19 Apr 2016

Norazli Menang, Ertinya Sudah Boleh Keluar PAS Beramai-ramai

Mahkamah Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini telah memberi kemenangan kepada Norazli Musa, di dalam kes Norazli Musa lwn Ahmad Syihan bin Ismail.

Hakim mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam (PAS) jatuh kafir"

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.


Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM50 ribu beserta kos perbicaraan RM4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

Norazli Musa yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini telah menyatakan di dalam wawancara beliau dengan TV Harakahdaily, organ PAS, menyatkaan bahawa kenyataannya telah diputarbelit. "Siapa keluar PAS, kafir.."  dan menjadi viral dalam laman sosial.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Taliban menyatakan di dalam wawancara itu:

"Saya mengeluarkan kenyataan bahawa hanya "jemaah Islam", saya tidak pernah mengeluarkan kata siapa yang keluar PAS itu kapir. Ini satu fitnah yang dilakukan kepada saya......"

ULASAN GB

Walaupun Geng Ustaz bertempik sorak kerana keputusan mahkamah hari ini memberikan kemenangan kepada Presidennya Norazli, namun keputusan mahkamah itu juga mengesahkan bahawa PAS bukanlah satu-satunya jemaah Islam di dalam negara kita.

Norazli menang, namun ia memberi makna bahawa ahli-ahli PAS kini sudah boleh keluar dari parti itu secara beramai-ramai kerana "tidak menjadi kafir jika keluar PAS."

Ia juga mengesahkan pendirian dan kenyataan Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ustaz Ahmad Awang seperti di bawah:

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menang dgn ringgit yg tidak seberapa tetapi kalah dgn persepsi yg tersisa..PAS sememangnya sebahagian dpd jemaah Islam yg bukannya wajib dituruti..

alhusseyn berkata...

Ternyata Taliban ni takut nak mengakuinya.Apakah dia ingat duit yg dia perolehi melalui kemenangannya itu halal baginya? Hang tanggunglag sendiri nanti!

Benbrahem berkata...

Jumud dan fanatik menyamakan Islam dengan Pas. Kalau macam itu Rukun Islam dari lima kepada enam yang keenam ialah Ahli Pas. Dan Rukun Iman dari enam kepada tujuh. Yang ke tujuh ialah aqidah Islam ialah aqidah Pas.

tanya sama itu hud hud berkata...

Mana ada haram jika dibuat oleh org pas dan walaun..semua halal belaka..
Rembat balak,ponteng kerja makan gaji/elaun buta semuanya halal

Tanpa Nama berkata...

Ini Taliban Melayu, harapkan janggut je.

Malang lah sungguh yang jadi pengikut dia.

Selepas ini sekiranya berbondong-bondong ahli PAS tinggalkan parti PAS, dia akan keluarkan kenyataan yang sama.


Tukar lah gelaran Taliban jadi Talibarut !

Sam Sung berkata...

Sunah janggut cuma segenggam je...bkn berjela mcm sikh tu...

Timnajib Jomfikir berkata...

Siapa Azli Taliban ni...? Berapa lama dan jasanya terhadap membangunkan PAS...?

Masa Muktamar mereka pakai sistem CAI, tiba2 nama dia naik hhmmmm.....sebelum ni, tang mana dia piii sembunyi arrggh...?

Tanpa Nama berkata...

Ingat tu fanatik2 PAS
Jangan mudah tuduh org kafir kalau tak sokong..atau keluar dpd PAS.
PAS tu cuma badan politik..bukannya agama...itu yg kena faham
Sama mcm badan politik lain.
Cuma PAS ni guna Islam utk pancing dan merayu org islam utk sokong mereka.

Zukhi Md Noor berkata...

Ke lapan..Percaya pada presideng pas..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul. Gelaran ulama pas dah janji suci mulia, dan janji semua salah dap Cina "kapir".

Tanpa Nama berkata...

Kdg2 tok rase malas nak amik tau psl paih,.. tp kdg2 rase geram pulak aiih... biaq pi laah... hrp2 AMANAH dan penyokongnya jgn buat perangai mcm parti lama tok, guru tok sampai laa. Tak pernah komen para wala'un... ingat ..kita jaga tutuq kata .. biar depa dgn perangai wala'un depa.. kita pakat tunggu next pru!

pemuda parit kings berkata...

Syabas buat parti PAS kerna menang...dan tahniah buat ahli PAS boleh beramai2 kluar tinggalkan PAS...selamat berhijrah...semoga kesedaran yg tinggi ada dikalangan ahli PAS...semoga kekal bersama PH...

zaini mohamad berkata...

Macam mana seorang Ostad boleh jadi Pendusta.
Penakut punya Ostad.
Tak layak pakai nickname Taliban.
Sebab Taliban berani mati demi memperjuangkan kebenaran Islam.

Cukur je janggut tu.