23 Apr 2016

AMANAH Umum 13 Calon Untuk PRN Sarawak

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mengumumkan 13 calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak, termasuk dua calon bukan Islam untuk DUN Sebuyau dan Gedong.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mengumumkan calon-calon AMANAH untuk PRN Sarawak di majlis pelancaran jentera pilihan raya AMANAH di Hotel Grand Continental Kuching dan berkata calon-calonnya akan bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu.


Berikut ialah senarai nama-nama calon AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan di PRN Sarawak 2016.

1. DUN N.5 DEMAK LAUT

NAMA : MOHAMAD FIDZUAN BIN ZAIDI
TARIKH LAHIR : 22 JANUARI 1978
TEMPAT LAHIR : KUCHING, SARAWAK
PEKERJAAN : PERUNDING KEWANGAN
KELULUSAN AKADEMIK : SARJANA MUDA
INSTITUSI : UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
PENGALAMAN POLITIK :
PENGERUSI, PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK
BEKAS PENGARAH PILIHAN RAYA PAS
BEKAS SETIAUSAHA PAS SARAWAK

2. DUN N.7 SAMARIANG

NAMA : NANI BINTI SAHARI
TARIKH LAHIR : 13 SEPTEMBER 1969
TEMPAT LAHIR : KUCHING, SARAWAK
PEKERJAAN : PEMBANTU PERUBATAN
KELULUSAN AKADEMIK : SPM
INSTITUSI : SMK ST. MARY KUCHING
PENGALAMAN POLITIK :
PERNAH MENJADI CALON PAS DI TANJUNG DATU
NAIB PENGERUSI 3, PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK

3. DUN N.16 MUARA TUANG

NAMA : ABANG ABDUL HALIL BIN ABANG NAILI
TARIKH LAHIR : 27 NOVEMBER 1960
TEMPAT LAHIR : SIBU, SARAWAK
PEKERJAAN : KONTRAKTOR
KELULUSAN AKADEMIK : BSC CIVIL ENGINEERING
INSTITUSI : LEEDS UNIVERSITY, UK
PENGALAMAN SOSIAL :
SETIAUSAHA PERKIS
MANTAN NAIB YANG DIPERTUA HIKMAH
MANTAN SETIAUSAHA IKRAM SARAWAK
PENGALAMAN POLITIK :
SETIAUSAHA, PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK

4. DUN N.24 SADONG JAYA

NAMA : OTHMAN BIN MUSTAPHA
TARIKH LAHIR : 5/12/1955
TEMPAT LAHIR : SADONG JAYA, SARAWAK
PEKERJAAN : GURU AGAMA
KELULUSAN AKADEMIK : B.A.HONS. JABATAN USULUDDIN, AQIDAH & FALSAFAH (SAINS POLITIK & SAINS SOSIAL)
INSTITUSI : UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR
PENGALAMAN POLITIK :
NAIB PENGERUSI 1 PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK
BEKAS PESURUHJAYA NEGERI SARAWAK PARTI ISLAM SEMALAYSIA

5. DUN N.26 GEDONG

NAMA : RAPELSON RICHARD HAMIT
TARIKH LAHIR : 13/4/1986
TEMPAT LAHIR : KUCHING, SARAWAK
PEKERJAAN : AKTIVIS HAK ASASI MANUSIA & NCR / GIS AND REMOTE SENSING OFFICER
KELULUSAN AKADEMIK : SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (KAJIAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN)
INSTITUSI : UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
PENGALAMAN SOSIAL :
AKTIVIS SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA)
PENGALAMAN POLITIK :
MANTAN KETUA PENERANGAN STAR

6. DUN N.27 SEBUYAU

NAMA : ANDREW ANAK JAIN
TARIKH LAHIR : 21/05/1969
TEMPAT LAHIR : SIMUJAN, SARAWAK
PEKERJAAN : AKTIVIS PARTI AMANAH NEGARA
KELULUSAN AKADEMIK : SPM
PENGALAMAN SOSIAL :
SUKARELAWAN) MENENTANG PENCEROBOHAN -PEMBALAKAN - DAN MENYEKAT RAMPASAN TANAH
PENGALAMAN POLITIK :
Ahli AMANAH Sarawak

7. DUN N.29 BETING MARO

NAMA : ANDRI ZULKARNAEN BIN HAMDEN
TARIKH LAHIR : 24 OGOS 1972
TEMPAT LAHIR : SIBU, SARAWAK
PEKERJAAN : BEKERJA SENDIRI
KELULUSAN AKADEMIK : STPM
PENGALAMAN SOSIAL :
SETIAUSAHA NATIONAL UNION BANK EMPLOYEE (NUBE), JOHOR
KETUA PEMUDA NUTC JOHOR
SUK PAPISMA
PENGALAMAN POLITIK :
PENGARAH PEMBANGUNAN KEPIMPINAN, PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK
BEKAS SETIAUSAHA KAWASAN PAS PASIR GUDANG
BEKAS KETUA PENERANGAN PAS JOHOR BAHRU

8. DUN N.40 KABONG

NAMA : JINI BIN SAHINI
TARIKH LAHIR : 27 MEI 1962
TEMPAT LAHIR : KUCHING, SARAWAK
PEKERJAAN : GAM TAKAFUL
KELULUSAN AKADEMIK : DIPLOMA
INSTITUSI : UTM
PENGALAMAN POLITIK :
PERNAH JADI CALON PKR DI DUN KALAKA
BENDAHARI, PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK

9. DUN N.41 KUALA RAJANG

NAMA : SOPIAN BIN JULAIHI
TARIKH LAHIR : 27 OKTOBER 1968
TEMPAT LAHIR : SARIKEI, SARAWAK
PEKERJAAN : JURULATIH BOLATAMPAR SEPARUH MASA UIAM/UITM
KELULUSAN AKADEMIK : SARJANA MUDA PENGURUSAN MAKLUMAT
INSTITUSI : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM
PENGALAMAN SOSIAL :
JK / BILAL SURAU
BERSAMA PROGRAM BANTUAN BANJIR DI KELANTAN
JURULATIH SUKAN BOLATAMPAR
PENGALAMAN POLITIK :
AHLI AMANAH
BEKAS AHLI PAS

10. DUN N.42 SEMOP

NAMA : MOHAMAD FADILAH BIN SABALI
TARIKH LAHIR : 5 MAC 1981
TEMPAT LAHIR : LIMBANG, SARAWAK
PEKERJAAN : BEKERJA SENDIRI
KELULUSAN AKADEMIK : SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL-AERONAUTIKAL DENGAN KEPUJIAN
INSTITUSI : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGALAMAN SOSIAL :
MANTAN BENDAHARI IKRAM SARAWAK,
MANTAN AHLI MAJLIS TERTINGGI HIKMAH
PENGALAMAN POLITIK :
KETUA PEMUDA, PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SARAWAK

11.DUN N.43 DARO

NAMA : IBRAHIM BIN BAYAU
TARIKH LAHIR : 20-06-1966
TEMPAT LAHIR : SIBU, SARAWAK
PEKERJAAN : BEKERJA SENDIRI
KELULUSAN AKADEMIK : SPM
PENGALAMAN POLITIK :
PERNAH BERTANDING CALON PKR DUN BALINGIAN

12. DUN N.44 JEMORENG

NAMA : KIPRAWI BIN SUHAILI
TARIKH LAHIR : 13 OKTOBER 1946
TEMPAT LAHIR : KG PLOH MUKAH
PEKERJAAN : SENDIRI
ALAMAT RUMAH : KAMPUNG LOT BARU 96150 BELAWAI SARAWAK
KELULUSAN AKADEMIK : DIPLOMA PERGURUAN
INSTITUSI : INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG
PENGALAMAN SOSIAL : PENGERUSI KOPERASI BELAWAI MUKAH BHD
MANTAN TIMBALAN PENGERUSI SEBERKAS.
PENGALAMAN POLITIK : BEKAS PENYELARAS PBB

13. DUN N.58 BALINGIAN

NAMA : NURZAITI BINTI HAMDAN
TARIKH LAHIR : 17/11/1979
TEMPAT LAHIR : BINTULU, SARAWAK
PEKERJAAN : PENIAGA
KELULUSAN AKADEMIK : DIPLOMA SAINS KOMPUTER
INSTITUSI : UPM
PENGALAMAN SOSIAL :
PERNAH MENYERTAI MISI KEMANUSIAAN KE JORDAN, LUBNAN DAN SYRIA
AJK PERSATUAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN PSIKITARI BINTULU
BENDAHARI HUMANITARIAN CARE SARAWAK
PENGALAMAN POLITIK :
KETUA WANITA AMANAH NEGERI SARAWAK

Apa yang menarik, salah seorang dari calon yang diketengahkan oleh AMANAH, Rapelson Richard Hamit, 30, seorang OKU yang merupakan anak jati Sarawak diberi penghormatan menggalas tugas sebagai calon Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) N.26 Gedong.

Membuktikan bahawa AMANAH tidak mendiskriminasi mana-mana pihak dan terbuka untuk semua rakyat sesuai dengan "Islam Rahmatan-lil-Alamin"

Dilahirkan pada 13 April 1986, Rapelson berkelulusan Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Universiti Malaysia Sarawak dan kini berkerja sebagai Pegawai di GIS And Remote Sensing.

Sebagai aktivis hak asasi manusia dan NCR, beliau sangat aktif dalam Sarawak Dayak Iban Association (SADIA).

Ditanya isu yang akan diperjuangkan pada PRN kali ini, beliau yang sebati dengan perjuangan hak asasi rakyat berkata, isu tanah adat akan menjadi isu utama yang akan diperjuangkan, lapor Malaysia Dateline.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Amanah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi salah seorang calon pada pilihan raya ini.

"Saya juga akan membawa isu bebanan ekonomi rakyat khususnya berhadapan GST dan isu kemiskinan rakyat di negeri ini," katanya.

Biarpun ditakdirkan lahir sebagai OKU, Rapelson berkata kekurangan fizikal yang dihadapinya bukan penghalang kepada semangat juangnya untuk membela rakyat.

"Saya tidak menganggap keadaan fizikal saya ini sebagai satu kekurangan kerana saya mampu melakukan semua tugas yang dilakukan oleh orang biasa yang lain," katanya.

AMANAH diangka menghadapi pertandingan sengit di Muara Tuang, Semop dan Jemoreng dimana PBB mengetengahkan jaguh Idris Buang, Abdullah Saidol dan bekas mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaik! Jangan biar pas dan BN menang senang

Timnajib Jomfikir berkata...

13 calon yang bertanding mereka-mereka itu adalah Ahli AMANAH.manakala, calon yang mewakili PAS pula, mereka bukan ahli PAS.

Itulah kelebihan calon AMANAH berbanding dengan calon PAS.

Sumpit telah disediakan....Ayuh calon-calon AMANAH. Tepatkan sasaran anda.

Selamat berkempen dan bertanding. Semoga, Allah memberikan pertolongan.

Malaysiabaru berkata...

TAHNIAH AMANAH!

abang Ahmad kardee tak di calon?

omar daud berkata...

salam:


Amanah-PH,Turun sebagai underdog,TERBAIK,Sebagai parti baru belompun lagi sampai 2tahun,andaikata tewas tiada kehilangan wang pertaruhan dikira cukup BAIK,Jika menang dikira BONUS.Pertandingan PRN Serawak,Level Playing FIELD yg TAK ADIL.Tiang gol Amanah-PH besar sekali,manakala pintu tiang gol BN kecil.Macamana nak skor.Sudahlah media perdana 24jam BN control,dedak-dedak ditabor bernilai jutaan ringgit last minute,pemimpin2 Amanah-PH ramai yg tak dibenarkan masok.


Teruskan usaha,insyallah akan berjaya juga akhirnya di suatu masa nanti.

sekian

Tanpa Nama berkata...

Kembang kempis hidung saya baca senarai calon AMANAH ni. TERBAIKLAH. Saya doakan semoga berjaya dan berusahalah bersungguh-sungguh. Inilah salah satu peluang kita nak menyebarkan kepada rakyat Serawak tentang parti AMANAH. SYABASSS!!!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!
Pastikan juga di mana ada calon PAS di situ AMANAH turut bertanding.
No Akaun Bank AMANAH bagi tujuan PRN Sarawak ni kena paparkan segera. Lebih-lebih dah hujung bulan ni.

Go AMANAH GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

Tanpa Nama berkata...

Takut2 hilang wang pertaruhan HaHHHH. HAHHHHHHhhhhhhhhh.

Tanpa Nama berkata...

dgn tersenaraikan nama2 ini, kemungkinan besar bnumno akan membuat perancangan samada membeli calon2 ini atau membuat siasatan atau fabrication sbg ugutan.

adakah calon2 ini bebas dari perlakuan tidak bermoral, kaki judi, kaki pompuan dan pelbagai bentuk maksiat lain? adakah Amanah boleh memastikan keselamatan kejujuran mrk dan keluarga? jgn pula nanti bila sampai hari pencalonan, mrk hilang.

pemuda parit kings berkata...

Saya doakan yg terbaik buat Amanah...semoga berjaya dan teruskan usaha...pengalaman itu penting...