26 Dis 2015

TGNA & Karpal - Tokoh Yang Tiada Penggantinya...

Nik Aziz, Karpal ikon rentasi sempadan kaum, agama

KUALA LUMPUR 25 DIS: DAP hari ini mengajak rakyat Malaysia menjadikan almarhum Nik Aziz Nik Mat dan mendiang Karpal Singh sebagai ikon yang mempromosi kehidupan harmoni, toleransi merentas sempadan kaum, agama dan budaya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ikonik kedua-dua tokoh mampu menjadikan Malaysia sebagai negara model yang aman di dunia sekalipun memiliki rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.


Bersempena sambutah Hari Maulidur Rasul dan Hari Krismas, beliau berkata, rakyat Malaysia harus menunjukkan contoh kepada masyarakat dunia dengan memecah tembok kebencian, salah faham antara agama dan kaum, seterusnya membina jambatan persefahaman, harmoni dan toleransi.

“Saya teringat dua peristiwa. Pertama, kejadian orang Islam mempertahan orang Kristian apabila diserang pengganas Somali di Mandera, utara Kenya dengan mendesak pengganas membunuh mereka bersekali jika meneruskan serangan.

Kedua, kunjungan Nik Aziz pada sambutan Hari Thaipusan pada Januari 2013 manakala Karpal pula mengunjungi rumah Nik Aziz untuk sambutan ulang tahun kelahiran ke-82,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Nik Aziz adalah bekas Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan manakala Karpal Ahli Parlimen Bukit Gelugur. Kedua-duanya antara tokoh terkenal dalam parti masing-masing berikutan kelantangan mereka tetapi sentiasa dihormati kawan dan lawan di Malaysia.

“Biarlah Malaysia memberi sumbangan bermakna untuk keamanan dan tamadun manusia,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. -roketkini

ULASAN GB

Memang hebat dan sukar untuk ditandingi. Itulah pandangan GB terhadap kedua-dua tokoh berkenaan.

Seingat GB, TGNA bertandang ke rumah Karpal Singh selepas Karpal Singh membuat kenyataan yang amat menghiris hati PAS dengan penolakan hudud. Bagi TGNA, kritikan dan penolakan Karpal terhadap hudud tidak membawa masalah kepadanya kerana ia memberi ruang yang lebih luas kepadanya untuk menjalankan misi dakwah kepada penentang hudud. Maka digunakan diplomasi kek hari jadi.

Berbea sungguh dengan cara ulama PAS selepas era TGNA.

Dihentamnya pemimpin-pemimpin DAP. Dibuatnya usul putuskan hubungan dengan DAP. Dan dimeteraikan oleh Majlis Syura, tiada lagi tahaluf siyasi dengan parti tersebut.

Begitu juga dengan hubungan dengan UMNO. TGNA sendiri berkali-kali menolak untuk jalinkan kerjasama denan UMNO. Tetapi selepas eranya, tup tup Presiden PAS tiba-tiba sepentas dengan Presiden UMNO, sedondon lagi.

Kecemerlangan PAS di era TGNA sehingga PAS dikurniakan oleh ALlah dengan bilangan kerusi yanfg banyak di parlimen dan DUN.. dan PRU14 akan menjadi kayu ukur prestasi ulama PAS pula selepas kumpulan progresif dihalau keluar oleh Presiden PAS dan akhirnya tertubuh AMANAH.

12 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Kekdg di luar kemampuan fikiran kita manusia biasa..apa yang arwah TGNA itu lakukan...semua media umno dan termasuk pencacai2 pas belasah karpal singh..langkah mayat dia dulu kalau nak buat hudud di malaysia. Kalau ikut anggaran kos hentaman media umno tu.. mahu beratus ribu.utk menjadi isu itu sentiasa panas.hanya dgn sebiji kek.. agaknya anggaran rm 50.TGNA mematikan isu tu. Selepas itu sikap2 karpal berubah. Kenyataannya tidak begitu keras terhadap parti pas.

Tanpa Nama berkata...




Apabila Kita...Suka Mem-BERI

Mem-BERI Peluang...Mem-BERIkan Masa

Mem-BERIkan Ruang...Dari HATI Ke Hati

Mem-BERI kan "Hujjah"...IDEA dan "Makna"

Mem-BERI kan "Kaseh"...Santun Simpati

Mem-BERI Itu.."Menyentuh"...HATI pun Terbuka

Mem-BERI Itu.."Membenih"kan...CINTA yg Sejati

Sbnar7-KEINDAHAN...ISLAM-yg-HAQ...Kan Memancar Ber CAHAYA

Ber CAHAYA Ber SERI...Mekar dan Mewangi..




Mem-BERI dan Mem-BERI Itu..."Miracle" Yg AZALI

Mem-BERI Itu Adalah...Ke INDAHAN Cahaya Nurrani

Keajaiban Mem-BERI...Adalah Keajaiban "ILAHI"



Mem-BERI Itu Tak Akan Rugi...Bahkan Berganda2 Akan Di Limpahi

Mem-BERI Itu "NIKMAT" Yg Tak Terperi...Bak Lautan Yg Tidak Bertepi..

Mem-BERI Itu "Ber-Sayap" Di HATI...Meluncur TERBANG Ke Makam yg Terpuji







Mem-BERI dan Mem-BERI Itu...Se'Indah7-AMANAH Dari Yg"ESA

Mem-BERI dan Mem-BERI Itu...Pantang Sekali FITNAH Ber Dusta

Mem-BERI dan Mem-BERI Itu...Pantang "Melihat" Pe'Nyonglap Durjana

Mem-BERI dan Mem-BERI Itu...Adalah "AMANAH"-Kekayaan Yg Tidak Terhingga

Mem-BERI dan Mem-BERI Itu..."Kunci"-AMANAH-NYA Ke Pintu Syurga..




Tanpa Nama berkata...

Ada lagi ke pemimpin mesia skg ni yg mcm tu?yang menonjol skg ni sorang kaki u turn & pembohong dan sorang lagi penyamun.mana aura iman pada muka diorg?

Anti Fitnah berkata...

Kita, umat Islam, kalau diimbas dan direnung secara teliti siapa diri kita atau why we are the chosen one? Kenapa Allah swt memilih kita menjadi umat Islam dan bukan Karpal atau yang lain2? Bukankah kita dipilih sebagai umat CONTOH yang bermaksud umat yang boleh diCONTOHI?
Kesemua manusia adalah SERUPA iaitu semua adalah ciptaan Allah swt, yang isinya adalah daging dan tulang. Kita semua adalah keturunan Nabi Adam a.s. Yang membezakan kita dengan IMAN. Setiap manusia mempunyai hati yang lembut. Setiap manusia mempunyai sifat simpati. Setiap manusia mempunyai kasih mengasihani. Setiap manusia mempunyai otak yang boleh berfikir dan di dalamnya terletaknya akal. .... Tanpa semua ini, manusia bersifat kebinatangan. Binatang pun menyayangi anak2 mereka. Ini pulak manusia yang asalnya SERUPA.
Dalam agama Hindu, ada PARIAH. Begitu juga dalam agama Islam, yang penganutnya yang PARIAH. Begitulah seterusnya dengan agama-agama lain. Kenapa kita yang terpilih sebagai CONTOH sanggup menjadi PARIAH dan seterusnya terjerumus ke dalam neraka Allah swt? Ulama juga ada yang PARIAH. Bukan hari ini perkara ini berlaku. Peristiwa ini berulang-ulang. Kenapa? Sebab kita adalah manusia, yang mempunyai akal, tindakan, cara pemikiran, ... yang SERUPA dengan manusia terdahulu. Jangan sombong dengan mengatakan kita berada di zaman MODEN dengan istilah generasi Xlah, generasi Ylah, ... Generasi apa sekalipun, kita tetap serupa dari nawaitu, nafsu, ...
Apa yang kamu akan lakukan jika kamu adalah manusia CONTOH? Melakukan keZALIMan, keTIDAKADILan, kePINCANGan, RASUAH, .... seperti mana yang dilakukan oleh umat kita masa kini akan menjadi kita manusia CONTOH ke arah yang BAIK atau sebaliknya. Tepuk DADA tanya IMAN. Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada allahyarham TG Nik Aziz yang banyak berjasa kepada Islam terutama dalam mentarbiyah umat Islam di Malaysia ni.

mustapa m said berkata...

Almarhum TGNA amat penyabar dan berfikiran jauh, kritikal, dan terbuka. Dia tahu penentangan org2 Bukan Islam terhadap Islam bukan setakat Hudud saja. Sejak zaman Rasullah lagi pun org2 Kafir menentang Islam, bukan setakat undang2 Islam.

Namun TGNA tidak membenci, mencerca, mengutuk dan memboikot mereka yg anti Islam itu. Beliau sentiasa cuba berbuat baik kpd mereka agar mereka memandang dan menyanjung tinggi keperibadian org2 Islam yg berhemah dan bertoleransi. Dengan cara begitu semoga mereka tertarik kpd Islam, Insya Allah.

Sekeras-keras batu jika terkena titisan air lama-lama hancur juga. Api dipadamkan dengan menggunakan air bukan dicurahkan minyak lagi ke atasnya.

Almarhum TGNA tahu sejahat mana pun para pemimpin DAP mereka tidak memerangi umat Islam di negara ini secara fisikal, dan tidak menyalahgunakan kuasa politik untuk membaham harta dan dana wang milik negara. Mereka masih boleh dilentur dan dibuat kawan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk yang maju dan bertoleransi.

Tanpa Nama berkata...

Kita menentang umno bukan sbb dia umno tp sbb dasarnya yg tidak islam.iaitu dasar yg tidak menepati semangat islam.seperti wujud ketidakadilan dlm pemerintahan oleh umno.wujud undg2 double standard.org islam umno dilayan baik.first class.tp org bukan islam ada yg dilayan tidak serupa.inilah contohnya yg dimaksudkan dasarnya tidak islam.ataupun perlaksanaan pemerintahan tidak mengikut acuan islam.ini yg kita sbg mukmin wajib tentang.penentangan bukan ats sbb agama bngsa atau warna kulit.kita berbaik dgn dap cina tp kita menentang umno islam.jgn dilihat seolah kita melebih lebihkan kaum cina tp menentang kaum melayu islam kita sendiri.seperti yg dinyatakan di atas kita menentang dasarnya.tp kita dgn ahli umno tidak perlu bermusuh kerana mereka saudara seislam kita.cuma kita menentang pemerintahannya.kita menentang diatas landasan politik.mereka tidak melayan teguran kita.jika teguran kita diendahkan, kita tidak menentang mereka.kerana teguran dan nasihat sudah mencukupi.tetapi ianya tidak berlaku.oleh itu, melalui politik, mereka seharusnya diturunkan drpd berkuasa.kita berbaik dgn dap kerana atas semangat islam yg menuntut utk kita berbaik sesama manusia.kita dan dap sehaluan kerana atas semangat yg sama iaitu ingin menurunkan sistem yg zalim.jgn dijadikan isu perbezaan agama dan kaum utk kita menjauhi mereka.contohi kisah nabi yg menyuapkan makanan kpd yahudi buta.sedangkan yahudi penuh dgn agenda memusuhi nabi.adakah nabi menunjukkan contoh bahawa org bukan islam mesti dimusuhi? yg perlu dimusuhi adalah kejahatannya.bukan sosok tubuhnya.dosa individu kepada diri kita, kita boleh maafkan.tp dosa pemimpin atas kepimpinannya kepada keseluruhan rakyatnya mesti ditentang lebih2 lagi pemimpin itu menggunakan kuasanya utk menghalang penentangan itu. Rakyat menentang bukan dgn senjata, tp dengan suara.dengan himpunan.takkan itu pun dihalang.dizalimi.ditangkap.tiada pun pemimpin yg ke depan utk menjawab persoalan2 masalah2 yg berlaku.jika ini berlaku, rakyat pun xmahu susah2 nak berhimpun menuntut hak.

Tanpa Nama berkata...


Sebab itu dalam pertemuan antara pemimpin parti atas sebab apa sekali pun, ketokohan menjadi perkara paling utama! Ia nya melibatkan peribadi dan rekod perjuangan. Lain lah pertemuan antara pemimpin negara, kedua-dua pemimpin tidak memperduli apa yang dilakukan pada negara masing-masing.

Pertemuan antara TGNA dengan Najib tidak akan terjadi kerana tahap ketokohan Najib rendah dari TGNA.

Pertemuan antara Karpal Singh dengan Hj Hadi tidak pernah di rancang langsung kerana ketokohan Hj Hadi sebagai pemimpin rakyat tidak setanding Karpal Singh.

Akhir nya, Najib dan Hj Hadi akan di sedondonkan sebagai pemimpin paling tidak boleh di harapkan.


yip man berkata...

Anehnya pas terkini...mmg aneh...kader2 pas beridrologi asobiyah mmg dah ada...apa agaknya strategi hadi...din ayam..juhdi um...addhuh....ge 14...moga Allah tunjukkan kebenarannya...pas terkini suka gst...suka smua harga brg naik...suka tgk rakyat menderita...aku bukan sesiapa...cuma manusia biasa yg ada kuasa undi 4 or 5 tahun srkali...no more PAS PIS PUS...NO MORE...GOOD BYE PAS...HILANG 3 UNDI DAH...

Tanpa Nama berkata...

Terlintas di fikiran yang Hj Hadi bukan sahaja cemburu kepada Anwar tetapi dalam tak sedar Hj Hadi ingin menjadi lebih hebat dari TGNA.

Manakan tidak, kerana kehebatan TGNA lah ramai yang lekatkan sticker wajah TGNA di kenderaan dan ini tidak menyenangkan Hj Hadi.

Nak tandingi cara berakhlak tak mampu maka terpaksa lah buat yang diluar jangkauan fikiran kita kerana ilmu nya, iaitu sanggup menyokong Najib.

Betul lah Hj Hadi sedang sakit ...

Tanpa Nama berkata...

Pas yg fail...almarhum TGNA mengakhiri karier politiknya dalam PaS dengan penuh kebaikan.pengakhirannya, PaS turut berkubur. hadi awang dan mursyidul am nya bakal mengakhiri karrier politiknya dgn kebencian ahli2 PAS yg xwala dgn nya.tetapi akan dkenang oleh ahli umno..aku benci dgn umno dan segala yg bersangkut paut dgnya.menyusahkan rakyat.dah la segala harga naik. Gaji xnaik2.susah ko tau x hidup skrg ni.yg ko nak pegi kerjasama dgn umno tu apekejadahnya.ko nk jd penasihat apa? ko pon ponteng parlimen.ko nk jd penasihat, ko tolong nasihat najib tu suruh letak jawatan.cucuk 400.beli brg dpur.beli keperluan diri.habis sehari.esok pulak ko nak aku makan apa?ko nak aku duduk dlm reban ayam ke.duduk rumah beratap pun susah skrg.tggl kt bustop ke.anak kecik.dh boleh jd pengemis jalanan dah skrg ni.zakat pn ptot dh xperlu byr.dh tukar status jd penerima zakat.susah ko tau x najib.aku xpernah undi ko pun aku terima nasib yg teruk ni.tahun depan aku nak dftar pemilih kt PEKAN..susahnya hidup ni.bila la nak berakhirnya episod ini.sob..sob..sob..pemimpin yg mkn gaji buta x amanah.korg gaji berpuluh ribu.potong itu ini masih boleh melabur masih boleh survive.tp kami ni.terkesan akibat kamu..merempat rasanya hidup di bumi sendri.dhla kami kerja 8jam.kamu nak kami kerja lgi 8jam utk tmbah pendptn ke.klaupun blh kami bkerja dua kerja sehari pn masih xblh tampung hidup.bukan semua pasangan suami isteri bekerja.bukan semua manusia sempurna fizikal utk blh bekerja.ada yg suami isteri bekerja pn xmampu nak tampung kos hidup skrg..ada yg blh pakai vellfire.kami ni, nak isi mnyk motor pn berkira.terpaksa la naik basikal demi mengisi perutanak bini.apa lah nasib..

Tanpa Nama berkata...

Almarhum TGNA pernah mngatakan menjadi Mursyidul Am lebih berat dpd Menteri Besar

sebab Mursyidul Am brmakna mesti mengikut akhlak Nabi saw sehabis baik. Sudah tentu ia sgt berat

tapi peristiwa TGNA dan KArpal ini adalah tercatit clm sejarah bahawa akhlak hikmah kelembutan Nabi saw dapat ditunjukkan oleh TGNA

Kini... jauh panggang dari api.

Tanpa Nama berkata...

TGNA AND KARPAL U ALWAYS BE REMEMBER DULU KINI DAN SELAMANYA.FOR US YG BERAGAMA ISLAM REMEMBER SELAMATKAN KERAJAAN YG DITUBUHKAN HASIL TITIK PELUH TGNA FRM CORRUPTED HAND. NAK DIBANDINGKAN JASA TGNA TO US MEMANG IS WAY TOO HUGE. BUT THE ONLY WAY WE TO BALAS TGNA YG TELAH MENGAJAR KITA 1001 ILMU DAN SELAMATKAN KITA GOLONGAN PROFESIONAL DARI KEGELAPAN, BY TAWAN SEMULA KELANTAN FRM CORRUPTED PAS LDR TO US TO ENSURE ISLAM LEGASI CAN BE CONTINUE. THIS OUR MISSION WILL ENSURE IT WILL HAPPEN.