3 Mei 2016

Mahathir Di Pentas AMANAH Minta Rakyat Singkir Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah hadir untuk memberikan ucapannya di pentas Parti Amanah Negara di majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan pejabat parti itu di Alor Setar malam kelmarin.

Turut sama sepentas dengan Mahathir ialah Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali.

Beliau menyatakan beliau sanggiup untuk bersama-sama dengan mereka sebelum ini yang disebut sebagai "musuh-musuh politiknya" demi untuk selamatkan Malaysia, demi untuk rakyat.

Di hadapan kira-kira 10,000 orang hadirin yang datang di program berkenaan, Mahathir telah menggunakan peluang itu untuk mengkritik Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang didakwanya merupakan punca pelbagai masalah yang berlaku di dalam negara ketika ini.


1MDB merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh Najib untuk melakukan pinjaman berbilion ringgit dan sekalipun ia merupakan sebuah syarikat swasta namun ianya dijamin oleh kerajaan. Akibatnya, rakyatlah yang menanggung segala bebanan hutang yang dilakukan oleh 1MDB, ujar Mahathir.

Hutang 1MDB bersama-sama kadar faedahnya kini sudah mencecah RM50 bilion.

Beliau berkata, pengalamannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1 bilion.

“Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat (1MDB) yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.

“Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB,” katanya.

Rasuah yang begitu berleluasa kini adalah berpunca dari sistem pemerintahan yang ketua pemimpinnya seorang perasuah, tambahnya lagi.

“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah,” katanya.

Mahathir juga mengkritik Najib yang menurutnya telah memperalatkan pegawai-pegawai kerajaan untuk melindunginya dari jenayah yang dilakukan. Prinsip Najib ialah "Cash is King" dengan menganggap bahawa mereka yang dirasuahnya akan menolongnya.

Begitu juga dengan kenaikan gaji minima dimana ianya tidak memberi erti apa-apa apabila nilai matawang Malaysia berbanding Amerika sudah merosot ditambahi pula dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat seperti pengenaan GST, kenaikan tol dan pelbagai kenaikan yang lain yang menyebabkan rakyat menjadi sengsara.

Nama Malaysia juga begitu buruk diluarnegara. Jika dahulu orang du luarnegara menyanjungi Malaysia, namun pada hari ini, mereka tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Malaysia.

Beliau menyeru rakyat untuk menandatangani Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja dan menurutnya, rajar-aja akan mendengar suara rakyat dan mempunyai pelbagai cara untuk menurunkan Najib.

Mahathir dijadualkan akan berada di Kota Bharu 4 Mei untuk program yang sama. Pengerusi gerakan Selamatkan Malaysia peringkat negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meminta agar tidak ada pihak terkecuali dalam kempen ini kerana ia satu mercu tanda kesungguhan rakyat untuk menentang kemungkaran terbesar negara.


7 ulasan:

omar daud berkata...

salam:


Menarik sekali,Kedah mungkin dapat ditawan sekali lagi,tapi kali ini bukan dgn PAS.

sYABAS aMANAH,Tidak mensia-siakan peluang yg ada.


go Amanah go.

lelaki dicermin berkata...

Sebenarnya aku mengharĂ p je seperti yg razifi ulas pasal tun m ni.. bukan kita cari dia... dia yg cari kita.. bererti kapal ni kapal kita..kalau dia byk menimbulkan masaalah.. kita buang je dr kapal kita..

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
Terang Menyuloh...Muhasabah DIRI
Berkata Lah BENAR...W.pon PAHIT Tak Apa
"Bangkai" Yg BUSUK...Jgn Coba Di SEMBUNYI


"Bangkai" Yg BUSUK...Jgn Coba Di SEMBUNYI
Sbb Yg BUSUK Itu...Ada "UMBI" Nya
Umno "BARU"...Yg GAH Kemaruk Men CURI
Sapekah HERO...Dalang Mentor-Nya?
Umno "BARU"...Yg Mnjdkan Onar-FITNAH Amalan yg SUCI
Sapekah OTAI...SIFU Licik Nya??
Bukan Kah Si"TONGKANG"...Dari Kerala???


Semoga Si"TONGKANG"...Dari Kerala
Mendapat LABA..."Bonus" SEMPURNA
BALASAN-Karma...Terlenyek lah "IBLIS" Nya
Karma-ILAHI...Kini Menjemput Nya
Hukum KBNARAN-NYA...Terang Dan NYATA
Semakin Hari...Semakin Di "RASA"
Smoga Dia Bnar7-PASRAH...Kpd AMANAH Yg'ESA
W.pon Perit Ter PENJARA...Ada HIKMAH Nya
Hikmah-AMANAH-NYA...Kan Ber Sinar BerCAHAYA



Wahai Sahabat...Amanah Budiman
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Insafilah NAFAS Mu Itu...DiDlm GENGGAMAN
Insafilah Jasad Mu Itu...Milik ILAHI
Kaseh Mem-BERI...Jdkan lah AMALAN
Krn Kaseh Mem-BERI Itu...Bukan Rasuah=MenCURI
Krn Kaseh Mem-BERI Itu...Sifat-NYA-ILAHI
So Kaseh Mem-BERI Itu...Kan BerGANDA2 DiLimpahi
Itulah "Hikmah-AMANAH"...Yg SeIndah7nya utk DiHayati









Tanpa Nama berkata...

1MDB bukan sahaja salah Najib.
Ia nya menjadi salah UMNO apabila semua pemimpin UMNO celaka mempertahankan tindakan Najib.

Memang Najib adalah punca masalah tetapi UMNO yang bersalah mengekalkan Najib sehingga ke hari ini.

Mahathir perlu berani menyeru supaya rakyat tukar pemerintah. Mahathir hendaklah memberi pujian kepada kepimpinan AMANAH yang telah menolak untuk bersama Hj Hadi dimana tengah-tengah kemelut 1MDB, PAS sambut salam UMNO.

Najib memang bijak kerana kebas duit berbillion-billion sehingga ada orang yang percaya Najib berbuat begitu demi ekonomi negara. Alang-alang tipu biar betul-betul menipu sampai orang tak percaya. Lihat sahaja bagaimana Najib BN berjanji kepada pengundi di Sarawak.

Mahathir kena 'kill' sekali gus Najib bersama UMNO untuk selamatkan negara.

Ini nak puji pemimpin AMANAH dan PAKATAN HARAPAN pun teragak-agak...macamana?

Malaysiabaru berkata...

Amanah nampak universal pabila dapat tokoh negara di pentas mereka

Namun kena ingat mahafiraun skrg menderita akibat doa laknat oleh kami

Jd jgn bg byk zgt ruang utknya

Cukup sekadar umno musnah dan firaun pun terkubur

Tanpa Nama berkata...

Ini lah masalah dengan Mahathir. Bukan nak mengungkit tapi apa yang di lalui sekarang adalah dari kezaliman dia dulu.

Yang ini jadi penghalang usaha baik yang sedang dia lakukan sekarang.

Anwar perlu dilepaskan dari fitnah ciptaan dia dulu...

Pencolekhangek berkata...

Musuh utama bukan najib. Musuh utama ialah ameno. Selagi ameno memerintah selagi itulah negara kucar kacir. Masa untuk Mahathir sudah berlalu. Banyak kerosakan yang dilakukannya tidak boleh diperbaiki selagi ameno berkuasa. Rakyat sudah tidak kisah kerana masaalah hidup. Institusi-institusi pentadbiran negara jadi bahan ketawa. Orang Melayu sudah jadi kurang ajar, biadap, rakus, sombong, pucuk enau,lalang dan juga tuba kepada negara sendiri. Kita tidak tahu apa akan berlaku. Tiada siapa yang boleh diharap termasuk lebai-lebai dan ketua-ketua kampung. Mungkin kita akan menghadapi satu zaman yang lebih gelap sebelum dapat menghirup udara kebebasan dan kebahagian. Mungkin kita perlu lalui satu zaman seperti tahun 30an. Keadaan sekarang cukup ranum untuk negara-negara lain mengambil kesempatan bahkan sudah ada pun yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita. Disamping itu negara-negara jiran terus maju sehinggakan kita boleh makan pisang yang dieksport oleh Filipina. Sedikit hari lagi kita akan makan tempoyak yang diimport dari luar!! Sambil itu berbahagialah Melayu dengan slogan ketuanan Melayu sebelum anak cucumu berebut-rebut menaiki bot rapuh merentasi laut China Selatan menuju kubur-kubur yang tidak bernisan.