25 Mac 2016

Mahkamah Arah Defenden & KPN Bayar Hampir 1/2 Juta Kepada Keluarga Aminulrasyid

Mahkamah arah defendan, termasuk IGP bayar RM414k

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.


"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata pihak plaintif berjaya membuktikan bahawa Jenain merupakan anggota polis yang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di Shah Alam pada pagi 26 April 2010.

"Kita sedia maklum bahawa memang anggota polis diberi kuasa untuk ambil tindakan cegah jenayah dan sebab itu mereka dibekalkan dengan senjata. Kita tidak mempertikai perkara itu tetapi semua kuasa ada hadnya, bagaimana ia (senjata) digunakan.

"Jadi dalam kes ini, tindakan polis adalah terikat dengan IGPSO (Perintah Tetap Ketua Polis Negara) dalam keadaan manakah mereka dibenarkan untuk lepaskan tembakan.

"Dalam keterangannya, defendan pertama (Jenain) memberitahu tujuan beliau lepaskan tembakan adalah untuk berhentikan kereta BET 5023 (yang dinaiki Aminulrasyid) kerana cara pemanduan yang berbahaya. Dalam kes ini adakah semasa di Jalan Tarian mewajarkan defendan pertama untuk tembak?

"Dalam keadaan jalan yang lengang antara 1 dan 2 pagi, di kawasan perumahan, dalam keadaan Aminulrasyid cuba lari dari polis dan tiada tembakan balas. Dalam keadaan ini, saya berpendapat defendan pertama bertindak berlebihan, cuai dan melulu serta melanggar IGPSO apabila melepaskan tembakan," katanya.

Mengenai tuntutan terhadap defendan ketiga (Khalid), Ahmad Zaidi berkata pihak plaintif telah memanggil wartawan yang melaporkan sidang akhbar oleh defendan ketiga untuk memberi keterangan dan pihak plaintif juga telah memberi notis kepada Khalid, namun pihak defendan memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Selangor itu memberi keterangan.

Menurutnya dalam keadaan itu, beliau mendapati keterangan wartawan berhubung sidang akhbar berkenaan juga dapat dibuktikan.

"Mahkamah dapati plaintif berjaya buktikan tindakan defendan ketiga dalam memberikan sidang akhbar adalah bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh defendan pertama. Defendan ketiga cuba cakap bahawa anggotanya mempunyai alasan kuat untuk menembak Aminulrasyid sebab dia seorang yang dikaitkan dengan jenayah berikutan penemuan parang dalam kereta dinaiki Aminulrasyid.

"Bagaimanapun, tidak dibuktikan bagaimana parang itu ada, apa tujuan dikatakan ada senjata, kalau ia (parang) tiada? Justeru, plaintif telah buktikan wujudnya salah laku kepada masyarakat umum," katanya.

Keluarga Aminulrasyid diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala peguam Zulkifly Omar mewakili Jenain dan Peguam Persekutuan Norhasmanita Abdul Manap mewakili defendan-defendan lain.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.

Sementara itu, Norsiah yang ditemani Nor Azura ketika ditemui pemberita berkata keputusan mahkamah hari ini telah membersihkan nama Aminulrasyid sepenuhnya.

"Nama anak saya telah dibersihkan... tiada lagi cacian, umpat dan keji. Saya bersyukur doa saya dimakbulkan Allah," katanya sebak -mk

ULASAN GB

Banyak kali dah GB berpesan, takutlah Allah, takutlah dengan hukum kebenaran dan keadilan dariNya.... bahawa yang benar itu tetap benar yang batil itu tetap batil. Yang benar akan tetap menerima ganjaranNya manakala yang bersalah akan tetap menerima hukumanNya, lambat laun pasti tiba.

GB terbaca status dari Tamrin Abd Ghafar:


PENGAMPU NAJIB JANGAN SOMBONG

Sekuat2 pemimpin tidak sekuat kuasa ALLAH Maha Pencipta .Bermula dengan kebongkakan Firaun sehingga kezaman ini. Kita lihat apa jadi kpd Shah Iran (Raja segala Raja) , Soeharto, Marcos, Saddam , Ghadaffi , Mubarak , Taksin dan ramai lagi. Mereka semua kaya raya dengan harta rompakan tapi bila sampai masa nya ALLAH SWT tarik semuanya. Mereka tersungkor dng seaib2nya.

Masa Najib akan sampai walaupun hari ini dia "Cash Is King".

Sebahagian besar pemimpin2 UMNO yg selalu kelaparan ditaburkan dedak seperti ayam dibelakang rumah. Kita tunggu dan lihat kemana akan perginya anak2 ayam nanti apabila dedak tidak diberi lagi apabila penabur dedak disangkarkan pula.

Nasihat saya kepada pengampu2 Najib janganlah terlalu bongkak dan sombong dan bermegah2 dng kekayan dari hasil rompakan itu

MASANYA PASTI TIBA

Tamrin Tun Ghafar
Khamis 24/03




14 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Muka Najib adalah seorang HUFFAZ. Hahahaha

Malaysiabaru berkata...

Seoarng pembunoh boleh naik pangkat jadi kpn?

Makin byk bunoh makin naik pgkt

Makin byk turun iklan naik pangkat

Makin byk tweet naik pgkt

Woiii kes jenayah menjadi jadi ... Budak melayu tak bersenjata pulak jd mgsa

Inspektor coman betu laaah

omar daud berkata...

Salam:

Alangkah indahnya ,jika si Penasihat dapat menasihati Najib agar mengambil cuti,ketika najib disoal-siasat oleh SPRM,sepertimana ahli2 dan pemimpin PAS mengesyorkan LGE bebuat demikian.dan amat manis sekali jika AG dapat mendakwa Najib,dan diHakimi oleh hakim2 yg takut pada Allah.

Am I living in the Fantasy world???or waiting pig to fly!!

tanya sama itu hud hud berkata...

Pdrm nak kena bayar saman.pasni melata la operasi saman jalanraya..
Oh msiaku

Tanpa Nama berkata...

Khalid sanggup berbohong dan melindungi anggotanya yang berpangkat koperal ... Khalid adalah seorang Ketua yang bertanggungjawab dan dia cuma di hukum sebanyak RM 100,000 sahaja.

Jika seorang yang hanya berpangkat koperal di lindungi oleh Khalid, tidak mustahil yang berpangkat Menteri dan Perdana Menteri pun dilindungi oleh Khalid.

Ada juga seorang Ketua Bahagian UMNO yang di lindungi oleh Khalid walaupun lagaknya lebih dari samseng. Terakhir Ketua Bahagian ini mengugut membakar papan iklan Bebaskan Anwar.

Tanpa Nama berkata...

kalau pergi ke mahkamah rayuan?

sipolis yg suka tembak tu... diakhirat nanti kena masaklah...

donya lepas kalo, akhirat kena juga...

usop ali berkata...

muka dayus la bro...mana layak jadi pemimpin...jadi penyamon boleh la...bagi anak bini makan dgn hasil haram....meluat dah rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...walaupun nyawa tidak dapat ditebus namun keadilan dan hak keluarga dapat dituntut.

Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM... Wahyu AL-QURAN
Jalan Yg LURUS... NIKMAT Ber CAHAYA
Jalan MENUJU... Ke Syurga TUHAN
Kaseh Mem-BERI... Damai Di JIWA
Kaseh Mem-BERI... Tak Minta GANJARAN
Kaseh Mem-BERI... Tak Minta SANJUNGAN
Kaseh Mem-BERI Itu... "Kunci" PENYELESAIAN
Semoga Pem FITNAH Men CURI... Di "Sentuh" KEINSAFAN
Moga Yg GELAP Tersesat... Disuloh Kepangkal JALAN


Siratol MUSTAQIM... Wahyu Yg ESA
NIKMAT Ber CAHAYA... Menuju KE SYURGA
KASEH Mem-BERI Itu... 'KUNCI' Rahsia
KUNCI Rezeki... Melimpah BERGANDA
KUNCI Penyelesai... Kesumat SENGKETA
KUNCI Miracle... Menakluki DUNIA
Menghapus SOMBONG... RAKUS Haloba
Yg Tunggang TERBALIK... Murtad yg HINA

Tanpa Nama berkata...

patut 2.6 bilion bukan 500 ribu

Tanpa Nama berkata...

Memang tak ada Polis, masyarakat susah. Polis adalah satu sistem dalam masyarakat. Dulu tak ada Polis, setiap kawasan ada Ketua atau Bos yang jaga. Ikut undang-undang sendiri. Pun aman jugak cuma Polis lebih teratur dan lebih lengkap.

Yang penting ialah kecekapan dan kepercayaan ramai antara Polis Malaysia dengan Polis Negara Jiran.

Selamat Menyambut Hari Polis.

lelaki dicermin berkata...

Mesti ada rakyat malaysia masih ingat ketua polis negara yg nama noraini mai. Seminggu baru balik haji buat sidang akbar..pendemo2 refomasi skg telah mengunakan senjata.. senjata telah di jumpai. Salah satu senjatannya yg aku ingat botol minyak ada sumbu tu(entah apa namanya..) bila di bawa mahkamah..mana senjatanya... kosong .pendakwa mati akal bila brg takde nak di adakan. Yg aku ingat kes ni..sbb noraini mai tu baru balik haji..boleh buat sidang akbar tipu 1malaysia.seingat aku salah tertuduh .. ezam.. 2010 jadi lagi. Ketua polis selangor buat sidang akbar tipu..agaknya dlm kecuh2 terlupa letak parang kot..Allah nak tunjukkan.. lagi satu..memang aku ingat...dulu2 kalau polis tembak penjenayah atau tangkap.. akan di buat sidang akbar umum kes tu. Akan di tunjukkan senjata yg di rampas oleh penjenayah..pistol parang spanah. Yg aku myuskil satu..sidang akbar kat negeri mana lah sekali pun. dan sape penjenayahnya..cina..melayu..india.. siam.. parangnya tetap sama. Sbb aku kalau pegi kedai tukang..aku perasan parang tu made in brazil..seolah2 sape nak jadi penjenayah kat malaysia.. wajib gunakan parang made in brazil tu..KPN.. kena denda hampir setengah juta tu....duit sape yg bayar... kalau duit kementerian dlm negeri.. ta─Ěkan pembangkang senyap je..opis boy ambik duit kerajaan..penjara..buang keje...

Tanpa Nama berkata...

Bukan noraini tp norian...

Tanpa Nama berkata...

Habislah hakim yg buat keputusan ni tak lama lg mesti kena tukar