15 Ogo 2015

Penyelesaian Kes Khalid-Saifuddin Papar Poitik Matang,

Kes Khalid-Saifuddin selesai luar mahkamah

Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plaintif, Saifuddin sebagai defendan dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.


“Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, 'saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti'. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

“Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Anwar sebagai perantara

Saifuddin menambah, Anwar yang pada mulanya hadir sebagai sepina bagaimanapun menjadi perantara dalam menyelesaikan kes ini.

Malah katanya Anwar dilihat lebih baik daripada peguam yang ada kerana mempunyai kebolehan mendamaikan kedua belah pihak dalam mencapai kata sepakat.

“Anwar asalnya datang sebagai saksi tapi berakhir sebagai orang tengah. Dia ada kemahiran itu, bahkan kemahiranitu lebih baik dari kemahiran peguam-peguam,” katanya.

Saifuddin menambah, Anwar turut menasihati Abdul Khalid sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang.

“Itu adalah syor dan nasihat Datuk seri Anwar kepada khalid. Kata Anwar, Khalid kamu sebahagian dari kami proses ini akan ambil masa yang panjang jika diteruskan,” katanya. -mk

ULASAN GB

Itulah tanda kamatangan mengatasi segala-galanya.

Tidak semestinya kita meminta maaf kerana kita bersalah, tetapi adalah kerana kita tidak mahu memanjangkan hal tersebut dan kita sepatutnya meletakkan keutamaan di tempatnya yang wajar.

sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.


“Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, 'saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti'. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

“Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.






IKLAN BERBAYAR







12 ulasan:

Awanama berkata...

x serupa mcm krisis pas. presiden lansung x blh menjadi perantara atau pendamai. malah menambahkan minyak untuk konflik terus membara dgn membarua, mentolol dan mencelakakan ahli pas sendiri...

Awanama berkata...

kah kah kah u turn baik punya. dah fitnah macam macam, sampai tghh pun jadi mangsa punca nya kerana bukti tak kukuh je. last last kau dah malukan org tu kaw kaw, roadshow siap. belum kira blog2 yang sambung fitnah. org berjiwa besar je dapat maafkan gitu, rujuk artikel terbaru edmund bon. maaf atas fitnah, bukan maaf sebab kosong kosong. tahniah yang termakan fitnah. smpai mcm ni engko orang buat pada pakatan rakyat. no more vote for politikus hampeh.

Awanama berkata...

anon 12:55 AM

ada hikmah semuanya itu.
jika tidak, semua tak tahu presiden PAS kaki ponteng mesyuarat dan parlimen
itu bukan fitnah, tapi perkara yang benar

Awanama berkata...

Sejak bila org yg pki "politikus" reti mengundi??hakhak salah channel ni bro.

azhar rangkuti berkata...

Kenyataan penjelasan Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai kenyataan Edmund Bon:

1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.

2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.

3) Oleh kerana Tan Sri Khalid masih mahu ada penyataan meminta maaf, saya memaklumkan keputusan saya untuk meneruskan dengan perbicaraan.

4) Sebab itu pada pagi ini mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan dan saksi saya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah.

5) Namun, dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau memohon supaya perbincangan diteruskan agar penyelesaian dicapai tanpa perbicaraan.

6) Atas nasihat Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira semangat Syawal untuk bermaaf-maafan dan meletakkan kepentingan membela rakyat didepan, akhirnya saya dan Tan Sri Khalid bersetuju untuk sama-sama meminta maaf supaya ia satu keputusan "win-win".

7) Saya kesal dengan kenyataan peguam Tan Sri Khalid, Edmund Bon yang memberi gambaran yang berlainan. Malah semasa perbincangan tadi pun, walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

8) Sebarang gambaran bahawa Tan Sri Khalid tidak memohon maaf dan penyataan maaf dari beliau yang direkodkan mahkamah tadi adalah bersempena Syawal seperti amalan raya adalah tidak tepat, tidak ikhlas dan mahu terus mengheret perkara ini.

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah.

10) Perintah mahkamah jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini melibatkan satu kenyataan maaf dari saya dan satu kenyataan maaf balas dari Tan Sri Khalid.

11) Saya bersetuju dengan rujukan Syawal di dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid dalam konteks semangat maaf-memaafkan dalam bulan Syawal agar masing-masing dapat meletakkan kepentingan rakyat di depan. Tindakan sesetengah pihak memutar belit bahawa rujukan Syawal dalam kenyataan maaf Tan Sti Khalid itu adalah satu ucapan maaf sempena hari raya adalah tidak jujur.

13) Saya berharap agar penyelesaian saling maaf memaafkan ini tidak terus dipanjang dan diputar belitkan oleh pihak lain sebagai menghormati persetujuan di antara saya dan Tan Sri Khalid di hadapan Dato' Seri Anwar tadi.

Terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Lakikaklimahjanda berkata...

Pil kuda mcm mana..... Wala' walaon

Awanama berkata...

Dan sblm ininp6n ramai x tahu tski seorg islam yg x utamakan solat. Org pas gi sokong plak pemimpin mcm ni.

Allah sendiri jatuhkan tski. Langkah kajang hanya jd penyebab

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Peribahasa Melayu menyatakan "kalau benih itu baik, dicampakkan ke laut ia akan jadi pulau". Betapa hebatnya banduan boleh jadi pendamai kepada dua orang ahli politik yang sedang bersengketa. Barangkali sudah tidak ada manusia merdeka yang sehebat banduan yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau boleh mendamaikan TS Khalid Ibrahim dan Datok Saifudin Nasution. Atas kebijaksanaan DSAI, TS Khalid Ibrahim akhirnya bersetuju menarik balik saman mahkamah yang dikemukakannya. Betapa hebatnya wibawa DSAI, dan betapa ruginya Malaysia menjadikan beliau seorang banduan semata-mata kerana dendam kesumat konfirasi politik.

DSAI tidak seperti Najib. Beliau sanggup dipenjara kerana prinsip. Najib pula pemimpin yang tiada prinsip dan sanggup memenjarakan musuh politiknya dengan tuduhan yang tiada siapa pun mempercayainya. Najib boleh menggunakan mahkamah dunia untuk memenjarakan musuhnya, namun di mahkamah Allah kelak pendakwaraya dan hakim tidak boleh dirasuah. Najib sememangnya tidak boleh menjadi pendamai, apatah lagi konflik yang melibatkan dirinya dengan kepimpinan UMNO. Najib tergamak memecat Muhyidin Yasin dan Shafie Afdal kerana dua orang pemimpin kanan ini tidak sebulu dalam isu syarikat beban hutang negara 1MDB dan dan dana derma RM2.6 bilion.

Hadi Awang juga tidak mampu menjadi pendamai walaupun telah diangkat menjadi Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia. Keputusan pemilihan pimpinan pada Muktamar Pas 2015 menggambarkan beliau tidak boleh berkompromi. Sesiapa sahaja yang tidak sealiran pastinya terkeluar dari "cai presiden". Akhirnya Pas kehilangan barisan pemimpin yang menjadi penggerak masyarakat. Pas sudah menjadi lumpuh dan sebahagian ahlinya telah menyertai NGO GHB yang bakal dinobatkan sebagai parti politik dalam tempoh terdekat. Jika Hadi Awang ada karisma, sudah tentu Pas akan semakin kuat, dan tahaluf siyasi dengan DAP terus dilaksanakan untuk menumbangkan BN pada PRU 14. Dengan putusnya tahaluf siyasi maka terkuburlah Pakatan Rakyat.

Malaysia masih menunggu "banduan" keluar penjara. Sepanjang tempoh DSAI dalam penjara, rakyat Malaysia akan terus merana kerana kerakusan pimpinan Umno / BN membaham khazanah negara. Dalam situasi rakyat merana dihimpit kemiskinan kerana kos kehidupan yang meningkat, barisan menteri kabinet terus membela dan membodek Najib. Negara akan porak -peranda lantaran barisan kepimpinan negara hanya mementingkan "perut dan bawah perut". Oh, Malaysia, kami ingin terus hidup di bumimu ini!

Awanama berkata...

"No more vote for politikus hampeh" untuk golongan yg mmpunyai ideologi anarkis yg menolak trang2 sistem politik bang..hakhak guaner mung boleh sokong tghh sedangkn dia mengamalkn sistem politik juga..hakhak da la g blaja dlu bang..malu dkt adik2 tgk knyataan abang ni..hikhik len kli ckp je trus trang abg sokong pas..senang org lain nk phm..jgn bias dgn kenyataan supaya org lain pk nk u-turn balik dgn pas..hehe lucu la abg ni..hakhak PRO free ke abg ni??hakhak

Awanama berkata...

Sungguh menarik.

Anwar berjaya menyelesaikan perkara ini kerana sifat Anwar yang berhemah dan berpengalaman yang membuat sesiapa yang berdepan dengan nya tidak mampu angkat muka.

Mana mungkin orang yang masuk penjara dan di uji sebegitu hebat, bercakap meninggikan suara dan mengherdik orang lain supaya bersetuju dengan nya.

Sekalipun semua sedar yang Khalid mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Haji ketika isu MB, bagaimanapun kata-kata Anwar 'Khalid kamu sebahagian dari kami' mampu menyentap hati Khalid. Khalid mungkin sedar semula mengapa dan apa tujuan nya untuk berpolitik dan ini lah sebab nya kes saman tersebut dapat diselesaikan.

Dalam penyelesaian ini hati Khalid sangat mulia. Lebih mulia dari hati orang yang berkepala serban dan berjanggut.

Sebab nya ialah Khalid masih menghormati Anwar sebagai sahabat dan sudi berjumpa dengan Anwar selepas peristiwa Langkah Kajang. Anwar adalah cuma seorang banduan dan dalam kes ini hanya lah seorang saksi. Khalid ada cukup alasan untuk menolak berjumpa dengan Anwar.

Hati Khalid lagi mulia bila Khalid sudi memaafkan pihak yang di saman. Dalam pada itu setelah mendengar kata-kata Anwar, Khalid pun sedar atas kesilapan nya. Semua ini tidak terjadi jika Khalid menghormati keputusan parti iaitu meletak jawatan. Khalid tidak perlu menafikan yang dia juga minta maaf kerana menyinggung perasaan dan hati orang lain. Seseorang itu sangat mulia jika dia sanggup memaafkan orang lain dan hati nya lebih mulia jika dia juga memohon maaf.

Tetapi kerana termakan hasutan Tuan Haji selama ini, mungkin anggapan Khalid telah berubah apabila Anwar mendedahkan beberapa perkara mengenai Tuan Haji tersebut.
Bukankah baru-baru ini, wakil Tuan Haji telah menghasut PKR untuk tidak memperdulikan G18 yang di anggap seperti budak-budak sedang merajuk?

Hinaan dan celaan terhadap Khalid ada kemungkinan lagi teruk dari apa yang dilakukan oleh Saifuddin jika Azmin bersetuju bersongkol dengan Hj Hadi yang di sokong oleh UMNO. Wan Azizah yang memiliki ciri-ciri Islam dan perempuan yang beriman pun di perkatakan oleh Tuan Haji di depan khalayak ramai.

Khalid masih ada jalan untuk kembali kepada PKR atau Khalid lebih sesuai bersama-sama dengan GHB. Itu lah harapan kita.

Kepada Allah kita kembalikan.

Awanama berkata...

Komen terbaikkk...

Awanama berkata...

Sungguh menarik.

Anwar berjaya menyelesaikan perkara ini kerana sifat Anwar yang berhemah dan berpengalaman yang membuat sesiapa yang berdepan dengan nya tidak mampu angkat muka.

Mana mungkin orang yang masuk penjara dan di uji sebegitu hebat, bercakap meninggikan suara dan mengherdik orang lain supaya bersetuju dengan nya.

Sekalipun semua sedar yang Khalid mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Haji ketika isu MB, bagaimanapun kata-kata Anwar 'Khalid kamu sebahagian dari kami' mampu menyentap hati Khalid. Khalid mungkin sedar semula mengapa dan apa tujuan nya untuk berpolitik dan ini lah sebab nya kes saman tersebut dapat diselesaikan.

Dalam pada itu setelah mendengar kata-kata Anwar, Khalid pun sedar atas kesilapan nya. Semua ini tidak terjadi jika Khalid menghormati keputusan parti iaitu meletak jawatan.

Khalid tidak perlu menafikan yang dia juga minta maaf kerana menyinggung perasaan dan hati orang lain. Seseorang itu sangat mulia jika dia sanggup memaafkan orang lain dan hati nya lebih mulia jika dia juga memohon maaf. Tetapi ini semua telah di rosak kan oleh Peguam Khalid yang mengutamakan upah yang dia dapat sekiranya perbicaraan di teruskan. Rupa nya Peguam juga terkesan dengan kejatuhan Ringgit Malaysai.

Hinaan dan celaan terhadap Khalid ada kemungkinan lagi teruk dari apa yang dilakukan oleh Saifuddin jika Azmin bersetuju bersongkol dengan Hj Hadi yang di sokong oleh UMNO. Wan Azizah yang memiliki ciri-ciri Islam dan perempuan yang beriman pun di perkatakan oleh Tuan Haji di depan khalayak ramai.

Jika benar telahan mengenai Khalid ini, Khalid masih ada jalan untuk kembali kepada PKR atau Khalid lebih sesuai bersama-sama dengan GHB. Itu lah harapan kita.

Kepada Allah kita kembalikan.