5 Dis 2015

Husam Beri Peluang PAS Siasat Segala Dakwaannya

Husam 'letak senjata' sementara

Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika.

Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu.



Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS.

"Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya.

Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak.

Katanya, dia menyertai PAS bersama kawan-kawan yang lain adalah untuk berjuang di menegur penyelewengan Umno dan BN.

Justeru, katanya, langkah menegur PAS juga adalah tanda dia konsisten dengan prinsip berkenaan.

"Apa yang kita tegur adalah kesalahan. Sama ada kesalahan itu dibuat oleh kumpulan kita atau kumpulan lain, tetap kita membuat teguran," katanya.

Lepas tegur, tak jadi

Isnin lalu, Husam mengadap Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat dan mengemukakan surat yang mengandungi teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan dan parti.

"Sesuatu perkara yang tidak baik mestilah ditegur, itu prinsip PAS sendiri," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perseteruan yang mungkin wujud antara beliau dan pemimpin atasan parti itu, Husam menjelas pendapat itu adalah oleh mereka yang berfikiran rendah.

"Setakat yang saya tengok, sambutan dan kesan (teguran dibuat) adalah mereka mengalu-alukan kerana tugas pemimpin adalah menegur. Jadi saya tidak terima (dengar) pula orang kata saya tegur sebab bergaduh.

"Kalau (sebelum ini) saya tegur Umno dalam parlimen, selepas itu kami boleh duduk minum sekali.

"Tengok rekod saya, saya buat teguran kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) ketika beliau mahu jadikan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat konvensyen.

"Alhamdulillah kerana saya tegur, perkara itu tak jadi dan sekarang ia berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik,"
jelasnya.

Tambah Husam, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat iaitu menegur perjalanan kerajaan negeri yang dikira bercanggah dengan prinsip berkerajaan. -mk


Husam: Saya sudah hantar surat cinta

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengakui sudah menyerahkan 'nota cinta' kepada anggota Dewan Harian Pas Pusat.

Husam berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan yang ditetapkan beliau dan Pas ekoran dakwaan beliau terhadap Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno selepas PRU12 pada 2008.

Ditanya mengenai isi kandungan nota terbabit, Husam menjawab, nota tersebut hanya berkisar mengenai pandangannya terhadap survival parti dan kekuatan kerajaan pada masa akan datang.

"Nota cinta saya itu hanya tentang survival parti, kekuatan kerajaan dan perpaduan ahli Pas.

"Pas menerima nota tersebut dan perjumpaan berjalan dengan mesra dan baik. Perbincangan berjalan secara dua hala dan saya ada memberikan sedikit penjelasan kepada mereka dan Dewan Harian memberikan pandangan mereka.

"Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada Pas Pusat kerana menyediakan saluran ini untuk saya menyampaikan pandangan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi perbincangan yang berlangsung bersama pihak Pas.

Ditanya mengenai penerimaan Pas terhadap penjelasannya, Husam berkata, Pas tidak mempunyai masalah untuk mendengar pandangan dan penjelasan yang diberikan oleh beliau.

"Mungkin akan ada perjumpaan susulan dengan Pas selepas ini," jawabnya ringkas.
-SH


ULASAN GB

PAS perlu menunjukkan ia berpegang kepada prinsip ketelusan dan integriti. Jika selama ini itu yang selalu ditekan dan dilaungkan maka kini sudah sampai masanya tekanan dan laungan itu dihadapkan ke muka sendiri.

PAS juga perlu terbuka dan sedia menerima teguran jika ia mahu kekal relevan di pesada politik tanahair.

Ada banyak teguran Husam yang telah "terlepas" dan telah diketahui umum. Dari isu balak, isu YIK, ke isu kerajaan perpaduan Selangor. Kesemuanya berbukti. Malah isu balak kini sudah berada di tangan SPRM. Isu YIK sudah diakui oleh Nik Amar tentang kebenarannya. Isu kerajaan perpaduan Selanor sudah ramai bekas-bekas AJK PAS Pusat yang sedia tampil jadi saksi.

PAS perlu ikut jejak YAPEIM dimana dengan pendedahan NOW, Presiden dan timbalannya meletak jawatan kelmarin.

Kini pimpinan PAS perlu buat cara yang sama. Letak jawatan secara terhormat, sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan hukuman yang lebi dasyat.


Tetapi apa yang belaku apabila Husam menegur ialah berdiri sekalian pembodek-pembodek dan pentaksub-pentaksub mengutuk dan mencaci-maki Husam. Husam diaibkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata nista.

Jika PAS gagal untuk bertindak selepas pendedahan Husam, percayalah PAS sedang meniti ke jurang kehancuran dan kemusnahan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



PSJ PAS Johor, belajar lah cara berpolitik cara Husam. Jangan jadi orang yang rendah fikiran. Belum apa-apa dah suruh tinggalkan parti. Ada hati pulak nak bertanding semua kerusi PKR Johor.

Kalau susah nak faham, harap contoh iniboleh membuka fikiran sikit.

Ajal Maut Allah yang menentukan.

Kata lah meninggal lah si Husam pada hari yang sama dengan MB Kelantan, lebih ramai yang pergi menziarah Husam dan mendoakan Husam dari Ahmade Yakob.

Kalau sama hari dengan Hj Hadi, mungkin sama banyak sebab Hj Hadi di datangi oleh murid-murid nya yang berdoa atas kesilapan dan dosa guru nya. Husam di ziarahi oleh mereka yang di bantu oleh Husam dan rakyat yang kehilangan pemimpin yang hebat.


Tanpa Nama berkata...



Ikut pusing manapun sama jugak dengan 1MDB melainkan PAS betul-betul ikhlas.

Perbaiki keadaan satu perkara. Kena berundur, sanggupkah pemimpin PAS terutama yang menang cai mengikut jejak langkah YAPIEM ?

Jika pemimpin terus berdegil ingin memegang kuasa tanpa segan silu, jangan lah mengaku sebagai pemimpin Islam. Jadi lah pemimpin melayu je.

Keadaan tidak akan berubah jika pemimpin yang bertanggung-jawab melakukan kerosakan terus memegang kuasa dalam parti atau pun pentadbiran negeri.

Tidak ada masalah, Husam boleh jadi MB dan TITM boleh jadi Presiden dan aturkan supaya pemilihan dapat di lakukan lebih awal sebab Nik Abduh, Din Ayam dan beberapa orang yang lain memang tidak akan ikutt ketua mereka bila ketua dah tidak ada kuasa.

- SAIH -

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan kelantan dan parti pas jgn jadi smpai...siasat punya siasat..lembu juga yg bersalah.
Agak2 nye mahu ke ada yg mengaku bersalah bila di siasat,kita tggu lembu yg bersalah

Tanpa Nama berkata...

Menarik. Adakah isu usaha kerajaan perpaduan turut jadi agenda perjumpaan. Dalam isu-isu lain yang dibangkitkan Husam telah terbukti kebenarannya walau dinafi pada awalnya. Dalam isu pengkhianatan pas dengan usaha pembentukan kerajaan perpaduan, masih tiada pengakuaan. Jika tiada tindakan ke atas Husam, maka benarlah dakwaan beliau selama ini.
Tunggu spin dari walaun-walaun siber yang sebelum ni berhabisan berusaha menendang Husam dari pas, sanggup ke jilat ludah..

Unknown berkata...

sangat setuju....
Kekadang puak serban tinggi ni berasa yang mereka tidak layak ditegur...
Mereka rasa hanya layak menegur
muhasabahlah...
Kalau dikatakan semua tindakan mereka ada tujuan tertentu untuk kebaikan mak jelaskanlah jangan biar orang berteka teki atas agenda tindakan itu yang akhirnya akan menyuburkan fitnah

Unknown berkata...

Nama je DEWAN HARIAN PAS PUSAT...skg dah bocor rahsia dewan tu membocorkan rahsia perbincangan dgn husam...nama je parti islam.. rupanya tak jujur..dengan husam ni kena ikut rentak dia..kalau buat tak jujur bukan dr husam...memang pas akan bertambah sukar utk membuat tindakkan. Bila perbincang dua pehak dibocorkan akan memberi malu pada pas...ingat ada TITM..perbincangan jujur..rupa hampeh.. nasib kau lah pas...selepas ini...

Unknown berkata...

Apa nak dikata bang Dewan Hairan PAScai Pusat dan Majlis Syoru Ularmak dan jadi macam haram jadah.
Kita tunggu 2 minggu lagi....apa respon diaorang.