26 Dis 2015

Idris Halau Siapa Dari PAS?

Siapa yang Idris mahu halau dari PAS, soal Mahfuz

Kenyataan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menyeru mana-mana idividu PAS yang nak PAS bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS suatu yang mengejtukan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi parti itu. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau itu?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata persoalannya bukan bersetuju atau tidak dengan isu PAS bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan Umno-BN.

Tetapi katanya, kerunsingan ahli kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan Pilihanraya Negeri ke 11 Sarawak.


"Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan Idris itu.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dua hari lalu, dalam satu kenyataan di media rasmi PAS, Harakah Online, berkata, PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Haji Ahmad Fuad, Datuk Asri Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaie Ahmad, Panglima Jihad Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh yang kini katanya 'lari' bersama Umno.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan lantangnya.

Justeru Mahfuz berkata ramai ahli perbandangan kenyataan itu seolah-olah wujudnya usaha pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, bekerjasama, bertahaluf antara PAS dan UMNO-BN.

Malah Mahfuz berkata sudah tentu kenyataan di buat Idris itu mengambarkan beliau mahu individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha yang dilakukan itu.

"Kalau ahli biasa dalam PAS, mereka percaya Ustaz Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu itu meninggalkan PAS kerana sekadar ahli biasa tidak memberikan kesan untuk menjadikannya sebagai keputusan kepada parti.

"Jadi kenyataan beliau tu semacam wujud dua pihak dalam kepimpinaan PAS hari ini. Satu pihak yang mahu bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan UMNO-BN. Manakala satu pihak lagi menentang mereka," ujarnya yang dihujani dengan pelbagai pertanyaan di kalanga ahli-ahli PAS untuk mendapatkan pencerahan setelah kenyataan Ustaz Idris itu tersiar..

"Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam PAS tentang isu kerjasama PAS-Umno ini.

"Ahli-ahli menytakan wujud kenyataan begitu, pada pandangan mereka telah berlaku percanggahan terbuka di kalangan pimpinan.

"Ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai masa depan dan haluan politik PAS," ujarnya.

Justeru beliau percaya kerisauan ahli-ahli PAS dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama.

"Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk bekerjasama dan bertahaluf dengan Umno-BN.

"Apa yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya nyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya.

"Saya percaya semua akan berakkhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti." ujarnya dalam satu kenyataan hari. -MD


Kalau teringin nak gabung, tinggalkan Pas Idris

SHAH ALAM - Pas menegaskan mana-mana individu dalam parti itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno.

“Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.

“Pas pernah kehilangan Pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan, Datuk Asri Muda, Naib Presiden, Datuk Nakhaei Ahmad, Hasan Adli, Setiausaha Agung, Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh. Persoalannya adakah Pas lemah?

"Pas tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-ALLAH Pas berdiri gagah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Pas mempunyai organisasi daripada peringkat majlis syura, AJK Pas Pusat, dan muktamar.

“Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, Pas hendak bergabung dengan Umno. Ingin saya tegaskan pandangan peribadi tidak boleh dipakai,” katanya.

Beliau berkata, ahli Pas juga perlu mendapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti, bukan pandangan peribadi.

“Ahli Pas perlu hadir ke program dan dialog bersama pemimpin Pas.

“Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif, mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan Pas,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Idris sindir siapa dan halau siapa?

Jika mengikut susunkata Idris, yang "dihalaunya" macam orang besar dalam PAS. Cuba perhatikan ayatnya:

“Pas pernah kehilangan Pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan, Datuk Asri Muda, Naib Presiden, Datuk Nakhaei Ahmad, Hasan Adli, Setiausaha Agung, Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh. Persoalannya adakah Pas lemah?

"Pas tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-ALLAH Pas berdiri gagah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Contoh yang dikemukakan semuanya orang-orang besar PAS satu ketika. Apakah Idris bermaksud Presiden PAS? Bukankah Presiden PAS yang pakai sedondon dengan Presiden UMNO?

Atau yang dimaksudnya ialah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang pernah mengeluarkan kenyataan PAS sedia maafkan dosa UMNO (walaupun beliau telah menafikan kenyataan tersebut, tetapi portal yang menyiarkannya mempunyai bukti rakaman bahawa sememangnya beliau ada mengiyakan "forgive and forget")

Atau AJK PAS PUusat yang bernama Zuhdi Marzuki yang mengulangi kenyataan Takiyuddin berkenaan?

Yang pasti MEMANG wujud perpecahan dalam PAS, diantara yang menyokong dengan yang menentang kerjasama PAS-UMNO seperti GB laporkan sebelum ini.

Berikut petikan ulasan GB sebelum ini:

Nampaknya PAS terus berantakan dan berpecah.

Pada awalnya, kumpulan progresif menapak keluar dari PAS menubuhkan AMAANAH dan masih bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan. Kini PAS berpecah lagi, diantara yang sokong dengan yang tidak sokong PAS bersama UMNO.

Takiyuddin Hassan dan Zuhdi Marzuki nampaknya telah ke depan... sanggup memaafkan dosa lampau UMNO terhadap PAS, manakala Tuan Ibrahim, Idris Ahmad dan Iskandar Samad menyatakan TIDAK kepada kerjasama PAS-UMNO. Malah Iskandar menyatakan dosa UMNO terlalu besar untuk dimaafkan oleh PAS.

Di peringkat bawahan, mereka kebingungan. Yang pertahankan Hadi dengan yang tidak. Dulu, jika disebutkan mengenai kerjasama UMNO-PAS, ahli-ahli PAS akan kata itu FTNAH. KIni bila di tanya semula.... ada yang menjawab, apa salahnya?

Perpecahan yang melanda PAS ini memang sudah dijangka. Presiden PAS masih begitu sikapnya. Membiarkan ahli-ahli partinya saling bertentangan dan bercakaran.

Haji Hadi tidak berterus terang, masih samar-samar tentang isu kerjasama PAS-UMNO. Tetapi semua orang tahu idea UG (Unity Government) adalah lontarannya satu ketika dahulu. Ini bererti memang ada ruang di hatinya untuk jalinkan hubungan kerjasama dengan UMNO.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa merupakan "man behind the screen" untuk tugas mempersatukan UMNO-PAS. Beliau sudah pernah membuat pengakuan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pimpinan PAS terhadapnya. Bererti pengakuan beliau itu benar. Malah sehingga kini beliau masih seorang ahli PAS. beliau dilaporkan mempunyai hubungan akrab dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain termasuk ahli Majlis Syura.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya begini, walaupun masih terdapat suara2 seperti mahfuz, TITM dan idris, tetapi mereka ttp merupakan minoriti dalam PAS PUSAT dan hampir pasti kebanyakan yg kini memegang jawatan2 penting dalam PAS adalah samada walak maut kpd PRESIDEN ataupun sebenarnya gunting yg dihantar UMNO ke dalam lipatan PAS. Sekadar menyuarakan penentangan yg saya yakini langsung tidak memberi kesan PD mereka yg telah menetapkan niat untuk menikah dgn UMNO sepatutnya dilihat sebagai satu usaha yg sia2. Paling bijaksana ialah tinggalkan sahaja PAS, sertai pakatan harapan dgn menjadi ahli kpd AMANAH atau yg lain2 kerana berlengah sambil berharap teguran akan menyedarkan para walaun dan pemimpin tertentu dilihat seperti terlalu pasrah sedangkan keadaan semakin menghimpit dan akhirnya nnt akan terus dituduh bersandiwara.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni parti tiara harapan, ingat unmo bodoh nak bersama pas?

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak.lain hancur kerana pemimpin. Umpama pepatah orang Afrika, ikan membusuk bermula dari.kepalanya.
Sayang..utk.mengubah keadaan ini penstrukturan semula perlu dilakukan..itupun.kalau boleh dibuat..

Unknown berkata...

Lagi lama hangpa semua tggu dlm pas akhirnya hangpa pakat jadi gila krn pemimpin pas yg ada skrg nie otak dah mereng dan sasau...tak caya baca statment terbaru Hadi.HANYA RETORIK RETORIK RETORIK RETORIK....Inilah balasan Allah kpd Hadi yg mempunyai nafsu dan hati yg busuk.Sapa yg masih kelapar dlm pas skrg bolehlah dianggap seperti buta pekak dan tuli.

Tanpa Nama berkata...

patutla PAS beria-ia tak mahu masuk PAKATAN HARAPAN..sebabnya PAS sudah jadi parti yg tiada harapan..nak bertanding.tp bunga2 harapan tak ada..PAS hanya berharap menyandar di bahu PKR dan UMNO..UNTUNG SABUT TIMBUL

Tanpa Nama berkata...

PARTI ISLAM YG TAK ADA HARAPAN. NASIHAT I PLZ THROW AWAY NAMA ISLAM DAN DIREBRANDKAN WITHOUT USING WORD ISLAM. ISLAM HANYA UTK ORG BIJAK PANDAI, TEGUH PENDIRIAN DAN BERSIKAP TERBUKA SERTA SEMUA ORG BERAGAMA ISLAM TAK KIRA MELAYU,CINA DAN INDIA. BUKAN MELAYU SHJ SEPERTIMANA PAS BUAT. WALLAHUALAM. SEMUA ORG BERHAK MEMELUK AGAMA ISLAM SERTA TIADA PAKSAAN BAGI MEREKA YG BUKAN BERAGAMA ISLAM TAPI INGIN MEMASUKI AGAMA ISLAM.

Unknown berkata...

Aku dgn hg...tggu apa lg dlm pas kluarla join mna2 prti utk tmbgkn umno klw blgah dlm pas utk saat ni sgt rugi krna nk hdpi pru prlu usha ggih klw blgah mlyan prsdeng mmg buang msa

Tanpa Nama berkata...


Nak halau buat cara halau.

Kena tuduh individu-individu tersebut sebagai barua UMNO, samakan mereka dengan anjing salak bukit, atas bukit ada babi dan labelkan sebagai pengkhianat !

Apa lagi Hj Hadi sudah menyuarakan mereka yang tidak bersetuju dengan usaha supaya PAS menjadi penasihat adalah yang lemah imannya maka menjadi tidak istiqamah. Ada rukun iman yang baru ke ??

Jika Hj Hadi nak jadi penasihat, berkawan je lah dengan Najib. Dapat pegang kepala, yang ekur akan ikut. Dan jika sungguh Hj Hadi ingin jadi penasihat, tolong lah Muhyiddin juga.

Pembangkang menegur dan mengkritik.
Penasihat pun menegur dan mengkritik. Kalau setakat menegur tanpa memberitahu mana salahnya, jadi lah penasihat 10%.

Unknown berkata...

Hairan ya kenapa pimpinan dan cai walaon masih bebal bebal dan bebal utk berhadapan dgn Hadi yg sudah naik tocang merapu sesat pun walaon2 dlm pas masih terhegeh2.Takdak akal kah orang2 pas ini...????

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi nk bawa pas dalam gua.fikiran
sempit.antara parasit pas iah takiudin
nik abduh nik amar menantu hadi din
ayam zudi jhalil hj hadi dan ahli ahli
yang taksub dgn hadi.umno tak akan
dengar nasihat hj hadi.umno hanya
gunakan dan bodohkan pas sahaja

Tanpa Nama berkata...

Adakah wan Rosli telah kembali mendapatkan akalnya? Lama sgt menghilang, kwn2 dah rindu ni

Tanpa Nama berkata...




Hidup Ini...Mencari ERTI
Mencari MAKNA...Hakikat Yg HAKIKI
Mencari SINAR...Cahaya NURRANI
Mencari Puncak...CINTA Sejati
NIKMAT Ke'Indahan...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Yg Santun Simpati
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Yg Abadi
Kaseh Mem-BERI...Di INGAT Ke Mati
Kaseh Mem-BERI...Sifat-NYA-"ILAHI"
Kaseh Mem-BERI..."FITRAH" Syurgawi
"AMANAH" Yg Ter INDAH...Demi Insani





INSAN Yg Mulia...Cintakan CAHAYA
CAHAYA Yg Terang...AMANAH Di Dada
CAHAYA Yg Lurus...Yg KUDUS Ber Takhta
CAHAYA "Nurrani"...AMANAH-Yg-"ESA

INSAN Yg Mulia...LURUS dan Kudus
"AUDIT-dan-Hisab"...Teliti dan HALUS
Walau SATU "sen"...TERANG dan Tembus!
Oh! Indahnya Mem-BERI...Tak Wujud Yg RAKUS!!




INSAN Yg Mulia...Tak Suka GELAP
Tak Suka PONTENG...FITNAH & Songlap
INSAN Yg Mulia...Tak Suka Yg JIJIK
SYIRIK & Murtad...Yg Tunggang TERBALIK
Tunggang TERBALIK...Ber Tuhankan HARTA
Ber Tuhankan "Kuasa"...NAFSU Yg Menggila
FITNAH Merapu...Dek "Lalok" PilKUDA
Merapu-KELIRU...Tak Ketentuan-HALA!?







Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
AMANAH Itu...Cahaya-NYA-TUHAN
AMANAH Itu...Indah Be Gemerlapan
LANGIT dan Bumi...Gumbira Keriangan
Ikan-Ikan Di Lautan...Turut Sama Mendoakan
Malaikat2-NYA...Ber TASBIH dan Tahmid...Mem-BERIkan Sanjungan













Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 Pas yg tidak sehaluan dgn presideng jangan keluar dari parti krn kamu semua tidak berubah haluan. Yang merubah haluan adalah presideng dan geng2 dia. Pas adalah saperti rumah kamu yg didiami sejak kecil. Kalu bapak kamu nak kahwin ngan janda berhias dan berpindah kerumah janda tu, kamu adik beradik x perlu pindah ikut bapak kamu sebab yg gila kat janda tu bapak kamu je. Kamu adik beradik boleh terus tinggal dirumah lama, no hal. Kalu kamu sekeluarga ikut bapak kamu pindah, bila janda tu dah x mahu bapak kamu nanti camne? Tak ke naya kena kuar rumah ramai2. Lebih baikla tinggal kat rumah lama walaupun tak secantik rumah janda tu.

Tanpa Nama berkata...

Dulu pakat dok marah ke puak2 progresif dlm PAS sehingga dilebelkan sebagai pengkghianat. Bagi saya puak2 ni bukannya pengkhianat tetapi penyelamat PAS. Mereka bukannya berebut2 nak menjadi Presiden PAS, diperingkat awal mereka telah mencalunkan TITM sebagai Presiden. Mereka ni dah tahu beginilah akan jadi Presiden lama dikekalkan. Yg masalahnya kenapa TITM menolak pencalunan Presiden. Kalu TITM terima pencalunan kemelut ini tidak akan berlaku. Ust. Ahmad Awang saya rasa tidak nak sgt bertanding jawatan Presiden dulu tapi kerana dah tak ada org yg mempunyai ciri2 ulamak utk bertanding jawatan Presiden maka terpaksalah beliau terima. Jadi masalah pas itu berpunya dari siapa? Fikir sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya tghh nak tebus kesilapan fatwa dulu.org kg saya sgp pulau umno.sembelihan x boleh mkn.solat x boleh berimamkan org umno.masih ada lagi yg beramal dgn fatwa dulu.selepas ini diharapkan tiada lagi pulau memulau..solat diluar kariah pada hari jumaat.