAS suka dengan situasi sedemikian supaya PAS dapat memungut laba hasil pertembungan PKR-DAP itu.

Di Selangor PAS bukan main ampu Azmin dan PKR untuk pertahankan status quonya mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP supaya tak hilang jawatan exco dan 5,000 jawatan lantikan politik di negeri itu.

Di Sarawak lain pula ceritanya, dia suka dan bertepuk tangan melihat PKR dan DAP berlaga.


Malah di tiga DUN, iaitu di Lambir, Kakus dan Jepak, PAS berlawan dengan PKR.

Jika PAS menyatakan pertembungan PKR-DAP beri kelebihan kepada PAS, sekarang pertembungan PAS-PKR di tiga DUN itu pula beri kelebihan kepada siapa jika bukan BN?

Setakat ini, alhamdulillah, hanya AMANAH sahaja yang tidak bertembung melawan mana-mana komponen parti Pakatan Harapan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang yang bangang...!
Tersenyum BN...

Tanpa Nama berkata...

barua umno. diteganu ada peluang utk bentuk kerajaan, dia tak nak. dperak kena rampas hingga ahli kena penjara.

kalau tak nak memerintah, sila beri laluan pd yg nak memerintah. jgn jd pkhianat kpd rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Tok guru ni memang taraf super duper bangang. Di negeri kelahiran dia, buta2 kalau dia pandai kowtim dia boleh perintah negeri tu dengan keadaan sekarang. Tapi sebab dia tidur dengan bantai dia terlalu besar maka dia tak buat... ahli2 pas terengganu elok tanam tok guru hangpa ni dengan telur2 penyu... untung bila telur2 ni menetas boleh bawa segala kebodohan ini ke laut.

Tanpa Nama berkata...

SEjahtera semua.
Hadi cuma nakkan 2 kerusi sahaja.
Hj berbangga menjadi pembangkang sepanjang hayat.

Terengganu yg hampir pegang negeri..Haji tak mahu berbicara..
Sebab apa agaknya???
Mungkin tak sanggup kianati BN..
Kalau lawang yg pembangkang tak apa..

Hadi..hadi..letih kalu pikirkan hal dia..
Yang pelik nya mana perginya otak orang no1,2,3,4...
Dan seterusnya dalam Pas..??

Mungkin mereka semua jua mengharapkan DEDAK..
Kita tak tuduh
..tapi kalu tak gitu ngapa berlainan dgn PRU13 dulu..
Amanat dia buat macam takpakai jeee..

Tanpa Nama berkata...

PRN sarawak jadi sekolah politik utk pakatan harapan.

Tak sabar nak lihat keputusan ujian pertama utk parti Amanah. Mudah2an sukses.

Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM...Lurus Di HATI
Kaseh Mem-BERI...AMANAH Ber BAKTI
Kaseh Mem-BERI...TAK Wujud Pen CURI
FITNAH Ponteng...OPORTUNIS Diri
Kaseh Mem-BERI...Kaseh AZALI
Damai Me NYATU...Kedakapan ILAHI


Kaseh Mem-BERI...Kaseh AZALI
TAK Hingin NOBAT...GLAMOR dan Puji
TAK Makan UMPAN..."Bangkai" yg Keji
TAK Kan MENIPU...KELIRU Mengaburi
TAK Kan Khianat...Melanggar JANJI
TAK Kan FITNAH...Rasuah Men CURI




Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jalan yg LURUS...Menuju TUHAN
JIWA dan Raga...TARUHAN PerJuangan
Kaseh Mem-BERI...Bertemu KEREDHAAN
Menuju Puncak...Damai KEINDAHAN
Menuju Cinta...Abadi Ber KEKALAN
Seindah7-NIKMAT...AMANAH-Ke-IMANAN