17 Feb 2016

Jawapan kepada Tuduhan AMANAH "Keldai DAP"

Masa berGEGAS di Sabak Bernam baru ni, ada sorang pakcik bgtau anak dia marah dia pergi dengar ceramah Amanah sebab Amanah ni kata anak dia "Kuda Tunggangan DAP".

Maka aku teringin nak coret sikit pasal isu ni.

1. Dulu tahun 2009, Umno kata PAS Kuda Tunggangan DAP. Hari ini PAS kata Amanah Kuda Tunggangan DAP. Tak kan otak orang PAS sama taraf je dengan UMNO ... jadilah cerdik sikit dari UMNO. Tuduhan tu ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri. Tuduhan kamu terhadap Amanah sekarang, hanya mengiyakan tuduhan UMNO terhadap kamu sebelum ini. Melainkan kamu sendiri memang mahu mengakui bahawa selama 6 tahun sebelum ini, kamu memang benar-benar Kuda Tunggangan DAP. Apa agaknya perasaan almarhum TGNA dengan tuduhan kamu ini? Apakah selama 6 tahun sebelum ini, TGNA adalah Kuda Tunggangan DAP?


2. Pakatan Harapan ada perjanjian yang ditandatangani bersama. Pernahkah ada perjanjian antara "Kuda" dan "Penungangnya". Apakah satu perjanjian yang bersifat "mutual interest" boleh dianalogikan sebagai kuda tunggangan? Ada akai ka?

3. Kamu kata DAP tolak Hudud maka tidak boleh lagi kerjasama dengan DAP. Cuba kamu beri nama satu parti yang kamu pernah bekerjasama sebelum ini dan sekarang ini yang menyokong perlaksanaan Hudud? Ada? Lalu tahaluf apa yang sebenarnya kamu adakan sebelum ini? Malah PKR sendiri menulis surat dalam bentuk dokumen rasmi membantah pembentangan enakmen hudud di Kelantan, tetapi kamu masih mahu bertahalluf dengan PKR. Kepura-puraan apakah ini? Kenapa ada double standard? Malah, satu-satunya parti yang pastinya menyokong dan tidak menentang perlaksanaan hudud ialah Parti Amanah yang kamu sangat musuhi sekarang. Padahal, cuma berbeza pendekatan dan fiqh awlawiyat sahaja. Maka, hentikanlah pembohongan ini. Bersikap benarlah!

4. Serangan kamu terhadap DAP tiada asas politik yang rasional. DAP adalah satu parti yang berjaya melumpuhkan sama sekali kekuatan MCA, Gerakan, dan MIC. Sekiranya kamu mencederakan DAP, yang untung hanyalah MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO. Apa untungnya pada Islam sekiranya MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO menjadi kuat semula seperti sebelum ini?

5. PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan. Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan. Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan. Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan? Pastinya tidak. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa mahu salahkan DAP di atas kelemahan sendiri?

Lu pikir lah sendiri...


42 ulasan:

nazi kelawar berkata...

Melayu mudah lupa.Bidalan ini dikumandangkan oleh Mahathir.Amanah kena perlu merombak dan merobah budaya songsang dalam masyarakat Melayu ini.Kerana Amanah buka saja sebuah parti politik yang bermatlamat untuk menjungkar balikkan UMNO,perlu juga Amanah sebagai wadah Pembaru dan Pembangunan Minda Melayu khasnya dan rakyat jelata umumnya.Bukan saja dua dalam satu tetapi segala-galanya dalam satu yang sejalan dengan akidah dan iman yang berpaksikan Islam yang syumul.Amanah perlu ada 'Think Tank'selain ma
Majlis Ulama serta Steregik dan lain-lain.
Perlu difikirkan dan dilaksanakan agar dapat permasalahan ini didekati.

omar daud berkata...

Salam:


YES, NICE,NICE,NICE & GOOD Reasoning.


sekian.

An Anonymous berkata...

Saya rasa eloklah siapkan perlembagaan PAN dulu..

Tanpa Nama berkata...

Amanah dituduh kuda tungangan DAP ,kita tanya peminpin dan ulamak Pas .peminpin Pas di Selangor sekarang ni Pas jadi sebagai tunggangan apa pulak? bukankah Pas di Selangor sebagai BABI tunggangan DAP .mana maruah diri ulamak .cuba tanya Ketua kelas 3.berapa nilai maruah diri yang di jual? tak cukup ke pencen sebagai pensyarah dulu,

tanya sama itu hud hud berkata...

Terbaek..

Tanpa Nama berkata...

bagus, hujjah mcm ni sgt diperlukan di pentas2 amanah, counter attack mereka, jgn biarkan ia membarah menjadi nanah, sama mcm kes presiden amanah tn hj mat sabu yg dimomok sbg syah, mat sabu syiah mat sabu syiah..., sampaikan penceramah nuruddin albanjari pun sebut dlm masjid, kegilaan apakah ini???

berani fitnah nooo... aku doakan org yg memfitnah dan menyebut dgn mulutnya yg presiden kami (sekiranya hj mat sabu bukan syiah), mudah2an Allah balas dgn setimpal, mudah2an Allah segerakan balasan supaya dpt kami tgk, sbb fitnah lebih bahaya drp mata pedang, Amin amin ya robb, pdMu Allah kami memohon perlindungan dan pertolongan.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka...memang suka jilat ludah sendiri puak-puak ni.

Abdul Said berkata...

Bila kita menyebut tentang pemimpin Pas yang ada sekarang saya rasa kita kena hindarkan dari memanggil atau melabelkan mereka sebagai ustaz, tuan guru dan ulamak. Memadailah memanggil encik, tuan dan datuk sahaja. Nak digelar ulamak rasanya bukan ilmu sahaja tidak setaraf ulamak, perangai dan tingkah laku pun jauh terpesong. Bila sebut ulamak kita teringat kehebatan ulamak seperti (zaman moden) Assyahid Syed Kutb, Sayed Sabiq dan ramai lagi yang hebat-hebat serta menjadi rujukan umat Islam, tetapi kalau sudah pandai memaki, menghina dan mengabaikan tanggungjawab, panggil encik dan tuan pun kira okey kerana itu panggilan hormat untuk orang Melayu. Rasanya di Parlimen dan mahkamah pun mereka tidak dipanggil ustaz dan tuan guru. Semoga dengan ini akan terpelihara kehormatan yang kita beri kepada ulamak-ulamak terutamanya di Nusantara!!

Tanpa Nama berkata...

Dah layan porno...ostad ape lagi dlm pas tu...sume jd xbetul.hati dh karat..

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat wehhhh

Tanpa Nama berkata...

ROSAKNYA BANGSA MELAYU, BANGSA KESAYANGAN PAS YG ISLAM HANYA PADA IC SHJ ADALAH DISBB MEREKA BERADA DI COMFORT ZONE. MENTALITITY INI YG MEROSAK BANGSA MELAYU TU SENDIRI YG MANA ONLY 1% SHJ DARI 99% QUALIFIYY DIPANGGIL UMAT ISLAM YG SELEBIH LAYAK DIPANGGIL UMAT MELAYU. UMAT ISLAM TAKKAN SESEKALI BIARKAN DIRI DIA DLM COMFORT ZONE KRN ALLAH SWT MENAGIH KITA NANTI DI AKHIRAT DGN MENANYA SOALAN APA YG U TELAH BUAT SEMASA MUDA? LU FIKIRLAH SENDIRI. JANGAN SIA-SIA KURNIAN ALLAH SWT IAITU AKAL DAN FIKIRAN.

tulangkering berkata...

Saya setuju sangat cakap anak pak cik tu..sejarah membuktikan parti serpihan yg berasas kan bangsa pasti tak akan kekal lama...
PKR walau pun parti serpihan umno tapi ia membuka keahlian pd semua kaum..
Kalau lah PKR hanya membuka keahlian hanya pada kaum melayu sahaja...paling lama bertahan hanya 2 kali pilihan raya ..maka jadi lah dia seperti parti semangat 46..perlu ingat apa pun kesalahan besar yg di laku kan oleh PAS dan UMNO kedua dua parti itu mempunyai pengikut tegar yg bukan sedikit jumlah nya....pemimpin AMANAH kerap mennyatakan PAS sudah tidak relevan lagi..masa akan berlalu...panjang umur sama2 lah kita saksi kan siapa kah yg tak relevan....dan siapakah yg kekal relevan..masa itu baru lah tuan2 akan mengakui akan kebenaran kata2 saya...

Tanpa Nama berkata...

Pas tidak ada modal. Kerisauan, gundah gulana,tiada pendirian, kebimbangan, kecelaruan...ahli-ahli dimomok tidak bersekutu dengan Umno tapi lantikan pemerintah BN boleh diterima. Attawun katakan. Begitulah sirahnya Pas era pascai.

Tanpa Nama berkata...

"PAS dan UMNO kedua dua parti itu mempunyai pengikut tegar yg bukan sedikit jumlah nya.."

Apa sebab UMNO ramai pengikut tegar? Sebab UMNO tabur dedak dan guna duit.
Apa sebab PAS ramai pengikut tegar? Sebab PAS guna agama dan taraf ulamak. Dan tidak mengejutkan PAS terus ramai pengikut tegar disebabkan duit juga.

Bagaimana UMNO dapat duit dan dedak ? Begitulah PAS dapat duit dan dedak.

UMNO rosakkan sistem dalam negara termasuk sistem dalam parti. PAS juga merosakkan sistem dalam parti dan sistem dalam negeri ( tidak ada tindakan keatas penebangan balam)

Satu hari seperti negara lain, cara UMNO dan PAS akan sampai kepenghujungnya apabila kehabisan dedak dan duit. Dulu hanya UMNO tetapi sekarang bertambah lah perbelanjaaan untuk tabur dedak dan duit.

Tuan hanya menyedapkan hati apabila keciwa dengan kemasukan 6 tokoh akedemik. Ramai yang menyertai AMANAH adalah bekas ahli PAS yang mempunyai semangat perjuangan. 6 tokoh tersebut juga mempunyai semangat yang sama sebelum ini tetapi tidak menjadi ahli parti PAS. Bila tamat perkhidmatan mereka sepatutnya pilih PAS tetapi sebaliknya mereka pilih AMANAH. Sudah tentu ahli PAS berfikir apa kah sebabnya tidak pilih PAS? Lalu tuan beralaskan penyokong tegar.

PAS nampaknya perlukan simpati bukan sokongan. Untuk survival eluk PAS berkerjasama dengan UMNO.



Tanpa Nama berkata...

Apa kaitannya isu kuda tunggangan dap dgn perlembagaan
amanah? Lost for words??

Tanpa Nama berkata...

Amanah jgn layan pas....penyokong mereka makin mereput.... Aq malu jd ahli pas yg seringkali tertipu....di tipu dgn umno.

Ramboo III berkata...

Kembali kpd quran & sunnah..org beriman sokong perjuangan islam bkn menentang (pan bersama dap tentang presiden pas bentang hudud) walhal kita wajib sokong..yg ke2, pan wujud sbb kecewa tewas dlm pemilihan(ahli pan berjuang utk jwtn dan pangkat) jg harus diambil kira pendedahan pembantu joseph lim(lge) perihal wang $15k utk abg mat stp bulan dari dap..tunggang langggang gen pan jdnya..taubatlah, kembali sokong islam.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Adakah ini satu lagi fitnah atau fakta? Jika fitnah minta saudara rambo minta maaf tetapi kalau fakta bagi bukti yang jelas bukan cakap2 orang. Pada mulanya ayat rambo begitu mulia mengajak semua beriman tetapi akhirnya sebaliknya. Semoga kita sama2 bertaubat kepada Allah bukan menfitnah atau mengadu domba.

tulangkering berkata...

Tanpa nama 7.24...hehehe.....di cawangan kami tidak ada yg tinggal kan pas utk masuk amanah...kami semua sayang kan PAS tidak ada satu sen pun duit yg di tabur kpd kami..malah duit kami yg keluat utk parti..AMANAH tidak akan kekal...paling lama 2x pilihanraya..nasihat saya kalau AMANAH nak hidup lama sila buka keahlian kpd semua kaum..kalau nak harapkan sokongan hanya dari kaum melayu mereka sudah ada PAS..UMNO PKR..Tuan tidak percaya?? ..nanti 8 tahun lagi kita jumpa ya tuan...saya belanja tuan..

Tanpa Nama berkata...

Setelah Asraf Dasuki kata hudud tidak sesuai baru-baru ini, masih ada yang tak malu di tipu menyebut hudud.

Mana wajib nya sekarang ?

Tanpa Nama berkata...

Maaf tuan RAMBOO, Ikut quran dan Hadith, Tapi tuan sendiri dah memperkenalkan YAHUDI pada nama tuan...bagaimana kita nak ikut tuan.Slyvester stallone tu adalah yahudi italy..ceritanya asyik menentang islam..bagaimana tuan nak memperjuangkan islam ni..pelik-pelik..sempat juga cerita LGE beri 15k pada mat sabu,lupa ka..Mat sabu dah dilantik balik ke jawatanya..tentulah dapat gaji bulanan..pelik betul la hang ni..yg menantu hadi hang tak kisah pun...

dah lah nama pakai nama yahudi..perangaipun lebih kurang sama...maaf ya tuan..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Pak Cik itu yang kata AMANAH "Kuda Tunggangan DAP"... Anak apa yang berani marahkan ayah nya?

Jika betul si anak marah kan ayah nya, apa sudah jadi pada ahli PAS yang mana anak menjadi derhaka pada ayahnya?

Ayat AMANAH "Kuda Tunggangan DAP" di ulang-ulang untuk memberi imej DAP cina jahat.

DAP hadir memberi perhimpunan 365 di Sungai Buluh. PAS tidak hadir tetapi Tuan Ibrahim kata PAS sokong Anwar Ibrahim sebab nak pertahankan jawatan di Selangor.

Cerita di Jerman, yang stim orang lain yang bayar orang lain. Yang bayar pulak yang jahat...


Perlantikan Datuk Dr Haron Din dibawah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ... PAS sudah macam Kuda Kepang... Telur Zahid kat tengkuk Haron Din ... Cakap macam ini baru faham kot?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..kita tunggu shj sapa yg akan hilang antara pas dan pan...bg saya...kawasan johor hingga melaka...saya pernah tinggal dan aktif dlm pas...saat zaman xde poster lagi.hahaha...harap yg terus kekal dlm pas...mampu baca blik sejarah pas seawalnya...

Tanpa Nama berkata...

hang ni tulang kering nak ikut style tulang besi ka, hang ni katak dalam tempurung ka..hang tak baca perlembagaan Amanah ka!!Amanah terbuka kat semua kaum,nanti hang tenguklah pilihanraya ka serawak..diumumkan ahli Amanah bukan melayu.

Siapa nak larang hang sayang kat PAS.PI LA SAYANG..Kami tak marah lahh..nak nak lagi hangpa join sekali dgn umno..lagi kami sayang kat hangpa...

kami sayang kat PAS...MUAaaahahhhsshh..sayang kat pas...LA..Memanglah Amanah tak tahan lama..dulu tawkeh hang kata tak sampai 2 tahun..la ni hang kata paling lama 8tahun..suka hati hanglah..janji hang senang hati..Amanah bukalah bagus sangat yg 6 orang join tu..cekai-cekai belaka..depa tu tukang cuci-tandas aja kat universiti.

okay salam sayang kat hang,tulangkering,lain kali hang kena makan vitamin C banyak2..kesian kat hang kurus keris..awat towkeh hang tak bagi makan ka.

Tanpa Nama berkata...

Wah tuan cakap macam dewa ramalan.. kerja 8 tahun sekarang tuan dah tahu. Selalunya orang PAS cakap 'dalam ilmu tuhan'...

Itulah yang saya cakap, dalam AMANAH adalah orang yang sama berjuang macam tuan juga. Ahli AMANAH yang asalnya ahli PAS atau menyokong PAS, pun kena keluar duit untuk parti apalagi kita sedia maklum AMANAH parti baru.

Tuan, UMNO bodoh kalau tabur dedak sesuka hati. Jadi dia tak tabur, dia baru beri dedak ... dua jawatan telah di beri pada pemimpin PAS.

Tuan terlupa kah bagaimana sambutan pemimpin AMANAH terima semasa perhimpunan Bersih ? Yang sekarang ini menjadi modal tuan dan ahli PAS iaitu "Kuda Tunggangan DAP".

8 tahun masa yang lama. Pemimpin-pemimpin tuan sebelum ini bercakap seolah-olah AMANAH tidak bertahan lebih dari 6 bulan sebab tidak dapat sokongan. Apa sudah jadi sebaliknya 6 tokoh akedemik menyertai AMANAH? Terbaru Mat Sabu di serang dengan kes khalwat. Begini kah parti yang tuan sayangkan. Cawangan tuan pun umpama hidup segan mati tidak jugak ...

Tanpa Nama berkata...

maksud rambu dap dn amanah halang hadi dlm perjalanan ke parlimen utk bentang hudud?

kemudian dap dn amanah belikn tiket kplterbang hantar hadi ke jepun.

hadi tk sedar apa2? tau2 dia berada di jepun dn bkn parlimen?

kesian betul hadi mempunyai penyokong nama rambu yg kurang sihat

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...benar telaan tuan2 sekian...siapapun kita...siapapun dia...harap jgn sampi kita buang budi bicara yg baik dan jelas...dekat 30tahun bersama dlm pas...ahkirnya kluar menyertai amanah...sbb kenapa?sbb jawapannya byk sudah berada didlm ini...hahaha...saya doakan parti amanah negara akan terus maju sehingga mengantikan umno dan pas...inilah harapan saya sebagai rakyat malaysia...

Sam Sung berkata...

Rambo bangang..bila presideng ko bentang hudud..ubah suai akta ade la..tu pun g jepun..senang nye kene tipu..dasar walaun buta hati

Tanpa Nama berkata...

Pas adalah parti yg lemah dan pemimpin2nya tiada kredibiliti dan kebolehan..utk tutup kelemahan ini,mereka terpaksa cari kambing hitam utk jadikan isu utk rakyat sedar keujudan mereka.. sbb itu hari2 kutuk DAP dan AMANAH serta gembar gembur pasal hudud dan mereka tiada isu2 yg lain yg lebih berfaedah utk dibawa kpd rakyat..inilah topeng sebenar pemimpin2 pas dan mereka hanyalah setaraf keldai tua yg sudah tidak berguna kpd negara...mereka berpolitik hanya utk perut mereka dan keluarga mereka..islam pada mereka hanya dendangan dangdut sbg hiburan kpd penyokong yg jahil.

hatim hisham berkata...

Apakah isu terbaru yang dibawa pas utk melawan umno? Kebanyakan yang membongkar penyelewengan adalah pkr, pas sekarang disokong oleh ahli2 umno yang beralih arah. Namun mereka ini membawa prinsip lama yang dterapkan umno ke dalam pas, cth- kerjasama dgn kafir, kuda tunggangan dap, dana dari israel, membantah hudud, ini semua modal umno. Skrg d guna oleh pas. Dulu yang menghina mat sabu parti mana? Yang mengatakan mat sabu syiah, tgna xprnah pun menghukum mat sabu syiah sedangkan arwah lebih mengenali matsabu. D kelantan org yang paling d benci umno ialah husam musa, skrg? Pas sudah d tabligh umno dah. 70% minda org pas ada pada buletin utama dan utusan. 30% lagi ada pada tghh... kl betul umno tu nk bantu pas, d serawak umno akan bg kerusi utk pas,n membiarkan pas bertanding dgn pkr atau amanah. Kl x bagi, pas hanya dberkudakan oleh umno je

Tanpa Nama berkata...

haaa..haa... cawangan kami tiada tinggalkan pas... cawangan rusila kot.. memang padan laa... cawangan kami pulak ramai tinggalkan pas.. haa..haa... AMANAH tidak akan kekal...paling lama 2x pilihanraya.. haa..haa,,, ini ayat sebjik mcm umno kata bila Parti KeAdilan Rakyat ditubuhkan...

Tanpa Nama berkata...

Pas bongok, umno cuma nk gunakan pas utk servival politik umno.padan muka pas,mana mau letak muka bila dusuki kata hudud xblh dlaksana kat malaysia.mana maruah pas.kalau ada.maruah sila letak jwtn lor tp mmg pas takde maruah pun.baik diorg tgk porno

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong. Ulama apa kelas kena tipu je.

abrarmujahideen berkata...

Bnyk makan dedak nie..akta vs auta

Tanpa Nama berkata...

Tuan, ahli walaaun Pas 2-3 jer dalam ni. Yang lebih geng cy.trop sedondong. Ha ha ha....jenis makan dedak.

tulangkering berkata...

Hihi saya bukan dewa ramalan...sy ckp berdasarkan realiti dan sunah politik di msia....tak perlu ijazah berjela utk analsis benda2 macam ni tuan...very simple..hihi...utk pengetahuan tuan cawangan kami bukan di rusila tapi salah satu cawangan dlm parlimen Sivarasa..

kopipanas berkata...

Terimalah realiti Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Isu-isu perkauman dan keagamaan sentiasa menjadi modal politik paling lumayan semata untuk memenangi kaum masing-masing untuk mendapat kuasa.
Namun apabila kuasa diperoleh, hal-hal amanah dan kebertanggungjawaban kepada pengundi/rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dilupakan.
Maka berlakulah ketidakadilan kepada rakyat dan musnahlah amanah yang dipegang.
Ini berlaku bukan sahaja pada BM/Umno malahan pada kebanyakan wakil rakyat pembangkang juga.
Tidak hairanlah, bila tibanya musim perayaan maka berlumba-lumbalah wakil rakyat, hatta ketua pimpinan kawasan pun turun mendampingi masyarakat atas nama parti masing-masing untuk meraih undi awal di sebalik sumabngan 'ikhlas'.
Malang lagi apabila isu rakyat yang terhidang seperti nasib mangsa banjir Kelantan yang sehingga kini masih di penempatan sementara dan tiada kediaman dibiarkan seperti bola. Tiada usaha bersungguh untuk menyelesaikannya.
Itulah kuasa. Demi kuasa pelbagai isu boleh didendang.
Namun sebagai rakyat yang bijak dan berpijak di bumi nyata, sedarlah bahawa realiti harian kita saling memerlukan...

Abu Yazit berkata...

Ameno tu dah nak mampus nazak dah.tiba2 mai pulak musuh yang berhati mulia pi dok gosok dia dan2 jadi segaq. Bukan segaq saja boleh gelak besaq pulak pasai dua puak dah berpecah .harap untuk terus menggagau, merampas,menyunglap sampai habih harta negara masih lagi ada harapan.Apabila semua harta negara habih disapu. Barulah akan diserahkan kepada sapa2 yg. Berminat.Kalau dipanjangkan usia sama2lah kita tgk.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro...boleh tanya tak...berapa no ahli pas tuan tulangkering?masa muktamar di batu pahat johor tuan ada hadir?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin itu kat kawasan tuan tak...hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Anaknya baru blajor politik bro...memangla mcm tu...hahaha...budak mentah...

Tanpa Nama berkata...

Hihihi...sebb tewas dlm pemilihan?hahaha...silap benar wahai ramboo...baik tuan baca sejarah semula...baru boleh sembang k...