9 Mei 2016

AMANAH Wajar Wakili PH Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar

Elak kepartian sempit, teruskan berjuang- Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar parti-parti komponen pembangkang supaya mengatasi isu kepartian sempit demi perpaduan nasional.

Ini kerana pihaknya menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang sekali gus menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini pilihan raya yang paling sukar bagi PKR.


“Pelbagai cabaran dan halangan mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihanraya umum yang akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah akan terus mengangkat suara rakyat tanpa rasa takut kerana percaya masih banyak yang perlu diusahakan demi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

“Kami berjanji untuk terus berkhidmat dan mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen,” katanya lagi.

Sementara itu, DAP dijangka melakukan ‘post-mortem’ selepas mengalami kehilangan lima kerusinya kepada BN.

“Parti akan menjalankan post-mortem dan tunggu laporan penuh daripada pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen. Ia termasuk kegagalan membawa sebarang kemajuan di kerusi luar bandar,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga bertekad untuk bekerjasama dengan parti PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Pakatan Harapan.

“Terdapat keperluan untuk mengukuhkan mekanisme dalaman Pakatan Harapan supaya perjanjian yang dibuat dihormati selain dipertahankan. Pakatan perlu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan kita,” jelas beliau lagi.

PKR tewas di 37 kerusi namun mengekalkan kesemua kerusi dimenanginya pada pilihan raya Sarawak 2011 iaitu di Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan.

DAP yang bertanding di 31 kerusi hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu. -FMT


Azmin ajak PAS bersama Pakatan Harapan

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

"Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.

"Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.

"Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini," kata Azmin.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Beberapa bekas pemimpin kanan PAS turut menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
-Bernama


ULASAN GB

Dua PRK menunggu di hadapan. Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Penyandangnya kedua-dua kerusi itu adalah ialah BN setelah BN menewas PAS dengan majoriti yang agak tipis.

Di P067 Kuala kangsar BN mengalahkan PAS dengan majoriti 1082 undi dan di P93 Sungai Besar BN mengalahkan PAS juga dengan majoriti 399 undi.

Sekarang ini PAS sudah keluar dari Pakatan, dan PAS juga telah mengisytiharkan DAP dan AMANAH sebagai musuhnya.

PAS sudah menjadi parti perkauman, sama seperti UMNO. PAS bersama parti serpihan UMNO, IKATAN membentuk pakatan baharu bernama PASIK. Apabila menyedari IKATAN cuma ada 79 ahli, lalu kini ada ura-ura untuk memancing NGO mesra UMNO, ISMA untuk bersama mereka.

Di dalam PRN Sarawak PAS bertempik sorak di sana sini berbangga dengan pencapaiannya dengan mengatakan tanpa bantuan PH mereka mampu mendapat undi yang lebih besar dari AMANAH.

Tetapi mereka meluapakan fakta bahawa PAS sudah 60 tahun ditubuhkan sedangkan AMANAH baharu 6 bulan. AMANAH belum sempat pun membuka cawangan-cawangannya di Sarawak. Kita lihat perbandingan undi popula di Sarawak:

PECAHAN UNDI POPULAR PRN SARAWAK 2016

Barisan Nasional : 63.72%
DAP : 18.21%
PKR : 9.29%
PAS : 1.70%
AMANAH : 1.24%

Melihat angka di atas, jelas sekali bahawa AMANAH sekalipun baru berusia 6 bulan sudah berjaya memeperolehi undi popular yang hampir dengan PAS yang telah berusia 60 tahun (1.24% berbanding 1.70%)

Untuk menumbangkan BN hanya ada satu jalan - semua parti pembangkang bergabung. Tetapi apakah PAS bersedia menghapuskan ego dan angkuh mereka seperti yang diminta oleh presiden PKR, Wan Azizah supaya parti pembangkang supaya mengatasi isu kepartian sempit demi perpaduan nasional? Begitu juga dengan seruan Azmin Ali supaya PAS kembali bersama Pakatan Harapan?

GB tidak nampak PAS akan bersetuju sebab pendirian PAS sudah jelas - mereka menolak untuk bersama Pakatan Harapan. Mereka hanya berkata mereka menang dulu pun kerana kekuatan mereka bukan bantuan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat walaupun di Selangor mereka akur bahawa mereka menang kerana adanya DAP dan PKR semata-mata untuk mengekalkan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.

Di atas sebab itu, AMANAH yang menggantikan tempat PAS di dalam Pakatan, perlu menggalas tanggungjawab dan diberi laluan untuk bertanding di dalam PRK-PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar mewakili Pakatan Harapan. Manakala DAP dan PKR wajar memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan di PRK-PRK berkenaan.




39 ulasan:

Unknown berkata...

Ok, K.kangsar dan Sg.Besar PH akan diwakili oleh AMANAH.

PAS pun boleh masuk bertanding untuk kedua-dua tempat tersebut.

PRK disemenanjunglah baru kita akan dapat tahu...siapa yang cakap besar.

Tanpa Nama berkata...

Apahal si Azmin Masih lagi nak Pas Pas dah xnk sudahla,jgnla spt pengemis pula,kalau Azmin nk Pas Sgt sila masuk Pas,kami mengalu ngalukan Azmin masuk Pas.jgn rosakkan pH lagi

abrarmujahideen berkata...

Azmin takot jawatan MB die terlepas hahaha...kartel die buat taik kat sarawak

suparjo@blogspot.com berkata...

Bukahkah secara sedar dan tegar disebut Amanah pengganti Pas. Maka jangan hidu Pas lagi. Politik lawak apabila Amanah hendak duduk bersama Pas...

JIHA-DISC berkata...

Pasngok dh ambil sub utk mghuru harakn blok pmbangkang.....umgok dh bole goyang kaki

iswara berkata...

Ukuran pengaruh sebenar adalah di malaysia barat.
Siapa rasa dia berpengaruh dialah yg layak isi kerusi tersebut.
Pertarungan 3 penjuru sdh pasti.
Md Sabu boleh dicalonkan disitu bersama timbalannya dikerusi 1 lagi.
Manakala Pas letak calon terdahulu.
Buku dgn ruas.Adegan yg ingin semua lihat.
Undi pembangkang sdh pasti terbahagi 2.
Undi umno sdh pasti tercela dengan skandal bosnya.
Ingin sangat lihat undi popular berpihak pada sebelah mana.
Dari prk ini akn menatijahkan suasana pru 14 nanti.
ABCD,ASAL BUKAN CAP DACING PILIHAN RAKYAT MALAYSIA.

Unknown berkata...

Stuju

Tanpa Nama berkata...

Macamana pandangan kita terhadap PAS sekali pun, hakikatnya PAS, DAP, AMANAH dan PKR diperlukan menjadi sebuah pasukan pembangkang. Melainkan PAS telah memutuskan untuk bersama UMNO.

Masalah PAS ialah cuma Hj Hadi dan geng cai yang beriya-iya untuk menagih kuasa bersama UMNO. Ramai ahli PAS yang keciwa terhadap sikap pemimpin mereka yang telah memecat Husam. Dan sehingga sekarang PAS masih tidak bersama UMNO secara resmi kerana ramai ahlinya menolak kerjasama PAS UMNO.

Sanggup kah Hj Hadi bertentang mata dengan Husam sekiranya Husam menyertai AMANAH ? Banyak budi Najib yang termakan oleh PAS jika tidak, PAS akan menyokong deklarasi rakyat. Isu balak yang di persoalkan oleh Husam salah- satu rekod buruk PAS.

Jika ahli dan pemimpin PAS sedar dan yakin perlu nya PAS bersama PH buat lah sesuatu. Jika mahu bersama UMNO ikut sahaja lah kata Hj Hadi.

Jangan lah susahkan rakyat.

Unknown berkata...

Stuju Amanah betanding...kite tgok undi pas betambah ke merudum..tuang presidang kata pas kuat..tungu dn lihat

Unknown berkata...

Aku meluat pada Azmin. Jika Azmin masih dalam keadilan , aku tak akan undi keadilan. Duduk pi sondol pus(nanah) nanah tu buat apa, najis.Jika bagi pada Amanah atau DAP aku setuju.

Unknown berkata...

Jika bagi Azmin bertanding denga Jamal tongkol walaupun aku tak suka jamal tapi aku akan undi jamal

Tanpa Nama berkata...

Sori la bro semua..BN tetap akan menang selagi PH masih lagi terumbang ambing dalam menentukan wakil calon...dengarlah suara anak tempatan dalam memilih calon..jangan ikut suka hati nak letak calon..macam K Kangsar...jika calon.masih lagi bukan pilihan rakyat tempatan...lupakan. Kami akan undi protes seperti pilihanraya yg lepas...

Unknown berkata...

Tuan blogger.. saya amat berminat menyertai forum di blog tuan.. tapi saya kurang selesa dgn adanya tapisan dari pihak tuan.. setiap komen saya lambat utk diterbitkan atau tidak langsung diterbitkan.. cuba tuan saksikan blog yg lain yg adanya perbahasan seimbang seperti agendadsai, sisibukit, omakkau, ibnuhasyim, pakkaramu dll begitu aktif menyiarkan komen2 dari kedua belah pihak.. setiap komen terus diterbitkan tanpa tapisan.. kita bukan budak2 lagi tuan.. tambahan saya tgk antara komen2 pro PAN dlm greenboc pun tak lah sesopan santun mana.. saya tak pasti apa alasan tuan utk menapis komen2.. adakah syok sendiri atau bagai mana..

Baru2 ni ada seorg forumer sisisbukit mencabar saya agar berkunjung ke blog tuan utk berentap hujah kononnya.. tapi saya jwb selagi ada amalan tapisan aku tak berminat..

Apa yg hebatnya blog greenboc.. berapa byk komen aku tak lepas tapisan atau lambat diterbitkan.. aku pesan tolong bgtahu greenboc buat macam sisisibukit ni tak payah tapis2 baru aku boleh masuk greenboc..

Cuba tuan perhatikan prestasi PAN di sarawak.. tak semenggah manapun wpun blog tuan senantiasa dihujani komen2 pro PAN seolah2 majoriti menyokong PAN.. cuba tuan tolong bukak minda penyokong PAN di blog tuan agar mereka tahu realiti sokongan di luar sana..

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Patutnya masyarakat tempatan tentukan colan mrk sendiri. Harap Amanah merintis politik baru ini. Perdebatan patut diadakan dikalangan ahli sendiri dan diundi utk jd calaon oleh ahli2 tempatan

Tanpa Nama berkata...

common on lah an anonymous 6:37 PM.

anda datang rumah orang terpulanglah orang nak layan atau tidak. blog gb bukan macam warung tepi jalan yg takder disiplin. kalau ko ghase tak selesa kat sini kan banyak blog lain yang pro-pas/umno spt yg ko sebutkan tuh. Pergilah komen kat sana. sana ko boleh mencarut, memaki, memfitnah dsbnya.

Tanpa Nama berkata...

apa jaminan pkr bhw tidak akan terdpt pertindihan calon pru akan dtg?

apa tindakan pkr keatas azmin krn beri kemenangan percuma kpd bn dan mengeluarkan watikah calon2 pkr yg bertindih dgn dap?

sekiranya tiada sbrg tindakan keatas azmin dan barua2 yg beri kerusi percuma kpd bn, mk Amanah dan DAP hendaklah berhati2 dgn pkr.

Tanpa Nama berkata...

6.37 Mai nak habaq wie...masuk rumah orang, hang pakai sedondonlah baru depa kata hg bijak walaupun hati dan iktikad lain2....hahaha. Hak tu pun hg nak kecik hati?

Tanpa Nama berkata...

Bila nak dekat pilihanraya,gaduh. Bila kalah baru nak sedar semula. Kerajaan lanun bn kuasanya sgt besar.kalau nak kalahkan lanun,semua pembangkang kena bersatu & bekerjasama. Ni dok pecah sana,pecah sini byk lubang.mcm mana?kita mesti bersatu ibarat spt lidi.satu lidi rapuh,byk lidi jadi kuat.

Tanpa Nama berkata...

Tuan 6 37 PAGI. Salam.

Jangan lah kita masuk ke mana-mana blog semata-mata untuk 'berentap' hujah dan apa lagi kerana di cabar untuk tahu siapa yang menang berhujah. Kita tidak akan menang berhujah selagi Najib dan UMNO tidak di tumbangkan ...!

Jadi tidak hairan lah komen tuan di tapis. Lambat...? Setelah lama bersama dengan Greeboc@Mahazalim saya boleh agak bila masa nya Tuan Greenboc mengemaskinikan blog nya. Dan tuan kenalah faham bahawa selain mengendali blog, Greenboc juga memegang jawatan dalam mengerakkan misi Pakatan Harapan melalui Kelab Penyokong PH.

Malang sekali tuan menyebut beberapa blog seperti ibnuhasyim, pakkaramu dan apa lagi omakkau yang sangat menjijikkan sekali. Saya pernah menjenguk blog-blog tersebut kalau saya caci botol kicap pun blog-blog tersebut akan menyiarkan komen saya. Apa tujuan blog tersebut menyiarkan komen-komen yang tidak bermanfaat?

Saya pernah menhantar komen yang bukan menyindir, 2x untuk pengetahuan tuan, tetapi yang 'mengejek' ahli PAS yang saya kira boleh membuat pihak lain marah, tetapi Greenboc tidak menyiarkan nya. Tuan bezakan saya yang hanya 'mengejek' dengan komen di blog yang tuan sebutkan. Saya tidak guna pun perkataan sial, bodoh, babi sebagainya tetapi kerana lebih kepada 'mengejek' ia nya di tapis. Setakat ini komen balas yang marah dan keciwa tidak di tapis lagi oleh Greenboc melainkan yang mencarut.

Ok lah. Berapa banyak komen yang tuan baca dalam satu artikel yang mempunyai 40, 30 atau lebih komen? Kesemuanya? Berapa banyak komen yang di ulang-ulang dalam artikel yang sama? Kalau komen yang sama dalam artikel yang lain, masih boleh di terima. Dan ada orang yang sama 'paste' komen yang sama dalam artikel yang lain. Seolah-olah bukan ingin komen nya di baca tetapi minta di balas !

Saya akan fikirkan dulu untuk menjangkakan apa yang akan dijawab oleh pihak lain mengenai sesuatu isu. Kita jawab sebelum perkara tersebut di perkatakan.
Kerana kita mahu menghantar message yang berguna kepada pihak satu lagi. Baru lah fikiran kita sihat.

Saya tidak pernah pulak tahu ada parti yang memberi pandangan negatif kepada parti yang di sokong nya. Seteruk-teruk Ikatan pun ada orang yang sudi bergabung. Kita jual produk tak kan lah kita nak kondem produk kita sendiri.

Ya memang disini mengambarkan seolah-olah AMANAH mendapat sokongan. Tidak ada pilik nya sebab nama nya pun Pakatan Harapan...'harapan', yang peliknya blog kegemaran tuan seperti omakkau majlis ramai tak ramai yang di beri perhatian !

Saya mencari semula perhimpunan Tuan Ibrahim di Titiwangsa di blog ini tapi saya tidak jumpa. Tapi saya tak jumpa. Setahu saya Greenboc tidak siarkan...maaf kalau saya silap.

Mudah-mudahan kita bertemu lagi di sini. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Nanti blog ni akan ramai dgn anti PAN punya mesej.. hujan mcm blog amakkau.. copy dan paste berpuluh2 kali komen anti PAN... sampai boring nak baca.

Komen diblog bukan menunjukkan sokongan sebenar. Walau berjuta komen pro PAN sekalipun..

Komen saya pun x disiarkan. Biasa la. Nak puas hati, buat blog sendiri. Lihat sapa nak datang dan nak buat komen. Takat datang paksa tuan blog approved komen, buat la komen yg berhemah. Jika penuh berisi tapi emo, sorila ye..

Tanpa Nama berkata...

Tuan tak memgkaji rasanya. Unjuran dr kptsn keseluruhan antara pas amanah spti dibawah
Pas. 1.70% 6 - 7 tahun di sarawak
Pan 1.20% 6 - 7 bulan di tubuhkan
Adakah perbandingan ini tidak ada apa2/erti

Tanpa Nama berkata...

Sokong komen ni,,, azmin mu n the geng,,gi masuk parti PAS

Tanpa Nama berkata...

Yg sebetulnya ahli2 pas kena buat perubahan...singkirkan golongan cai dan gantikan yg lebih baik..barulah pmbangkang dpt bersatu utk pru akn datang..selagi ada group hadi yg kluk klek pakatan pembangkang akan gagal...

Tanpa Nama berkata...

kukuhkan pakatan harapan,

bosan dengar kerusi tradisi konon, bertanding kalah.
calon PH bebas mengunakan lambang parti lain. jika jentera parti kompenen yang lain kuat.
jentera kuat tak berguna jika calon setaraf nik abuh atau toniwi (pekerja asing atau matawang asing?)

calon dipilih kerana kepentingan politik sempit seperti sindiran dari kak wan, mana ada pilihan rakyat tempatan?
rakyat memilih hanya dikertas undi. undi proest lah .... seperti tulisan orang diatas tu.

dulu kita bangga bila orang cina dan india memakai tshirt dan menjulang bendera pas.
kini kita rasa nak muntah jika dengan propaganda seperti itu.

Jika husam bertanding sebagai calon bebas sekalipun tiada sebab untuk PH atau rakyat melupa dan meninggalkannya.
atau seperti harum manis lain yang masih lagi mengunakan lambang pas.
(jika pas tidak meminggirkan mereka sebagai calon kerana tiada kelayakan sebagai walaun.)

PH masih tiada lambang dan identiti yang jelas.
malah tiada keupayaan untuk mengurangkan konflik dalaman parti komponen.
tiada negosiasi kerusi untuk parti kecuali kepentingan rakyat.

negosiasi gagal kerana parti tiada kredibiliti untuk mengunakan kuasa sebagai penentu keputusan.
pilih calon yang terbaik untuk rakyak dan lambang parti untuk jentera (terbaik) sebagai pengiktirafan hasil kerja kuat mereka.

kukuhkan pakatan harapan.

Tanpa Nama berkata...

Cakap banyak tak mau. Pakatan Harapan wajar menggantung sementara hubungannya dengan Azmin Ali selama 6 bulan.

Pemuda parit kings berkata...

Setiap blog milik semua pengemar blog...namun klu niatnya take baik...sape yg nk siar???klu benda baik...APA salahnya...bak kata nk bersatu dgn pas?pas yg xnk..sombong bodoh...kata2 org serawak tu amat bererti buat pencinta PH...amati betul2 ayatnya...pelik tapi benar bahawasanya PH masih baru...pendokongnya kekal dgn agenda yg x menguntungkan selagi masih bertembung DLM pilihanraya...APA nk jadi???pimimpin tertinggi PH perlu buat sesuatu sebelum PRU nnti...rakyat boleh meluat...semak memikirkan pembangkang x bersatu dgn isu kerusi...cukup2 lah...sampai masanya PH teguhkan kesatuan parti2 pembangkang...

abrarmujahideen berkata...

Calon Kuala Kangsar - Nizar Jamaludin
Calon Sungai Besar - Aziz Bari

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar hampir pasti bakal menyaksikaan pertandingan tiga penjuru. Pertandingan tiga penjuru akan menatijahkan BN memenangi kedua-dua prk tersebut. Pas berhak menuntut haknya untuk bertanding di kedua-dua kerusi parlimen tersebut kerana status qua PRU 13. Pas pastinya tidak akan memberi laluan kepada parti-parti pembangkang lain bertanding. Pas kalah di kedua-dua kawasan parlimen tersebut dengan majoriti yang sedikit, 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Senerio Pas kalah tipis di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat pada PRU 13. Kini Pakatan Rakyat telah hancur-lebur disebab keegoaan Pas. Rentetan fenomena itu, Pas telah menganggap DAP dan parti serpihannya Amanah sebagai musuh nombor wahidnya. Pas bakal kehilangan 31% undi Cina yang jumlahnya sekitar 10,000 pengundi di Sungai Besar. Pas hanya boleh memperolehi sekitar <30% undi Melayu yang jumlahnya sekitar 10, 000 undi. Pas bakal kecundang di Sungai Besar.

Sekarang ini, kebencian pengundi-pengundi Cina kepada BN dan Pas adalah pada tahap maksimum. Pengundi-pengundi Cina tidak akan memberikan undi mereka kepada kedua-dua parti ini, ekoran skandal-skandal kerajaan BN, dan Pas tidak jujur dalam merealisasikan kesepakatan Pakatan Rakyat. Sekiranya Amanah bertanding dan berupaya memperolehi 25% undi Melayu dan 80% undi Cina, maka parti ini berpotensi besar mengalahkan calon Pas dan BN pada PRK kali ini. Seandainya Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus menjadi menjadi calon BN, maka memudahkan Amanah mengaalahkan pesaing-pesaingnya.

Tanpa Nama berkata...

Timbalan presiden yg degil...

Unknown berkata...

Salam:

Saya setuju pandangan dr. diatas, Calon Amanah yg layak bertanding di situ ialah Dr.Dzulkifly memandangkan ia orang Selangor.Banyak pengelaman sebagai think-thank PAS dulu-dulu.

GEBU berkata...

Meletakan calun AMANAH bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sg. Besar adalah sebagai titik permulaan mengutuhkan Pakatan Harapan setelah Pakatan Rakyat dihancurkan oleh PAS. Tak perlu mempelawa PAS utk menyertai PH kerana kekalahan tipis PAS dikedua2 kawasan ini pada PRU lepas bukan kerana kekuatan PAS tapi kerana kekuatan PR. Fenomena ini harus dijadikan ukuran untuk kita meletakan calun dari AMANAH supaya sokongan pengundi dikawasan ini dapat dikekalkan dan UMNO/BN dapat ditumbangjan.. InsyaAllah!

Tanpa Nama berkata...


Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Mereka tidak boleh berlakon lagi.

PRK akan menentukan samada PAS boleh disokong lagi atau tidak untuk PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

Xyah berentap la dgn macaipas diatas.aku dah jenuh berentap dgn dia Bila dia kalah hujah atau xda jwpn pastu die alih isu lain isu2 bodoh spt Amanah xda perlembagaan dan isu swimming pool,itu jela dia Ulang2.nasihat aku, jgnla layan die xda faedah Satu Sen pun

Tanpa Nama berkata...

Tunggulah pru14,azmin pasti tumbang di dun dan parlimen selangor.

Tanpa Nama berkata...

Aku sangat2 bersetuju cadangan kamu

Unknown berkata...

Jangan bagi Adenan Shaitem ngan konco-konco masuk Malaysia barat. Kitorang nak pilihanraya... Hahahaaahaaaa. Sekat aje di airport

Unknown berkata...

Sapa nak makan BURGER UNTA..? Si MeRAH Sg Besar dop bagi burger percuma.. rasuah nak jadi calon agak2nyer..

(Mal) Jamal = UNTA (Arb)..
UNTA gabung dengan Walaun = WALAUNTA heheheee

Mat Safian berkata...

PAN letak saja calon, tak perlu ikut cakap Azmin. PAS dah isytihar sbg kawan UMNO, jd kalu biarkan PAS bertanding seolah-olah biarkan kawan lawan kawan, mana2 satu menang dikira Bn jg yg menang. Jd biar PAN letak calon, kalah takpa, sbb sebelum ni pun mmg kalah.

Tanpa Nama berkata...

Amanah perlu masuk bertanding, inilah masa utk Amanah dpt publisiti secara meluas utk seluruh negara...pedulikan pas, dia bukan gabungan pakatan harapan pun...lagi pun dia kan mesra umngok...Amanah di semenanjung punyai ramai calon2 berbakat...jgn lepaskan peluang keemasan ini...