PKR teruskan kerjasama dengan PAS di Selangor - Azmin
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS di Selangor walaupun parti itu telah mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hari ini.
"Saya berpendapat bagi kami (PKR), kami telah menjelaskan, bahawa apabila kita membentuk Pakatan Harapan, ia adalah untuk mengekalkan kerjasama kita dengan PAS melalui tahaluf siyasi.
"Itulah pendirian yang diambil PKR," kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini hari ini.
Di GEORGE TOWN, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau menolak pakatan baharu antara PAS dan IKATAN kerana ia tidak memberi manfaat kepada pembangkang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan berkata permuafakatan baharu dengan IKATAN adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
IKATAN diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. -Bernama
ULASAN GB
Macam-macam kisah bab politik ini.
Setelah PAS dikatakan memberikan tongkat kepada UMNO yang mula rebah, kini PKR pula memperlihatkan tindakannya memberikan tongkat kepoada PAS. Kenyataan Azmin ALi, Timbalan presiden PKR yang juga MB Selangor membuktikan bahawa PKR kini menjalinkan kerjasama dengan PAS, sekalipun telah menandatangani permuafaakatan dengan rakan-rakan didalam Pakatan Harapan.
PKR nampaknya ingin berlaku curang kepada rakyat. Berlaku curang kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan.
Jika demikian sikap dan tindakan PKR, GB berani menjangkakan rakyat akan menolak PKR sama seperti rakyat menolak PAS. GB sudah membuat ulasan sebelum ini. Petikan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS di Selangor walaupun parti itu telah mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hari ini.
"Saya berpendapat bagi kami (PKR), kami telah menjelaskan, bahawa apabila kita membentuk Pakatan Harapan, ia adalah untuk mengekalkan kerjasama kita dengan PAS melalui tahaluf siyasi.
"Itulah pendirian yang diambil PKR," kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini hari ini.
Di GEORGE TOWN, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau menolak pakatan baharu antara PAS dan IKATAN kerana ia tidak memberi manfaat kepada pembangkang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan berkata permuafakatan baharu dengan IKATAN adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
IKATAN diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. -Bernama
Tak nampak sudut mana Ikatan bantu Pas
SHAH ALAM – Penganalisis politik akui tidak melihat dari sudut mana Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dapat membantu Pas melalui kerjasama politik yang dijalin dalam pembentukan blok politik ketiga, semalam.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika diminta mengulas kerjasama politik itu banyak menimbulkan persoalan terhadap tindakan Pas itu.
“Apakah Ikatan mempunyai aspirasi yang sama dengan Pas? Pas merupakan salah satu parti yang besar seperti Umno, DAP yang memilih untuk bekerjasama dengan parti yang masih baharu, ahli dalam sekitar 5,000 orang. Jadi, apakah matlamat akhir Pas sebenarnya?
“Pada saya, Pas masih tercari-cari siapa yang boleh menjadi rakan sekutu mereka. Tapi dengan memilih Ikatan yang dikatakan sesuatu yang bersifat multi etnik, sejauh manakah mereka mampu untuk meyakinkan penyokong mereka sendiri?,” katanya kepada Sinar Online.
Semalam, Pas mengumumkan menjalin kerjasama dengan Ikatan yang membawa agenda untuk menjadi pembangkang yang bukan hanya membangkang.
Bukan tidak sesuai kerjasama Pas-Ikatan itu, namun menurut Sivamurugan, apabila nama Pas disebut, harapan ramai adalah untuk melihat parti tertua itu mempunyai hubungan dengan parti yang jauh lebih besar dan setanding dengan parti Islam itu.
“Memang mereka menunjukkan mahu meraih proses demokrasi tetapi sejauh manakah ia mampu mengukuhkan Pas? Sedangkan pada saya, kerjasama ini hanya akan memberikan kelebihan kepada BN memandangkan Pas pernah bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kini dengan blok baharu, seolah-olah pembangkang masih lagi belum mempunyai matlamat yang sama.
“Blok ketiga ini akan memecahkan undi dalam Pakatan Harapan dan mungkin akan memberikan impak untuk mempengaruhi sokongan yang bakal diterima oleh Pakatan Harapan. Perpecahan itu sebenarnya yang akan membolehkan BN mendapat kelebihan,” katanya.
Namun katanya, mungkin Pas mempunyai formulanya yang akhirnya memutuskan untuk memilih Ikatan berbanding parti-parti politik dan NGO-NGO lain di negara ini dan sebarang jangkaan masih terlalu awal untuk dilakukan.
“Kalau kita perhatikan kedua-dua parti ini mempunyai latar belakang ahli yang berbeza. Ahli Pas lebih konvensional, tradisional dengan ikatan kepada nilai-nilai keagamaan. Walhal di sini pula, Presiden Ikatan mengatakan mereka ini merupakan golongan yang liberal dan berpendidikan Barat.
“Jadi, mungkin bertujuan untuk memenangi sokongan-sokongan yang percaya kepada latar belakang sedemikian rupa. Mungkin kelas pertengahan dan kelas atasan bagi Ikatan. Mungkin Pas merasakan latar belakang itu akan boleh mempengaruhi sokongan kepada Pas dan Ikatan,” katnaya.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir turut membangkitkan persoalan sama kepada Pas.
“Kenapa Ikatan? Bukan parti lain? Harus diakui Ikatan tidak mempunyai pengaruh yang luas dan tidak dikenali ramai. Kerjasama ini akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pemerhati politik dan rakyat kerana Pas seperti terdesak.
“Saya tidak fikir kerjasama ini akan memberi kesan yang besar kepada politik tanah air. Kenapa pilih Ikatan? Mengapa tidak pilih parti atau NGO yang lebih kuat lagi,” tanyanya.
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan agak berlebihan sekiranya kerjasama Pas-Ikatan itu dikatakan akan memberi kesan dalam pilihan raya akan datang. -SH
PAS hanya bawa beban, tiada manfaat bersama IKATAN – MUBARAK
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya akan memberi beban kepada PAS kerana ia merupakan sebuah parti baharu dengan jumlah keahlian yang sedikit.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berasa hairan dengan tindakan PAS kerana IKATAN bukanlah sebuah parti yang mampu memberi impak kepada politik negara.
“IKATAN juga baru hendak bermula, jadi mungkin satu bebanan kepada PAS, kerana tidak ramai yang sertai parti baru itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MUBARAK, hari ini.
Jelasnya, tindakan PAS bekerjasama dengan parti yang diasaskan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Kadir Fadzir hanya akan menipiskan peluang parti Islam itu untuk bekerjasama dengan parti atau badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Mengulas lanjut, orang lama UMNO itu juga menekankan bahawa kekuatan dan kemampuan IKATAN masih belum teruji memandangkan belum pernah bertanding dalam sebarang pilihan raya umum.
“Untuk kerjasama sosial itu okay, tetapi sebagai satu kerjasama politik, saya tidak nampak impak dia,” kata beliau. -FMT
ULASAN GB
Macam-macam kisah bab politik ini.
Setelah PAS dikatakan memberikan tongkat kepada UMNO yang mula rebah, kini PKR pula memperlihatkan tindakannya memberikan tongkat kepoada PAS. Kenyataan Azmin ALi, Timbalan presiden PKR yang juga MB Selangor membuktikan bahawa PKR kini menjalinkan kerjasama dengan PAS, sekalipun telah menandatangani permuafaakatan dengan rakan-rakan didalam Pakatan Harapan.
PKR nampaknya ingin berlaku curang kepada rakyat. Berlaku curang kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan.
Jika demikian sikap dan tindakan PKR, GB berani menjangkakan rakyat akan menolak PKR sama seperti rakyat menolak PAS. GB sudah membuat ulasan sebelum ini. Petikan.
Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan.
Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan.
Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.
Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan..
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu nampaknya hampor pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya dan itu permulaaan kepada fenommena calon-calon PAS akan hilang deposit di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.
BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Perjuangan sebenar PRU nanti ialah diantara BN da PH. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan dan/atau masih takut dengan PAS.
41 ulasan:
Rakyat tak buta... jika PKR bermain wayang, rakyat akan bakar pentas wayang dengan tok dalang sekali. PKR anda harus mula membezakan team anda di dalam PKR sendiri supaya anda tidak diborong sekali untuk dibuang ke laut bersama UMNO/BN dan PAS.
JADI BERHATI-HATI DENGAN GENERASI MUDA MALAYSIA.
Sebabnya Pkr kecuali di Selangor dab PP tak ada jentera dan jk paca.Semua diserah bulat2 kpd jentera Pas.Pkr ni banyak aktivis dia elit dan berlagak mcm tuan.Semua main duit.Pas lapar duit,Pkr ada duit.Utk bendera,poster dan paca semua upah macai Pas.Itulah Pkr yg aku tau sebab aku ahli pkr.Kalau Amanah memang aku salute dgn pengalaman mrk dlm Pas tentang pengurusan kerja2 pilihanraya.Azmin ni elit punya group semua guna duit termasuk dlm pemilihan yg lepas..
Yg terhegeh hegeh tu bukan PKR tetapi Azmin...aku jangka satu masa, Azmin akan ikut jejak langkah Khalid Ibrahim jugak nampak gayanya...
RB mmg betul...suku sakat umno...
Logik paling mudah. Umno dibenci kerana membawa byk masalah kpd negara dan rakyat.
PIS pula...dah berkawan dgn umno. Maka kebencian rakyat kpd umno melarat kpd PIS. PIS dibenci sama tahap kebencian kpd umno.
PKR bersybahat dgn PIS yg dibenci rakyat gara2 berkawan dgn umno. Maka PKR juga turut terpalit dbenci oleh rakyat juga.
Apa saja yg bersangkut paut dgn umno...sama ada yg jauh atau dekat tetap mendatangkan kebencian di hati rakyat.
Maka umno/bn...PIS dan PKR juga akan dibenci rakyat. PIS terkenal dgn flip flop uturn. PKR juga tidak kurang dgn gaya pondan dan flip flop juga!
Apa yg boleh dharap dgn PKR. Tidak ada prinsip yg tegas dan muktamad dlm memperjuangkan tuntutan rakyat.
PKR ni konon nk kalah kan umno/bn yg gagah perkasa dgn segala kelebihan yg ada. Sedangkan PIS yg tercungap2 hampir tenggelam tu pun tak terdaya nk berlawan.
Seloknya PKR ikut join saja PIS IKATAN tu. Mana2 pemimpin PKR yg berjiwa rakyat segeralah berpindah ke DAP dan AMANAH.
Biar cuma ada pertandingan PH vs BN(umno...PKR PIS IKATAN). Senang rakyat nak pilih.
Tuan Azmin. Jgn lah taksub sgt dgn jawatan MB selangor tu. Sanggup bersengkongkol dgn PIS semata mata mau kekal sbg MB. Malu le sikit kat pengundi2-yg angkat kamu sbg ADUN dan MP....
Menyakitkan hati je kerja kamu org politik ni....puii.
Aku rela undi RANI KULUP KIPIDAP jika dia lawan Azmin di mana2....! Dpt jugak berhibur jika dia main drum bersama bandnya....kah kah kah
sepatutnya, hukum jantan betina mesti dipertegaskan.
PKR mahu bersama PAS atau Pakatan Harapan?. PKR mesti memilih salah satu , sama ada PAS atau PH.
Aku dah muak dengan Azmi dan PKR.
Kalau ikut pada emosi.....memang PKR beri tongkat pada PAS sebagaimana PAS bagi bahu pada UMNO Baru agar jangan rebah.
Lihat bagaimana emosi seorang yang menghisap rokok. Bila ada masaalah saja dia akan cari rokok dan hisap. Bila tak ada rokok perasaannya jadi separuh gila. Beremosi dengan berakal adalah dua tindakan yang berbeza.
Kita orang luar gelanggang hanya mampu menjerit saja, maki hamun, mengutuk kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh orang dalam gelanggang. Faham kah kita suasana dalam gelanggang itu.... Sepatutnya kitalah yang duduk dalam gelanggang tu...kenapa tak masuk atau kita hanya mampu memberi pandangan saja ?
Kerjasama yang disampaikan oleh PKR pada PAS itu adalah tawaran berpolitik kerana kedua parti itu berhubung kait hanya kerana pemimpin PAS Selangor masih berkhidmat dalam kerajaan negeri. Perkhidmatan mereka tamat setelah pentadbiran kerajaan negeri dibubarkan bagi menghadapi pilihanraya yang ke 14.
Kita tidak tahu selepas pembubaran DUN, masih ada cadangan untuk bekerjasama lagi atau tidak. Atau parti Amanah Negara pulak yang terhegeh-hegeh nak berkerjasama dengan PAS pulak...mungkin....tiada yang mustahil. Kita merancang....Allah juga merancang......
Tuan admin tolong hentam pkr keras sikit bagi diorang bangkit dari tido.Aku dah bosan...aku dah bosan...aku dah bosan...
Inilah dia bakal PM Malaysoa?
Patutkah azmin di ajar nerpolitik utk memang ? Bukan utk kalah spt pas
Undi pas mcm undi umno
Undi umno mcm undi pas
Allah akan bg pengajaran baek punyer kpd azmin dan ayoh hadi Ping!
Bukan emosi bro..ini realiti yg Pkr banyak bergantung kpd pas yg berakar umbi dlm politik selama 60 thn.Pkr dikira remaja yg menagih tongkat pas untuk survivor dlm pru.Kak Wan amat maklum ini semua.Banyak kwsn parlimen,pejabat pun takdak.Pemilihan parti pun banyak tumpang markas pas kawasan.Aku ni mantan ketua pe erangan amk cabang tau sangat masalah pkr dgn group2 yg saling jatuh menjatuhkan.Banyak tempat prk aku pi kempen calon pkr dan lihat sendiri bagaimana bergunanya kekuatan jentera pas kpd pkr.Itu dulu kerana jentera2 pas skrg berbondong2 masuk Amanah.Yg ada sekarang puak ustat yg hanya pandai berkokok.Statemen terbaru Kak wan adalah jelas yg Pkr masih perlu tongkat pas untuk survivor.Budi pas terlalu banyak buat Pkr,ini yg menjadi dilema pimpinan Pkr pusat.Tapi sampai bila pkr nk ikut rentak pas yg dah semakin sumbang dan dibenci oleh penyokong2nya sendiri..???lu fikir sendiri la.....
Kalau kenyataan azmin mewakili pkr...maka kita blh kata pkr adalah parti yg " sangat baik " walaupun calonnya dihina n fitnah= jualnpil kuda.presidennya di aibkan dikhalayak umum =tak layak jadi mb tak ada pengalaman dan ketua umumnya dihina sebagai tetamu.baiknya pkr.
Aku tunggu dan lihat.. 2-3 hari baru dpt idea.. terima kasih Rici Blackstar..
Apa yg aku harap sangat2.. GRUP UNIT AMAL PAS bertukar menjadi UNIT AMAL AMANAH. Sbb PAS mmg sudah lumpuh hampir di semua cawangan. Ini yg PKR masih gayat kerana ramai ahli2 PAS blom isi borang masuk AMANAH. The grey area is there.. mmg gayat bro..
PKR cuba nak menubuhkan sebuah team bola sepak yang ada pemain melawan melawan musuh untuk menang tapi dalam team itu ada pemain yang tidak mahu pasukannya menang dalam perlawanan itu dia hanya mahu bermain untuk dapat sanjungan sebagai pemain disamping mendapat habuan lumayan disebabkan kelincahan dan kelicikan tendangan bola semasa bermain ,faham sendirilah wahai pemimpin PKR jika kamu mahu menang dalam PRU14 nanti atau yang terdekat PRN Serawak ini.
Antara kuasa mentadbir dan menyedarkan rakyat supaya betul-betul berubah, mana satu yang lebih di utamakan. Penting dua-dua penting.
Jika saya yang menentukan saya pilih supaya rakyat berubah. Tidak seperti sekarang dimana Kakak Wan dan Azmin lakukan sekarang iaitu politik takut-takut. Politik PKR tidak berubah mana rakyat nak berubah. Itu sebab terutama orang melayu, tidak sedar kejahatan UMNO sebab cara PKR sama dengan cara UMNO.
Jika DAP dalam situasi begini, saya yakin PAS sudah kena tendang. Apakah DAP tidak tahu apa terjadi pada Pakatan Rakyat apabila pemimpinnya tidak bersetuju dengan hudud. DAP sedar orang melayu akan curiga pada pemimpinnya malah ada yang menuduh pemimpin DAP anti melayu. Sebab itu DAP lebih dari PKR atau parti-parti yang lain.
Pemimpin AMANAH telah melakukan pengorbanan yang besar dengan meninggalkan PAS. Politik dalam PAS politik berdolak-dalih, tidak lurus dan hanya Pemimpin sahaja yang tahu apa nak buat. PKR sendiri yang mengagalkan usaha-usaha AMANAH untuk menganjak ke satu takok ke atas. Pemimpin AMANAH rela mengambil risiko menjadi tidak mempunyai apa-apa. Jika Anwar Ibrahim ikut sahaja cara Mahathir, Anwar Ibrahim tidak berada di penjara hari ini. Jika pemimpin AMANAH ikut buta Hj Hadi, UMNO dan Najib lebih kuat dari hari ini.
Sebab itu sampai bila-bila PAS akan buat kerja macam orang tiga suku. Dan PKR sampai bila-bila dengan alasan 'biarkan...biarkan'
Jika ujud kerjasama yang jujur dan kuat antara PAS dan PKR, apa perlu PAS bersama dengan Ikatan ? Adakah cara Hj Hadi dan pemimpin PAS yang berpolitik seperti yang diharapkan oleh pengundi?
Dengan mengubah sikap rakyat, kita boleh menang besar. BN dan UMNO bermasalah demi masalah dan ditentang oleh Tun Mahathir. Sebab itu cara PKR di anggap tidak mengikut aspirasi rakyat.
Aku sangat setuju dengan komen tanpa nama 1.08 pg tapi orang yang diluar gelangganglah yang nampak kepincangan pemain dan mereka-mereka ini bukan semuanya penonton tapi ada jurulatih ada motivitor ada mentor ada juru runding dan sebagainya orang-orang sepertilah yang penting dan mereka juga telah berbuih mulut memberi nasehat pada pemimpin yang ego tidak mahu mendengar nasehat maka kita tunggulah PRU14 nanti untuk beri pengajaran pada PKR yang langsung tidak perihatin dengan penyokong dan pemilih mereka berhubung dengan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri selangor.
Apakah dengan terus beri muka kepada PAS, Azmin yakin PKR akan terus kekal di Selangor dengan mengambil kira apa yang telah PAS lakukan yang di ketahui umum.?
PAS perlu di ajar secukup-cukupnya. Percaya lah jika tidak PAS dengan cara yang sama telah mentadbir Selangor semasa isu MB.
Jika PKR ingin sangat berkerjasama dengan PAS, bukan sekarang tetapi semasa pilihan raya.
Silap nya PKR dari dulu tidak bertegas. Konon ambil jalan tengah sedangkan bukan semua masa sesuai ambil jalan tengah. Ada masa seperti sekarang PKR terpaksa bertegas dengan membuat satu keputusan. PAS atua PAKATAN HARAPAN ?
Pkr mengada2..orang yg khianat dan hampir menjatuhkandia diselangor masihnak berbaik2 dan bagi ruang di selangor..2 adun amanah yg selamatkan pkr tidak diberi jawatan exco sebaliknye pengkhianat yg diberi habuan.pru 14 nanti tinggalkan pkr dan pas..amanah semakin mendapat tempat dihati melayu.
Sesebuah parti, kumpulan itu boleh jatuh kerana pemimpin. Dunia boleh berperang kerana pemimpin, manusia boleh berbunuhan.kerana pemimpin. Begitu juga kerana pemimpin manusia boleh bersatu, boleh.wujud kasih sayang dan silpati.
Jika pemimpin itu dilihat mirip kepada kehancuran, maka kuasa terbanyak adalah perlu utk.menyingkirkannya.
Nampak gaya Azmin Ali perlu diajar dalam pilihanraya akan datang...
Azmin perlu dilekatkan diteropong ' sniper' anda. Jangan lepaskan ia dari pandangan anda. Silap langkah sahaja ' tembak' terus. Jangan bagi peluang. Sekarang yang jadi bisul dalam badan PKR ialah Azmin. Takut-takut penyakit Hadi sudah berjangkit. Partinya okay, yang bermasaalah dia!
Xmungkin...sbb kartel Azmin da menjalar kuat setiap cawangan
KLentong Adi Awe
Klentong Arong Ding
Klentong Azmin Ali n konco2
Klentong Najib Madey dan puak2 umno
Semua yg kat atas tu Klentong politik FEUDAL yg konon2 pandai menipu dan mengelirukan rkyat utk songlap mencuri merompak khazanah rkyat!
Azmin WAJIB dikalahkan oleh calon bebas @ AMANAH @ DAP di DUN dan Parlimen Gombak. Calon DAP Melayu sprt Aziz Bari dan Pak Samad sesuai sgt utk BUNGKUS budak mangkok hayun tue, baru dia padan muka
Aku percaya, kak Zizah pun tak setuju dgn Azmin ni. Tp, pd masa ni takde tokoh yg cukup kuat utk ganti Azmin. Ckgu Bard nampaknya lebih bersungguh2. Tp, kartel Azmin nmpaknya terlalu berpengaruh.
Kak Zizah sendirian tak mampu nk kekang Azmin.
DAP tidak berkerja seperti MCA. Bendera DAP boleh dikira. Dalam semua gerak kerja MCA Lagi gah dari DAP.
Tetapi DAP kuat dan dihormati.
PKR perlu mencontohi DAP dan tidak perlu bergantung kepada PAS dalam melakukan kerja-kerja berkempen.
Ini tidak macamana banyak bendera UMNO dipasang macam itu juga lah banyaknya PKR nak pasang bendera.
DAP bermesyuarat begitu-begitu sahaja mengikut kemampuan. PKR sebaliknya sentiasa cuba menandingi UMNO. Sehingga adakala nya cara PKR dilihat seperti lebih agresif.
Najib lebih berani memecat Muhyiddin sedangkan Azmin nak pecat PAS pun tidak berani. Buat blok ke3 satu hal, yang bersekutu parti Ikatan! Hampir semua pendapat memberi pandangan PAS buat kerja tidak berfaedah dan PKR sokong.
Wei bro, PKR faham realiti semasa. Buat apa kita nk bagi tongkat pd UMNO-BN dgn brbalah sesama pembangkang. Akal tu biar panjang skt. Ke ko ni macai UMNO yg main wayang kt sini
Lagu ni la, AMANAH teruskan kerjasama dgn DAP utk lawan UMNO-BN. Lupakanlah PKR yg semakin pening. DSAI xde mcm2 pulak jadi.... Arghhhhhhhh
Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
Politik aka SIASAHnya... UMMAT Gumbira
Pemimpin nya "HUMBLE"... Tak BESAR Kepala
Tak Wujud "FEUDAL"... Yg Ber Tuhankan MANUSIA
Yg Ber Tuhankan Manusia... Ber Tuhankan "HARTA"
Yg Ber Tuhankan "HARTA"... Iblis nya Meng GILA
SONGLAP Merembat... RASUAH pun BerMAHRAJA Lela
Khianat dan FITNAH... MURTAD pun Ber Leluasa
NUUR Itu... Bahasa ARAB nya
Bahasa Mudahnya... CAHAYA Yg CANTIK
MURTAD Itu... Bahasa ARAB nya
Bahasa Melayunya... Tunggang Ter BALIK
ALLAH Suka... Yg LURUS dan CANTIK
ALLAH Melaknat... Yg Tunggang Ter BALIK
Tunggang Ter BALIK... Si MURTAD Yg Jelik
Khianat FITNAH... Men CURI yg JIJIK
Aku nak tambah skit,kalau korang tak lupa semasa pemilihan pkr lps Azmin lawan Tski post timb presiden di Sabah bagaimana skuad tski bongkar group Azmin beli undi termasuk seluruh jk pemilihan cabang tertentu dgn semua kertas undi dipangkah awal2 lagi dgn pengadil pun dibeli..jijik kan budak ni.Tski pun sama juga mecedes 350sl bawa duit berkarung bayar setiap cabang rm3000 utk undi dia.Pegawai kewangan dia encik Rah.. jumpa aku jam 12 mlm sambil hulur duit utk tagih undi tski.Tapi aku tolak sebab ini rasuah.Tski pun dah tersungkur tapi naik pulak yg lebih kurang sama peelnya.Banyak lagi rahsia parti yg aku simpan dan bila tiba masa yg sesuai aku publish sikit2...
pas dan ikatan - kalau dah jodoh tak kan kemana...
pas dan pkr - kalau dah bodoh pun tak kan kemana...
org yg duduk ditengah2... dia makan kiri kanan... kena belasah pun dkiri kanan...
aku harap rani kulup boleh bertanding lawan azmin pru nanti... aku CONFIRM undi dia...
org berprinsip ada matlamat, dia akan tetap teruskan perjalanan wlpn ada simpang dan halangan...
org opportunis, dia akan berhenti disetiap simpang dan halangan, kot2 ada habuan disitu...
org gila, dia akan masuk setiap simpang dan langgar setiap halangan...
INILAH masalah PARTI POLITIK MELAYU walau atas nama/dasar ape sekalipun, hidup menjadi Hamba kepada Nafsu,nilah fitnah akhir zaman Harta di rebut, wanita, pangkat. sebelum dapat jawatan semua pakat lagak macam orang alim, ustaz,nak tiru cth2 pemerintah Islam, bila dah dapat jawatan jadi kaduk naik jungjung,membujur lalu melintang aku sapu,ini lah kebanyakan sikap PEMIMPIN Melayu,baik PKR ke PAS ke lebih kurang sama perangai macam pemimpin UMNO,Asal fulus semua lulus..masa kempen bukan main kata kita transperant? kononnya la..lepas habis PR/kempen haram hilang semuanya... hilang slogan satu persatu,perangai Umno kembali bersatu,untuk memenuhi tembolok Hawa Nafsu,yang jadi mangsa pada rakyat bawahan/pengikut bawahan yg tiada kepentingan apa2.Harapan kepada AMANAH BUATLAH kerja demi Allah Agama dan Rasul seterusnya kembalikan amanah Negara kepada rakyat.Malaysia masih ramai pemimpin yg hebat tapi BUTA,LUPA DIRI bila dah pegang KUASA.LEBIH2 LAGI KALAU DIBERI IMBUHAN RM!!!!!Lebur segalanya.
Pada pendapat aku, semua flip flop ini berlaku adalah demi survival politik Azmin Anak Ali...x lebih dari itu...
semoga penyakit mangkuk hayun pasik/pascai tak berjangkit ke pkr
Amanah dilihat sebagai parti yang lebih relevan berbanding dengan PAS dan Keadilan pada pandangan umum khasnya orang Melayu dan Malaysia amnya. Keadaan ini mungkin ditakuti oleh orang seperti Azmin yang mempunyai survival politiknya sendiri.
Utk lebih pencerahan sila jenguk adik beradik Azmin.Satu benih satu acuan 2×5=5×2==
Sejahtera semua.
Untuk kawan kawan semua yg berada di luar gelanggang.
Bersabarlah...
Tawakal kpd yg Esa.
Setiap masa kita di kejutkan dengan berita yg tak menyenangkan.
Apakah ini tahap pemikiran ahli ahli politik kita.???
Orang yg selalu kita beri pengharapan bebal belaka.
Mereka ini tidak nampak finishing di akhir perjuangan.
Kalau Indon bina rumah pada mulanya teruk tapi bila dah siap amat menarik.
Apakah ayam tambatan yg kita pilih selama ini lebih teruk dari Indon yg
memang tidak berpelajaran malah pendatang asing di negara ini.??
Malang sungguh kita.
Perjuangan sebenarnya ialah ubah sikap orang melayu. Tapi masih lagi ramai yang tak ikut seperti cara Tuan Ritchie.
Dalam PKR macam ini. Dalam UMNO pun macam ini.
Yang berani herdik rakyat Mat Sabu. Sebab dia tak buat. Azmin dengan geng dia asyik berpolitik sebab nak kan kuasa tapi orang-orang yang beri sokongan sama sikap politiknya.
Untuk selamatkan Malaysia mesti diri kita berubah dahulu.
AMANAH lebih nampak ke arah berpolitik lebih maju dan kehadapan.
Pemimpin AMANAH adalah pemimpin melayu yang berpolitik dengan bermaruah.
Diharap AMANAH adalah parti politik yang mendapat nombor satu di Malaysia dan menjadi pilihan parti dari luar negara sebagai rujukan.
Cantik....aku suka komen ni...tepat sekali. Orang berperinsip, orang opportunis dan orang gila!! Haha.- wasalam, Ancient mariner.
Demi mengekalkan kerusi no 1 selangor, Azmin terpaksa main wayang. PRU tak lama lagi , sekurang2 nye bertahan dulu. kalau PAS goncang sikit bolih terjunam Azmin,Apa pun sabar2 la setidak2nye dapat buat persiapan utk servive slps PRU nnti. Dia ni main politik licik. Dia pun paham kerusi die susah nak selamat.
Woi anon 10.26....apsal bengong sgt..pas bukanlah parti pembangkang tp parti tikam belakang seperti gunting dlm lipatan..kalau pas pembangkang,dia kena bersama PH..pas ada agenda tersendiri yg tidak menguntungkan PH samasekali..jika mereka menang,mereka mustahil akan berkongsi kerusi dgn pembangkang dan percayalah mereka akan berjual runding dgn umno jika umno masih jd pemerintah...pembangkang tetap tunggal iaitu PH...azmin muka tembok tak tahu malu pipi tersorong2...mungkin dia tak sedar ahli pas sekarang cuma 250 ribu saja yg tinggal.
Semua itu adalah sejarah dan pas pun dah tak kuat dan ahli dah tak seramai dulu dan jentera parti pun dah hampir mati sbb ramai dah lari kpd AMANAH..tak percaya tunggu pru 14.
Betullah..semua ke laut..
Catat Ulasan