27 Jan 2016

Isu RM2.6 Bilion: Najib Terlepas Kerana Dah Tukar Peguam Negara

Keputusan derma RM2.6 bilion berbeza jika peguam negara tidak ditukar, kata pembangkang

Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza mungkin berlaku dalam siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan.


"Ia sudah dijangka, bila mereka tukar peguam negara, kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Parlimen, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditemui selepas sidang media itu berkata, beban kini terletak di bahu Najib untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan peguam negara itu tidak meyakinkan.

"Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima," katanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, perkara itu menunjukkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak menjalankan tugas dengan bebas.

"Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara."

Menjelaskan berhubung langkah blok pembangkang seterusnya, Lim berkata, teks peguam negara itu akan diteliti mereka dan satu usul akan di bawa terhadap Najib di Parlimen sekiranya perlu.

"Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian.

"Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah," katanya.

Apandi dalam satu kenyataan hari ini berkata, disebabkan perkara itu, nama Najib kini dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International, sebuah syarikat milik kementerian kewangan di mana Najib menterinya.

"Saya berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan.

"Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kumpulan Wang Persaraan Inc atau KWAP)," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau juga mengumumkan Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah ke atas sumbangan RM2.6 bilion yang diterima ke dalam akaun bank peribadinya.

SRC awalnya di bawah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dipindahkan kepada kementerian kewangan pada tahun 2012, selepas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen dikeluarkan sepenuhnya. -TMI


Rafizi: Siapa pula luluskan pindahan wang SRC?

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melahirkan beberapa persoalan berkenaan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Ia selepas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata, Najib tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan jumlah wang yang berasal dari bekas anak syarikat 1MDB itu.

"Penjelasan setakat ini tidak menjawab soalan utama - sejak RM42 juta telah dipindahkan dari SRC, siapa dalam SRC beri kuasa untuk lakukan pemindahan?" soal naib presiden PKR itu.

Rafizi berkata, untuk melakukan pemindahan, SRC pastinya memerlukan nombor akaun Najib dan perkara yang paling tidak mustahil mungkin ialah ia diberikan oleh perdana menteri sendiri.

"Justeru, bagaimana Najib memberikan nombor akaun tetapi tidak mengingati wang yang masuk ke akaunnya adalah dari SRC?"
tanya beliau.

Apandi hari ini berkata, bukti menunjukkan perdana menteri percaya sumbangan RM2.6 bilion yang dibuat kepadanya sebelum ini berasal dari sumbangan politik keluarga diraja Arab Saudi.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan PM memberi apa-apa kelulusan untuk pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadi beliau," katanya.

Apandi berkata demikian ketika menjawab dua kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – berkaitan kes SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

RM2.6 bilion telah dipindahkan pada tahun 2013 manakala RM42 juta daripada SRC International disalurkan ke dalam akaun Najib pada akhir 2014 dan awal 2015.

Sementara itu, Rafizi mengibaratkan isu tersebut seperti perlawanan pingpong, apabila Apandi berkata Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Saudi tersebut pada bulan Ogos 2013.

"Najib berkata beliau mendapat derma RM2.6 bilion, entah bagaimana dia kembali semula.

"Kemudian setahun kemudian, entah macam mana penderma Arab yang murah hati derma RM42 juta lagi ke dalam akaunnya melalui SRC," katanya.
-mk


19 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Cayok la najib...bergeliga sungguh kepala penasihat najib. Bole saman presiden transparency international.

Tanpa Nama berkata...

kalu ada ghani pon macam ni la jawapan beliau..kalu dah duduk sekali kalau bertengkaq pon tapi bila bab bilion bilion mesti bersatu hati punya..patern org bawah umno pon mcm tu la..mai tang PRU nanti..duit turun dari langit terus muhyideen ka...mukhriz ka...semua akan berpelukan sambil jerit HIDOP MELAYUUU!!! munkin kali ni tambah sorang lagi kot...tuan presideng sambil buat muka terkejut..bukan apa utk senang P.A nak buat ststement nanti klu x menjadi ..

Tanpa Nama berkata...

Tak tau lah kalau ramai lagi rakyat Malaysia boleh percaya dengan permainan silap mata sebegini... lebaih kurang sama je dengan kes seorang bekas KM dlm kes mer*g*l gadis bawah usia.

Tanpa Nama berkata...

Sprm buat siasatan dan bnm buat kerja sia2..perabih boreh..gaji buta..tutup sprm..jadi nelayan ikan bilik lagi baik..boleh buat budu..eksport ke arab..

Tanpa Nama berkata...

Sprm buat siasatan dan bnm buat kerja sia2..perabih boreh..gaji buta..tutup sprm..jadi nelayan ikan bilik lagi baik..boleh buat budu..eksport ke arab..

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni sesiapa yg terlibat rasuah atau penggubahan wang haram, kena tangkap oleh pihak SPRM atau pihak berkuasa yg lain cepat2 lantik peguam..
Buat sidang akhbar suruh peguam yg dilantik tadi buat kenyataan yg duit dah dipulangkan kepada pihak yg memberi
Jadi nama anda dah dibersihkan oleh peguam anda....
Kes 2.6B Najib boleh jadi rujukan kalau mahkamah tanya ya....kah, kah, kah
Malaysia darul kartun...
Org kat tg rambutan je ckp ko apandi oiii...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi nasihat.

Tanpa Nama berkata...

hari tu kak ros katanya dh pulangkan cincin

kemudian pulangkan kotak ada duit dlm bilik kt tok arab

hari ini AG kt monggol dh pulangkan 2.03b.. 0.57b selamaaat

kenapa mesti pulangkan balik kalau itu derma?

bukankah elok dimasukkan ketabung2, bencana alam dll atau guna utk pembangunan negara atau serah kpd bnm.

dlm keadaan negara kemelut ekonomi, tiba2 sgt jujurnya budak itu
pulangkan duit derma.

bila pula nk pulangkan 42b.

tak lama lagi kita dengar altantuya pun telah dipulangkn ke pangkuan negara.

mmmmm.. apalah yang kita boleh harapkan dpd pemerintah yg takut kepada kartun (zunar)

jgn tanya apa yang kita boleh dpt daripada kerajaan, tanya apa yang kita boleh buat untuk tukar kerajaan umnu bersekali dgn najib ini.

.... sekali dgn penjilat2 mereka dpd puak berserban lusuh.



Tanpa Nama berkata...

aku dari dulu lagi xpercaya dgn sprm ni. kat media main wayang tunjuk bersungguh2 buat kerja.last sekali hanya tangkap ikan bilis ja. org ternama terlepas.sprm ni alat lanun kerajaan juga.

Tanpa Nama berkata...


Dah lah miskin, banyak hutang pulak. Dah lah orang tolong bagi duit, di pulangkan. Najib tidak akan pulangkan duit tersebut sekiranya duit tersebut benar-benar digunakan untuk membantu negara menghadapi kemelesatan ekonomi ketika ini. Yang sebenarnya tidak ada orang percaya yang Najib benar-benar memulangkan duit tersebut.

Bagaimana Najib boleh memulangkan duit tersebut semasa siasatan sedang di jalankan? Peguam Negara pula hanya mengatakan Najib telah memulangkan duit tersebut, sedangkan tidak ada keputusan atau arahan dari Mahkamah meminta Najib memulangkan duit tersebut.

Duit tersebut hanya boleh di pulangkan oleh Kerajaan melalui Peguam Negara dan SPRM. Bukan Najib yang memandai-mandai memulangkan duit tersebut.

Najib perlu mendapatkan semula duit tersebut jika tidak Najib telah melakukan satu lagi kesalahan kerana melanggar undang-undang dimana duit tersebut adalah hak milik Kerajaan selagi tidak ada keputusan untuk memulangkan semula kepada Najib dan seterusnya di kembalikan kepada Pak Arah yang memberi derma tersebut.

Kesudahan nya, PM kita tidak ada maruah !!

Tanpa Nama berkata...


PM tahu, Melayu akan layu bila di beri pulus, hari ini berapix marah esok nya sejok sesejok salji bila ditabur Pulus. sampai bilax pun melayu meudah lupa.
melayu adalah bangsa yang mudah di jajahan.

Tanpa Nama berkata...

Inilah fungsi badan2 dan jabatan2 dalam kerajaan.

1. Cari duit untuk dibuat gaji: Cipta saman, tipu penyata kira2, cipta masalah dalam sistem supaya orang ramai tak boleh komplen apa2 lagi. Akhirnya kena bayar juga.

2. Cover kesalahan menteri2 UMNO serta anak beranak derang. Buatlah apapun, ini pasti dan pasti akan dicover tanpa mengira apa kesalahan kecil sekalipun.

3. Curi duit seboleh mungkin spt LHDN, Imegresen dan segala apa bala jabatan sekalipun, semua ni wayang saja berbuat kerja kerana Allah. Dekat desktop PC, kene letak ayat2 amaran dari Allah.

4. Tangkap mana2 rakyat atau pekerja yang tiada apa2 kuasa untuk menentang. Buli secukupnya dengan sistem2 kehakiman dan apa undang2 yang ada.

5. Kes kemalangan pun kerajaan nak buat duit jugak. Lagi dasat kemalangan, lagi tinggi denda dan duit masyuk kat gomen. Eksiden mati, kene bayar kat gomen 5k-10k.. bukan dibayar kpd keluarga si mati.

Keadaan ini akan berterusan, sampai bila2..

Tanpa Nama berkata...

mungkin org yg paling gembira dgn kenyataan ini adalah hadi dan haron. sbb mrk dr awal membela najib.

Tanya hadi, mana surat yg dia dakwa syeikh qardhawi tulis pd dia yg mharamkan Amanah. punya terer hadi. dia helo aje syeikh. kelam kabut syeikh terus buat surat hantar pd dia...

aku berkata...

Kalau betul duit itu dari Raja Arab Saudi, sepatutnya najib dari awal2 lagi telus. Sikap yang kluk klek ini yang menyebabkan timbulnya berbagai spekulasi.

Tanpa Nama berkata...

Betul 200%....rakyat malaysia boleh nobatkan
Apandi----Raja Lawak Jenaka 2016
Najib----PutarAlam Shah anugerah sapajang hayat
Zahid----Pembohong 1 Malaysia (dia dah gi jumpa penderma itu)

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua melayu mcm tu hanya macai2 umno saje yg maseh bodoh 7 Keturunan

Tanpa Nama berkata...

Kann najib ada punaisihat baru dr pas....ada klik klook puihh ckit

Tanpa Nama berkata...

Gani dh dpt habuan....

Unknown berkata...

Tunggu ajalah mahkamah mahsyar besi dang di depan neraca al mizan time tu bapak tok peguam manan pun tak leh nak bela...time tu baru le ada akai..ingat idup ni nogkat langit ke apa..