28 Mac 2016

"Najib Must GO", Laung Peserta Kongres Rakyat

Bukan DAP atau Mahathir, tapi hak rakyat Malaysia tolak pemimpin korup

Menafikan desakan menuntut pengunduran Najib Razak sebagai suara pihak tertentu, Datuk Husam Musa mengingatkan bahawa seluruh rakyat mempunyai hak untuk menolak pemimpin yang korup.

Pemimpin Pas itu berkata, isu perkauman tidak harus dijadikan alasan untuk menafikan tuntutan rakyat yang mendesak pengunduran Najib.

"Ini bukan (gerakan) DAP. Ini bukan Mahathir. Jangan jadikan kebangkitan ini isu rasis, isu Cina. Ini bukan pilihan tapi adalah kewajipan," tegasnya ketika berbahas dalam Kongres Rakyat 2016 hari ini.


Mengulas kepincangan pentadbiran Najib, beliau berkata, institusi kerajaan berkaitan gagal memainkan peranan sewajarnya ketika negara berada di kemuncak masalah.

"Tiada mekanisme pembetulan. Kuasa hanya berpusat pada seorang saja bahkan mengatasi kuasa raja-raja," ujar Husam.

Mengingatkan pelbagai isu berlaku akibat pentadbiran Najib, beliau menggesa rakyat segera bangkit melakukan perubahan.

"Bagi pemimpin ini, sila pandang dan refleksikan diri. Apa yang telah berlaku terimalah hakikat kemusnahan demi kemusnahan yang berlaku kerana tangan kekuasaan anda (Najib).

"Adakah tuan-tuan bersetuju Najib must go?" soalnya dengan mengakhiri perbahasan beliau dengan laungan "Najib must go" sebanyak tiga kali bersama-sama peserta yang memenuhi dewan SACC petang ini.

Cantas segera 'pemakan dedak' setia, kata Zaid


SHAH ALAM - Pemimpin yang mengamalkan rasuah atau bersubahat mengamalkan rasuah perlu ditolak segera, demikian ujar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Menyifatkan golongan tersebut sebagai 'pemakan dedak' setia, Zaid mendakwa, mereka bersubahat menutup krisis rasuah di negara ini hanya orang-orang yang selesa dengan pembohongan yang dibuat terhadap rakyat.

"Mereka ini kononnya mahukan Islam, mahukan integriti dalam kerajaan. Hakikatnya, mereka ini selesa dengan rasuah, mereka selesa dengan pembohongan.

"Kita malu dengan apa yang berlaku pada negara hari ini. Bukan hanya kes 1Malaysian Development Berhad, tetapi kes-kes lain.

"Negara ini menjadi subjek utama cemuhan dunia. Kita tidak boleh bersabar lagi," katanya ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Kata-katanya disambut dengan riuh gamat sorakan peserta kongres yang hadir di program ini, hari ini.

Menurutnya lagi, beliau cukup bertuah kerana beberapa pemimpin seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdiri di sisi melaungkan perjuangan yang sama.

"Kita bernasib baik, kita ada patriot negara yang tulen. Bukan patriot di Putrajaya. Kita kenal semua dan kita sayang Mahathir. Beliau tidak peduli fitnah yang mengatakan beliau ada agenda peribadi.

"Kita tidak boleh bersabar lagi. Ramai rakyat jelata hidup dalam kesusahan. Tidak ada agenda yang boleh dilaksanakan jika pemimpin tidak amanah," katanya lagi. -SH


Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib

6.30 ptg : Pada akhir ucapannya, Dr Mahathir berkata beliau sanggup memandu sebuah lori untuk membawa Deklarasi Rakyat ke istana.

Katanya beliau mahu menunjukkan sentimen rakyat terhadap Najib kepada majlis raja-raja.

Sepanjang ucapannya, Mahathir mengambil peluang menghentam Najib, Rosmah dan penyokong mereka.

Himpunan Selamatkan Malaysia berakhir pada jam 6.30 petang dengan sidang akhbar oleh Mahathir dan pemimpin lain.

6.00 ptg : Mahathir mengambil tempat sebagai penceramah terakhir dengan laungan "Reformasi!" - Perkataan yang sama dilaungkan oleh aktivis anti-Mahathir semasa protes reformasi 1998.

Mahathir mengimbas kembali dengan mengatakan beliau melompat kegembiraan apabila Tun Abdullah Badawi melantik Najib sebagai penggantinya.

Beliau menyangka, Najib yang merupakan anak Tun Abdul Razak akan menjadi seperti bapanya malangnya begitu berbeza dengan Tun Razak.

Mahathir berkata beliau juga keluar Umno buat pertama kali agar Najib dilantik sebagai perdana menteri kerana terhutang budi dengan Tun Razak yang sama melantik beliau ke jawatan itu.

Selepas Najib dilantik, Mahathir berkata, beliau mula sedar bahawa tindakan Najib tidak patut bagi seorang perdana menteri. Najib, dakwanya menggunakan wang untuk mendapatkan populariti, dan mengganggap pemberian itu sebagai rasuah.

Katanya, Najib membeli sokongan rakyat dengan memberikan wang yang juga adalah wang rakyat.

Mahathir juga mengulangi dakwaannya bahawa Najib menjadikan wang sebagai segala-galanya atau cash is king.

Beliau juga mengutuk orang di sekeliling Najib dengan menggunakan istilah popular iaitu 'pemakan dedak'.

5.30 ptg : Pemimpin nombor dua Umno yang digantung dari jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan ucapannya dengan berkata beliau tidak pernah bermimpi satu hari akan duduk di sebelah Lim Kit Siang.

Muhyiddin berkata sudah tiba masanya untuk politik matang di Malaysia dan tidak lagi terikat dengan idealogi atau sejarah. Menurutnya, mereka kini telah mencapai keadaan yang memerlukan mereka bersatu untuk menyelamatkan Malaysia.

Muhyiddin berkata, walaupun beliau tidak memakai baju yang sama seperti Mukhriz, kedua-duanya tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu orang-orang yang dijauhi dalam Umno.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga menyesal menuntut peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum 2008.

Namun pada masa itu katanya, tiada desakan untuk beliau dipecat daripada parti kerana hanya mahu perdana menteri meletakkan jawatan, sementara penggantinya diputuskan oleh Umno dan BN.

5.20 ptg : Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil yang menandatangani Deklarasi Rakyat menghadapi banyak kesusahan di bawah sistem menekan termasuk semasa di zaman Perdana Menteri Tun Mahathir.

Katanya, mereka menjadi mangsa dan sebelum Anwar ditahan pada 1998 beliau orang pertama ditangkap di bawah pentadbiran Mahathir yang semasa itu menjadi Menteri Dalam Negeri.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor itu berkata ia kini tinggal sejarah dan seseorang itu harus menjadi lebih baik daripada waktu sebelumnya. Seseorang katanya, tidak boleh mengeluh terhadap kenangan pahit dan harus mengambil langkah positif demi masa depan.

4.45 ptg : Mukhriz Mahathir berkata selepas tandatangan deklarasi itu dikumpulkan, mereka akan menyerahkannya kepada majlis raja-raja.

Secara berseloroh beliau berkata bapanya mahu tandatangan itu dikumpulkan dan diletakkan di atas sebuah lori yang dipandu bapanya sendiri. Bagaimanapun katanya beliau tidak pasti sama ada lesen bapanya yang berusia 90 tahun itu masih sah.

4.30 ptg : Mukhriz berkata, beliau berdiri di atas pentas masih memakai seragam berwarna merah Umno.

Seorang dari kalangan hadirin menjerit, "Buka!".

Bagaimanapun Mukhriz menjelaskan bahawa darah dagingnya adalah Umno dan tidak begitu mudah baginya untuk berubah.

Katanya beliau juga tahu ramai ahli Umno berada dalam dwan itu tetapi mereka tidak memakai pakaian seragam.

Beliau juga mengulangi pendiriannya bahawa pergerakan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk menggantikan Najib dengan satu lagi Perdana Menteri Umno.

4.20 ptg : Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau hanya akan menumpukan perhatiannya kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Katanya beliau tidak akan mengganggu kedua-duanya sekiranya mereka 'tidak mengambil wang rakyat'.

Rafizi mengulangi janjinya untuk mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dikaitkan dengan Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di perhimpunan Pakatan Harapan di Ampang Jaya esok.

4.10 ptg : Penceramah seterusnya adalah presiden Hakam Ambiga Sreenevasan. Ketika berada di atas pentas, seseorang berteriak "Buat Bersih 5!"

Ambiga kemudian menjawab, "Cukuplah cukup!" terhadap pentadbiran Najib.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa perbincangan mengenai mantan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dilakukan.

Ambiga juga secara sinis berterima kasih kepada Najib kerana menyatupadukan rakyat dari sisi yang berbeza-beza.

4:00 ptg : Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menekankan agenda Selamatkan Malaysia bukan salah satu yang usaha untuk menghancurkan orang Melayu.

Salahuddin juga mengingatkan orang Melayu bahawa hak-hak mereka juga dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan.

Katanya, negara ini memerlukan orang Melayu, Cina dan India serta pemimpin yang baik. Katanya contoh pemimpin Melayu yang baik adalah Tun Abdul Razak Hussein dan bekas menteri Tun Tan Siew Sin.

3.50 ptg : Bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan berkata sudah tiba masanya untuk beliau mengambil pendirian.

Beliau turut bertanya kepada rakan-rakannya di dalam BN berapa lama lagi mereka akan berdiam diri.

Murugesan juga mengatakan kesetiaan kepada pemimpin hanya patut diberikan selagi pemimpin berkenaan setia kepada prinsip-prinsip ketika negara ini diasaskan.

3.40 ptg : ADUN Salor Datuk Husam Musa berkata semua rakyat Malaysia harus mempunyai hak yang sama untuk menolak kerajaan yang korup.

"Alhamdulillah kita hanya ada 1MDB. Bukan 2MDB atau 3MDB," katanya sambil menambah keadaan akan sebaliknya menjadi lebih buruk sekiranya keadaan itu berlaku.

Husam berkata seruan untuk peletakan jawatan Najib tidak boleh bertukar menjadi isu perkauman atau agama.

Katanya, ia bukan lagi merupakan satu pilihan, tetapi satu kewajipan dan tidak seharusnya menjadi masalah besar kepada semua orang.

3.20 ptg : Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menyeru rakyat bukan sahaja menukar pemerintah, tetapi juga mengubah sistem undang-undang.

Maria berkata beliau bercakap dalam kapasiti individu, tetapi seruan untuk pembaharuan institusi telah diperjuangkan oleh kumpulan masyarakat sivil selama ini.

3.10 ptg : MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang merupakan penceramah ke lapan berkata kebanyakan pemimpin yang menghadiri majlis itu hari ini mempunyai sejarah perlawanan antara sama lain.

Katanya, beliau dan Mahathir merupakan rakan kepada bapanya dan tinggal di kampung yang sama, manakala Mukhriz juga merupakan rakannya.

Tetapi kata Mahfuz, sekiranya beliau mempunyai dendam politik terhadap Mahathir, beliau tidak akan berada di dewan itu hari ini.

Mahfuz berkata, beliau mempunyai sebab untuk membalas dendam kerana Mahathir adalah orang yang telah menandatangani surat ketika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun menurutnya, apa yang perlu dilakukan hari ini adalah demi masa depan dan generasi akan datang.

2.50 ptg : Dengan gaya yang berapi-api, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menghangatkan dewan apabila mengambil pentas dengan berucap mengenai isu pekerja.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Malaysia itu menyatakan telah menerima beribu-ribu aduan daripada pekerja yang dipecat secara tidak adil daripada pekerjaan mereka.

Tidak seperti semasa pentadbiran lalu, Abdullah Sani berkata harga barangan dan perkhidmatan tidak meningkat secara drastik ketika Mahathir masih berkuasa.

Para hadirian menyambut ucapan Abdullah Sani dengan sorakan dan tepukan.

2.40 ptg : Pemimpin Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman memberitahu hadirin bahawa beliau 'angkat topi' dengan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Katanya, mereka adalah generasi muda dalam Umno dan orang Melayu tidak perlu takut kepada Lim Kit Siang kerana mereka kini sudah mampu berfikir. Sebaliknya katanya Najib Razak lah yang perlu ditakuti.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu pemimpin Pakatan Harapan bahawa mereka tidak berpolitik berdasarkan parti tetapi apa yang terbaik demi negara ini.

Kamarul juga berkata beliau telah menerima surat daripada Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menyatakan beliau dipecat daripada parti.

Kamarul bagaimanapun berkata beliau mengabaikan surat itu kerana mendakwa Tengku Adnan tidak mempunyai integriti untuk memecatnya.

2.20 ptg : Syed Saddique berkata beliau dahulunya merupakan peminat tegar Najib Razak dengan menyangka perdana menteri itu melakukan pembaharuan tulen untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun katanya, selepas isu 1MDB, semuanya berubah.

2.10 ptg : Syed Saddique selaku moderator berkata, setiap pemimpin akan diberi 11 minit untuk menyampaikan ucapan mereka. Beliau memberi amaran bahawa loceng amaran pertama akan dibunyikan pada 10 minit, dan loceng kedua pada 11 minit.

Zaid naik ke pentas sebagai penceramah kedua. Beliau menggesa orang ramai untuk turun ke kampung-kampung dan bercakap dengan orang-orang yang mungkin tidak faham bagaimana rasuah menyumbang kepada kemiskinan mereka.
-mk


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Inilah baru pemimpin Pas.

Husam Musa da man.

Tanpa Nama berkata...

Nazri aziz boleh lihat nanti gelas yg dibaling oleh T madey pecah atau tidak.dari bara menjadi apibila ditiup kencang.jadi ayuhlah pendekar2 dedak umno bersilat menahan tiupan atau sanggah najib segera sebelum terlambat

Tanpa Nama berkata...

Orang2 kuat umno disekeliling najib dan rosmah telah diketahui ramai tak berdaya melawan asakan geng deklarasi rakyat kerana hujahan mereka berasas.manakala geng2 najib tak ada modal yg bernas untuk menangkis.umpama orang lawan bola dipanggil kaki bangku.jangan main2 dengan madey.orang tua ni tak berhujah dengan tangan kosong.umum dah tahu.ini menakutkan geng2 najib dan rosmah.perut kalau kembong. Ketana banyak dedak nak angkat tangan pun tak larat lagi.

Tanpa Nama berkata...

PAS kat mana ya?

Dengar khabar semasa kongres ini berjalan PAS sibuk tgh cari pengaruh yg hilang di meja snuker...

Tanpa Nama berkata...

Pas sedang berkira nak saman utusan kerana katanye salah lapor ucapan hj hadi mengenai seruan bersatu lawan dap.dia mula takut dengan cakap dia sendiri.ha3..orang jenis ni tak boleh dibuat kawan.makan kawan bila nampak habuan walau dari musuh

Tanpa Nama berkata...

Pas dok ghok cettong

Tanpa Nama berkata...

Pas tgh sibuk kempen DLP... tp tak nampak pulak dr parti ikatan datang ramai2.... biaq pi lah.... jatuhkan najib lebih utama.

Biar pas dgn hadinya,harung dingnya, dan seangkatannya...

Tanpa Nama berkata...

Pas tgh minum kadir bincang hudud sbb timbalan ikatan terang2 kata tolak hudud.kahkahkahka.. Padan muka pas,berlagak sgt..kan dah kena lg.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Susah lah Najib. Dia cuma dapat Pak Lah dan Ku Li.
Najib mesti adakan satu kongres yang sama. Mengapa tidak, jika deklarasi pun Najib boleh tiru....

Berani atau tidak pemakan dedak memperlihatkan muka-muka mereka nanti?

Bayangkan lah Ku Li melaungkan 'Najib must stay'.

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Berkuasa.

Yang nak berbaik dengan UMNO dan yang nak bekerjasama dengan UMNO ialah PAs.

Tetapi yang bersatu dengan ahli UMNO demi rakyat dan negara ialah AMANAH PKR dan DAP.

Wahai ahli-ahli PAS, sekiranya PAS ketika ini bersama dengan Kongres Rakyat dan Presidennya bukan Hj Hadi yang bercita-cita ingin jadi Ketua segala Ketua, tetapi Presidennya ialah Hj Hadi yang seorang ulamak, perjuangan anda telah berjaya

Macam ini lah. Bayangkan pada hari di adakan Kongres tersebut yang turut di sertai oleh TGNA ....

Tanpa Nama berkata...

Yg nampak okay dr pas cuma Husam,Mahfuz dan Dr Rani.. Yg lain semua hampeh mcm pemakan dedak umno same je perangai umno,elok gabung ngan umno cpt,apa nk malu2 lg...org nk selamatkan malaysia tp pas nk jahanamkan malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi tak mai sbb dia ada urusan yg lagi penting kat luaq negara...urusan ummah...
ha...ha...ha..ha..
pak aji pun pandai menipu ye!

Tanpa Nama berkata...

Yang berminat bjuang tuk rakyat dan negara tahniah dah syukur kerana kalian bsama membela kami..yang bjuang tuk diri sendiri teruskan lah usaha kalian dan tggu saat ketikanya rakyat me'nyah'kan kalian kemudian..

Tanpa Nama berkata...

Betui tu.selalu sangat hadi ponteng parlimen kerana urusan.elok parlimen buat undang2 siapa yg xdtg tnpa alasan bukti kukuh blh dibuang dr jadi ahli parlimen.. Buat apa dpt elaun tp ponteng parlimen. Xrasa haram ke mkn duit elaun tp xjalankan tgjwb? Pas bukan membawa islam tp sebagai perosak islam