PRN Sarawak: Amanah Hilang Deposit Sembilan Kerusi
KUCHING: Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Lebih malang apabila parti itu hilang deposit di sembilan kerusi daripada 13 kawasan yang ditandinginya.
Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Amanah hilang deposit di DUN N5 Demak Laut, N7 Semariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau, N29 Beting Maro, N41 Kuala Rejang, N43 Daro dan N44 Jamoreng.
Pada pilihan raya ini juga, Amanah yang kini membentuk gabungan pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR berhadapan pertembungan dengan PAS di lima kerusi.
Persaingan kedua-dua parti itu menunjukkan Amanah hilang deposit di tiga kerusi iaitu Semariang, Sebuyau dan Beting Maro berbanding PAS walaupun masing-masing kalah di tangan Barisan Nasional (BN).
Manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dan Sadong Jaya, Amanah dan PAS masing-masing hilang deposit ke atas BN.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata parti itu menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.
"Biarpun begitu, keputusan ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap Amanah sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang," katanya.
Selain itu Mohamad mengakui kemenangan besar BN juga berpunca daripada masalah dalaman yang dihadapai pakatan pembangkang.
"Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini.
"Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak,” katanya. -mstar
ULASAN GB
Setiap keputusan pilihanraya sememangnya ada pihak yang menang dan ada yang kalah.
Yang menang hari ini belumlah tentu akan menang hari esok.
Amanah belum dikurniakan rezeki kemenangan. Itu sahaja.
Bagi ahli-ahli Amanah yang telah bersama dengan parti sejarah, kita telah biasa mengalami kekalahan-kekalahan yang banyak sebelum ini, baik PRU atau PRK. Justeru kekalahan di Sarawak tidak memberi impak besar kepada roh perjuangan petugas dan sekalian ahli.
Melalui PRN Sarawak AMANAHA dapat mempromosi parti kepada rakyat. Kita berjaya mengeratkan uhkwah rakyat Sarawak bersama parti baharu ini. Kita telah dapat melatih para petugas dari sudut memberi penerangan terhadap perjuangan kita dan Amanah membawa politik hormat menghormati dan kasih sayang tanpa adanya pembelian dan sogokan untuk mendapatkan undi.
Sekalipun Amanah banyak diperlekehkan terutama dari ahli-ahli parti sejarah, GB tertarik dengan satu ulasan ini. Tulisnya:
Tentang calon hilang deposit, ia tidaklah sesuatu yang memeritkan sangat kerana semua parti pembangkang mengalami nasib yang serupa.
Bil calon hilang wang deposit:
DAP 7/31 - 22.6%
PAS 7/11 - 63.6%
PKR 10/40 - 25%
AMANAH 9/13 - 69.2%
PBDS 5/5 - 100%
STAR 7/10 - 70%
BEBAS 18/36 - 50%
Jadi dengan jadual di atas, prestasi Amanah yang baharu ditubuhkan tidaklah seteruk mana jika kehilangan depositi dijadikan ukuran.
Kepada semua petugas kita ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah diatas usaha yang bersunguh-sungguh. Sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam, kita sering membaca ayat-ayat motivasi terindah dari Al-Quran
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran, 3:139)
Teringat kata-kata Al Marhum Prof Zulkifli Muhammad:
".... ingatlah bahawa tidak ada kebenaran yang menang dengan tidak bekerja, dan tidak ada kejahatan yang kalah kalau dia bekerja. "
KUCHING: Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Lebih malang apabila parti itu hilang deposit di sembilan kerusi daripada 13 kawasan yang ditandinginya.
Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Amanah hilang deposit di DUN N5 Demak Laut, N7 Semariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau, N29 Beting Maro, N41 Kuala Rejang, N43 Daro dan N44 Jamoreng.
Pada pilihan raya ini juga, Amanah yang kini membentuk gabungan pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR berhadapan pertembungan dengan PAS di lima kerusi.
Persaingan kedua-dua parti itu menunjukkan Amanah hilang deposit di tiga kerusi iaitu Semariang, Sebuyau dan Beting Maro berbanding PAS walaupun masing-masing kalah di tangan Barisan Nasional (BN).
Manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dan Sadong Jaya, Amanah dan PAS masing-masing hilang deposit ke atas BN.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata parti itu menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.
"Biarpun begitu, keputusan ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap Amanah sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang," katanya.
Selain itu Mohamad mengakui kemenangan besar BN juga berpunca daripada masalah dalaman yang dihadapai pakatan pembangkang.
"Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini.
"Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak,” katanya. -mstar
ULASAN GB
Setiap keputusan pilihanraya sememangnya ada pihak yang menang dan ada yang kalah.
Yang menang hari ini belumlah tentu akan menang hari esok.
Amanah belum dikurniakan rezeki kemenangan. Itu sahaja.
Bagi ahli-ahli Amanah yang telah bersama dengan parti sejarah, kita telah biasa mengalami kekalahan-kekalahan yang banyak sebelum ini, baik PRU atau PRK. Justeru kekalahan di Sarawak tidak memberi impak besar kepada roh perjuangan petugas dan sekalian ahli.
Melalui PRN Sarawak AMANAHA dapat mempromosi parti kepada rakyat. Kita berjaya mengeratkan uhkwah rakyat Sarawak bersama parti baharu ini. Kita telah dapat melatih para petugas dari sudut memberi penerangan terhadap perjuangan kita dan Amanah membawa politik hormat menghormati dan kasih sayang tanpa adanya pembelian dan sogokan untuk mendapatkan undi.
Sekalipun Amanah banyak diperlekehkan terutama dari ahli-ahli parti sejarah, GB tertarik dengan satu ulasan ini. Tulisnya:
"Alhamdulillah..Syukur Ya Allah...semuanya begitu sempurna apa adanya..
DUN MUARA TUANG, PAS juga Hilang Deposit. Sedangkan ia dijaga oleh Jentera PAS Tganu. Blh bygkn apa dan bgmn mereka rasa. Di situ juga Presiden PAS byk turun.
Di BETING MARO, AMANAH berdepan dengan situasi dimana PAS yang dibantu oleh jenteranya dari Kelantan. Amanah terpaksa berdepan dengan tiga kerajaan sekaligus, kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan K'tan.
SEBUYAU pula yg jaga adalah PAS Selangor. Duit banyak dan kerja mnyelamatkn Wang Deposit adalh terancang. BELI UNDI pastikn THD juga terfokus.
AMANAH THD @ Tidak Hilang Deposit di semua "kerusi baru yang kita masuk", yakni semasa kita bersama PAS kita tak tanding. Seperti Gedong, Kabong, Semop dan Balingian. Ini saya percaya satu pencapaian cemerlang bg parti berusia 7 bulan. Sekaligus membuktikan AMANAH punya masa depan yang baik dan cerah di Sarawak. Apa yg penting ialah keseriusan parti mengarahkn dan memastikn PENERUSAN KERJA yg sudahpun kita mulakan dgn penuh bergaya ini. In shaa Allah.
PAS pula (jika kita mahu buat perbandingan dgn parti lama kita lah), telah Hilang Deposit di kesemua kerusi baru yg mereka pertandingkan termasuk juga kerusi yg mereka dah bbrp kali masuk bertanding. Total kerusi HD adalah 7/11 .
PAS HD DI 5 KERUSI BARU MEREKA TANDING
1) Dun Pujut
2) Dun Lambir
3) Dun Jepak
4) Dun Samalaju
5) Dun Kakus
PAS HD DI 2 KERUSI LAMA MEREKA
6) Dun Muara Tuang
7) Dun Sadong Jaya
Selepas letih bermujahadah, tiba masanya bermuhasabah.
Tentang calon hilang deposit, ia tidaklah sesuatu yang memeritkan sangat kerana semua parti pembangkang mengalami nasib yang serupa.
Bil calon hilang wang deposit:
DAP 7/31 - 22.6%
PAS 7/11 - 63.6%
PKR 10/40 - 25%
AMANAH 9/13 - 69.2%
PBDS 5/5 - 100%
STAR 7/10 - 70%
BEBAS 18/36 - 50%
Jadi dengan jadual di atas, prestasi Amanah yang baharu ditubuhkan tidaklah seteruk mana jika kehilangan depositi dijadikan ukuran.
Kepada semua petugas kita ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah diatas usaha yang bersunguh-sungguh. Sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam, kita sering membaca ayat-ayat motivasi terindah dari Al-Quran
Teringat kata-kata Al Marhum Prof Zulkifli Muhammad:
".... ingatlah bahawa tidak ada kebenaran yang menang dengan tidak bekerja, dan tidak ada kejahatan yang kalah kalau dia bekerja. "
16 ulasan:
Pemimpin2 PAS/BN suka hati keluar masuk Sarawak dibenarkan.takpe, AMANAH In Shaa Allah akan menang di tempat Dun/Parlimen lain masa.
Janji, ada orang pangkah.., okay laa tu.
SEjahtera semua.
Walau pun Amanah hilang deposit namun itulah yg terbaik untuk kita lakukan.
Di sini saya mohon Amanah terus komited dan istikamah dalam keadilan.
Mungkin ramai diantara rakyat yg masih tidak faham dgn halatuju parti.
Memang sukar untuk kita menunjukan keiklasan dalam hidup.
Apa lagi kita tidak punyai wang yang banyak.
Rata rata takyat akan beranggapan parti itu sama saja.
Perlukan rakyat masa pilihan raya saja.
Lepas tuu hilang entah ke mana??
Bagi DAP dan Pas ,dgn hilang deposit merupakan perkara yang agak sedih.
Namun PKR cuma merasakan sedikit kesedihan.
Untuk Pas pula ,,langsung tiada kesedihan malah HAPPY lagi ada.
Kerana yang menang itu bukan orang lain..
Pilihan raya kecil yang akan datang pembangkang pasti berkecamuk lagi.
BN langsung sukar untuk diuji.
Sabah srwak x msk book
Semenanjung adalh pengukur sbnr
Tuan gb,bukan parti sejarah tapi parti tong kosong..
AMANAH lah parti pilihan terbaik buat masa ini.
Tuhan beri PRN Sarawak untuk kita belajar banyak perkara. Penerimaan rakyat Malaysia untuk memilih AMANAH dalam PRU akan datang pasti gilang-gemilang. Teruskan usaha!
Aku sarawakian original nak kasi tau....bahawa sebenarnya pembangkang boleh menang di sarawak. Jgn hiraukan sgt ulasan2 professor2 kangkung pemakan dedak! Mereka hanya berteori dan beranalisis semata mata.
Utk pengetahuan korang...pembangkang kalah teruk kali ini adalah disebabkan beberapa faktor.
1. Faktor Tok Nan (Denan Satem). Perubahan pucuk pimpinan dpd Taib kpd Tok Nan memberi mood dan nafas baru kpd BN Swak.
Corak pentadbiran yg berbeza dgn gaya tersendiri ala2 SARAWAK FOR SARAWAKIAN memberi imej yg sgt positif kpd Tok Nan di mata pengundi Sarawak.
2. Faktor dedak dan cash yg bertaburan di merata rata termasuk janji2 projek mmg sgt penting mpengaruhi pengundi. Sifat dan rasa terhutang budi sgt tinggi d kebanyakkan org sarawak tanpa kira kaum dan agama.
BN Swak sudah lama sedar dan alert politics behavior dan sentiment sarawakian. Mereka tau cara nk cover kelemahan Bn negeri!!
3. Pembangkang yg bercakaran sesama sendiri. Sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan pengundi. DAP/PKR/AMANAH tidak berfungsi sebagai satu team. PAKATAN HARAPAN sekadar retorik di Semanjung Msia. Bila PRN Sarawak mereka berada dlm kapal sendiri2..! Tidak ada kerjasama langsung ...! Ceh...mcm ni punya perangai ada hati nak jd kerajaan!!
4. Calon pembangkang hampir 95% adalah calon tak boleh harap. Maaf ye bahasa kaso sikit. Mmg betul dakwaan BN bahawa calon pembangkang hanya muncul di musim PILIHAN RAYA sahaja!!
Kebanyakkan calon pembangkang terhegeh hegeh tersengih sengih time nak mintak undi saja. Kebanyakkan mereka sekadar hebat hentam BN dlm facebook dan kedai kopi sebelum dipilih sbg calon!!
Kalau betul kamu pejuang rakyat yg ikhlas dan tulen...takde sebab kamu ditolak!! Walau dedak ditabur oleh BN sekalipun kamu tetap berpeluang utk menang sebab perhubungan yg telah lama terjalin dgn pengundi jugak faktor penting.
Ni tak...dah le orang tak kenal kamu. Dedak dan projek pun tkde. Apa je yg kamu ada selain dari air liur tersembur sana sini kutuk BN...!!? haha..sampai ke sudah pun tetap tk dpt apa...!!
Sbg contoh...calon PKR KRIAN...ALI BIJU... berjaya mengekalkan kerusi 2 penggal berturut turut dikawasan pengundi majoriti iban. Apakah BN tidak guna dedak dan projek di kawasan beliau....??! Malah bulan bintang bertaburan dijanjikan oleh BN di DUN KRIAN...Kenapa Ali Biju dari PKR tetap berjaya kekal disitu??
ALI BIJU boleh dijadikan model oleh pembangkang jika ingin mendapat semaksima mungkin kerusi Sarawak pada PRU14 nanti...
Ali Biju sentiasa dekat di hati rakyat. Beliau tanpa kira masa berdamping dgn rakyat. Tidak kedekut. Mampu menyumbang wang ringgit utk membantu rakyat yg kesusahan (maksudnya CASH VS CASH) le tu...haha
Itu realiti ye tuan2...! Ada kematian ada majlis ke hapa...semua tak muncul. Alih2 dekat pilihan raya terhegeh hegeh muncul bawak air liur dan maki hamun BN. Memang le ada jugak korang jamu makan minum bakal pengundi...tapi time tu BN dah longgokkan dedak. Tak mampu kamu lawan....kah kah kah
Ok la...next PRU berubah lah kamu. Kamu pembangkang tk kuat mana pun. Jgn perasaan!!! Rakyat sokong kamu sebab rakyat benci BN itu saja...!! Jgn rasa bagus ye!!
Bekerja mulai sekarang. Dampingi pengundi. Aktifkan semua cawangan dan pusat2 khidmat rakyat. Bergaul dgn rakyat. Bantu rakyat sedaya upaya. Tk banyak sedikit pun tak apa!!
Berhenti jd keyboard warrior...berbakti dilapangan. Ikhlaskan hati utk bantu rakyat. Jgn berMUNAPIK dgn menjual ayat2 agama. Org dah menyampah.
Sekian. Mupuk dulu. Tenkiu
Tanapa Nama 6:25 ptg,
Kamek juak orang Sarawak. Setuju dengan kitak.
Memang kamek udah meluat dengan BN. Banyak korupsi. Banyak unsur rasuah.
Tapi, meluat juak dengan sidak PKR/DAP,PAS.Bukan nak nganok.
Tapi dalam kita rakyat berharap PAkatan Rakayat akan buat kejutan di Sarawa, ada ada ajak kerja/sifat bodoh berebut-rebut bertindih kerusi antara rakan dalam PR. Apa cerita tok.
Zaman IT, Wassup, Facebook, sik kanlah antara satu sama lain sik tauk menauk mauk bertanding di kawasan ya.
Ya juak Abang Ajmin dan Apek Lim Guan Eng, udah udahlah molah statement di media massa... nampak macam bodoh kelahi antara dirik empun.
Kamek orang Sarawak sik beli alasan macam-macam.
Jadilah pakatan yang berwibawa, senang dekat rakayat. Bukannya kelahi macam monyet depan orang Sarawak.
Namun, kamek masih menaruh harapan kepada PR, tapi mesti "lesson learn" dari krisis di Sarawak. Berhati-hati dalam apa juak cabaran.
Mun degil lagik kepalak batu nak bertindih dalam pilihanraya, bagus lagik balit ke BN/PBB. Habis cerita.
Sdr Tanpa Nama8 Mei 2016 6:25 PTG ..aku suka ulasan kau. Sgt berterus terang, tanpa retorik & jelas dgn persekitaran. Seharusnya PH ambil serius pandangan beliau. Sbnrnya kaedah ini bkn sekadar boleh digunapakai di Sarawak saja tp Malaysia amnya. Terimalah pandangan meskipun pahit tp mgkn ini ubat yg mujarab.
Amanah baru berumur 7 bulan... insyaallah ada peluang lagi di masa akan datang...
setuju dengan 2 wakil sarawak tu. la nie ukuran bukan dengan air liur sahaja. kalu di semenanjung nie..dah bule bersedia mendampingi pengundi terutama sekali di kawasan felda dan pedalaman. jadikan satu pasukan PH yg mampu mengungguli dimata masyarakat. elakkan dari bercakaran dengan parti sejarah. apa pun kami masih menyokong PH. Amanah di hati.
Terbaiklah...pencerahan yg baik...
Ulasan yg terbaik buat semua gerak kerja PH dan pemimpin PH...Kamu bukanlah hebat sgt...hahaha...tp itulah hakikatnya...turun padang...jgn masa prk dan PRU sahaja nampak...lepas tu lesap!!!nk jumpe pun susah...TGNA pernah menegaskan bab ini...tp kita suka tgk mood rakyat...hahaha...jadi memang kenala dgn kekalahan...pihak lawan punya byk cara...PH bertembung lagi di PRK...hahaha...apa punya sengal la...tak ada kekuatan bersama...berebut2 mcm monyet...hahaha...terbaiklah ulasan org serawak...huhuhu..
Terbaik dan bernas sekali..terima kasih.
Nasihat yg baik utk sitamak azmin ali..
Haha..betullah..
Catat Ulasan