5 Feb 2016

[PANAS] Pendedahan Berani Mati Hamid Bador..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.


Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit "wang derma RM2.6 billion" dan penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah.

Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu.

Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini???

Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk menjelaskan hutang piutang kad kredit PM???

Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah 'Public Fund' atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ??? Ingat ya......bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion billion yang "didermakan" itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan "derma" se macam ini.

Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH.

Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.


Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain.

Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup. Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti........hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???

Saya CABAR Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini.

Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion. Ish...ish...ish... Cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa takut sangat nak dedahkan identiti penderma tersebut jika hamba Allah ini benar-benar wujud. Mengapa berdolak dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa 'masuk daun' untuk 'akun' (slang orang Sabah bagi perkataan 'mengaku') bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma tersebut???

Sudahlah!!! Jangan perbodohkan orangramai. Fokuskan tugas itu untuk membasmi gejala judi cybercafe dan dadah yang berleluasa hampir di seluruh negara. Sudah berpuluh ribu belia di negara ini yang rosak akhlak akibat ketagihan benda-benda haram ini. Jangan cemar integriti diri sendiri untuk kepentingan politik.

Pendedahan Peguam Negara bahawa sebahagian besar wang "derma Arab halimunan" ini telah dikembalikan sungguhlah menakjubkan. Sekarang saya ingin bertanya, bolehkah Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana, caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang ini dilakukan ???

Jika tidak boleh dijelaskan maka wajarlah Peguam Negara segera mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut di luarnegara menerusi peruntukan MLAT. Saya amat yakin jejak wang atau money trail ini akan membuktikan bahawa penderma RM2.6 billion itu sebahagian besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.

Kepada Perdana Menteri saya ingin menyeru agar bertindak berani sebagai seorang Pahlawan Bugis. Beranikan diri untuk tampil sendiri memberi penjelasan. Bukankah itu salah satu ciri pahlawan??? Sedarlah bahawa diantara sifat2 kepahlawanan jati termasuklah berani bercakap benar....berani menggadai nyawa demi mempertahankan pertiwi.....tegas melawan kejahatan.....membela orang yang teraniaya.....

Di antara ciri-ciri PENGECUT pula termasuklah menggunakan oranglain sebagai jurucakap untuk menabur fitnah bagi mengalih tumpuan dari isu ....mengguna harta kekayaan untuk menutup kebenaran......menggunakan duit untuk membeli kesetiaan.....menggunakan agensi kerajaan untuk mengugut dan menggertak pegawai kerajaan......mengikut telunjuk isteri secara membabi buta.

Sedarlah bahawa sifat2 keji ini dimurkai Allah SWT. Sudahlah tu......sudah cukup kalut keadaan dalam negara masakini. Sampai bila episod penganiayaan ini akan berakhir???

Tidakkah ada perasaan keinsafan dan belas ihsan dalam diri apabila melihat negara dalam keadaan begini. Percayalah bahawa orangramai semakin jelik dan meluat melihat telatah pemimpin politik demi pemimpin politik mengeluarkan kenyataan bohong bagi menutup bangkai gajah ini. Kalau kita pergi ke Mekah seminggu sekalipun dosa kita tidak akan terhapus dengan sebegitu mudah.

Ada pihak yang berpandangan bahawa skandal 1MDB ini tidak akan ada kesudahannya kerana PM terlalu kuat pengaruhnya hinggakan Presiden OBAMA sendiri akan menggunakan kuasa veto presiden untuk menghentikan siasatan pihak FBI ke atas kes MONEY LAUNDERING di Amerika. Nonsense !!! Kononnya pihak FBI terpaksa menunggu Presiden Obama mengakhiri tempoh jawatan presidennya pada bulan september depan. Nonsense!!! FBI tetap FBI. Pandai, pandai tupai melompat....

Kepada teman2 saya di dalam media arus perdana saya doakan agar datuk/dato semua dikurniakan Allah SWT kesedaran diri serta dibekalkan kekuatan untuk berani berkata benar. Aamiin. Jangan bertindak berpaksikan sesuatu ideologi yang jelas menyimpang dan sempit. Terimalah hakikat bahawa negara sedang dilanda krisis kepercayaan orangramai akibat perbuatan rasuah dan penyelewengan pemimpin tertinggi kita sendiri. Selagi pemimpin terbabit tidak berani berterus terang maka krisis ini akan berlarutan. Ia tidak ada kena mengena dengan ISIS!!!

Elakkanlah taktik melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina. Isu penyelewengan 1MDB ini tidak ada kena mengena dengan cubaan kaum Cina nak memalukan pemimpin Melayu. Majoriti orang Melayu sendiri mahukan penjelasan ikhlas dari pemimpin yang bertanggungjawab.
Hentikanlah usaha jahat nak "membeli kesetiaan" akhbar SINAR tu. ...dan kita akan tengok dalam masa terdekat ini samada penyakit BODEK ini akan turut dijangkiti oleh FREE MALAYSIA TODAY

Kepada orangramai saya merayu agar tidak terpengaruh dengan pelbagai cerita2 yang menyentuh peribadi pegawai2 tinggi SPRM yang bakal ditonjolkan oleh agen2 jahat tersebut bagi mengalihkan tumpuan. Ia ditimbulkan dengan niat MENGALIH TUMPUAN dan untuk melaga-lagakan pegawai SPRM. Taktik hina ini hanya layak digunakan oleh manusia yang PENGECUT.

Agen-agen yang mabuk kuasa dan arak serta "giler" duit ini akan terus bertindak untuk menghakiskan kredibiliti SPRM dengan pelbagai cerita dengan harapan orangramai akan meragui keikhlasan agensi ini. Jangan bimbang RAKYAT BUKAN BODOH. Agen-agen jahat ini sedia mempunyai KECACATAN pada imej dan diri masing-masing. Yang menghairankan saya ialah ada di kalangan PEMBODEK ini pada suatu ketika dulu pernah mendabik dada lantang mengkritik amalan rasuah dan penyelewengan!!! Tetapi dalam sekelip mata buat U-turn 180 darjah.

Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan sekali-kali takut dengan gertakan/ugutan sesiapapun. Pertahankan kesucian peranan dan tanggungjawab agensi. Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi kepentingan negara. Contohilah integriti agensi anti rasuah negara jiran kita, Indonesia. Para pegawai KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI di negara tersebut berani dan telus bertindak tanpa memilih bulu. Orangramai dapat merasakan betapa ikhlas SPRM memainkan peranannya untuk menyingkap segala salahlaku oleh pemimpin2 negara. Just carry on with your tasks without fear or favour......rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk!!!. KIPIDAP DONGIBAB!!!

Bagi diri saya, in syaa allah, saya yakin bahawa tindakan saya ini tidak menyalahi mana2 undang-undang negara. Sebagai seorang pegawai polis saya telah mengangkat sumpah untuk menjalankan kewajipan saya dengan sebaik2nya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah. Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah.

Jika KPN mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya redha. Hati ini semakin redha apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah........mengaku sajalah dan bertaubat.

Sudahlah tu.....

Salam hormat dan GONGXI FA CAI

ABDUL HAMID BADOR
1 Feb 2016

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

GB ingin membawakan di sini satu hadith Rasulullah saw:

Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, "Senantiasa ada sekelompok umatku yang memperjuangkan kebenaran. Tidak gentar dan tidak kisah terhadap orang yang memusuhinya hingga Hari Kiamat sedangkan mereka tetap seperti itu (berada dalam kebenaran)." -Sahih Muslim

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH SDR ABDUL HAMID BADOR! Semoga anda dan keluarga senantiasa dilindungi Allah! Untuk para PEMBODEK & PENJILAT, bersiap siagalah hukuman Tuhan pasti datang untuk anda!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah saudara ABDUL HAMID BADOR.... MUGA IBU YG MELAHIRKAN SAUDARA BAHAGIA AMAN DI SANA.... ANDA DIANTARA PEJUANG DAN TENTERA ALLAH. SY DOAKAN ANDA AKAN TETUS BERSUARA DEMI KEBAIKKAN SEMUA.

Tanpa Nama berkata...

Ini surat berani mati !

Dah macam ini punya tulis tidak ada tindakan baik dari KPN atau diambil tindakan undang-undang memang nak lari dari kebenaran lah tu.

Hamid Bador kena terus bersuara...
apabila timbul saja isu ini tak kira dari dalam atau luar negara.

Tabik Tuan Hamid!

Tanpa Nama berkata...

Dalam kebatilan yang hebat seperti ini di mana yang mengikut dan yang membiarkannya, bilangan nya adalah lebih ramai dari kelompok yang memperjuangkan Kebenaran.

Mereka ini tidak layak berkata "jika aku di zaman mu ya Rasullah saw, aku akan bersama mu di medan perang dan seperti sahabat, aku akan mempertahankan dirimu dengan nyawaku"

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

tidak ramai pejuang kental seperti anwar dan abd hamid dizaman ini...

tp tetap akan ada darah2 pembela kebenaran yg tk gentar.

hidup mulia bermaruah... mati syahid. bukan hidup berjubah tp kuat membodek

Tanpa Nama berkata...

Tak mungkin Najib boleh dapatkan duit berjuta-juta dalam masa dia jadi PM. Baru berapa tahun? Najib tahu dengan UMNO ini main dengan duit je.

Tuan Hamid kata bukan setakat RM 42 juta sahaja. Apa kamu buat wahai pemimpin UMNO?

Tanpa Nama berkata...


Siapakah yang dimaksudkan puaka ?

Tanpa Nama berkata...

masaallah .subha nallah.ada juga lagi seprang insan yang yakin ketentuan Allah.beliau bukanalh ulamak tetapi seorang penjawat awam .tahu tanggungjawab untuk mempertahankan keenaran sebab beliau tahu apa akan disoal di akhirat nanti ,beliau takut azab kubur ,beliau tahu balasan syuga atau neraka,berbeza dengan ulamak yang ada sekarang ini.jauh anatar bumi dengan awan.insyalalh kita sama2 berdoa beliau (Hamid Bador) seta kelaurganya dilindungi Allah dan kita berdoa beliau terus istiqamah dengan pendirian untuk mem[ethaankan kebenaran,balasan di akhirat menanti beliau dan keluarganya.Untuk mencari pemipin seperti beliau,seperti Anwar Ibarahim dan TGNA di Malysia ini begitu payah ketika ini.

Mohd.Tahir Abu Bakar berkata...

PR 14 sahaja yg boleh menumbangkan kan pemimpin umno yg zalim ini,selagi mereka berkuasa ,mereka akan mencengkam rakayat. Syabas tuan,sebenarnya suara tuan tlh lama bersama sama di hati kami semua,semuga PR 14 akan menjadi milik rakyat marhaen semua. Aminn

Tanpa Nama berkata...

Kenapa bekas Peguam Negara, Gani Patail tidak seberani mcm Hamid Bahador ini?

Daeng Perkasa berkata...

Tabik Tuan Hamid

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..masih ada pegawai polis yg sedar tjawab yg diikrarkan...
teruskan perjuangan tuan...
kami rakyat dah bengong dgn mainan politik dlm kerajaan..

Mohd.Tahir Abu Bakar berkata...

Assalamualaikum,kepada pengulas2 sekalian,saya harap dpt mempamerkan nama masing2 semasa mengulas,ini akan menujukkan keberanian,solidariti kita semua bahawa suara rakyatlah akan menentukan kerajaan.Semoga kita semua tabah dan akan berjaya. Allah akan bersama sama org yg benar dan sudah pasti kemenangan akan menjadi milik yg benar suatu hari nanti.

Tanpa Nama berkata...


Tabik tuan .. tuan memang Pendekar...

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt...berjubah labuh tapi bhg dlm jubah byk poket2 utk simpan duit2 rasuah dan duit2 balak.

Tanpa Nama berkata...


Seorang penceramah agama belum tentu seberani orang seperti Tuan Hamid. Jangan kan nak tegakkan kebenaran , nak membela nasib orang (masa depan) seperti ini pun belum tentu.

Dalam keadaan ini, mereka cuma mampu beri nasihat dengan mencelah ayat.. kita ini mentimun .. Ini semua kerja setan.. Bersabar lah..

Jadi antara penceramah yang menyeru ke arah kebaikan dengan se orang Pegawai Polis yang menjalankan tanggung-jawab menegakkan kebenaran, saya muliakan Pegawai Polis seperti Tuan Hamid.

Kita, lebih-lebih lagi PAS, dah berdakwah bertahun-tahun lamanya.. tapi kita cuma mampu melahirkan tiga orang yang hebat yang betul-betul berjuang (Khairuddin tu belum lepas lagi.. walaupun beriya-iya berjuang lawan Najib dengan 1MDB) . Ketiga-tiga mereka ialah TGNA, Anwar Ibrahim dan Tuan Hamid.

mat roger berkata...

Bukti demi bukti...pemimpin melayu yang menjahanamkan bangsa sendiri... Syabas Tn Hamid Bador...semoga ramai lagi penjawat awam yg berani berkata benar... ingat sumpah setia kamu kepada negara bukan kepada pemimpin yang jahat dan korup...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin respon kpd komen tanpa nama 10:36 . Bahawa PAS tidak tahu menghargai dan menilai beberapa pegawai tinggi polis yang pernah menyertai PAS.PAS tidak tahu menggunakan kepakaran mereka untuk perjuangan.Asyik mengharapkan tok lebai semata-mata

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi mcm sirul dah la..

mustapa m said berkata...

Gani dah sihat semula dan dengar kabar dah dapat jawatan baru yang lebih lumayan. Tuah ayamlah katakan... I help you, you help me.

mustapa m said berkata...

Apakah coretan Hamid Bador ini tidak cukup mencabar bahi AG, KPN ddan SPRM?
Mengemang bulu roma saya meneliti setiap kalimah dalam coretan Hamid.
Syabas dan tahniah kpd Hamid.

Al-Ahmad Othman berkata...

Ape yg cuba disampaikan oleh sdr.Hamid Bador akan diharapkan menjadi pembuka "Mata Hati" kepada mereka yg mengaku Ulamak dan mendokong Islam dan dilantik sebagai penasihat agama.Golongan profesional spt mereka lebih tajam memahami selok belok,mainan jahat,tipu daya pemimpin atasan dari mereka yg asyik menjaja ayat quran,tapi tindakan langsung tiada,yang ada pun Nasihat diberi untuk memenuhi tembolok nafsu masing2,tiada langsung sokongan moral diberikan kepada beliau.Yg disebokkan menyumpah seranah,maki hamun,mereka yg tak sealiran tak kira siang dan malam. Adakah mereka ini golongan yg digelar "Syaitan Bisu?..Allah sentiasa bersama-sama dengan mereka yg menegakkan Kebenaran,doa rakyat sentiasa bersamamu Tuan Hamid Bador.Teruskan keberanianmu Demi Allah,Rasul dan Negara Malaysia!!!!!.

Tanpa Nama berkata...

Raja petra manusia paling pondan dan xtau malu.. dlm artikel dia yg bertajuk "Hamid Bador Badut Cina" menuduh DHB makan gaji dgn tokey curi balak di Tawau. Dia tak sedar diri, org yg dituduhnya curi balak tu lah yg sedekah duit rm50 ribu kpd dia lps tebalkan muka mengemis sbb nak bwk bini operation lps didiagnos ada kanser.. klu tak ntah2 dah mati bini kau tu.. siap dedahkan mesej2 yg DHB hantar pada dia konon utk tunjukkan dia tu kenal sgt dgn DHB.. apa pasal kau tak siarkan mesej pasal duit rm50 ribu yg kau mengemis kat DHB dan jgak cina yg kau tuduh curi balak tu..? Mulut sedap cakap tp diri sendiri mengemis duit org2 tu.. tu x termasuk lgi habuan yg kau dpt dari najib dan punahsihat dia si habibur rahman tu.. Dasar pondan, kau sembunyi kat London tu lama2 apahal? Klu anak jantan, balik lah Msia.. senang org2 yg kau tuduh tu nak jmpa kat mahkamah..

Tanpa Nama berkata...

Luar negara pemimpin atau Presiden takde kuasa veto mcm Malaysia. Diog tetap kena dakwa mcm yg lain kalau ada salah laku & jugak utk elak salahguna kuasa. Malaysia kena ada peraturan cmni baru pemimpin tak bole suka2 nak buat negara mcm harta makbapak dia.

Tanpa Nama berkata...

Saya memohon agar ramai lagi pegawai2 kanan kerajaan tampil untuk expose segala bukti yg ada pada Tuan2 berkaitan kes yang disebut oleh Sedara Abdul Hamid Bador. Ingatlah, Mahsyar itu BENAR dan MATI itu juga BENAR.

Tanpa Nama berkata...

There's no other word sir, except for RESPECT..

Tanpa Nama berkata...

Sokong Dtk Abd Hamid Badur kenyataan yg betul-betul berani sebagai pejuang kebenaran bukan macam ulama yg sokong dan yakin bahawa pemimpin-pemimpin wasatiyah tidak melakukan kesilapan dan penyelewengan serta pembohongan bahkan selalu beretorik mengelabui mata rakyat jelata bertopengkan amalan suci dalam beragama. Sampai bilakah boleh berlagak insan mulia tetapi kena bermuhasabah dgn bersungguh-sungguh dan bertaubat nasuha demi utk kebajikan rakyat jelata yg sedang menanggung kepayahan hidup

Tanpa Nama berkata...

Dedah punya dedah..bila dpt habuan..nnti kluar kenyataan"najib tidak terlibat dalam kes ini".
Harap2 kali ni dedah sampai londeh ye bang hamid

Tanpa Nama berkata...

Tak takut ke jadi mcm kevin moris,skrg ni dah jd mafia,politik bunuh,kita rakyat dah blh baca politik pok jib

Tanpa Nama berkata...

Ini dikatakan Melayu tipu
Melayu bangun lah bangsa ku.

usop ali berkata...

tuan lah penyelamat rakyat Malaysia..teruskan perjuangan...jangan sampai Malaysia Muflis.....amin ya rabalalamin..Allah lah yang Maha Mengetahui....Penguasa penguasa yang x amanah...jaga jaga kamu dengan hukum Allah...Kamu semua ingat kamu boleh beraya hanya 10 atau 5kali jer lagi...tak takut ke Alam kubur nanti.....

benartetapbenar berkata...

Rakyat AMAT-AMAT-AMAT harap tuan hamid bador dicalonkan kerusi parlimen atas apa lambang sekalipon sama ada pakatan pembangkang atau bebas kecuali umno/bn/pas. Ayuh kita hantar tn hamid bador utk goncang kabinet yg korup!

Mohd Hanif berkata...

Syabas, ke atas keberanian tuan menyatakan pendirian kebenaran dan mencegah kemungkaran.. ALLAHUAKBAR!