20 Mac 2016

Guan Eng Cabar Shahbudin Ulang Tuduhan Di Luar Parlimen

Shahbudin tidak seberani yang saya sangkakan – Guan Eng

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kecewa kerana Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya tidak seberani seperti yang disangkakannya.

Katanya, beliau juga kesal apabila Shabudin tidak hadir untuk minum kopi bersamanya di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR di Georgetown, hari ini, untuk bersemuka dengannya bagi mendapatkan fakta berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.


“Ternyata anggapan saya salah apabila beliau (Shabudin) tidak hadir hari ini. Jika beliau benar, kenapa tidak hadir untuk berjumpa dengan saya di hadapan media?

“Saya kesal apabila beliau hanya berani membuat tuduhan di dalam Parlimen sahaja. Jika beliau benar mempunyai maklumat bahawa saya ‘makan duit’, saya cabar beliau menyatakan di luar Parlimen supaya saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana memfitnah saya,” katanya kepada media, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tuduhan berkaitan rasuah oleh Shahbudin di Dewan Rakyat tidak berasas apabila mengaitkan pembelian banglo itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada 2012 kepada pemaju swasta untuk pembinaan hospital swasta dan hotel.

Kata Guan Eng, tiada apa yang akan disembunyikannya berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta itu dan beliau mahu mendengar sendiri apa fakta yang mendorong Shabudin membuat tuduhan sedemikian. -FMT


Isu rumah: Guan Eng ‎bawa media melawat rumahnya


GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng membawa lebih 30 petugas media ke rumahnya di Jalan Pinhorm di sini bagi menepis semua fitnah dan tohmahan ke atas pembelian rumahnya itu. 

Guan Eng menjemput kesemua media yang menghadiri sidang medianya di Komtar untuk membuat lawatan itu bagi melihat sendiri kondisi rumahnya itu.

Menurutnya, dia adalah satu-satunya Ketua Menteri yang berani bertindak demikian dan tindakan itu dilihat pertama kali dibuat oleh seorang pemimpin negeri.

"Saya tidak tahu sama ada tindakan saya ini akan menjadi amalan kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri lain. Adakah mereka berani dan cukup telus untuk buat apa yang saya lakukan hari ini?

"Rumah ini rumah biasa sahaja berbanding rumah pemimpin lain. Saya tidak faham mengapa pembelian rumah ini menjadi isu besar dan saya yakin, ia adalah fitnah ke atas saya," katanya kepada media di rumahnya tadi sambil ditemani isterinya, Betty Chew. -SH


ULASAN GB

FITNAH adalah sesuatu yang amat Allah murkai walau apa sekalipun hasrat dan tujuannya. Dilarang memfitnah di kalangan manusia sekalipun terhadap bukan-Islam.

Jika benar dakwaan YB Shahbudin Yahaya itu, maka beliau perlu sahut cabaran LGE supaya mengulangi tuduhan di luar mahkamah. Bukan berselindung di sebalik kekebalan sebagai ahli Dewan Negara untuk melontarkan fitnah hendak menyamakan pemimpin Pakatan Haran dengan pemimpin UMNO seperti Khir Toyo.

Hukum kebenaran dan keadilan PASTI berlaku. Si pemfitnah tetap akan menerima balasanNya.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah dijangka shahabudin ni berani kalau ade pelindung.stail biasak orang umno buat tuduhan tanpa fakta tepat sebab tu dia tak brani minum kopi free..memalukan melayu dan umno.

Tanpa Nama berkata...

Shabudin tiada teloqqq. Atau teloqqqq hilang. Hihihi. Berani ker nk ulang diluar parlimen?? Saja nk perhatian najib supaya dilantik jd menteri. Menteri kabinet najib now cap hasan malek @ cap ayam. Huhu. Ajak minom kopi pon tak berani. Haha. Alahai. Ostaz shabudin. Hihihi

Unknown berkata...

Lahhh....ingatkan jantan sangat YB Shahbudin Yahaya ni...rupa-rupanya...
Berkokok aje lebih...memang buat malu sama Melayu UMNO !

Unknown berkata...

Aku tabik cara strategi LGE ni... bg aku cara mematikan politik lawan.. murah..mudah.. dan berkesan.. hanya sediakan secawan kopi..politik shahabudin pru14 nanti akan tertutup.. kalau sprm ckp LGE ada kes rasuah di rumah ini..politik shahabudin terbuka... kalau takde kes..baik undur diri dr politik mulai hari ini. Org2 umno bhg dia tunggu je kesilapan shahabudin..utk di pancung...

Unknown berkata...

Buat jatuh maruah Melayu dan Umno saja. Mungkin ini semua akibat makan dedak banyak sangat hingga tercekik dan tak boleh cakap seperti insan biasa.

Tanpa Nama berkata...

Sahabudin sepatutnya minta nasihat daripada tuan presiden parti lulus dahulu sebelum membuat kenyataan pasal LGE.

Malaysiabaru berkata...

Rumah khalid gagap lagi hebat... Bukit Damansara...

Hutang 60juta settle baru sepengal jadi embee

Ini gagap punahsihat pas kawan baik pas pis pus... Slogan gagal adalah '$apu $apu $aph' jadi ularrrmak bwrjutawan mcm sayaaaa

Jual agama kod ahli pas otak iq rendah

Pencolekhangek berkata...

Macam mana gembala macam itula lembunya.

Tanpa Nama berkata...

Shabudin tiada teloqqq. Atau teloqqqq hilang. Hihihi. Berani ker nk ulang diluar parlimen?? Saja nk perhatian najib supaya dilantik jd menteri. Menteri kabinet najib now cap hasan malek @ cap ayam. Huhu. Ajak minom kopi pon tak berani. Haha. Alahai. Ostaz shabudin. Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Terus-terang saya hanya baca tajuk dan beberapa perenggan artikal. Yang lain-lain saya tak baca sebab meluat dengan kebodohan pemimpin UMNO.

Kerja UMNO ialah hendak menjatuhkan LGE. Kenyataan yang di buat ialah satu tuduhan hendak mencemarkan kedudukan LGE.

Tapi balik-balik LGE yang menang. Saman fitnah Utusan LGE yang menang. Saman pemimpin PAS, LGE juga yang dapat ganti rugi.

Ini bukan nak lemahkan LGE tapi menjadikan dia kuat dipandang tinggi lagi adalah.

Tanpa Nama berkata...



LGE dgn ahli exco2 nya berani declare HARTA-rumah-duit-shares dll

Betapa LGE jujur lurus TELUS dan TERANG!


Bgmn?

Bgmn dgn lebai hudud yg mnjerit2 Takbir x3!!?

Adakah Hadi Awang, Azizan Razak hatta Nik Aziz dpt selurus dan TELUS sprt LGE dlm mngistihar/declare HARTA-duit-proxy dll...sape yg LURUS sape pula yg BENGKOK dan suka SOROK??

ISLAM itu LURUS dan TERANG bukannya BENGKOK SOROK songlap dan GELAP

Tanpa Nama berkata...

Merata2 ko dok selak cari salah pembangkang ye. Tiap kali selak jumpa geng ko punye. Lupakan. Tiap kali punggah jumpa harta geng ko jugak. Tutup balik. Selak lagi jumpa lagi cukup2 besar gedabak geng ko punya. Tergejut beruk lalu lari tak cukup tanah pasal belum cukup akta. Tak tahu nak dakwa macam mana. Cari lagi pembangkang punye..

Last2 jumpa guan eng punya dangau. Dangau pun dangaulah. Ini yang kita dok cari selama ni. Poin nak balun cukup2 pembangkang dap yang amat2 jahat tuh.

Eh. Alih2 tak berani semuka pulak. Tuan dangau ajak minum pun tak sudi. Tak pe. Rakyat akan titik ko cukup2 kali ni. Masalah ko bikin tak mahu setel, masalah orang yang kecik2 pun ko nak kecoh. Dia pun nak ada rumah sendiri. Tuan rumah nak jual berapa ke, nak bagi free ke, itu dia punya hak le. Sebab tu bangsa cina maju. Sebab mereka tolong menolong.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kedua pihak diam sja tunggu keputusan sprm siasatan

Tanpa Nama berkata...

http://gigitankerengga.blogspot.my/2016/03/inilah-gambar-rumah-guan-eng.html

mujadid berkata...

Wahai Semua Pemimpin Islam,
Tunjukkan contoh yang baik kepada semua golongan manusia tidak kira mereka beriman kpd Allah atau tidak.
Akhlak yg mulia seperti ikhlas,bercakap benar dan tidak memiliki sifat munafik.Tambahan pula kalau pemimpin Islam itu berlatar belakangkan agama.Sifat2 mulia ini sepatutnya pebih terserlah.
Dilihat pada hari ini kebanyakkan pemimpin Islam lebih mementingkan peribadi dan tanpa disedari sedang memburukkan imej Islam dgn sifat2 keji seperti bercakap bohong,fitnah,mencaci,mungkir janji.
Apa pandangan rakyat terhadap Islam terutamanya gol.bukan Islam.Inikah nilai nilai Islam yg ada pada golongan ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat melayu, maruah org islam pun terjejas, takdak akhlak.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dapat fatwa dari walaun...fitnah cina tak berdosa.

Tanpa Nama berkata...

Shabudin tiada teloqqq. Atau teloqqqq hilang. Hihihi. Berani ker nk ulang diluar parlimen?? Saja nk perhatian najib supaya dilantik jd menteri. Menteri kabinet najib now cap hasan malek @ cap ayam. Huhu. Ajak minom kopi pon tak berani. Haha. Alahai. Ostaz shabudin. Hihihi

Ali berkata...

Rakyat patut gi cari setiap rumah menteri tangkap gambar,pastu tunjuk pada umum,kita tengok dia org akan alih cerita la lepas ni..

Tanpa Nama berkata...

Jenis tak da teloq si Budin ni.

Tanpa Nama berkata...

sudahlah budin... nk ajak minum kopi free pun tk bertelur.. blum lg masuk mahkamah

lps ni kita cek budin pulak.. umni tkkan tk biasa rasuah dn salahguna kuasa

Tanpa Nama berkata...

menteri2 umnu mesti gelak sebb rumah lge hanya 2j lbh.

bg mereka 2j tu harga reban ayam tempat simpan dedak utk balaci mcm budin aje.

pemimpin pembngkang memang sentiasa bersedia dgn tuduhan rasuah oleh pemerintah hipokrat mcm bn

sebb itu umnu reka fitnah liwat pd anwar sbb isu rasuah tkde. kes duit 3b pun srnyap... alih2 najib yg sapu 2.6b... tu yg terdedah..yg terlepas xtau lagi.

tp klu dulu pembngkang srkrang jd pembangang peluk cium umnu... adalah yg tk kena tu. adalah jenayah sapu duit biasanya.

samalah dgn yg lompat parti ke bn. sumpah tkkan masuk umnu berlori2 last2 sokong bn.

semua sebb kecundang terlibat penyelewengan. termasuk sahak gagap.

Tanpa Nama berkata...

Walaunta mula sakit jiwa...

Tanpa Nama berkata...

Menteri termasuk Wakil Rakyat UMNO jangan nak tunjuk rumah, buat rumah terbuka raya pun... tak buat kat dewan, buat kat balairaya.

Cari bukti dulu, kemudian baru SPRM buka file. Ini tuduh dulu. SPRM yang cari bukti. Tak apalah. Tapi bila siasat dan tidak ada bukti, SPRM buat lah dakwaan atau sekurang-kurangnya maki lah orang yang buat fitnah.

Ibnu Saad berkata...

Org2 yg tak faham hujung pangkal dlm isu ini pasti sedikit sbyk akan mudah percaya dgn fitnah yg dibuat olh bekas kadi ni..almaklumlah yg ckpni ustaz dikatakan.

Ibnu Saad berkata...

Org2 yg tak faham hujung pangkal dlm isu ini pasti sedikit sbyk akan mudah percaya dgn fitnah yg dibuat olh bekas kadi ni..almaklumlah yg ckpni ustaz dikatakan.