13 Mac 2016

Hanya Yang Sokong Najib Akan Berkata Deklarasi Rakyat Itu Sia-sia

KOTA BHARU - Parti Amanah Rakyat (Amanah) bertegas, Deklarasi Rakyat yang disertai parti itu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bukan perkara sia-sia sebagaimana anggapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, gerakan dilakukan melibatkan negarawan, pelbagai NGO itu adalah sebagai isyarat jelas kepada pimpinan sekarang bahawa rakyat mahu melakukan perubahan, mengubah masa depan serta menyelamatkan negara.


“Itu pandangan dia. Bagi kami ia tidak sia-sia. Semua negara Asean telah berubah ke arah yang lebih baik dan mereka dulu ketinggalan jauh termasuk Korea dan Thailand, tetapi kini telah berubah. Kita pula masih berada di tahap yang lama.

“Rakyat masih ditakutkan untuk membuat perubahan, bila ada mereka yang ingin buat perubahan kita bersamalah,” katanya.

Terdahulu, beliau menyertai Himpunan Perdana dan Ceramah Wacana Rakyat di Bandar Satelit Kubang Kerian yang turut dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Naib Presiden Amanah, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah.

Mat Sabu berkata, BN diibaratkan seperti kanser yang berada di tahap empat dan baginya, sesiapa sahaja yang cuba untuk membaikinya tidak akan berjaya kerana ia sudah tidak berupaya lagi.

“Melainkan kena ada pertukaran pada pilihan raya nanti. Tidak lebih pada Najib (Perdana Menteri) berhenti dan kita akan terus berusaha supaya rakyat menukar kerajaan,
” katanya.

Menurutnya, program jelajah seluruh negara akan dilaksanakan dalam mencapai misi mengumpulkan tanda tangan rakyat dan hasilnya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sementara itu, mengulas mengenai pakatan baharu yang akan dibentuk oleh Pas untuk menghadapi PRU14, Mat Sabu melihat ia sebagai perkara yang memeriahkan lagi politik tanah air.

“Terlalu awal nak ulas, saya tidak tahu lagi parti mana yang akan bersama. Saya pun macam orang lain juga tunggu dan lihat, tidak ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Salahudin ketika diminta mengulas mengenai hala tuju dan matlamat Deklarasi Rakyat yang dianggap belum menampakkan keberkesanannya, beliau berkata, walau apa pun yang terjadi, pihaknya tidak akan menggunakan saluran salah dalam menjayakan matlamat deklarasi tersebut.

“Saya tidak nampak gerakan ini akan berhenti. Siapa yang nak jadi perdana menteri kita tidak bincang lagi, tunggu,” katanya. -SH


AMANAH SEDIA BERSAMA SEMUA PIHAK DALAM MISI SELAMATKAN MALAYSIA

Suasana negara hari ini menuntut semua pihak bertangungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri culas melaksanakan tanggungjawabnya. Kegagalan Institusi Pejabat Peguam Negara mempertahan kepentingan rakyat menangani secara tuntas dalam skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International, sangat mengaibkan negara. Krisis kepercayaan (trust deficit) terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai kepada kemuncaknya.

2. Hari ini bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamed telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru kita semua meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara daripada kepimpinan Perdana Menteri hari ini. Seruan Tun Mahathir selaku seorang tokoh perlu diambil serius oleh semua pihak walaupun gerakan massa menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan negara sudahpun diaktifkan lebih awal oleh Gerakan Reformasi (1999-2008) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dipenjarakan 2 kali) yang kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaru Pakatan Harapan (2015 hingga kini).

3. Antara sebab utama DS Najib sukar untuk diganti adalah kerana UMNO masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri. Ketua-Ketua Bahagian UMNO terbelenggu daripada melihat kepentingan yang lebih besar kerana terperangkap dalam budaya politik wang dan hanya mementingkan tembolok sendiri.

4. AMANAH bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa namun pada waktu yang sama AMANAH mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik.

5. Oleh itu, AMANAH dengan slogan HARAPAN BARU, bersedia melihat kepentingan gerakan SELAMATKAN MALAYSIA bagi membantu cita-cita perubahan dan reformasi yang telah digerakkan selama ini oleh PR dan PH serta masyarakat madani. Oleh itu, AMANAH akan bersama mana-mana gerakan rentas kepartian atas prinsip warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara.

“Harapan Baru”

TN HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
1 MAC 2016


ULASAN GB

Deklarasi Rakyat bukan sesuatu yang sia-sia. Yang menyatakan ia sia-sia hanyalah kawan-kawan Naji9b dan mereka yang takut Najib dan UMNO jatuh.

Kita perlu tentang kezaliman. Kita perlu turunkan Najib terlebih dahulu sebelum dapat menurunkan UMNO BN.

Turunkan Najib adalah matlamat jangka pendek manakala turunkan UMNO BN adalah matlamat jangka pannnjang. Kita perlu realistik di dalam tindakan kita. Kita perlu ada strategi dan tidak emosi.

Ada pihak enggan untuk menerima TDM sebagai ketua di dalam usaha singkirkan Najib. Alasannya Mahathir sama zalim dengan Najib. Tetapi jangan lupa TDM sudah tinggalkan UMNO.

Tidak salah untuk bekerjasama dengan TDM di dalam usaha singkirkan Najib. Di dalam sejarah Islam sudah ada kisah "Hilful Fudhul" dimana Rasulullah sendiri pernah menandatangani perjanjian bersama kaum kafir Quraisy yang mana gerakan itu tidak diketuai oleh Rasulullah sendiri.

Timbalan Penasihat Uumum Parti Amanah Naga, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin sewaktu GB temuinya, beliau menyatrakan di dalam Islam juga ada kaedah usul-fiqh iaitu: "jika tak dapat melakukan semua, jangan tinggalkan semua". Jika kita belum dapat menurunkan UMNO BN, jangan pula tinggalkan usaha untuk singkirkan Najib.

Ini kerana rakyat akan terus menderita selagi Najib menjadi PM.

Kita tidak boleh berkawan dengan si penzalim yang mana dengan berbuat demikian, maka kita juga melakukan kezaliman sepertimana si penzalim itu sendiri.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas suci mulia murni ilmu tinggi adalah penasihat dan penyokong kepada penerima derma berbilliion.

Memang suci memang mulia memang ilmu tinggi. Nama agama pun bertambah baik.

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM... Jalan Yg LURUS
Terang Ber CAHAYA... Indah Ber SERI
Menyuloh TERANG... Telus dan TEMBUS
Tak Wujud FITNAH... SONGLAP Sembunyi
Tak Wujud PONTENG... Khianat Yg RAKUS
AUDIT-Hisab-"NYA"... Mengawasi RAPI


Jalan Yg LURUS... Jujur AMANAH
Bukannya Bengkok... U-Turn Ber BELIT
Jalan Yg LURUS... "SYSTEM" Mem PERMUDAH
Tak Tunggang Ter BALIK... Ber Gelap dan SULIT
Tak Tunggang Ter BALIK... Khianat dan RASUAH
Tak Melawan FITRAH... Murtad yg PERIT


MURTAD Itu... Bahasa ARAB Nya
Bahasa Mudahnya... Tunggang Ter BALIK
Melawan FITRAH... Berlawanan ETIKA
FITNAH dan RASUAH... Bobrok yg JELIK
FITNAH dan RASUAH... MURTAD Akidah Nya
Melawan TABIE... Fitrah Yg'ESA


Jalan Yg LURUS... FITRAH Yg KUDUS
Jalan Yg LURUS... AMANAH dan Telus
Jalan Yg LURUS... Tak Wujud RAKUS
Kaseh Mem-BERI-"NYA"... Tak Pernah PUTUS

Tanpa Nama berkata...

Apa pun yg dibuat untuk menjatuhkan najib dan umno tidak akan disokong oleh hj hadi best fren najib..tapi ape pun yg dia buat untuk rakyat dan pas hancur..sebab itu sekarang mana ada lagi gerak gempur pas untuk jatuhkan umno seperti dulu..

lelaki dicermin berkata...

Maaflah lari dr tajuk...AGAK2NYA 16/3 KITA NAK KETAWA KE...sbb kalau baca blog2 politik ternama kat malaysia ni.. mcm suruh kita ketawa je..

Timnajib Jomfikir berkata...

Keutamaan sekarang, jatuhkan dahulu DSNR dan BN! Lain-lain hal...akan menyusur....aku,nak kan...next PM adalah DSAI.

Tanpa Nama berkata...

Alahai. Bukankah sudah dibanci dari rumah ke rumah. Tujuh dari sepuluh orang dah sokong deklarasi. Yang tinggal 3 ekor lagi tentulah geng pas dan umno totok kan? Kira ko kalah dah tu. Satu kosong. Keh keh keh.

Ko jawab le dulu tiap2 butir deklarasi tu. Baru boleh tahu sapa menang. Kalau tak, kira ko kalahlah. Dua kosong. Keh keh keh keh.

Ko suruhlah tok ketua ko rehat jap. Pegi makan2 angin ke dalam 3 bulan. Biar raja siasat. Kalau dia tak mahu, kira ko kalah le. Tiga kosong. Keh keh keh.

Siasat punye siasat, raja kata tok ketua ko elok pun. Raja pun cadang ketua ko tanding lagi sekali dalam pilihan raya baru. Tak mahu? Ko kalah lagi. Empat kosong. Keh keh keh.

Ko dok sembunyikan fakta hal2 tok ketua sampai tak mau dedah langsung ni apasal. Betul ke cara ko ni. Kalau tak betul dan memang ko ngaku menyalahi hukum, ko kalah lagi. Lima kosong. Keh keh keh.

Sekarang ko jawab. Sape yang sebenar2nya boleh setel masalah ni. Tok ketua ko memang tak boleh sebab dia orang kena tuduh. Kalau ko kata tak ada sapa2 padahal dunia kata ada, bermakna ko kalah lagi. Enam kosong. Keh keh keh.

Kalau aku tulis lagi pun tak guna. Buat penat saja. Ko reti baca tapi tak paham pun. Pasal ko orang kalah. Ko kalah sebab tamak duit dan pangkat. Berapa banyak kosong da. Keh keh keh.

( Ulasan di atas dikarang oleh lebai mereng yang baru saja paham politik akibat ikan kembong naik rm15 sekati)

Tanpa Nama berkata...

Pis....cakap x bole pakai....kejap cakap mcmni..kejap macmtu..yoya..yoya....kalau ikut islam di panggil munaf@#....maap..kasau sikit...bengang tahap gaban......pis belauu

Tanpa Nama berkata...

Deklarasi ni mmg sia2.. petisyen demi petisyen.. jawatankuasa demi jawatankuasa.. habuk pun xdak..

Selagi rakyat berhati pengecut.. selagi rakyat masih kekal bacul.. selagi tak turun jalanraya mcm Thailand-Mesir-Indonesia berbulan2.. tak payah cakap la semua kebejatan ini akan berubah..

Yg kita ada.. pemimpin pun penakut.. rakyat yg penakut.. walaupun ramai berjuta2 tak suka dan benci.. tapi hati kekal penakut dan bacul.. kekallah BN dgn kuasa yg ada..

Islam yg ada pun tidak berguna.. hanya berguna utk membodohkan rakyat saja..Ingat menganut Islam ni.. kita makin berani..kita makin cerdik.. Ini betul2 tak berguna.. semakin bodoh pulak.. Pemimpin pulak.. gunakan Islam utk membodohkan orang ramai..

Tanpa Nama berkata...

......punahhh.sehat lobai pas sudah masuk jerat umngookk freemanson lagi mahu berkokok kaa...porahhh....tuiih.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ulamak pun dah bodoh, yg bukan ulama mungkin dapat petunjuk dr Allah.

Tanpa Nama berkata...

Isu nak jatuhkan najib tak sesuai turun ke jalan raya kerana masih ada penyokong..deklrasi ini langkah awal menyedarkan rakyat untuk pru 14 nanti.jadi tak boleh kata sia2 kerana Ameno tak berani nak cabar kandungan deklrasi mau pun saman madey

Tanpa Nama berkata...

Rakyat melihat Selangor dan Pulau Pinang telah di tawan oleh PR.

Kedua-dua kejayaan ini memberi keyakinan kepada rakyat pada sistem pilihanraya. Sekiranya majoriti rakyat memberi undi lebih dari 5000 orang, susah untuk berlaku penipuan semasa hari mengundi. Untuk mendapat.majoriti 5000 orang bukan mudah. Dan rakyat tidak boleh bersenang hati yang kali ini Pakatan Harapan boleh menang.

Tujuan kita mengundi sebab samada kekalkan atau tukar kerajaan.

Tapi deklarasi bertujuan menolak rasuah dan salah-guna kuasa oleh seorang Perdana Menteri. Apakah kita biarkan rasuah dan salah-guna kuasa berterusan sehingga 2 tahun lagi ? Tak masuk akal !

pemuda parit kings berkata...

Habis kamu nk watpe?tunggu jer sampi tibe2 berubah pemimpin tu jadi baik???mcm tu???Allah xkn bg jln mudah utk berjaya bro...kena ada gerak kerja...bukan cakap ajer...klu semua rakyat malaysia mcm kamu???agak2 jadi apa malaysia ni???kamu cakap mcm org dah hilang semangat bro...mcm da putus asa...

Abdul Said berkata...

Yang berseluar slack dan berkemeja kalau jahat ke atau nakal ke atau macam jebon ke taklah teruk. Sebab tidak nampak mereka tu macam orang waraq atau alim. Namun bila ada dalam masyarakat orang yang kehulu kehilir berjubah, berserban atau kopiah, berselandang (ini sudah menjadi trend), berjanggut sudah tentu masyarakat mempunyai harapan tinggi supaya orang ni berpekerti mulia. Namun bila ada orang jenis ni cakap putar belit, menipu, tidak amanah dan berperangai macam cib@! maka rosaklah ugama dan masyarakat. Orang-orang ini bila sampai masanya nanti hendaklah diketepikan dan jangan diberi ruang untuk merosakkan masyarakat!!