12 Mei 2016

AMANAH Perlu Teruskan Kerja Di Sarawak

Amanah jangan tinggalkan 13 Dun, nasihat penganalisis

Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar.

Menurutnya, meskipun Amanah hilang deposit di sembilan kerusi Dun, itu bukan rekod yang menghairankan kerana parti senior lain turut mengalami nasib sama iaitu PKR (10), DAP (7) dan Pas hilang wang pertaruhan di lima daripada 11 kerusi Dun ditandingi.



“Paling penting, Amanah sebagai parti baharu jangan tinggalkan jejak di 13 Dun itu. Jentera Amanah Sarawak perlu buat daya lonjakan sepanjang lima tahun ini menuju PRN akan datang. Perkukuh bilik gerakan, tambahkan keahlian.

“Itulah sebenarnya modus operandi yang membawa kepada kejayaan beberapa calon bebas di sana sehingga undi diterima mereka mengatasi calon parti.

“Apa lagi Amanah sebagai parti yang belum berusia setahun penubuhannya tetapi berani menyahut cabaran ke gelanggang pilihan raya,” kata beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ditanya keupayaan calon Amanah di Dun Balingian yang mampu mengurangkan majoriti undi calon BN, beliau berkata, faktor anak muda turut mempengaruhi pilihan pengundi.

“Selain Balingian yang menampilkan calon tempatan berusia 37 tahun, kita dapat lihat calon Amanah di Gedong dan Semop juga anak muda masing-masing berumur 30 dan 35 tahun. Walaupun kedua-dua calon itu kalah tetapi tidak hilang wang deposit dan itu satu permulaan yang baik,” ujarnya.

Untuk rekod, calon Amanah, Nurzaiti Hamdan di N.58 Balingian meraih 1,244 undi manakala calon BN, Abdul Yaakub Arbi mendapat 4,208 undi dengan majoriti 2,964 undi.

Sementara itu, satu-satunya calon Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sejarah pilihan raya negara ini, Rapelson Richard Hamit di N.26 Gedong mendapat 699 undi dan Fadillah Sabali di N.42 Semop memperoleh 878 undi.

Mengulas lanjut penyertaan Amanah pada PRN kali ke-11 yang berakhir pada 7 Mei lalu, Hisomudin berkata, semakin ramai masyarakat tempatan mulai mengenali parti baharu Islam itu dan mereka menyambut baik kewujudan Amanah.

“Warna oren kian dikenali. Hanya pada PRN lepas timbul kekangan dari segi limitasi jentera parti, faktor lokaliti dengan bertanding di kubu kuat PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan logistik yang terhad sepanjang tempoh berkempen.

“Kesemua hal itu perlu ditangani dari semasa ke semasa sepanjang tempoh lima tahun mendatang ini bagi mengumpul lebih ramai ahli dan penyokong Amanah,” tambahnya lagi.

Selain Amanah, PKR, DAP dan Pas, seramai 17 calon Bebas hilang deposit pada PRN Sarawak kali ini manakala Parti Reformasi Sarawak (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) masing-masing hilang deposit di 10 dan empat kerusi Dun.

Mereka merupakan 62 calon atau 24 peratus daripada jumlah keseluruhan 226 calon yang hilang deposit pada PRN ke-11 pada Sabtu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dilapor berkata akan terus komited melaksanakan program infrastruktur dan kem pendidikan di Sarawak walaupun hilang lima kerusi pada PRN lalu.

Di bawah gerak kerja Impian Sarawak, ujarnya, DAP telah melaksanakan lebih 60 projek sebelum ini termasuk sistem agihan air gravity, pembinaan jalan raya dan bekalan elektrik murah.

ULASAN GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, Amanah belum dikurniakan rezeki kemenangan. Itu sahaja.

Walaupun ada suara-suara sumbang dari parti sejarah memperlekehkan AMANAH kononnya AMANAH tidak diterima oleh rakyat Sarawak, namun fakta dan figura menunjukkan disebaliknya.

Digembar-gemburkan hanya di beberapa DUN tertentu kononnya AMANAH mendapat jumlah undi yang kecil berbanding PAS seperti di Beting Maro dan Sebuyau, tetapi mereka takut dan menunjukkan jumlah undi popular secara keseluruhan yang diterima oleh AMANAH.

PECAHAN UNDI POPULAR PRN SARAWAK 2016

Barisan Nasional : 63.72%
DAP : 18.21%
PKR : 9.29%
PAS : 1.70%
AMANAH : 1.24%

Melihat angka di atas, jelas sekali bahawa AMANAH sekalipun baru berusia 6-7 bulan sudah berjaya memeperolehi undi popular yang hampir dengan PAS yang telah berusia 60 tahun (1.24% berbanding 1.70%)

Seperti kata Setiausaha Agung Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir, pengalaman pertama parti AMANAH bertanding pada PRN kali ini merupakan pengalaman berharga untuk AMANAH memperkenalkan parti dan logonya kepada rakyat Sarawak.

“Ia memberikan pengalaman yang cukup berharga dan sebagai parti baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai bukanlah suatu perkara mudah.

“Jadi, tujuan kita menyertai PRN Sarawak adalah untuk memperkenalkan parti dan logo yang berusia tujuh bulan ini kepada rakyat Sarawak,” tambahnya.

Mengenai calon AMANAH yang hilang deposit, bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan sangat kerana semua parti pembangkang mengalami nasib yang serupa.

Bil calon hilang wang deposit:

DAP 7/31 - 22.6%
PAS 7/11 - 63.6%
PKR 10/40 - 25%
AMANAH 9/13 - 69.2%
PBDS 5/5 - 100%
STAR 7/10 - 70%

AMANAH Tidak Hilang Deposit di semua "kerusi baru yang kita masuk", yakni semasa kita bersama PAS kita tak tanding. Seperti Gedong, Kabong, Semop dan Balingian. Ini adalah satu pencapaian cemerlang bagi parti yang berusia 6-7 bulan. Sekaligus membuktikan AMANAH punya masa depan yang baik dan cerah di Sarawak.

PAS pula telah Hilang Deposit di kesemua kerusi baru yang mereka pertandingkan termasuk juga kerusi yang mereka dah beberapa kali masuk bertanding. Total kerusi hilang deposit bagi PAS adalah 7/11 .

PAS HILANG DEPOSIT DI 5 KERUSI BARU MEREKA TANDING
1) Dun Pujut
2) Dun Lambir
3) Dun Jepak
4) Dun Samalaju
5) Dun Kakus

PAS HILANG DEPOSIT DI 2 KERUSI LAMA MEREKA
6) Dun Muara Tuang
7) Dun Sadong Jaya

Dan yang paling menarik, Ketua Pemuda AMANAH Sarawak, Sdra Fadillah Sahari yang bertanding di DUN Semop, tidak hilang deposit manakala Ketua Pemuda PAS, Mohammad Arifiriazul Paijo yang bertanding di DUN Lambir telah hilang deposit.





Jadi sewajarnyalah nasihat dari ILHAM CENTER itu diikuti bahawa Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Foto Terbaik Pasca-PRN Sarawak Pilihan GB 

Kakak di Beting Maro ini, sekalipun AMANAH kalah beliau tetap mengenakan apron AMANAH, Keep Calm Join AMANAH. Foto diambil selepas PRN Sarawak sejurus para petugas dari Melaka membuat lawatan terakhir sebelum berlepas balik.



IKLAN BERBAYAR


8 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Cara yg berkesan utk grass-root ialah:Komunikasi dan bantuan yg berterusan dan NAMPAKAN Amanah parti yg betul2 bersama rakyat bukan parti pilihanraya.

Dgn set up tempat pendidikan,tadika/pondok/tahfiz, Ekonomi, set-up hard-core Amanah yg mengendalikan restaurant/kedai kopi/runcit-sebagai tempat penduduk tempatan berkumpul melepaskan penat lelah selepas kerja.Ataupun satu rangkaian borOng barang-barang runcit utk dihantar pada pada kedai runcit di kg2.

Jangan lupa sign-board Amanah ditempat2 strategic.Di harap Amanah dapat melantik pemimpin2 local untuk memonitor progrees dikg2.Sediakan sistem keewangan yg mantap utk bantuan yg bertrusan pada mereka2,pada yg berjaya,mereka tak lupa daratan,mereka pula yg menderma.Begitulah seterusnya..

Memang senang kita bercakap,tapi nak melaksanakan memang susah??
Tapi kalau kita tak lakukan sesuatu,tentu sahaja 5 tahun lagi BN pasti menang.
Kelamahan rakyat malaysia ialah,kalau aku sokong kamu apa yg aku dapat???Inilah yg diexploit oleh BN,setiap kali pilihanraya.Terutamasekali rakyat serawak/sabah.

just my 2 cents.

Tanpa Nama berkata...

SALAM.
SAYA SETUJU AMANAH KEKALKAN KERUSI YG DITANDINGI.
AMANAH MASIH BARU...BERSABARLAH.
TAK PERLU LANGKAH PANJANG NANTI CEPAT JATUHNYA.
YANG PENTING KITA LEBIH BERATIKA DAN BERISTIKOMAH.
JANGAN KETERLALUAN.
BERAKLAK MULIA PASTI ADA KEBERKATAN.

Unknown berkata...

tERLUPA PULA,SAYA NAK MENCADANGKAN,
Bagaimana nak menjana keewangan.

Saya syorkan,Amanah mula bergerak untuk dana,mesti bermula dari ahli,apakata kita gunakan akbhar Amanah sebagai punca pendapatan untuk bederma:

Umpamanya akbar Amanah di pasaran harganya rm2.00,apakata kita mandatorykan pada ahli2 melanggan Akbar Amanah dgn harga rm3.00,extra rm1.00 dugunakan sebagai tabung bantuan ahli untuk set up pendidikan dan bantuan ekonomi.Pinjaman ini mesti dibayar balik,untuk kegunaan ahli seterusnya,tak putus-putus.
Bayangkan andaikata ahli amanah 100,000 orang,seminggu sahaja kita dapat rm100,000 ribu,jika sebulan estimate rm400,000 ribu. kali dgn 12 setahun lebih kurang dapat 4,800,000 lebih urang 5juta.Bukankah kita dah dapat menaja ahli2 memulakan perniagaan?atau membuka tadika?pinjaman yg diberi tiada faedah,dibayar balik mengikut kemampuan.Barulah ahli-ahli berasa berbaloi dan berbanga dgn parti kita,merekapun tak rasa keberatan untuk membantu pemimpin2 dalam pilihanraya.Dan umno/bn takada ruang untuk memujuk mereka memberi duit kopi dlm masa last minute masa pilihanraya nanti.
Jika pehak hq,ada yg bijak menjaga keewangan extra dana boleh dilaburkan dalam ASB,keeuntungan boleh digunakkan membantu pilihanraya.

saya rasa ahli tak keberatan menderma rm1.00 seminggu,disamping itu dapat baca akbar Amanah.
Bukanlah saya nak menukarkan parti Amanah ini jadi BANKER,Tidak,saya rasa inilah caranya.Nak buat cara DAP,kumpul dana secara dinner,memanglah payah,tak ramai taukeh yg kaya2 yg ingin membantu.

my 2 cents.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt,membantu msykt jgn hanya kalau menang shj sbb bn yg berperangai mcmtu.kalau tgjwb yg diamanahkan hendaklah dijalankan sama ada menang atau kalah, jgn putus asa,mungkin bukan Kali ini,tp lain Kali boleh menang.yg penting usaha tangga kejayaan,dr skrglah menggalas tgjwb sbg pemimpin Amanah..

Tanpa Nama berkata...

Jejak yang telah ada, jika di tinggal lama, akan hilang begitu sahaja.
Nak buat jejak baru bukan senang. Tak kena gaya dari 13 DUN, AMANAH hanya mampu tanding 8 DUN.

Kekalkan calun yang sama untuk bertanding pada PRN ke 12. Kerana calun-calun ini lah ada nya jejak AMANAH di Sarawak.

Kerap lah ke Sarawak untuk ambil hati orang di sana selain untuk berehat seketika.



Malaysiabaru berkata...

Pas belum tentu menang di sg besar...

Sokongan pas merosot selepas berpecah

Pas kini di ambamg kePUPUSan

AZMIB TAK PAHAM.PAHAM KER?

Min ko pg buat umrah lagi esok mintak hidayat...

Tanpa Nama berkata...

AMANAH MESTI LETAK CALON DI Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pemuda parit kings berkata...

Wow!!!terbaik amanah..teruskan usaha Dan langkah...jgn berdiam...insyaAllah berjaya hendaknya...ameenn...