25 Dis 2015

Sedondon - Jatuhnya Nanti Pun Sedondon Jua...

Retorik pertemuan sedondon Najib-Hadi – Dr Maszlee Malik

Pertemuan sepentas 2 presiden bagi 2 aparti umat Islam terbesar di Malaysia di dalam acara Multaqa Alumni al-Azhar baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik dan perdebatan, sama ada di media arus perdana, hatta di media sosial.

Pakaian sedondon, nada ucapan yang seiring sekata, dan juga resolusi yang menjurus kepada ‘perpaduan’ di antara Umno dan PAS demi Islam dan bangsa Melayu memberikan impak yang cukup untuk 1001 spekulasi dan ramalan-ramalan dari warga Malaysia.


Di sebalik semua polemik yang ditimbulkan, seperkara yang perlu diakui ialah kedua-dua presiden Umno dan PAS tersebut berjaya melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh presiden Umno dan PAS sebelum mereka selepas era Tun Abdul Razak dan Datuk Asri Muda. Hal ini perlu diakui, dan kejayaan mereka perlu diiktiraf.

Mungkin ada yang ingin menyamakan pertemuan 2 presiden tersebut dengan perkongsian sepentas antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Datuk Fadzil Nor.

Dua pertemuan tersebut tidak sama, walaupun kedua-dua pertemuan itu menemukan presiden Umno dan PAS sepentas. Dalam pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil, isu utamanya ialah isu Palestin. Penganjurnya pula ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Resolusinya pula ialah berkaitan isu Palestin yang pada waktu kini membuahkan hasil daripada pertemuan tersebut. Pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil tidak membawa manifestasi politik, malah kedua-duanya tidak berpakaian sedondon dan tidak pula di kala reputasi politik Dr Mahathir sedang nazak.


Jika ada pihak yang sepatutnya mendapat kredit daripada pertemuan tersebut, maka Abim adalah pihak tersebut.

Pertemuan baru-baru ini memang membawa mesej dan motif politik. Tiada sesiapa dapat menafikan tema pertemuan 2 presiden berpakaian sedondon itu pun sarat dengan isyarat politik.

Malah, resolusi yang dikemukakan juga terang-terangan membawa implikasi politik. Mereka bukannya berbincang di atas isu keperluan kedua-dua parti melawan keganasan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mahupun Bashar al-Asad di dalam multaqa tersebut.

Kedua-dua presiden juga tidak membicarakan tentang kematian demokrasi dan keadilan di Mesir yang dibunuh oleh rejim Jeneral al-Sisi yang disokong agamawan di universiti al-Azhar.

Mereka juga tidak berbincang tentang cara untuk menangani kemerosotan kualiti graduan al-Azhar mutakhir ini, terutamanya di dalam penguasaan bahasa Arab dan penguasaan ilmu dan alam akademik dan cara untuk mengatasinya.


Walaupun ketiga-tiga isu tersebut merupakan isu yang memerlukan input dan ketegasan alumni al-Azhar di Malaysia, namun kesemuanya tidak menjadi pokok perbincangan di dalam multaqa berkenaan.

Perkara pokok yang menjadi tema ucaptama kedua-dua presiden parti tersebut ialah usaha kerjasama Umno-PAS dan juga kepentingan politik Melayu-Islam bila mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang diasak hebat oleh pihak luar dan dalam partinya sendiri.

Pokoknya, pertemuan tersebut merupakan pertemuan politik yang membawa mesej politik yang jelas. Pertemuan tersebut bakal membawa satu anjakan paradigma di dalam PAS dan juga Umno.

Retorik teologi, ataupun penggunaan wacana agama di dalam menjadikan Umno di pihak yang salah, atau batil dan PAS di pihak yang benar, bakal berakhir dengan penerimaan kedua-dua presiden tersebut terhadap resolusi multaqa berkenaan.

Lebih menarik, amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selama ini menjadi senjata Umno untuk membuktikan PAS adalah parti ajaran sesat, ataupun parti ekstremis dan pelampau agama juga akan lenyap dan senyap, dan mungkin hanya timbul apabila Umno terdesak pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya sahaja, jika ia diperlukan.

Apa yang pasti, kedua-dua parti yang dilihat daripada segi agama pada suatu waktu dulu sukar untuk bersama ataupun seia sekata kini dapat berkongsi aspirasi dan juga bersetuju untuk melakar masa depan demi kepentingan bersama.

Usah salah faham, persepakatan tersebut bukanlah membawa maksud meleburkan PAS untuk masuk Umno, ataupun membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN), itu tidak akan berlaku.

Tindakan berkenaan merupakan tindakan “kamikaze” bagi kedua-dua parti tersebut. Umno akan kehilangan rakan-rakan dari Borneo dan parti-parti komponen yang lain, manakala PAS akan kehilangan kerusi Exco di Selangor, dan juga kepentingan segelintir pimpinan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri tersebut juga.

Ianya pertaruhan yang tidak akan menguntungkan kedua-dua parti tersebut. Apa yang berlaku ialah kemenangan pihak Umno untuk tidak dilabel lagi sebagai pihak menentang agama, pihak yang mengkhianati dan penipu penyokong PAS.

Keuntungan bagi Umno juga ialah berakhirnya label-label bersalah daripada dimensi keagamaan yang sering PAS gunakan dahulu terhadap mereka. Keadaan tersebut akan memberikan kredit kepada Najib untuk menumpukan fokusnya melawan penentangan dari dalam Umno sahaja, terutamanya dari Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekutu-sekutu mereka.

Umno sedar, undi bukan Melayu merupakan “gone case” bagi mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Maka tumpuan perlu diberikan ialah untuk mengekalkan undi Melayu majoriti mereka yang membawa kepada kemenangan tipis lewat PRU13 yang lalu.

Pertemuan Najib-Hadi adalah merupakan satu usaha penegasan Umno serius di dalam menjaga kepentingan Melayu-Islam dan juga komitmen Umno di dalam melawan DAP dan sekutu mereka yang dicanangkan sebagai musuh Melayu-Islam dan agenda Melayu-Islam di Malaysia.


Keuntungan bagi pihak PAS pula ialah imej mereka kepada penentang tradisi parti berkenaan dari kawasan majoriti Melayu luar bandar akan segera pulih. Kebersamaan presiden PAS dan Najib akan memberikan isyarat positif kepada para pengundi tegar Umno-BN di kalangan Melayu luar bandar.

Congak-congak sesetengah pimpinan PAS, jika keadaan seperti ini berterusan, maka peluang lebih cerah untuk mereka mendapatkan undi Melayu jika Umno semakin berpecah menjelang PRU14 nanti.

Strategi PAS sedar, di dalam PRU14 nanti, undi bukan Melayu bukanlah sasaran mereka. PAS tidak akan mendapat sokongan dari bukan Melayu seumpama 2008 dan 2013 lagi. Maka, mereka perlu mengalihkan tumpuan kepada pengundi Melayu di luar bandar. Maka pertemuan Najib-Hadi merupakan pertaruhan awal ke arah tersebut.

Persoalan yang bermain di minda semua rakyat Malaysia, ke arah manakah persefahaman Umno-PAS yang baru ini? Apakah langkah seterusnya? Apakah hasil dan impak ketara yang boleh dilihat di dalam waktu terdekat ini?

Apakah kesannya terhadap segala skandal dan isu yang sedang dihadapi oleh Najib kini? Apakah kesan persefahaman ini sekadar menyemarakkan lagi retorik kesatuan Melayu-Islam dengan mengetepikan isu utama di dalam politik seperti isu-isu tata kelola?

Isu skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), isu kegagalan teruk projek ternakan lembu suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang memakan ratusan juta duit rakyat, isu ringgit yang jatuh teruk? isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kenaikan taraf hidup rakyat ketika pendapatan isi rumah tidak bertambah?

Isu bauksit di Pahang yang mengancam kesejahteraan rakyat dan alam sekitar, isu Rang Udang-undang MKN yang bakal menyaksikan kuasa eksekutif yang tidak terhingga, isu keterlibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Isis, dan juga pelbagai lagi isu lain yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat teramai di Malaysia?

Apa yang pasti, di Malaysia ini, naratif agama dan bangsa yang diwujudkan merupakan satu elemen penting yang dapat melarikan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang mereka hadapi. Selagi keadaan seperti ini berterusan, semakin jauhlah harapan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju dan warga berminda kelas pertama menjelang 2020.

Najib, Hadi mesti berundur demi perpaduan Melayu dan Islam – Zanuiddin Maidin


Kerjasama ke arah perpaduan Melayu menerusi PAS dan Umno mungkin melampaui zaman terutama dengan wujud suatu kesedaran baru atas ketidakyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan negara dan ketidaksefahaman antara parti pembangkang.

Rakyat di akar umbi malah di kalangan rakyat biasa menengah dan atas yang melihat politik dari luaran saja tidak sedar betapa kotornya permainan politik dan sikap tidak bermoral pemimpin kerana lebih percaya kepada retorik mereka.

Mereka terus berada dalam idealisme untuk melihat sebuah kerajaan utopia yang bersih, cekap amanah dan sempurna. Walaupun ini sangat ideal tetapi tidak boleh perkecilkan kerana jika idea ini mengumpulkan perpaduan pemikiran dan harapan maka ia boleh menjadi tsunami yang boleh meruntuhkan tradisi, convention dan kerajaan. Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baharu.

Orang Melayu melihat gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing dan bukan memenuhi idealisme dan mimpi rakyat .

Saya tidak menolak anasir survival ini sebagai suatu rahmat atau blessing ekoran runtuhnya nilai ideologi masing-masing. Memastikan keselamatan kerusi bagi parti masing-masing lebih utama daripada idealisme perpaduan dan agama.

Ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip utamanya, penjualan maruah parti, bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis. Dia melihat Umno sebagai biawak tetapi tidak melihat diri PAS sebagai ular berkepala 2.

Kelemahan kepimpinan negara dan Umno sejak Tun Abdullah Badawi hingga kepada Datuk Seri Najib Razak meruntuhkan prinsip negara yang sejak merdeka mengibarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan bangsa dan agama bermaruah.

Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama keadaan ekonomi. Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini.

Rakyat amat terasa hakisan moral negara pabila mereka mahu berbelanja di luar negara. Di Thailand mereka diminta pekedai supaya menukarkan mata wang Malaysia kepada mata wang lain lebih dulu padahal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.

Membangkitkan cerita Dr Mahahtir menolong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan cyber troopers Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam kerajaan sendiri kerana tidak menghormati etika kewartawanan.

Mereka tidak mengambil kira sama ada tindakan itu memberi kesan atau tidak sebaliknya lebih bertujuan membalas dendam sedangkan daripada segi journalisme, sejarah tidak menarik minat ramai berbanding berita semasa seperti 1MDB atau RM2.6 bilion. Bahlol ini mahu menarik perhatian ramai dengan berita anjing menggigit manusia.

Cerita lama adalah berita lapuk apatahlah lagi bila rakyat menyedari motifnya untuk menunjukkan Dr Mahathir lebih kotor daripada Najib tetapi tidak dapat membersihkan pekong Najib. Pekong lama kering dan tidak berbau lagi tetapi bau bangkai baru membusuk di seluruh negara kerana sukar dikeringkan.

Tuan Ibrahim menghidu bangkai ini seperti bangkai biawak.

Menilai semua keadaan ini maka yang menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat di akar umbi kepada usaha perpaduan PAS dan Umno ialah kepimpinan negara itu sendiri yang dicemarkan masalah isu 1MBD dan RM2.6 bilion yang terdedah ketika keadaan ekonomi merosot.

Apa pun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib melakukan kesilapan dari awal lagi sehingga memberikan kesan kepada merosotnya penonton berita TV3.

Tuan Ibrahim memberikan gambaran sebenar hati nurani rakyat apabila beliau menegaskan PAS tidak mahu menanggung biawak hidup dalam perpaduan dengan Umno.

Menteri besar Kelantan menyatakan kesediaan PAS untuk memaafkan kesilapan Umno pada masa lalu tetapi rakyat di kalangan PAS dan juga Umno malah rakyat di luar kedua-dua parti ini tidak dapat melupakan kesilapan baru Umno dan pemimpinnya dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dan demi menjayakan perpaduan PAS Umno serta Islam di negara ini maka Najib mestilah berundur daripada kepimpinan negara dan demikian juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus meletakan jawatan presiden PAS kerana mereka hilang kredibiliti dan tidak mempunyai kekuatan menjadi asas perpaduan PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara.
– zamkata.blogspot.my

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas menteri penerangan Malaysia.


ULASAN GB

Sedondon. Banyak pengertian dan tafsiran di sebaliknya. Ada yang berkata UMNO PAS sudah seia sekata. Walaupun ada dari kalangan PAS yang tidak berapa senang dan geli geleman dengan tafsiran sedemikian, kerana umum mengetahui PAS selama ini sudah "mengutuk" UMNO habis-habis malah sehingga ke tahap "kafir".

Tetapi ada juga yang menyokong. Menyatakan fatwa dan tindakan boleh berubah mengikut suasana.

Saya jarang berminat atau menyetujui kenyataan pimpinan atau bekas pimpinan UMNO. Tapi kali ini saya boleh terima tulisan Zainuddin Maidin (ZAM). Mungkin ZAM telah melalui pahit getir kehidupan politik yang lama dan oleh itu pemikirannya lebih mendekati kebenaran walaupun belum sempurna.

Kedua-dua pemimpin Melayu- Islam, iaitu Najib dan Haji Hadi wajar berundur malah wajar diundurkan. Kedua-duanya merupakan "pemecah-belah" bangsa Melayu dan umat Islam.

Najib memecah-belahkan UMNO dengan memmecat Muhyiddin yang dilihat tidak wala kepadanya dan sering mengkritiknya dengan isu-isu 1MDB dan derma 2.6 bilion. 

Manakala Haji Hadi pula membarua dan mentololkan mereka yang tidak wala kepadanya dan menghalau keluar mereka tetapi kemudiannya menuduh mereka pengkhianat.

Masing-masing sudah membawa masalah kepada parti masing-masing. Ahli-ahli parti masing-masing bercelaru. Pertemuan mereka dengan berpakaian sedondon, seperti kata Dr. Mazlee, hanyalah retorik. Perpaduan PAS-UMNO begitu sukar kerana kini sudah timbul "penentangan" dari dalam parti masing-masing akibat perbezaan dasar dan sejarah pahit yang dilalui oleh kedua-dua parti. Sekalipun ada pemimpin mereka yang cuba mengajak untuk melupakan sengketa dan dosa pihak lawannya, namun tidak semudah itu ia dapat diterima kerana bagi sesetengah pemipin pula, dosa lawannya terlalu besar untuk dimaafkan begitu saja.

Dan apabila hal itu berlaku, tidak ada apa yang dapat kita lakukan lagi melainkan menunggu hukum kebenaran dan keadilan, hukum alamiah berjalan.

Seperti yang GB katakan di atas "lakonan" dan "retorik" sedondon mempunyai tafsiran sendiri. GB juga ingin membuat tafsiran ddan dari pemerhatian GB, kedua-dua yang sedondon itu akan jatuh sedondon juga. Pemecah-belah parti masing-masing, bila bersatu akan menjadi pemecah-belah ummah dan ummah akan terus berantakan, bukan bersatu sepertimana diharapkan. Tunggu dan lihat.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sehati sejiwa. Seorg penyamun dan seorg lg penasihat 25% penyamun.

Unknown berkata...

Salam:

PAS selalu menyatakan mengamalkan dasar islam,dan tak mengamalkan ugama suku,politik suku.PAS berkata bekerjasama dgn umno dalam hal-hal kebaikan.
2 persoalan disini.

1.Kenapa dgn umno/pkr sahaja?kenapa tidak dgn Amanah?,DAP?SEDANGKAN KEDUA-DUA PARTI INI mengamalkan GOOD GOVERNANCE.
2.Bagaiman dgn HAL-HAL dgn "KEMUNGKARAN" yg dilakukan oleh pemimpin2 umno dulu,kini dan selamanya??

JAWAPAN KEDUA-DUA ini ialah UMNO/pkr boleh menjanjikan pulangan yg "LUMAYAN" & "kesenangan".

Mungkin Najib menjanjikan memberi PAS HUDUD?dgn mengunakan kuasa "MKN".

Jika "HUDUD" dijalankan, adakah PAS akan berlaku "ADIL" tidak mengira bulu,keturunan,warna-kulit,bangsawan,sangupkah "Najib" "rosmah" dikenakan hukum keatas Altantuya?sangupkah Najib di hukum keatas "Rasuahnya"Sanggupkah perasuah kerajaan kelantan dibicarakan melalui hudud?Adakah PAS berani mengenakan hudud pada "RAJA2"/AGONG/serta kerabat-kerabatnya?Akan kesalahan yg mereka lakukan.

SEDANGKAN BENDA-BENDA YG BASIC seperti "Balak kelantan dan YIK" DI sapu dibawah "CARPET".
ataupun mengunakan "KAEDAH MEMAAFKAN" Semua kesilapan masa lalu.Walaupun ianya sedang berlaku!!

YG JELAS SEKARANG dgn Adanya UPAH yg "LUMAYAN"lah PAS sanggup bekerjasama dgn UMNO/PKR.

1.Di SELANGOR JAWATAN2 yg menghasilkan kuasa dan harta benda.
2.Umno tak akan mengambil tindakkan pada kesalahan2 yg kerajaan PAS lakukan,seprti report balak kelantan sampai kini,tiada berita.Walaupun SPRM sudah menerimanya sudah berbulan lamanya.
3.Pemimpin2 PAS BEBAS/ tiada sekatan,tiada gangguan dari kerajaan persekutuan.
4.Jawatan2 yg lumanyan di janjikan oleh umno.seprti ustaz nasha.
5.Publicity2 di media perdana dan elektronik, bagi menunjukkan "kemuliaan" secara buat-buat oleh pemimpin2 PAS.

REALITYNYA APA YG RAKYAT NAMPAK,Amalan PAS sebenarnya,mengamalkan kebaikan suku,kemungkaran pun suku,kemunafikkan pun suku.TERJADILAH AMALAN 3 SUKU.

Wallah'ualam.

Unknown berkata...

UMNO menaja pelajar ke Mesir, U Al azhar.tamat pembelajaran, balik Malaysia di assign kan masuk ke dalam Jemaah Parti Islam Semalaysia(PAS).

Bila hasilnya sudah cukup matang,Budak-budak muda inilah yang meracuni dan menerapkan Islam konservetif untuk bergabung bersama UMNO.

UMNO perancangannya sebijik macam Zionis, Yahudi Laknatullah!

Yang tidak bijaknya, pemimpin yang sudah lama beristiqomah bersifat lurus bendul memang mudah ditipu hidup-hidup
oleh generasi muda yang konon2 memiliki Degree/Master/Ph.D dalam bidang Syr/Usr.

Tanpa Nama berkata...


Rundingan UMNO-PAS telah lama berjalan. Sepanjang rundingan mesti kedua-dua pihak ada membawa dulang sebagai pengiring pembuka kata. Dalam rundingan mencari jalan penyatuan tersebut berlaku pula 'kerja-kerja ikhlas' kerana kesudian pihak yang di pelawa menerima baik niat pihak yang mengajak.

Ia nya berjalan seperti mana rundingan pihak Polis dengan kumpulan penjahat yang menjadikan orang awam sebagai tebusan. Jika penjahat bersedia membuat tuntutan, sebagai tanda boleh di percayai, Polis akan minta di lepaskan beberapa orang awam.

Jika setakat membentang kerjasama dan perpaduan, dah lama rundingan ini gagal kerana dasar kedua-dua parti sangat berbeza dan dengan pengalaman yang sukar di maafkan atau di lupakan begitu sahaja. Ia nya perlukan sesuatu yang tidak disangka oleh pihak yang menerima apabila yang di beri lebih dari yang di minta. Yang menerima gembira kerana yang saja-saja di minta telah di beri begitu sahaja oleh yang berhajat !

Rundingan yang di tunjukkan oleh Najib dan Hj Hadi jelas tidak mengikut cara melayu apa lagi cara Islam. Ia nya di rundingkan secara sulit. Terlalu sulit.

Kemungkin ada iaitu TGNA menjadi begitu marah ialah kerana ianya telah berjalan tanpa pengetahuan dan restu dari nya. Seperti kata Tamrin, TGNA hanya menduga ada orang-orang PAS yang buat kerja dengan UMNO. Mana kan tidak kerana beberapa kali pertemuan UMNO dan Mufti Perak memujuk TGNA telah di tolak.

Berani kah UMNO berjumpa TGNA dengan membawa dulang sebagai pengiring dan dengan 'kerja-kerja ikhlas' sebagai menghormati TGNA?

Kerjasama in gagal kerana berjalan dengan cara muslihat dan di ragui. Apabila ia nya bermula tidak dengan cara betul, ia itu jika cara melayu berpengang pada janji ia itu amanah, kalau cara Islam berpegang pada akhlak seperti akhlak TGNA pun jadi lah, ia nya akan berjalan dan di lihat lebih bermaruah dari yang kita lihat sekarang.

Tetapi rundingan ini seperti kumpulan penjahat dengan kumpulan penjahat untuk mendapat kawasan bukan rundingan pihak Polis dengan kumpulan penjahat !

Tanpa Nama berkata...




Se Dondon Se KUFU...Sama Matlamat Nya
Menipu KELIRU...Songlap & FITNAH
Tunggang TERBALIK...Belit & AUTA
Lopong Nya AMANAH...Ber Maharajalah RASUAH
Sirna Nya AMANAH...Lenyap lah CAHAYA
Tunggang TERBALIK = Murtad & Punah




Ber Maharajanya RASUAH...AMANAH pun Sirna
QURAN dan Hadis...Di Sleweng Di KELIRU
Pe Nyonglap Pen CURI...Riang GUMBIRA
Di "Sakau" Ber JUTA...Penyamun Mem Bisu
Rakyat Di TINDAS...Derita Sengsara
Angkara TIPU Daya...BUAS Nya Nafsu









Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
SAKSIkan lah Kehidupan...Nabi dan WALI
Jalan Yg LURUS...Terang Dan SUCI
Jalan Yg LURUS...INDAH Menyinari
Jalan Yg LURUS...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Bukannya Songlap Men CURI
Kaseh Mem-BERI...Tak WUJUD Fitnah yg Keji
Kaseh Mem-BERI...Se Indah-KASEH...Kaseh-Nya-ILAHI
SELFLESS...Tak Sklumit pun Mementingkan DIRI
SELFLESS...Hanyalah AMANAH-NYA-BerTakhta...Bersemadi
SELFLESS...Bersama2 Ke AGUNGAN-NYA Yg MUTLAK...Infiniti
SELFLESS...Oh! Itulah Puncak "FITRAH" Syurgawi





Tanpa Nama berkata...




Se Dondon Se KUFU...Sama Matlamat Nya
Menipu KELIRU...Songlap & FITNAH
Tunggang TERBALIK...Belit & AUTA
Lopong Nya AMANAH...Ber Maharajalah RASUAH
Sirna Nya AMANAH...Lenyap lah CAHAYA
Tunggang TERBALIK = Murtad & Punah




Ber Maharajanya RASUAH...AMANAH pun Sirna
QURAN dan Hadis...Di Sleweng Di KELIRU
Pe Nyonglap Pen CURI...Riang GUMBIRA
Di "Sakau" Ber JUTA...Penyamun Mem Bisu
Rakyat Di TINDAS...Derita Sengsara
Angkara TIPU Daya...BUAS Nya Nafsu









Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
SAKSIkan lah Kehidupan...Nabi dan WALI
Jalan Yg LURUS...Terang Dan SUCI
Jalan Yg LURUS...INDAH Menyinari
Jalan Yg LURUS...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Bukannya Songlap Men CURI
Kaseh Mem-BERI...Tak WUJUD Fitnah yg Keji
Kaseh Mem-BERI...Se Indah-KASEH...Kaseh-Nya-ILAHI
SELFLESS...Tak Sklumit pun Mementingkan DIRI
SELFLESS...Hanyalah AMANAH-NYA-BerTakhta...Bersemadi
SELFLESS...Bersama2 Ke AGUNGAN-NYA Yg MUTLAK...Infiniti
SELFLESS...Oh! Itulah Puncak "FITRAH" Syurgawi





Tanpa Nama berkata...

Hadi kan ular mak sebab tu ia berbelit2dan cakap tak boleh di pegang
Dengar khabar sering ppnteng ke parliman. Sedapnya makam gaji buta..

Unknown berkata...

Ada dia kisah !!!! Iman dosa pahala syurga dan neraka semua dlm tangannya.Sebab tu walaon2 sangat cinta dan kasih kepadanya.Cuba korang cari balik syair kerinduan kpd Hadi nukilan Din Totokwi semasa Hadi pergi berubat diTurki tempohari.Kalah maharaja lawak beb !!!