12 Dis 2015

Majlis Presiden PH Kecam Kenyataan Rasis Najib

Umno main isu perkauman alih skandal politik, kata Pakatan Harapan

Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno semalam, yang cuba memainkan api perkauman untuk mengalihkan perhatian berkaitan skandal politik yang sedang beliau hadapi.

Satu kenyataan bersama telah dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, hari ini.


Kenyataan itu menyebut antara lainnya Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa Keadilan, DAP dan Amanah menjunjung sepenuhnya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah yang berkaitan dengan perkara penting berhubung kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Muafakat itu telah pun ditandatangani bersama di dalam Buku Jingga dan telah dipiagamkan.

"Oleh itu skandal politik yang sedang menekan Perdana Menteri tidak ada kena mengena dengan perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.

"Krisis yang melanda Umno sekarang hingga lunturnya sokongan rakyat kepada parti itu berpunca dari skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun Najib yang masih belum dijawab hingga kini," ujar kenyataan itu.

Malah Najib dikatakan berhelah dan cuba bermain api perkauman bagi menutup skandal peribadi beliau, adalah sesuatu yang terkutuk dan merendahkan lagi kedudukannya di mata rakyat.

"Sedangkan pentadbiran beliau jugalah yang merangka undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan baru-baru ini yang dilihat mencabar kuasa Yang Dipertuan Agong."

Justeru kenyataan itu menyebut Pakatan Harapan menyeru supaya rakyat terutamanya dari kaum Melayu tidak terperangkap dengan permainan perkauman.

"Kami yakin rakyat boleh membezakan permasalahan sebenar dan tidak akan terheret ke dalam permainan perkauman ini yang menjadi tali hayat terakhir, Perdana Menteri.

"Pakatan Harapan akan terus menumpukan kepada isu-isu kepentingan rakyat seperti kos ssara hidup yang semakin meruncing, sistem percukaian yang tidak adil, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan menekankan tata kelola bagi membanteras rasuah yang berleluasa," ujar kenyataan itu. -malaysiadateline

ULASAN GB

Gb baru ulas semalam. Baca semula:

PAS kini seolah-olah sudah terperangkap dengan kenyataan-kenyataan Presiden dan beberapa pimpinannya sebelum ini di dalam konteks kerjasama PAS-UMNO apabila Najib dengan secara terbuka "menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang."

Kenyataan-kenyataan seperti ingin menjadi PENASIHAT kepada UMNO/BN, bekerjasama dengan UMNO dalam hal-hal kebajikan, mengubah pendekatan PAS terhadap UMNO dan seumpamanya amat jelas memberikan oksigen kepada UMNO yang sedang kelemasan seperti yang disebutkan Tn.Hj. Salahuddin.

Kedua, kenyataan Najib kononnya "PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja" merupakan kenyataan simpati UMNO terhadap PAS yang diakibatkan oleh perbuatan PAS sendiri yang telah mengkhianati Pakatan Rakyat.

Dan kenyataan Najib "realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera."


Kenyataan di atas ternyata cuba menakut-nakutkan rakyat khususnya bangsa Melayu dan beragama Islam supaya hanya menyokong UMNO. Kononnya DAP kini yang menguasai Pakatan Harapan (PH) sedangkan hakikatnya, DAP hanyalah sebuah daripada 3 buah parti komponen utama PH.

Setelah DAP berjaya mendedahkan beberapa isu utama seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang kesemuanya adalah berpunca dari Najib sendiri, kini Najib mengambil peluang PAU kali ini untuk menghentam DAP dan cuba menakutkan rakyat dengan menyatakan DAP mendominasi pakatan pembangkang.

UMNO menggunakan sentimen bangsa sebagai talian hayat terakhirnya dan sentimen agama untuk memujuk PAS bersamanya.

Namun hakikatnya, rakyat kini sudah sedia mengetahui dan sedia memahami, hanya PH yang akan dapat menyelamatkan negara dengan/dan mengalahkan BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Dan sememangnya UMNO BN perlu dikalahkan demi mengakhirkan segela penderitaan rakyat yang diakibatkannya selama ini.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah FAIL.

Unknown berkata...

Umno rosak dap yg salah.....2.6b masuk poket....ahli akar umbi nganga dan hidup najib.....hidup najib...bodo puak umno tahap empat.....tunggu mampus umno

Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu dulu, bolehlah nak takutkan rakyat dengan cerita macam tu, tapi sekarang rakyat malaysia dah menggunakan otak, dah tahu membezakan mana betul mana yang salah. Rakyat tak akan menerima bulat bulat apa yang di ucapkan oleh Presiden UMNO merangkap PM Malaysia yang k***p tu.

Unknown berkata...

Salam:


Teringat semasa saya kecik-kecik dulu dibawa oleh bapa saya di pejabat umno di jalan TAR,kg baru, semasa 13 mei, dimana orang2 melayu berhimpun,segala pendikar melayu ada yg kata"Parang Terbang" dan "Selindang Merah" di ketuai oleh dato' Harun.Perhimpunan itu diadakan kerana kami di hasut kerana takutkan kuasa melayu terhakis,kebetulan masa itu selangor jatuh pada pembangkang.Haha ha,masa itu Bapa' Najib adalah TPM,dengar cerita dari veteran umno,rupa-rupanya ada komplot dari team Razak/Mahathir nak jatuhkan PM (tuunku abd rahman),Surat racun diedarkan oleh group2 razak/ mahathir yg menghasut semua orang2 melayu turun mengamuk.Akibatnya sederet kedai-kedai cina di chow kit road habis dibakar oleh orang 2 melayu..ramai cina2 yg dibunuh,itu tak kira cina yg dibunuh oleh askar2 melayu.Bila kejadian ini berlaku Tunku ABD. rahman terpaksa meletak jawatan,dan digantikan oleh Tun Razak/bapa Najib..Tun razak sudah merencanakkan Kerajaan "MEGERAN".Mahathir dipilih balik masuk umno,sebelom itu Mahathir dipecat dari umno.Itulah sebabnya Mahathir terhutang budi pada Tun Razak.Bila adanya kerajaan "MEGERAN" Tun Razak mempunyai kuasa Mutlak.

Bila terbaca di atas seperti:

"Sedangkan pentadbiran beliau jugalah yang merangka undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan baru-baru ini yang dilihat mencabar kuasa Yang Dipertuan Agong."
semacam anaknya dah ready nak mengikut jejak-langkah bapanya,untuk dapat kuasa MUTLAK.
Macam ada sesuatu "EVENT yg besar akan berlaku jika UMNO/BN tewas PR14 ini".

Saya takut Najib akan gunakan PAS/Islam sebagai scapegoat bila kekalahannya nanti.Jihad islam akan digunakkan,seramai mana orang islam akan dikambing hitamkan,untuk memberi motivasi Jihad..Apabila kejadian ini berlaku.Najib akan gunakkan "KUASA" ini utk menidakkan pembangkang.
Contoh yg ketara bagaimana Musa Hitam dikambing hitamkan dgn tragedy "MEMALI".Musa hitam letak jawatan sebagai TPM.
PERMAINAN BEREBUT KUASA DALAM UMNO AMAT "MENJIJIKKAN"TIDAK KIRA KAWAN ATAU LAWAN.bagi pemimpin umno kuasa adalah segala-galanya.Bila bangun pagi sahaja apa yg selalu difikirkan" HARI INI AKU NAK MAKAN SIAPA??"

Najib/umno tahu popularitynya pada majority rakyat sudah terhakis,bila ditukarkan persempadanan pun akan kalah juga!!nak menipupun berapa banyak kawasan yg boleh ditipu??RISIKO YG AMAT TINGGI JIKA NAJIB HILANG KUASA,WALAUPUN IANYA HILANG KUASA DITANGAN MUHYIDDIN...TALI GANTUNG BAKAL MENANTINYA ATAU ISTERINYA.

APA PILIHAN YG NAJIB ADA??BILA HILANG KUASA??MUNGKIN LARI KA RUMAH BISANNYA DI khazakistan??atau "MEGERAN"

Diharap pehak PH berhati2 tentang kempen-kempen politik,kerana "PROVOKASI2" Ganas akan dilakukkan.Kalau boleh sebelom berkempen samada Amanh/pkr/dap semuanya sekata,hanya berkempen tawaran untuk rakyat sahaja seprti "buku jingga".

Ya allah jauhilan negaraku dari malapetaka dan tujukkan pada mereka dan kami dijalan yg lurus.

Wallah'ualam.

Unknown berkata...

Kalau perwakilan memilih lagi Najib..

Bangsa Melayu Umno, adalah bangsa yang terbangsat! Termasuklah mufti2,tokoh2 agama dan tokoh akademi yang diam seribu bahasa.

dasar bangsa Umno Jual maruah,jual negara dan jual agama.

Tanpa Nama berkata...

Aq dr baling kedah sokong kenyataaa ini 100 %... Jdlah bangsa Terbangsat... Dulu kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Ramai mufti kerja untuk penuhkan poket dan x ikhlas utk agama. mufti perak bosnya...mufti kel dan phg anak muridnya. nasib baik ada dr asri...

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baik nya ialah PH cari seberapa banyak derma dari luar negara untuk menghadapi pru sebelum di sekat oleh Najib dengan undang-undang yang akan di bentuk selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Bencana besar !!

Oleh itu, saudara Polis dan saudara Tentera bersedia lah sekiranya anda dan ramai kawan-kawan yang ditukarkan jauh dari sanak saudara dan sekiranya ramai anggota dari Sabah Sarawak yang bertugas di sini terutama di KL bererti anda di beri lesen 007. Anda perlu bersedia menghapus 'anasir-anasir yang menganggu ketenteraman awam' yang tidak berdosa. Anda di ingatkan berulangkali untuk berkhidmat untuk negara.

Adakah tempahan beg plastik mayat akan bertambah secara mendadak ?
Mengapa ramai dan kerapnya fahaman IS ditangkap dengan begitu mudah, sedangkan mengambil masa bertahun untuk menangkap ketua pengedar dadah yang kaya raya ?

Masih ingat kah sebelum ini negara akan huru-hara sekiranya pembangkang menang? Apa kah arahan yang telah anda terima ketika itu ?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa lah spesies macam kau boleh idup najib?..kecik2 dulu mampus kan senang idup orang lain..dasar pemimpin bacul dan bangsat..

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan soal bangsa lah najib bangsat..aku melayu islam .aku malu kat kawan2 cina aku dpt pemimpin melayu rasuah mcm kau..dasar setan..

Tanpa Nama berkata...

Kiamat sudah dekat ,pemnpin ulamak menyokong peminpin yang zalim.Ulamak nampak penyangak lebih baik dari rakan seperjungan .yang melapor kena tangkap yang merompak hidup bebas.Hidup Pas bersama Umno .kita tunggu dan lihat apa yang Hadi dapat dan apa Yng Haron Din Dapat.Kita tunggu apa akan berlaku bagi negeri Kelantan ,samada masih diterajui Pas atauy jatuh ketnagan Umno .Hidup Pas bersama Umno. PAS+UMNO= Pas No.

bik mama berkata...

xboleh ke ph saman umno atas ucapan penuh rasis die..dap ke saman die

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu boleh lah guna isu perkauman.

DAP dah lama, bertahun dengan PKR dan Amanah yang dipimpin oleh bekas pemimpin PAS.

Mahathir berani mengambil keputusan memenjarakan Anwar kerana Mahathir mempertaruh kan pembangunan yang pesat ketika itu dengan bangunan yang tinggi dan membina Putrajaya. Kesejahteraan ini membuat cina dan melayu masih menyokong BN UMNO kerana tidak mahu memusnahkan apa yang telah ada.

Najib ada Panda yang memerlukan kos yang tinggi untuk menjaganya. Najib ada bermacam-macam program transformasi dan program salam-salam PAS yang telah menguna kos yang terlalu banyak. Rakyat tidak di perdulikan. Rakyat menghadapi kos hidup yang tinggi. Dan rakyat dah jemu dengan Putrajaya, Proton, F1Sepang, KLCC, KLIA .. Najib tidak boleh bergantung pada keadaan yang sama macam dulu. Sebagai PM Najib gagal memberi satu kelainan sebalik nya rakyat cukup begang hutang negara meningkat dan berbillion masuk ke akaun nya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Masalah Najib tidak boleh berterusan begini dan membangkitkan isu perkauman.

Abdul Said berkata...

Apa yang dikatakan oleh Encik Omar Daud banyak benarnya. Bagi yang berusia 60 tahun kebawah perlu ambil perhatian dan fikirkan perkara ini. Sebagai tambahan kepada kenyataan Encik Omar Daud ingin saya katakan sesiapa orang Islam yang terpengaruh dengan dakyah peristiwa Mei 13 perlulah bertaubat. Islam tidak mengajar kita membunuh orang lain tanpa sebab. Tuan-tuan dan puan-puan yang tepengaruh telah dibodoh-bodohkan oleh propaganda UMNo. Selepas peristiwa Mei 13, yang mati tetap dah mati, yang kehilangan saudara mara tetap kehilangan mereka, yang dikuburkan berdekatan Titiwangsa tak tahu ada lagi kubur atau telah dimusnahkan, yang mati dibunuh tanpa sebab telah meninggalkan waris-waris. Yang kaya dan bertambah kaya, yang senang bertambah senang, yang menimbun harta sampai dibawa keluar negara adalah mereka yang merancang dan bertindak disebalik tabir. Keturunan mereka sekarang sedang memandu Mercedes, BMW, Brabus, Tinggal dibanglo-banglo berjuta ringgit, ada kereta berpuluh-puluh, ada emas perak bertimbun-timbun, ada kilang, ada saham, ada AP kereta, ada rumah di London, New York, Singapura dan merata tempat diluar negara. Yang mengamuk bawa parang, bunuh orang yang tak bersalah hanya dapat bawak cerita yang gah sahaja. Ramai diantara mereka kerja kampung, kerja kuli batak dan tidak berharta. Apa yang mereka dapat? Apakah mereka dapat berjuta ringgit untuk waris mereka? Mereka telah ditipu hidup-hidup. Sekarang keturunan mereka juga tetap jadi kuli. Mungkin ada seorang dua ada ijazah. Namun mereka tetap bertaraf kuli memakai tali leher!! Siapa yang kaya selepas Mei 13? Sendiri jawabla!! . Ada keturunan mereka (yang mengamuk dengan parang) merempat dan miskin. Itulah dia kerja mengikut nafsu. Jangan percaya sangat kepada orang yang dianggap ketua. Tambahan zaman ini ulamak pun tidak boleh dipercayai. Orang Islam wajib percaya kepada Allah, kepada Al Quran dan kepada suruhan Rasulullah s.a.w.. Yang lain kalau bercakap tidak disokong dengan nas hanya boleh didengar. Bila kita mati kita hanya boleh memdapat syafaat Rasullullah s.a.w. Yang lain tak kira apa pangkat didunia akan sama setaraf dengan kita dan tetap berbogel!! Renungankanlah sebelum kita dibaham tanah dan menjadi bangkai busuk bersnanah hancur lebur dimakan cacing!! Menjadi orang Islam yang taat tidaklah semudah berucap di pentas, didalam dewan atau pun di parlimen. Semoga kita tidak mudah tertipu dan Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa kita, dosa-dosa Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat sama ada yang hidup atau pun telah mati!! Amin.

Tanpa Nama berkata...

najib sgt terdesak

bila puak serban busuk menunjukkan jalan dengan membelasah DAP sebagai punch bag, maka najib sgt gembira dan memberi satu inspirasi utk dia berckp nada yg sama.. iaitu DAP bahaya cina nk perintah malaysia.

inilah dosa pas yg tak terampun.. menjadikan puak assobiyah lebih rosak dan memangsakan DAP atas nama cina walhal DAP parti berbilang kaum





Tanpa Nama berkata...

:::Contoh yg ketara bagaimana Musa Hitam dikambing hitamkan dgn tragedy "MEMALI".Musa hitam letak jawatan sebagai TPM.

siapa haji hadi??

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yg bagus. Very common sense yg ramai Melayu tidak terfikir yg mereka telah diperkudakan.

Tanpa Nama berkata...

Semoga semua ahli PAS bertukar fikiran dgn izin Allah mereka tidak menyokong Hadi/PAS/umno di PRU akan datang. Mereka semua akan menyokong Pakatan Harapan. Amiin..

Tanpa Nama berkata...

Semoga semua ahli PAS bertukar fikiran dgn izin Allah mereka tidak menyokong Hadi/PAS/umno di PRU akan datang. Mereka semua akan menyokong Pakatan Harapan. Amiin..

Tanpa Nama berkata...

Semoga semua ahli PAS bertukar fikiran dgn izin Allah mereka tidak menyokong Hadi/PAS/umno di PRU akan datang. Mereka semua akan menyokong Pakatan Harapan. Amiin..

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana umat islam terima kata-kata orang Islam jangan di benarkan masuk Amerika Syarikat? Trump menuduh semua umat Islam sebagai pengganas. Bagaimana penerimaan kita?

PAS UMNO tidak ada beza dengan Trump.