3 Feb 2016

Campurtangan Urusan SPRM: Ali Rastam Kena Hentam ....

Orang dibela terkena tempias: Ibrahim Ali marah Ali Rustam

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berang dengan cubaan sahabat baiknya, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang disifatkannya sebagai ‘lebih sudu dari kuah’ kerana membidas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin.

Menurutnya, kenyataan bekas ketua menteri Melaka itu dilihat boleh mencemar integriti suruhanjaya itu sebagai sebuah badan bebas.

"Urusan SPRM yang selama ini dianggap bebas dan berintegriti telah menjadi cemar.

"Biarlah SPRM tangani sendiri tanpa perlu campur tangan pihak luar. Kita tahu apa?

“Sebagai orang politik, masyarakat hanya melihat ada individu yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi juara kepada pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Mohd Ali mahu tindakan disiplin diambil ke atas mana-mana pegawai SPRM yang dilihat cuba menjatuhkan imej pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bari sebelum ini dilaporkan mahu merayu keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak darripada sebarang salah laku berhubung siasatan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Beliau kemudiannya diserang oleh bloger pro-Umno termasuk gertakan terhadap keluarganya dan terpaksa membuat laporan polis.

"Kalau ya ingin mencari kesempatan, carilah isu-isu lain seperti membela rakyat termiskin atau berbagai masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu bumiputra atau rakyat amnya.

"SPRM memerlukan sokongan semua pihak jika benar-benar ingin melihat SPRM berkesan dalam peranannya memerangi rasuah dan Penyalahgunaan kuasa," kata Ibrahim lagi.

Selain itu, Ibrahim juga berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Ali dilihat boleh menyebabkan rakyat makin membenci Umno terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata setiap kenyataan atau isu yang mahu diulas itu perlu dilakukan secara berhati-hati kerana akan memberi kesan kepada mereka yang ingin dibela itu tanpa menyebut sebarang nama.

“Setiap patah atau isu yang hendak disentuh kena berhati hati kerana akhirnya orang yang hendak dibela juga terkena tempiasnya.

“Inilah yang dikatakan sokongan membawa rebah,” katanya sambil menyeru masyarakat memberi sokongan kepada SPRM agar ia menjadi agensi yang berwibawa.


Lagi bidas Ali Rustam supaya tak ‘pukul curi’

Bekas Ahli Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang menegur bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam kerana ‘memukul curi’ pegawai kanan agensi anti rasuah itu.

Teguran Phang adalah sebagai reaksi kepada kenyataan Mohd Ali yang berkata tindakan tatatertib perlu diambil terhadap mana-mana pegawai SPRM yang dilihat cuba menjatuhkan imej pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebagai bekas ketua menteri dan sekarang sebagai seorang senator, pemimpin Umno itu membuat kenyataan terbuka membidas pegawai SPRM.

"Sebaliknya, (beliau) perlu berinteraksi secara senyap-senyap dengan pihak berkuasa SPRM [...] apa yang diperkatakannya itu benar-benar, secara terang-terangan dan jelas memukul curi ke atas pegawai," kata Phang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa Mohd Ali berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas SPRM, terutama kerana beliau tidak tahu bagaimana tangan mereka terikat dan bahawa mereka tidak boleh bertindak balas.

"Malu kamu, Mohd Ali Rustam. Bersikap sebagai lelaki budiman dan memohon maaf kepada SPRM.

"Dan sebagai peringatan - serahkan kepada pihak berkuasa yang profesional untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan telus," kata Phang.

Mohd Ali dilaporkan menuduh Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin yang didakwanya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat dan memburuk-burukkan imej perdana menteri.

Beliau sebelum ini dilaporkan mahu merayu keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membebaskan Najib darripada sebarang salah laku berhubung siasatan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Susulan itu, Bahri diserang oleh bloger pro-Umno termasuk gertakan terhadap keluarganya dan terpaksa membuat laporan polis.
-mk


7 ulasan:

mustapa m said berkata...

Rasanya tak berapa hari lagi PM Najib akan lantik TSMA sebagai Menteri Kabinet.

Ikut rekod, PM Najib amat gemar dengan pemimpin politik yang macam TSMA ini yang bijak bermain Keris Hang Tuah.

Malangnya, di gelanggangnya sendiri (Parl Bukit Katil) TSMA berdepan dengan banyak Hang Jebat menyebabkan beliau tewas pada PRU13 dulu. Sungguh kuat pengaruh dan pengikut Hang Jebat di Parl Bkt Katil. Semangat Hang Tuah telah lenyap di bumi Melaka sendiri.

Hang Tuah: "Pantang Melayu Menderhaka".
Hang Jebat: "Raja Adil Disembah, Raja Yang Zalim Disanggah".

Pada zaman sekarang, kata-kata Hang Tuah ke atau kata-kata Hang Jebat ke yang lebih dinamik, progresif,
rasional, sesuai diamalkan dan berpijak di bumi nyata?

Husmad Ahmad berkata...

Penjilat tegar untuk menjamin teguh kedudukan.

Tanpa Nama berkata...

makin banyak kepala taik makin sedap dijilat

Tanpa Nama berkata...


Imej apa yang Ali nak cuba selamatkan?

Antara imej Najib se orang dengan imej SPRM rakyat akan pilih SPRM.

Najib sudah tidak boleh diselamatkan.

Carlos Santiago berkata...

Dia nampak najib macam terdesak sekarang. So nak tunjuk la dia ni bela najib. Patut politician tu kena tindakan tatatertib. Huru hara kan negara. Jatuhkan matawang negara. Penyebab hutang negara bertambah.

admin BANkami Blog

http://bankami.blogspot.com
http://bankami.blogspot.com

wan berkata...

Menteri kabinet mendenya...pilihanraya aritu dia dh kalah...

Tanpa Nama berkata...

Senator bole dilantik jd menteri. Wahid idris jala keruak paul low. Ini antara menteri pintu belakang. Cakap bohong. Lama2 bole jadi menteri. Keh keh