31 Mei 2016

Dr Rani Termenung Bila ADUN Sekincan Ajak Rakyat Undi AMANAH

Harapan Dr Rani agar Ng Suee Lim menyokongnya hancur berkecai

Harapan calon Pas di Sungai Besar, Dr Rani Othman agar kawan beliau yang juga Adun Sekinchan, Ng Suee Lim membantunya dalam pilihan raya kecil (PRK) nampaknya tidak kesampaian.

Ini kerana, belum lagi nama calon Amanah diumumkan, Suee Lim sudah berkempen agar pengundi beliau di Sekinchan mengundi calon rakan komponen Pakatan Harapan itu.


"Yb Sekinchan sudah awal-awal berkempen untuk calon Amanah sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sungai Besar ......????" tulis Dr Rani dalam facebooknya hari ini.

Sebelum ini, dalam temuramah dengan lidah rasmi Pas, Harakahdaily, Dr Rani berharap kawan beliau dalam "Geng 52" itu akan menyokongnya dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Saya sangat berharap Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya.

"Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri,"
kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily.

Malam semalam ketika berucap dalam satu majlis di sebuah restoran, Ng Suee Lim telah mengajak penyokongnya agar menyokong calon Amanah.


Gambar beliau memegang contoh kertas pencalonan dengan tiga logo iaitu BN, Pas dan Amanah, beliau meminta orang ramai memangkah calon Amanah.

Sokongan pengundi Cina yang membentuk 33% pengundi di Sungai Besar kali ini akan menentukan calon mana yang akan menang selepas pengundi Melayu akan berpecah dua antara BN dan Pas.

BN meletakkan Adun Sungai Panjang Budiman Radzi manakala Pas meletak Adun Meru, Kapar, Dr Rani Othman sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pengundian akan dibuat pada 15 Jun. -MD


Jentera DAPSY siap menangkan calon Pakatan Harapan

IPOH, 29 MEI: Sosialis Muda DAP (DAPSY) menyokong penuh calon Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Menurut Ketua DAPSY Wong Kah Woh, pendirian ini dibuat memandangkan PAS telah menolak segala kemungkinan untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan, dan dilihat lebih cenderung untuk memenangkan UMNO.

“Oleh sebab itu, Pakatan Harapan perlulah meletakkan calon yang terbaik di kedua-dua kawasan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menewaskan calon BN,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi memenangkan calon Pakatan Harapan, DAPSY juga akan bekerjasama erat dengan Pemuda Amanah dan Angkatan Muda Keadilan dalam kedua-dua PRK ini.

“Kita akan kerah jentera DAPSY seluruh negara untuk memenangkan calon Pakatan Harapan. Jentera DAPSY dari Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah akan membantu kempen PRK di Kuala Kangsar manakala jentera DAPSY dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak akan berkempen di Sungai Besar,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Canning itu.

Selain itu, pilihanraya kecil ini katanya merupakan pilihanraya pertama yang akan ditandingi Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia selepas penubuhannya.

“Pakatan Harapan perlu memaparkan satu barisan pembangkang yang bersepakat, bersepadu dan dapat memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi menjelang PRU-14.

“Amanah baru berusia lapan bulan. Selaku rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, adalah penting untuk kami memastikan Amanah berkembang, dan seterusnya menjadi satu parti yang mampu untuk melontarkan cabaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14,” katanya.


ULASAN GB

Dr Rani telah kalah di dalam pemilihan YDP PAS Kawasan Kapar di dalam muktamar tahun lalu, ditewaskan oleh golongan pro-ulama.

Tetapi pada PRK Sungai Besar tiba-tiba PAS yang dikuasai oleh geng ulama ini menamakan Dr. Rani sebagai calonnya.

Semacam sudah tiada ulama berwibawa untuk diketengahkan tetapi panggil juga Dr.Rani untuk bertanding bagipihak PAS.

Selamat bertanding kepada Dr. Rani.


29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu, eloklah Dr Rani berhijrah ke parti AMANAH kerana PAS kini untuk mereka yang mahu berakhlak syaitaniah seperti tuang presidennya & UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Tindakan ADUN Sekinchan tu memang kena pada tempatnya! PAS kan sebuah parti politik yang kuat bila bersendirian, tak perlukan bantuan sesiapa apa lagi dari parti musuhnya DAP! Ikatan kan ada!? Pakat2 la Dr Rani pakai bow tie bila berkempen nanti.

Unknown berkata...

Salam:


Jika PH meletakan calon Amanah tempatan,cikgu Azhar,insyallah, PH beremungkinan Menang di sisungai besar. Dengan bersyarat cikgu Azhar dapat membawa pengundi melayu >30% menyokongnya.

Pengundi melayu BN berpecah dua.
Pengundi melayu PAS berpecah dua.

Pengundi Cina SOLID pada PH.Jika PH maintain seperti dulu 70%-80%
jika MCA/GERAKAN pun marah dgn PAS,berkemingkinan penambahan 10% lagi.

LOGIKNYA disini...PAS nak dapatkan undi melayu berapa %????100% 50% 30% atau 20% jiKa diKira dulu-dulu pas dapat solid undi melayu 8,000 sahaja.TaK sampai pun 20%.Andaikata Ketokohan dr.Rani ada pertambahan 5%...PAS masih lagi mewarisi "KEKALAHAN" di kawasan ini.UNdi cina DAP 0.00%..UNDI CINA MCA/GERAKAN0.00%...MUNGKIN 1% CINA yg marah Dekat DAP.
Undi umno dpat 60% melayu dulu-dulu..sekarang umno dah berpecah dua.Jika umno/bn dapat undi melayu <60..20% undi cina MCA/GERAKAN tak nak turun mengundi..Jawabnya..umno /BN tewas.

Amanah/PHlah yg untung...SOLID dapat dari pengundi cina.Cuma ciKgu Azhar calon tempatan kena melipatgandakan usahanya bersama grass-root melayu umno,untuK keluar mengundi.Dapat 10% UNDI MELAYU UMNO SUDAH MENCUKUPI.uNDI UMNO TINGGAL <50% SAHAJA.
Diharap pertugas-pertugas PH,DAPAT BERSATU HATI,dalam menjalankan kerja2 PACA,sebab sekarang ini ulat-ulat bulu sedang berkeliaran untuk mencari mana2 lobang yg terlopong.Tawaran 10k..50k..100k..siapa yg taknak.

semoga maju-jaya.

Tanpa Nama berkata...

sabau je laaa dr Rani Pas kan Kuat tk perlu sokongan dari bangsa cina khas DAP..MCA kan ada mintak bantuan tk berani ke..kan sama cina gak...tuang presiden kan bagus ckp semua ok ..semua cian sokong tkda masalah..muga pas mendapat kemenangan bila bersendirian..

Tanpa Nama berkata...

Dah jadi Adun bagi peluang orang lain jangan tamak harta dunia..

Tanpa Nama berkata...

YB Ng Suee Lim orang yang berpegang pada prinsip, tak macam president Pas dan wallaun. Mana mungkin dia nak kempen untuk Dr Rani calon Pas parti yang membabikan DAP, dah tentu kempen untuk calon AMANAH parti sekutu dalam PH. Pas minta la bantuan UMNO untuk kempen, kan sekufu. Bila macam ni baru la kata YB Ng kawan baik, kesian Dr Rani......

Tanpa Nama berkata...

Dr rani mmg disegani sbb ketokohan Beliu.seeloknya Beliu masuk amanah bersama rakan2 Amanah.apa kata menjelang prk nt dr rani letak jwtn dlm pas dan masuk ke parti Amanah.mau ngelupur hadi.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mana Dr Rani bila parti parti kawan rapat dia di babi kan?

Tanpa Nama berkata...

Dr Rani pelik sebab AMANAH belum sebut nama calun lagi. Letak siapa pun dari AMANAH, sekalipun bukan Mat Sabu, DAP tetap akan sokong. Mana tak pelik. Begitu punya konfiden DAP pada AMANAH.


Sebaliknya PAS belum tentu pro Ulamak akan memberi sokongan kepada Dr Rani.
Tak kan dah ludah nak jilat balik?

Kepada Dr Rani bersabar lah.

Tanpa Nama berkata...

Tujuan PAS bertanding hanyalah untk kalahkan calon AMANAH (PAN) sahaja bukannya nak kalahkan calon UMNO BN. Itulah tujuan sebenarnya,

abrarmujahideen berkata...

Da mcm " terkencing dlm seluar" kahkah

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak sokong pun masa berkempen sebut lah yang Dr Rani ini kawan baik dia. Dapat dua tiga pengundi cina nanti pun jadi lah.

Ingat kalau PAS boleh menang, pro ulamak nak letak Dr Rani? Apa lagi sekarang ini PAS tak mahu menang cukup lah jika dapat keredhaan Allah.



pemuda parit kings berkata...

Itulah bezanya pemikiran politik Cina berbanding Melayu...buat Dr Rani...semoga tabah dimainkan manusia bernama ularmak...hanya bertanding utk jatuhkan nama Dr sendiri...demi menjatuhkan amanah...namun amanah takkan jatuh selagi semangat jitu ada disemua lapisan ahli amanah...semoga amanah menang dalam PRK mahu pun PRU akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Dr Rani tu cerdik. Itu reverse psikologi. Dia nak dapat banyak undi Melayu dan mengharap menang dengan undi Melayu. Dia nak bagi tahu pengundi, Cina tak akan sokong dia. Dia juga harap ada simpati dari ahli PAS yang sokong Amanah akan sokong dia.
Apa pun kerja nak pastikan samada PAS atau UMNO je yang akan menang.
Jelasnya Dr Rani dah rasa dia akan kalah jadinya secara indirect kenyataan itu minta pengundi Melayu undi PAS atau UMNO kerana Cina akan undi Amanah ikut saranan DAP.

Tanpa Nama berkata...

Satu kata DAP babi.
Satu lagi puji kerana beliau (DAP) boleh menghafal maksud firman Allah.
Hadi tak terasa ke??

Tanpa Nama berkata...


1. PAS bukan berjuang untuk menang
2. PAS sudah ada ikatan dengan KITA
3. PAS kuat sendirian.

Kalau kalah.. ana gumbira! gumbira!

Unknown berkata...

Pas pecah 2 umno pecah 2 cina bersatu walaupun lain party cuba renung renungkan akhirnya melayu rebah cina tepuk tangan ugama jadi taruhan bangsa jadi kelas bawahan ingatlah wahai melayu ingatlah wahai bangsaku

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS memerlukan simpati dari pengundi PRK ini PAS kena berunding dengan UMNO bagi ada msyuk beb taburkan belang harimau dikawasan PRK itu barulah ada sokongan menang belum tentulah itulah saran tuang presedeng Hadi Awang bertanding bukan untuk menang tapi untuk dapat keredhaan Allah.

air gunung berkata...

En mat atim
En nyanyilah lagu anak kecil main api tu yer.ulang dan ulang sampai tertido then bgun nynyi lg ek...kih kih kih..

Malaysiabaru berkata...

Tahniah yaHadi pas bwejaya hancurkan pakatan rakyat

Dan

Huru harakan be end

Sehingga Sabah Sarawak terfikir nak kluar Malaysia

Najis dan yahadi boleh di anggap suey bagi umno dan pas... Namun ahli ahli pondan pas dan umno mcm dungu di badutkan mahkluk jelmaan iblis 2,ekor nih

Nobody berkata...

Salam Encik Mad Atim Osmaen,

Minta maaf cakap, itulah kenyataan paling bodoh yang saya pernah dengar!!!

Daripada saya kecil, Melayu berpecah je yang saya dengar. Walhal yang saya tahu yang tanah kena rampas di KL tanah Melayu juga.

Tanah rezab Melayu daripada 3,000,000 ekar lebih zaman penjajah British tinggal lebih kurang 1,200,000 ekar zaman sekarang sebab Cina bersatu Melayu berpecah ke???

Hujah saya bersandarkan dua perkara :-

1. Encik tolong cari Nas dan Dalil mengatakan kita boleh bersatu atas benda-benda maksiat contohnya menyelewengkan 1MDB atau menyalahgunakan duit Tabung Haji (duit orang Islam tau) atau menyalahgunakan FGVH (duit peneroka Felda tau, kebanyakannya bukan Orang Melayu ke?)???

2. Lepas tu ketiga-tiga calon orang Melayu apa masalahnya??? Ingat kata-kata perpatah Arab perselisihan pendapat adalah rahmat. Sebab nak bersatu sangat biasiswa tak ada, subsidi gula, petrol dan sebagainya tak ada, tol naik apa lagi???

Lagi sekali saya ulang, bolehkah kita bersatu dalam perkara maksiat??? Nak mampos!!!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dr Rani dipilih sebagai calun dari pas kerana dr Rani ibaratnya dijadikan kambing yg bakal kena sembelih oleh pas sendiri. Keduanya dr Rani ni ada duit sikit jadi beliau lah bakal menanggung ini semua. Harapkan yang lain jauh panggang lah. Saya perhatikan dalam pas ni ya bila keaadaan genting selalunya dr Ranilah yang akan disuruh mengambil tempat tapi bila keadaan agak menyenangkan pas beliau akan di ketepikan secara halus, cuba perhatikan. Sebenarnya dr Rani dah banyak kali kena sembelih...

Tanpa Nama berkata...

waah dap nk kerah semua jentera parti utk menangkn amanah

tp ada ulamak tu ungkit sebb kununnya jentera pas saja buat keje. dlm perjuangan pun nk berkira.

mana dpt pahala klu ungkit perjuangan

yg pasti ruu bukan hudud telah disahkn oleh najib dn sahabatnya hadi

so jgn nk perasan jihad menegak hukum hudud Allah.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan sokongan..walaupun ditipu bangsa sendiri..udah2 lah che mad..simpan sikit bodoh tu..

Tanpa Nama berkata...

Dr. Rani ni slow bodowi. Walak lg kpd olamak pas. Kalah ydp di kapar. Masih bergayut dgn paschai. Yb sekincan lg cerdik. Ada prinsip n maruah. Yg penting boleh speaking jawa. Kalah khir toyo. Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Kami mahu pas kalah. Pas pencetus huru-hara bukan pencetus umah. Bila mca dan mic marah psal hudud terus menikus senyap! Ini semua salah dap ke? Memang pas kaki spin tujuan memecahkan Pakatan bg memenangkan BN. Dah terbukti

Pemuda parit kings berkata...

Wow!!terbaik!!!

Faqir berkata...

Dr Rani, assalaamu'alaikum,
Sedih ingat liku2 kerjaya politik doktor....begitu 'istiqomah' dgn PAS, sungguhpun kalah dlm YDP Kapar mungkin Angkara kerja pro 'ulama'.
Kata Adun DAP Sekinchan kawan baik dia walaupun CHINA, tetapi boleh cakap jawa, boleh guna nas al Qur an tetapi yg pro 'ulama' memusuhi mereka Dan antara lain, menggunakan perkataan DAPigs untuk tujuan menghina...
Siang2 lagi dilaporkan Tuan serang peribadi Hj Mohamad Sabu bila mengaku tak Akan baling telefon....

Mohon Tuan Doktor muhasabah diri Dan timbang untuk merenggang Dari parti yg kini sedang berjinak2 dgn UMNO yg dari DULU
lagi bergelumang dgn berbagai kejengkelan Dan kemaksiatan...wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Masa kecoh Pas sekongkol dgn umno tempoh hari, nampak macam Dr. Rani sebelah Amanah, tapi tetiba sebelah Pas, kaki kanan nya. Tak ada pendirian ...