18 Apr 2016

[VIDEO] Johor Menjadi Negeri Permulaan Kebangkitan Rakyat

Johor, titik permulaan kebangkitan rakyat – Salahuddin Ayub

MUAR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub percaya keberanian yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin dan pemerintah di Johor bakal menjadi kunci untuk rakyat bangkit menentang pemimpin yang korup.

Beliau berkata demikian selepas memuji sikap berani bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menyuarakan pandangan demi kebaikan rakyat.


Katanya sikap seperti itu yang diperlukan rakyat bagi menyelamatkan negara daripada terus rosak.

“Saya yakin Johor adalah permulaanya kerana kita ada Muhyiddin Yassin yang berani menyuarakan pandangan terutama dalam isu 1MDB berbanding pemimpin UMNO lain yang memilih untuk makan ‘dedak’.

“Kita juga ada Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang berani menyuarakan pandangan berhubung kemerosotan sukan bola sepak negara. Kita juga ada Sultan Johor yang berjiwa rakyat mewujudkan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat yang susah di Johor,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Pidato Selamatkan Malaysia” di Muar Trades Hotel, Muar, Johor. Dalam pada itu, Salahuddin turut memuji cadangan Sultan Johor kepada kerajaan negeri agar dapat menubuhkan sebuah bank dengan nama ‘Bank of Johor’.

Katanya, cadangan seperti itu sememangnya perlu bagi meringkan beban yang ditanggung rakyat.

“Kita sokong Sultan Johor, TMJ, Muhyiddin. Johor destinasi kemenangan rakyat. Saya yakin Johor boleh menjadi permulaan untuk rakyat bangkit dan menyuarakan pandangan mereka dengan adanya pemimpin dan pemerintah yang berani di negeri itu,” katanya. -FMT



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN Najib sah tidak boleh di harapkan. Adalah memalukan masalah rakyat yang sepatutnya di tangani oleh Najib di lakukan oleh Sultan Negeri.

Jika perkara ini berlarutan, satu hari nanti kuasa mentadbir akan di ambil alih Sultan-Sultan. Apalagi terbukti kejayaan Bank of Johor lebih baik dari bank kepunyaan GLC.

Hoi... Najib, tujuan sebenar usaha Sultan ialah memberitahu PM sekarang tidak berguna !

abrarmujahideen berkata...

Bile nak buat kat tempat terbuka...rakyat marhaen tentu nak bersama pemimpin berjiwa rakyat

Tanpa Nama berkata...

Akbar amanah xda ke.aku jenuh cari dikedai2 tp masih belum jumpa atau dh abis atau mmg xda.harap dpt baca paper amana.. Paper pas buat bakar sampah aje bolehla dah jadi lidah pembelit islam

pemuda parit kings berkata...

Salam...saudara tinggal dimana?