31 Mei 2016

Baru Diumumkan Calon, Dr.Rani Dah Serang Mat Sabu & AMANAH

...Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, Abdul Rani sewaktu berucap berjaya memukau hadirin yang hadir apabila dalam ucapannya turut diselitkan dengan bahasa Jawa.

Malah, Abdul Rani turut menjelaskan bahawa beliau seorang yang penyabar dan berjanji “tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap”.

"Saya bukan orang yang senang marah. Saya tak akan baling mikrofon," katanya.

Tidak jelas beliau merujuk kepada siapa.

Bagaimanapun Presiden Parti Amanah Negara (Negara) Mohamad Sabu sebelum ini mencuri perhatian selepas membaling mikrofon (gambar) di atas pentas.

Mohamad antara nama disebut-sebut sebagai calon PAS dalam dua pilihan raya kecil akan datang. AMANAH masih belum mengumumkan calon mereka setakat ini.

Dalam pilihan raya umum (PRU) 13 Noriah menguasai kerusi Sungai Besar dengan mengetepikan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan kelebihan 399 undi sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar dijalankan serentak dengan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan. -petikan malaysiakini

ULASAN GB

Baru saja nama diumumkan sebagai calon, Dr.Rani terus menyerang Presiden AMANAH.

Punyalah "baik" sikap beliau yang memasuki bakul dan mengaku dirinya seorang yang penyabar dan berjanji “tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap”.

Apabila seorang yang dulunya dianggap baik tetapi berada di dalam kumpulan yang ketuanya suka memaki hamun, maka sifat pemimpin itulah yang akan menempiasi dirinya.


Pepatah arab menyebut “an-aaasu ‘ala diini muluukihim” yang ertinya manusia (rakyat) itu mengikuti agama (akhlak) para pemimpin mereka

Berkata Imam Ghazali pula:
"Rosaknya Rakyat kerana rosaknya pemimpin, rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulamak"

Maka tidak hairanlah kita untuk mendapati begitu ramai ahli-ahli PAS yang memfitnah dan memaki hamun...

Sebenarnya ada banyak kisah mengenai Dr.Rani tetapi kita tidak berkempen dengan membuat serangan peribadi seperti yang beliau lakukan.

Ini tidak, Mohammad Sabu belum pun dinamakan sebagai calon AMANAH di Sungai Besar, Dr.Rani sudah mengambil sikap "menyerangnya" walaupun dia faham Mohamad Sabu mencampakkan mikrofon itu hanya sebagai satu gimik untuk menyeru rakyat supaya bangkit menentang kezaliman UMNO.

Jadi kita dapat melihat "keresahan" Dr.Rani sendiri jika AMANAH menghantar calon untuk bertanding di Sungai Besar apatah lagi jika Mohamad Sabu yang dinamakan sebagai calon

Seperti yang GB ulas sebelum ini, Dr.Rani sendiri ditewaskan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar di dalam muktamar yang lalu oleh golongan yang mengaku pro-ulama.

Kini kerana PAS tiada calon ulama yang berwibawa untuk bertanding di Sungai Besar, maka Dr.Rani dikutip semula untuk menggalas tugas mewakili PAS di dalam PRK tersebut.

Kebanyakan golongan profesyenal di dalam PAS sudah menubuhkan sebuah parti Islam yang lain, Parti Amanah Negara namanya, sebuah parti yang lebih amanah, progresif dan peduli yang dipimpin oleh penasihat-penasihat dari kalangan ulamak yang bertaraf dunia juga, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan ramai lagi di dalam saf kepimpinan seperti Dr. Mujahid Yusof, Ust Hasanuddin Yunos, Dr.Hassan Baharum yang jauh dari akhlak yang rendah seperti memaki hamun dan memfitnah.

PAS sudah tidak lagi berupaya memegang obor "PAS FOR ALL" yang telah diperkenalkan oleh golongan progresif di dalam PAS satu ketika dulu. Obor itu telah dicampakkan ke longkang. Jika ada ahli PAS yang menggunakannya, ia hanyalah tempelan yang bertujuan untuk menipu dan memperdayakan rakyat.

Bagi PAS, parti mereka hanya untuk "geng ulamak", geng yang boleh memaki-hamun dan memfitnah, geng yang boleh mengkafir malah melaknat orang sesuka hati.

Obor ISLAM FOR ALL itu kini sudah berada ditangan AMANAH dan insyaAllah keindahan dan keperkasaan Islam itu akan dapat dilihat oleh seluruh rakyat, Islam dan bukan Islam.


17 ulasan:

nordin Abu Bakar berkata...

Calon Amanah mesti dibenarkan bertanding di sg besar. Parti hadi ni mesti diajar supaya menghormati org...kita akan membantu Amanah sedaya mungkin..

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu baling mike pun marahkan beribu-ribu orang melayu!!!

Tanpa Nama berkata...


Pepatah arab menyebut “an-aaasu ‘ala diini muluukihim” yang ertinya manusia (rakyat) itu mengikuti agama (akhlak) para pemimpin mereka

Berkata Imam Ghazali pula:
"Rosaknya Rakyat kerana rosaknya pemimpin, rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulamak"

Mat sabu lebih baik dari ulamak

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
Membawa OBOR...AMANAH Yg'ESA
Kaseh Mem-BERI...AMANAH-Nya CINTA
Kaseh Mem-BERI...Pengobat LUKA
Kaseh Mem-BERI...ABADI Selamanya
Kaseh Mem-BERI...FITRAH Syurgawi
Tiada SKLUMIT...Mementingkan DIRI
Tiada yg RAKUS...Khianat Men CURI
Tak Wujud ONAR...FITNAH Yg Keji


LURUS dan Tulus...AMANAH Di Dada
Se Tulus AMANAH...LANGIT dan Bumi
Se Suci AMANAH...Mentari Yg Ber CAHAYA
Yg Kaseh Mem-BERI...Tiada Ber Henti
Yg Kaseh Mem-BERI...Sepanjang Masa
Itu lah AMANAH...Dari Yg'ESA
Sbnar7 AMANAH...Yg Tidak Ter NODA



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
AMANAH Itu...Ke Cintaan-NYA TUHAN
Ke Cintaan-NYA Itu...Kaseh Mem-BERI
Se Murni Kaseh...Daratan dan LAUTAN
Se Indah Kaseh...Angkasa yg TINGGI
Yg Kaseh Mem-BERI...Tiada Ber Tepi
Menjunjung AMANAH...Dari ILAHI




Timnajib Jomfikir berkata...

Dr Rani kalau bagi menang pun...suara nya dalam parlimen kena ikut tone suara Hadi Awang.

Kena berusaha lebih...agar calon AMANAH menang. baru lah best, kita dapat lihat geng2 PH berpadu suara berperang mulut dalam dewan tu nanti.

Sudah terbukti, ahli parlimen PAS tak boleh pakai! bantah pun cara duduk shj. Ajukan soalan pun..soalan entah apa-apa tah.rugi yang amat sangat kalau PAS menang.

Tanpa Nama berkata...

Semoga PH menang dlm prk nanti..insha Allah

Tanpa Nama berkata...

Tujuan PAS masuk bertanding dengan meletakkan Dr Rani sebagai calon hanyalah untuk men galahkan calon AMANAH saja bukannya nak menang PRK Sungai Besar. Tu sebab belum apa dia dah serang AMANAH tak sentuh pun calon BN UMNO.

otaiblues.blogspot berkata...

dia mengamal kan politik matang tu...geng ulama mana cakap bohong..tak suka melebel kan orang dengan lebel yg tak elok..lagi pun bertanding bukan nk kuasa..
pas for ulama pas only...

Malaysiabaru berkata...

Ini kah Dr Rani yg aku kenal ?

Maaf tapi kalau ko dah berubah dan mulut busyuk.ko dah beracun

Maka

Dr rani ko lah manusia pendek paling hipokrit otak kurang waras dan berjalan macam kalkatu

Maaf rani .. Aku doakan penghujung amal jariah ko.. Dan keaudahannya neraka jahanam

P.s rani dulu ko ajar aku ckp baik buat bauk dgn al kafirun ... Harini ko pulak kena terima nasihat aku..

Tanpa Nama berkata...

Btl tu.dulu aku respect dr rani seorg yg baik dan bagus.skrg dh mula menampakkan sifat beliau.elok juga pas calon kan dr rani supaya kita blh lihat karater sebenar dr rani.lost my respect to dr rani

Tanpa Nama berkata...

Ranikon tol

tanya sama itu hud hud berkata...

Hahaha..bukan apa..
Nak jadi calon pas memang kena pandai perli,maki,label,sumpah seranah org..
Baru hadi marang redha

Pencolekhangek berkata...

Mengundi calun pas bererti kita setuju dengan perangai hadi yang suka memaki, cakap berbelit dan ponteng kerja. Mengundi calun bn bererti kita suka negara kita bertambah mundur dan perkara buruk seperti rasuah, menyalahguna kuasa dan kekalutan masyarakat. Bayangkan orang yang suka cakap putar belit menjadi penasihat kumpulan rasuah. Kemudian tu sama-sama bertanding rebut kerusi. Orang bijak tidak akan mengundi kedua-duanya kecuali pemakan dedak dan ada masaalah mental.

Tanpa Nama berkata...

Dr Rani dah di jangkiti VIRUS ADY AWE ULAAARMAK.Nayo ko dia ni.

Pemuda parit kings berkata...

Sedara tuh da takda modal...dah sah kamu akan kalah dr rani....jgnlah membobok la plak...haha...letih layan...nnti meroyan la plak...haha...klu kamu baik pun tiada gunanya lagi...jom masuk amanah!!!

andikbolong berkata...

yg baling mike entah berap sen je bandingkan yg baling duit berbillin senyap je no komen tu tanda sabar tak kena tempat . orang rasuah dr rani sabar, org makan dedak sabar sedar,

Tanpa Nama berkata...

CAMPAK MICROFON LBH BAIK DR CAMPAK PERJUANGAN RAKYAT YG MAHUKN PEROMPAK BERSIRI DISINGKIRKN

RAKYAT AKN CAMPAK PAS DN UMNU MCM MAT SABU CAMPAK MIKROFON TU.... ADA FAHAM KE PAS DUNGU SEKELIAN