5 Mac 2016

Tiba-tiba Ada "Orang PAS" Hadir Himpunan Deklarasi Anti-Najib -updated

Senarai hadirin deklarasi anti Najib

Berikut senarai individu yang hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.




Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan


Teks penuh Deklarasi Rakyat

Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.



ULASAN GB

Sudah ramai "pengkhianat" dalam PAS sekarang. Walaupun pendirian PAS sudah diumumkan oleh Presiden dan Setiausa Aungnya, iaitu PAS tidak akan menghadiri dan mendatangani Deklarasi Anti-Najib, tetapi dengan tiba-tiba hari ini muncul Mustapa Ali dan Khairuddin Aman Razali. Kehadiran Mahfuz Omar dan Husam Musa tidak menghairankan sebab mereka telah dicop "harum manis dalam PAS. Tetapi kehadiran Mustapa Ali dan Khairuddin Aman Razali menunjukkanterdapat ahli-ahli PAS kini celaru dan keliru dengan pendirian parti mereka sendiri.

Jika dahulu, bekas pimpinan PAS (yang kemudiannya membentuk AMANAH) dituduh "pengkhianat", kini di dalam PAS sendiri sudah ada pengkhianat dan yang menjadi pengkhianat itu adalah master-mind PAS.

Jika Husam diheret ke lembaga disiplin kerana menghadiri majlis bukan-PAS, apakah PAS bersedia untuk mengheret Mustapa Ali dan Khairuddin Amana Razali ke lembaga disiplin?

Jelas kini pendirian PAS, malah PAS sendiri sudah tidak relevan kepada perjuangan rakyat. Kehadiran "orang-orang PAS itu menjadi sindiran kepada Safuddin Nasution.


Berkenaan dengan Deklarasi Anti-Najib yang ditandatangi bersama oleh 50 orang individu itu, kita ucapkan syabas dan tahniah. Najib perlu diturunkan walaupun ada yang dengan sinis menyatakan turunkan Najib bererti menguatkan UMNO. Sedangkan hakikatnya semakin dibiarkan Najib berkuasa, semakin menderitalah rakyat. Untuk menunggu pilihanraya yang akan datang, keadaan rakyat akan bertambah buruk dan kuasa Najib akan semakin mencengkam kerana Najib sanggup melakukan apa cara sekalipun demi untuk mempertahankan kuasanya. Turunkan Najib bererti melemahkan UMNO walau siapapun akan menggantikannya.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak puji malaslah tetapi Peminpin ini akhirnya keluar dari kepongpong hadi.Mereka nampak masa depan mereka yang akan berdepan dengan rakyat.Tindakan mereka bersma rakyta dalah politk matang,Peminpin Pas yang lain tunggulah tidakan rakyat kepada kamu.tunguuuuuu

Malaysiabaru berkata...

Kenapa takde seekor pun dari umno selain 3stooges ...?

Takkan pembangkang nak ketuk Najib dgn bantuan org tua shj boleh ker?

Yg 2ekor pemimpin pas tu buang tabiat aper... Agent ah jib gor?

Tapi takpe kalau nak ada impact kamu 50org buat roadshow di jb kt kb Ipoh as pekan ...baru ada impact

Buat lagi sepoloh roadahow kamu 50org di setiap negeri baru kami percaya kamu serius

Unknown berkata...

Salam:

Kesihan PAS,Ahli sendiri diperingkat atasan pun tak ikut presiden.Nampak gayanya terbelah 2 lagi.

Nak buat macam-mana tuang guru Hadi, dulu mung kata sesiapa yg mengatakan politik suku,agama itu suku,akan jatuh kafir.

Sekarang bagaimana tuang guru,Menentang 'Kemungkaran" suku,menasihati utk "Kebaikan' pun suku.
anti umno, tapi tak menentang ahli/pemimpin umno yg buat "Kemungkaran' guaano tuang guru.

Kesihan ahli-ahli totok bawahan..tengelam punca.kekiri pun salah,kekana pun salah,berdiri tegak pun salah..last-last ganga tenguk sajalah.

BERITA BAIK UTK semua "SUARA AMANAH" dah keluar,sungguh menarik.gamak gayanya saigan hebat pada harakah.Ramai dah menjeling2 dgn suara amanah sambil membelek2 harakah.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

INI ORANG PAS YANG TAK MUNAFIK

Tanpa Nama berkata...

Jika najib berundur...maka penganti beliau pasti akan.membersihkan segala onar yg ditinggalkan ... mungkin akan melakukan yg terbaik bagi memperolehi kepercayaan rakyat semula..apa pun..najib mesti disingkirkan...dan.percayalah... perkara pertama yg kita lihat...matawang kita akan naik semula...tetapi...ekonomi memerlukan masa yg agak panjang utk dipulihkan..terutama didalam keadaan ekonomi dunia yg teruk.masa kini..

Unknown berkata...

Pas dah jadi LEBAI MALANG...tak tidur tuang presiden mlm ni dan hari2 seterusnya

Tanpa Nama berkata...

Alhamdlillah..ada jugak ahli pas bersama rakyat..

Tanpa Nama berkata...



Pak tidak celaru n keliru.

Kehadiran Stopa Ali n At Takiri menunjukkan Pas mengamalkan seni politik yg tinggi. Pas sudah berpengalaman lebih 50 tahun.

Kluk klek pun satu cabang seni politik.

Mereka kan nak jadi bloc ke-3.

Kita tunggu penerangan dari Al tontoni al Germany. Rasa rasa dia dah baik dari demam.

Tanpa Nama berkata...

Mana nak cari makan bang!? Terpaksa join la... Biar tuan presiden yg gila kuasa tu cerin diri. Biarkan dia turun sekali dengan Najib...

Tanpa Nama berkata...

Hadi kat maner? Takde ke? Janganlah ketepikan tuan guru Hadi!

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Keangkuhan Hadi sebenarnya sama saja dgn pemimpin umno.
Malah lebih teruk dari itu.
Kalau Tok Jib angkuh kerana RM dan kuasa.
Namun Hadi angkuh kerana ilmu agama yg dia ada.
Pengikut taksubnya menganggap hanya hadi orang yg paling berilmu untuk capai syurga.
Ini info yg saya dapat dari pengikut tegarnya.
Sebenarnya….
Masih ramai yg berbaju hijau yg meragui halatuju Pas hari ini…percayalah Hadi /Tatawi.
Pas mengamalkan politik matang….
Bagi saya yg kerdil ini menganggap ini adalah kata kata orang yg kematian hujah dalam
politik dan hanya puji diri sendiri saja.
Kita sebagai pembaca pasti akan rasa termuntah bila membaca nya.
Pendapat saya Tok Jib dan Tok Hadi tak akan undur sampai ke penghujung nyawa.

Tanpa Nama berkata...

Umno....pemimpin umno masih lg dok kira sisa brim... Sdg nerbagi bagi...rm

pemuda parit kings berkata...

InsyaAllah sahabat...semoga niat Dan cadangan Tuan Tu jadi kenyataan..ameen...

pemuda parit kings berkata...

Alhamdulillah...semoga ahli pas Tu tak dilabel pengkhianat sudah...hahaha....atau barua...atau anjing...

pemuda parit kings berkata...

Kita doakan yg baik buat diorg.yg menyokong turunkan najib Dan rombak atau atur semula system pentadbiran kearah yg lebih baik...biarkan umno Dan rakan sekutunya melingkup...

Nick Syam Fitrie berkata...

Ketika UMNO dlm keadaan tenat dan ditolak oleh majoriti rakyat.. Datang tok lebai hadi auta & lebai² penjilatnya memberi tongkat dan menyokong Najib & UMNO.

Abdul Said berkata...

Macam mana dua orang boleh sesat lagi menyesatkan?

Tanpa Nama berkata...

Kayuh ke hilir menentang arus. Sampai2 kenduri dah habis. Kayuh pula kehulu, menentang arus lagi sampai2 kenduri pun habis juga. Nasib lebai malang bukan lebai matang.

nick berkata...

Dua ekor ahli pas tu tengah mabuk tu! Ye lah, kalau tak mabuk takkan lah datang ke majlis yang memang tuang Presideng tak suka iaitu usaha menjatuhkan Najib yang sangat dicintai. Lepas ni apa pulak le Tuang Presideng, walaunta2 akan spin pasal deklerasi ni? Mungkin agak2nya "PAS anti deklerasi tetapi tak anti kepada penandatangan deklerasi?" Atau "PAS anti kepada kuasa tapi tak anti dengan elaun ahli Parlimen?" Atau "PAS anti menang pilihanraya tapi suka nak masuk bertanding aje?" atau "PAS anti kepada puak bukan ulamak tapi suka kat pemerintahan teknokrat?" Atau "PAS anti salahguna kuasa tapi suka amat dengan demokrasi menggunakan "Chai?" Atau yang paling klasik "PAS anti pengkhianat yang kuar parti tapi cinta kepada perlembagaan PAS yang membenarkan dan menghalalkan ahli2nya kuar parti, berseorang amhupun beramai2?"

Mana agaknya yang Tuang Presideng akan guna? Hujah yang tak logik ataupun terus kepada caci maki dan kata2 kesat? Sama2lah rakyat tengok lakonan maharaja lawak dari Tuang Presideng PAS yang langsung tak kelakar bahkan membuat rakyat meluat!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Mereka hadir dengan kebenaran Presiden.
Mereka hadir dan tanda tangan Deklarasi atau tak/
Deklarasi dibuat supaya Najib diturunkan.
Mereka kata, mereka tetap mahukan Najib diturunkan melalui Praya.
Berbelit-belit sungguh.

mat yeh berkata...

yeeees! inilah dinamakan "politik matang", dulu orang panggil politik " munafiq".
sebenarnya dua ekor ular hijau yang datang ini merupakan ular peliharaan tuan presideng.
bina puak lebai serban besar lihat PAS makin tersisih dari politik rakyat Malaysia, mereka mula gelabah. Bukan sahaja orang-orang muda yang dah angkat punggung bila penceramah PAS buka mulut, bahkan yang tua lebih rela berselimut telanjang dalam kain pelaikat dari pergi dengar ceramah PAS.
Dua ular hijau ini datang hanya nak tunjuk muka bahawa meteka juga nak berjuang untuk malaysia. Namun semua orang tahu dua ular inilah kaki pau dalam parti PAS.

Tanpa Nama berkata...

Andai deklarasi ini hanya utk menurunkan najib sahaja, aku setuju kerjasama dgn puak tun...tp kalau utk menurunkan najib dan galang gantinya drpd umno, aku xsetuju kerjasama dgn tun...biar lah pakatan berjuang dilandasannya...jadi, puak tun mestilah sepakat utk membebaskan anwar ibrahim sbg gantinya...hanya tun sahaja yg tahu apa yg berlaku antara die dgn anwar dlm kes anwar..

Tanpa Nama berkata...

Dua ekor tu sekadar tunjuk muka sebagai DAMAGE CONTROL. Dah rasa bahang dan loya lagi meluatnya rakyat pada puak-puak walaun tu.
Jual ubat, minyak wangi, madu, kosmetik dan spenda lebih baik.....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bagus nya jika kedua-dua pemimpin PAS ini juga buat satu deklarasi yang serupa jika Husam dan Mahfuz di pecat.

Kedua-dua Presiden mempunyai prinsip yang serupa. Apa yang Najib buat sehingga UMNO jahanam, begitu lah Hj Hadi telah menterbalikkan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pas takut jadi kera sumbang lah tu...lalu hantarlah 2 wakil, nak kelabukan mata ahli2 parti. Memang dasar kluk klek... cakap lain buat lain....pigi daaa Pas Pis Puss.

Tanpa Nama berkata...

Lagi kenyataan pelik dari parti PAS.
Mula-mula anti UMNO tetapi tidak anti orang UMNO (Najib) .

Khairudin pula mendakwa kedua-dua mereka hadir atas arahan Hj Hadi dan menegaskan Najib hendak lah diturunkan melalui pilihanraya.

Tahukah kamu jika melalui pilihanraya yang berat sebelah dan dengan kemampuan
parti pembangkang yang serba-serbi kekurangan. Mustahil kamu tidak tahu sebab kamu juga lakukannya semasa pemilihan parti dengan mengunacaui dan kuasa menahan perwakilan membahas usul.

Nada kamu (PAS) sama dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Kamu tidak ikhlas kerana kamu sebenarnya cuba menyelamatkan Najib.

bunbinban berkata...

Ntah ape2 PAS ni. X cukup makan lagi kot atau tengah blackmail najib?. Bagi lagi jawatan pada PAS dlm kerajaan atau dorang join madey?. Segalanya mungkin.

bat8 berkata...

xkeluar dari geng Hadi...mereka sekapai. Ini strategi kartun kepimpinan PAS. Bila tau tokoh-tokoh yang akan hadir, depa nampak PAS mungkin akan dipinggirkan pengundi. Jadi walaupun dah keluar kenyataan rasmi PAS xmo hadir dan tandatangani deklarasi....terpaksa la buat uturn juga.

Bukan sahaja takut dipinggir pengundi tetapi takut ahli-ahli PAS sendiri lari meninggalkan parti.

bat8 berkata...

Jangan puji sangat. Mereka sekapai. Ni strategi kartun untuk menyelamatkan kabilah Hadi. Lebai PAS mau makan keliling. Belah Najib depa makan....belah sini pun depa nak makan.

Jangan tertipu dengan tektik lebai2 ni selepas TGNA xde. Semua helah nak kekal jawatan je....ade jawatan ada punca rezeki. Tengok MA pun dah jadi ketua darjah UMNO...Dedak punya pasai...

Tanpa Nama berkata...

Khairuddin dan Stopa tu hadir sekadar DAMAGE CONTROL setelah PAS sedar dan mula perasan rakyat makin meluat dengan sikap berbelit-belit PAS dan opportunis yang membelakangkan kepentingan rakyat.
Lebih baik yang dua ekor tu berniaga minyak wangi attar, madu, kosmetik dan spenda dari terus membuat cubaan mengelirukan rakyat siapa PAS sebenarnya dengan UMNO hanya kerana jawatan dan fulus. Jangan ingat rakyat semua boleh diperbodohkan dengan serban, jubah dan potongan Al Quran dan hadis yang diselewengkan untuk menabur fitnah terhadap pembangkang
Hahahaha......

bat8 berkata...

Kebaikan terbesar jika Najib meletak jawatan ialah segala masaalah negara dan rakyat sekarang akan berhenti serta merta. Pentadbiran ala kuku besi akan berhenti. Amalan rasuah yang memanafaatkan kroni najib akan terhenti. Kalau tahu betala besarnya rasuah dan perompakan yang dibuat oleg Najib dan geng anda akan terkejut. Khazanah negara ni semacam telaga-telaga minyak tersedia untuk mereka sedut sesuka hati.

Pentarbiran negara yg gila dapat dihentikan segera. Usaha memulihkan ekonomi dpt dimulakan dsb. Semua benda dah dirosakkan oleh Najib...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn komen bahawa pas dah mula rasa tersisih. takut jd kera sumbang. takut dibenci oleh rakyat yg benci najib. last2 hadir jg walau asalnya tuang presideng kt tak akan hadir. tegas sungguh pendirian islamnya!

Tanpa Nama berkata...

Aku sakit perut baca komen mat yeh. Din dan stopa hanya 2 ekor ular hijau belaan tuan presideng hadi awe. Molek buka gerai jual attar dan spenda. Mesti laku punya. Kahkahkah

pemuda parit kings berkata...

Biar padan muka org pascai Ni...meluat aku tgk diorg...ckp nk AAA je...tp hapah xder...cikai punya pascai!!!

Hatabenross berkata...

mereka bukan pengkhianat. kehadiran mereka telah diketahui umum sebelum ini.. rajin membaca maklumat semasa.. berita ini mudah diperolehi.

Tanpa Nama berkata...

UMNGOK TERCIRIT...TAKUT NGAN BAYANG2 SENDIRI....PEGI MAKAN DEDAK LA WOIII...